Monday, April 19, 2010

Please Heart~~~

Malam tadi sekali lagi. Seperti biasa. Rindu lagi. Hati tolonglah. Jangan rindu dia lagi. Please heart. Kenapa hati ni? Hari tu macam dah boleh lupakan dia. Tapi kenapa malam tadi teringat sangat-sangat. Tolong la. Dia dah ada yang lain. So hati please lupakan dia. Lupakan sebagai seseorang and teruskan sebagai kawan. Tapi hati tak boleh tipu. Hati ni ingat lagi dekat dia. Hati boleh lupakan dia tapi bukannye boleh lupa macam tu je. Makan masa. Please hati please.
Sekarang muktamad hati. Stop it. Start dengan Oktober and tamatkan dengan April. =) I know heart can do it!

Bukan salah dia. Mungkin salah saya. Cepat sangat sayang kat orang. Biar je orang nak kacau hati ni. Lastly bila orang tu nak kacau hati orang lain hati saya ditinggalkan. Sekarang hati dia dah bercantum dangan hati orang lain dan hati saya ada lagi kat sini. Sabar hati.



No hati, tak boleh. Jangan nangis! Biasa la tu. Cheer up ok. Sedih? Memang tak dinafikan. Tapi tak payah la merana sangat. Kelakar nanti. Tapi sekarang ni macam mana nak berfacebook? Couple tu dalam friends list saya. Diorang pun sekarang ni terlalu sayang menyayang dekat facebook. Setiap kali pergi homepage mesti keluar post diorang berdua. And bila terbaca post diorang hati tiba-tiba jadi sedih. Tadi pun saya terbaca lagi post diorang. Sedih sangat. Please awak jangan keluar kat page saya. Memang la boleh kalau saya nak delete awak berdua tapi rasanya tak payah la buat macam tu kan!
Nampaknya hati kena positif. Tapi sekarang ni susah nak suruh hati jadi positif. Takpe. Nanti ok la en! Ok, senyum. Hee. =)
Orang tu pun sampai sekarang tak tau lagi yang saya suka kat dia. Takpe. Biarkan je. Lagipun mesti dia tak heran pun sebab dah ada yang tersayang. Kawan-kawan pun tak tau siapa dia walaupun memang confirm ada sesetengah yang kenal dia. Tapi kalau orang tu terbaca entry ni and faham yang saya memang maksudkan dia itupun ok la.
Jadi cik Hawa lepas ni kalau nak kawan-kawan pun ingat ingat la ye. Jangan terus bawa masuk dalam hati. Nanti nangis lagi. Setakat ni sayang dekat dia ada lagi. Just tunggu masa je untuk sayang orang lain pula. Hehehe.(ketawa buat buat)
Dan untuk couple berkenaan enjoy your love. Be happy k! Tahniah untuk anda berdua.

No comments:

Post a Comment