Friday, April 17, 2015

Kekasihku Seru; Izz & Eid ❤️

Dah masuk dua minggu dah ni tak ada apa lagi nak cakap ni haaaa!!! Hari hari dan hari juga setiap hari rindu gilaaaaaa dekat Zackwan ibu! Rindu nak main tonggang terbalik atas katil sama2. Rindu  nak cebuk berak Zackwan. Rindu nak jalan sana sini bawa pinggan nak bagi Zackwan makan. Rindu nak tengok sinetron sama2 dengan Zackwan. Rindu nak sidai kain dengan Zackwan. Rindu nak bagi Oreo makan dengan Zackwan. Rindu nak Zackwan teman time cuci botol susu Zackwan. Rindu nak ada orang terjerit jerit nanges2 ketuk2 pintu bilik nak suruh ibu buatkan susu atau nak suruh ibu 'wash wash wash'. Rindu nak pergi Pampang Point (Ampang Point actually...) beli Chatime dengan Zackwan. Rindu nak kongsi double cheese burger dengan Zackwan. Rindu nak cium ketiap Zackwan (waaaaa). Rindu nak mandikan Zackwan pagi petang or kadang2 tetengah malam. Rindu nak berebut iPhone dan iPad dengan Zackwan. Rindu nak tambahkan lagi koleksi gambar Zackwan dalam handphone ibu. Rindu nak marah Zackwan. Rindu nak peluk Zackwan. Rindu nak cium Zackwan. Rindu nak 'bayeng cekali' dengan Zackwan. Rindu Zackwan masa ibu tengah lipat kain. Rindu nak kena buka kan kokek untuk Zackwan. Rindu nak kena marah dengan Zackwan. Rindu nak marah sebab terjaga bila Zackwan nanges kuat2 tengah2 malam. Rindu nak jaga sama2 sampai pukul tiga dengan Zackwan. Rindu nak tengok Running Man dengan Zackwan. Rindu nak baca majalah pengantin dengan Zackwan. Rindu nak dengar Zackwan cakap Phillipine. Rindu masa Zackwan minta seringgit dekat ibu. Rindu masa Zackwan kacau ibu solat. Rindu masa Zackwan ikut nak baca AlQuran. Rindu nak dengar Zackwan cakap Zackwan sayang ibu. Rindu nak dengar Zackwan cakap ibu cantik. Rindu nak dengar Zackwan jerit 'ibuuuu ibuuuu' dekat mana2 je. Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu semua waktu detik jam saat dengan Zackwan!!!!! Rindu rindu rindu segala rindu yang tak terkata dan tak tertaip!!! Ibu rindu IZZ ZACKWAN. 

Sumpah rindu gila setengah mati setiap kali ingat mesti nanges! Sakitnya tuh di sini :(


Hoiiiiiiii.....ibu rindu gila ni tahu tak??????? 

(cryinggggggggggggg T_T) 


Adik kotakkkkkk. Adik kotak pun ibu rinduuuuuu. Rindu nak main kuda2 dengan adik kotak. Rindu nak bagi adik kotak nanges taknak bagi tidur. Rindu nak tengok adik kotak ketawa kalau geli. Rindu nak dengar suara adik kotak. Rinduuuuuu adik kotak walaupun adik kotak tak besar lagi dan tak banyak aktiviti yang adik kotak buat dengan ibu!! 
Rindu nak buli adik kotak. Ibu rindu adik kotak karikatur ular. Ibu rindu adik kotak kepala megatron. Ibu rindu adik kotak punya mata sepet. Ibu rindu hidung mancung adik kotak. Ibu rinduuuu adik kotak EID ZACKHIR. 

Bukan main tidur lena. Ibu kat sini merana !!! 


Hoiiiiii....balik la cepat!!! Bawa balik so good untuk ibuuuuu :))))



:: Ibu rindu sayang gila IZZ ZACKWAN dan EID ZACKHIR





Love,h'wawa





Wednesday, April 15, 2015

Pelamin DIY Untuk Disewa :)

Post hari ini untuk pertengahan bulan April! I tolong promote business kakak. DIY mini pelamin. Untuk tunang atau nikah atau saja2 untuk ambil gambar. 

Ni antara contoh gambar.

Pakej semua yang di atas. Kecuali kerusi tu harga lain. Kalau berminat jangan malu2 nak tanya okay! 

Pelamin DIY ni maksudnya anda sewa barang dari kami tapi konsep rekabentuk pelamin, anda yang buat dan reka sendiri. Simple as that! Nak2 untuk orang yang super cerewet macam I (heheh...maybe). Harga sewa semua dalam gambar tu dalam RM100 ++ . Tak sampai RM200 pun. Banyak lagi add on item lain yang akan diupdate ok. Business kakak I ni dah lama. Mula2 dulu buat untuk kenalan/ pelanggan terdekat je especially area Shah Alam. Now nak bagi worldwide sikit...nanti mana tau boleh jadi wedding planner Keknis gettew! Haha...


Kalau nak tanya apa2 just drop komen atau dm je ok! :)



:: Tolong promote business. Nanti dah berjaya mana tau dapat jadi partnership ..ehehe





Love,h'wawa






Saturday, April 4, 2015

Keliru Hatiku

Di saat hati keliru dengan sesuatu, istikharah la petunjuk yang terbaik. Ya Allah, please forgive me and please guide me. Give me your sign. Sesungguhnya aku was2 sangat sekarang ni! Kalau bukan dalam mimpi berilah petunjuk melalui gerak hati. I izzzzzzzzzz confused!  Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......


:: Demand tinggi sangat ye pun >_<




Love,h'wawa

Wednesday, April 1, 2015

Satu April yang Menakutkan

Salam satu April! Pagi2 lagi I dah kena April Fool dengan cicak! Euuuu..... Memang tak lena tidur semalam. I masuk bilik semalam dalam pukul 11. Sementara nak tunggu battery handphone ni penuh, ingatkan nak baring2 la dulu. Tengah landing2 golek2 tetiba I dengar bunyi cicak! Scary sangat bunyinya. Bilik tu kosong (kakak baru pindah) so kalau bunyi apa2 pun mesti bergema dan kuat! Telinga I ni dah la sensitif dengan bunyi2. Dengar je bunyi cicak automatik terbangun. Jantung laju gila. Tengok kiri kanan taknampak pun cicak (even tutup lampu tapi lampu jalan terang gila) then I sambung baring balik. Nak sedapkan hati cakap kat diri sendiri "bunyi benda lain kot..ntah2 kat luar". Hmmm... 

I baring lagi. Tertidur. Handphone tengah charge. Dengar lagi bunyi cicak. Makin kuat. Terjaga lagi. Jantung makin laju. Beranikan diri pergi ambil handphone. Baru pukul 12.15. Maksudnya tertidur kejap je. Buka lampu. Takde cicak pun. Sambung tidur balik. Dengar lagi. Terjaga lagi. Jantung dupdap2 makin laju. Suluh keliling bilik dengan handphone tapi tak jumpa2 pun cicak. Mula la terfikir bukan2. Ntah2 hantu kot! Rumah ni kan kosong sebelum ni! Makkkk...takuttt. Kerja I bangun tidur bangun tidur je semalam. Setiap sejam terjaga. Setiap kali buka lampu mesti tak nampak cicak. Jantung ni jangan cakap la. Laju kemain! Sampai tidur duduk. Punyalah takut cicak merayap atas badan. Tapi tak jumpa2 pun cicaknya. I siap baca ayat kursi semua. Ulang2 baca sampai tertidur. Dalam hati siap doa "Ya Allah, selamatkan la aku dari cicak". Banyak2 kali. Dalam pukul 4 I terjaga sebab dengar bunyi cicak lagi. Pusing2 tengok dinding nampak cicak besar gila dekat tepi pintu. Woahhhh...terus menggeletar tangan. Cicak tu pun cabut lari belakang baby cot. I pun apa lagi, dalam gelap2 tu ambik handphone lari masuk bilik mak. Fuhhhh....macam buat larian 400 meter! Dah masuk bilik mak tak boleh tidur terus. 

Abah terkejut jap masa I masuk bilik. Mak pun sama. Ingatkan dah subuh. Abah bangun balik tanya I kenapa. "bilik awak panas ke?" . I cakap.. "takkkk..ada cicak besarrrr...takut" sambil buat muka nervous. Lepas tu abah sambung tidur balik. Malas nak layan budak ni... Ingatkan kenapa....

Pagi2 dah whatsapp adik beradik dekat group. 


Solat subuh tadi pun doa laju2 je. Lepas tu kemas beg semua letak kat luar. Tak nak tidur bilik tu lagi. Takutttttttt.... 



:: Orang dalam rumah ni semua tak heran I jerit tiba2. Nampak cicak lettew! 




Love,h'wawa