Thursday, December 6, 2012

H'wawa.Bunga.Konvo


Esok last day untuk konvokesyen UiTM. Yeayess! Tahniah semua kawan2 kesayangan hati's yang seperjuangan especially untuk ex-roomate, ex-housemate, ex-schoolmate, ex-coursemate, ex-classmate, ex-campusmate, ex-crushmate *eh....haha...Maka akan berakhirlah kepenatlelahan serta kesusahpayahan mendaki naik turun bukit nak pergi kelas! Phewww... Bas ini sangat tidak adil tahu tak??? Ambik kesempatan mentang2 la ada pesta konvo dan pakcik bas pun buat pesta jalan untuk budak2 tak konvo neh! Grrrrr....baru ni lah terasa sedih kenapa bas 604 tak berhenti betul2 depan fac business! *tsk......





Siapa nak ukur rumah sila hubungi Thyra ;)





The Economist! Izwan Firdaus ;)





Miss Accountant! Suhaila :)




Ok, kembali ke topik asal. ;) Musim konvo. Maka dekat timeline semua penuh la cerita2 konvo. Tahniah sana sini. Semua orang pun sibuk menukar penampilan baru di default picture. I pun tak terkecuali nak ikut jugak buat background dekat lappy lantak pi la gambaq masa diploma pun! Yeay :) Senyum manis seikhlas mungkin. Harusla kan! Big day ever! ;)  Lagi2 yang dapat first class degree. Awak semua memang hebat! Silalah bagi badi itu semua pada saya ni oh pelis tolong! I deserve for it! Hiks...mudah-mudahan! Tapi paling best bila tengok semua kiri kanan mata jadi juling wooooooooooo bunga banyyyakkkkkk gilaaaaaaaaaaaa bersepah orang jual aaaaaaaaaaaaa saya terujaaaaaaaaaaaaa!!!!!!  That's it! Memang I agak senget kalau nampak bunga! Lagi2 bunga ros! Oooooo Emmmmmmm Geeeeee!!!! Merah pink kuning hijau peach putih semua menjadi kegilaan! Hari tu sempat lagi I paksa kakak suruh belikan dua pasu bunga rose . Heheh. Bajet nak jadi Rosalinda lettew! Untungla dapat
 =)

Nak ini! *pengsan tengok pink



Dulu2 kan, first dapat bunga masa sekolah rendah dulu. Ehee...Eh, ni betul2 la tak tipu punyaaa! Untungla sekolah dalam pekan cina. Memang banyak orang jual bunga hidup ni. Psss, nak bisik jap...benda yang tut tut yang kita tak boleh makan pun banyakkkk...hihi... Untungla makcik auntie2 yang jual bunga neh. Kalau time hari guru je memang satu sekolah keluar borong bunga nak bagi dekat cikgu. I pun sama! Jalan ramai2 rapat2 sebab dekat kawasan tu sumpah anjing memang bersepah-sepah. Takpayah cari pun anjing dah ada depan mata. Fuyooo, scary gila! Lagipun dulu memang famous kes culik menculik budak2 neh. Dekat tiang2 TNB depan sekolah ada je poster tulis "siapa ada maklumat mengenai kanak2 ini sila hubungi kami..anak kami diculik" Gila tak laju bunyi jantung bila baca poster tu! So, memang wajibla jalan2 rapat2 pegang tangan segerombolan ni. Pada zaman tu kan kitorang semua rasa nyawa ibarat diancam bila menjebakkan diri di sekolah tersebut! Haha #memories

LOVE


Sampai kedai bunga mata jadi bling2. Ibarat bergolek2 di atas bunga! Wahhh.. Macam 2 ada. Beli la banyak2. Semua cikgu masuk dalam list! Untungla...Rakus sangat membeli sampai ada yang terbeli bunga cina mati! Haha...gelak guling2. Kesian ;p Tapi yang lagi klakar last2 bagi sama sendiri! Habis hancur lebur bunga. Masa tu berangan la macam dah jadi orang besar! Awak bagi kita bunga...kita bagi awak bunga. Haha..."eh, kite tengok kat tv kan macam ni la pakwe dia bagi bunga dekat makwe dia! tapi bunga dia lagiiiiiiii banyakkkkk"...Ngokngek ;ppp






Dan esok.... Hari last konvo. Maka akan berlaku la lelongan bunga! Yeayess! I'm lovin it! Roses, wait for me yaaa!!! 







Love,h'wawa







Saturday, November 24, 2012

Twilight Saga - Breaking Dawn Part2 ♥




Kalau ikutkan bila dah tidur ni memang malas nak bangun! Lagi2 bila tau kawan I dengan adik Aqish cakap diorang dah tengok twilight dulu free of charge okay! Saya sangat jealous! grrrrrrrr.... Masa beli tiket online hari tu bapak excited gelak ingat I la orang pertama yang tengok twilight breaking dawn 2 tapi ada lagi orang lain yang tengok. Siap cakap free lagi!!! Mana aci neh? Diorang dah tengok dulu boyfriend vampire terhandsome I tu! Ini boleh mendatangkan kecemburuan...Mencik! 



Tapi disebabkan ini episod last twilight jadi perasaan bersemangat tu muncul kembali! Tak kisahla. Lagi best tengok Edward besar2 depan mata. Tengok Edward senyum...alahai....jadi macam coklat susu eminem... Cair di mulut dan di tangan! Hiks. Untungla Bella dapat Edward... Untungla... Untung *tiba2....




Lagipun bukannya susah2 nak kena beratur panjang2 sebab tiket dah beli dah. Tinggal nak redeem je. Tempat biasa tengok mestila dkt TGV KLCC. Senang woih naik bas bayar singgit bas jalan terus dalam 5 ke 7 minit terus sampai KLCC takpayah belok2. Wow....Proud to be KL rean :) Hehe.... Turun bas je tengok langit mendung. Ni macam nak hujan je. Angin kuat sepoi2 bahasa membelai belai rambutku ini. Guna jari pun bolehhh! Ok, merepek dah ni! I masuk je terus naik atas cari TGV. Redeem tiket. Tak ramai orang pun. Memang sengaja tengok time 11.30 sebab tau tak ramai orang nak tengok sebab laki2 kan kena pergi sambut seruan Ilahi menunaikan fardu Jumaat. Selamat bersolat ;)   Jadi yang ada dekat dalam masa tu hanyalah geng2 wanita2 dan gadis2 yang cuba mengambil perhatian Edward.  Including me =)



Twilight Saga - Breaking dawn part 2 



Start2 cerita je nampak Edward senyum.  Alahai.........tergedik sorang2. Dah tak peduli dah orang kiri kanan.  What do I care! Eheeee....Baru terasa pandainya la aku pilih tempat tengah2 dapat bertentang mata dengan vampire handsome. Betul! Kalau tak caya cuba tengok mata I masa tu. Mesti nampak Edward dekat dalam. Betapanya kedudukan mata kami serasi...Hahaha....Maaf atas keter-over-an! ;p





Overall cerita memang best! Sumpah I nanges. Nak2 time buat perhitungan antara keluarga Cullen dengan Aro tu. Perghhhh...berdebar jantung ni! Masa Bella siap2 tulis surat suruh Jacob jaga anak dia lagi I dah nanges. Ahhhh...tak kisahla if korang semua kata tak sedih! Nervous eh bila time Aro tu nak pegang tangan Edward. Ngokngek and excited terlebih punya pasal ada ke secara spontan I siap berdoa lagi dalam hati "Ya Allah selamatkan Edward...Ya Allah selamatkan Edward banyak2 kali!!"...Haha...gila ntah apa2. Lepas tu bila dah tersedar boleh tergelak sorang2...Orang semua pelik time scene yang mendebarkan tu I boleh gelak pulak! Haha...kerasukan vampire agaknya! ;p 




Edward - Bella - Renesmee 



Scene yang tu memang buat I nanges gila2 la. Gila tak nanges lepas tengok sorang2 keluarga Cullen kena bantai lepas tu geng2 serigala pulak ada yang mati sedih wooooo. Tengok pulak Jacob lari2 bawa Renesmee....Lagi la sedih! Waaaaaa....tapi at last...haha....mengongs! Tumbuk kang muka sorang2....Habis membazir air mata iolls taw! pffftttttt.....




Yang paling I suka and keep on nanges masa Edward dengan Bella duduk2 dekat kebun bunga purple yang selalu diorang dating tu and masa Bella cakap dia ada sesuatu nak tunjuk! Flashback balik kali pertama Edward jumpa Bella. Masa Bella confuse nak pilih Edward ke Jacob. Masa Bella terjun dalam laut lepas tu Edward selamatkan. Masa Bella kawin ngan Edward....Waaaaa, semua ada. Dari twilight pertama sampai la sekarang! So sweet :) 




LOVE ♥


And scene yang agak funny2 masa Edward ni gelak je masa bini dia belasah Jacob! Hahaha...comel seyh! Untungla dapat Edward handsome! Lepas tu baru rasa terharu and kesian dekat Jacob masa Jacob pergi lari masuk hutan bila Aro tak jadi nak gaduh dengan keluarga Cullen. :) Good job Jacob! Hihi.....Habis cerita pun best. Masa tulis semua nama pelakon2 tu...Duduk panggung tak nak keluar2. Nak tunggu sampai tulisan2 lagu2 tu semua habis. Baris I tinggal I sorang je. Nasib baik ada geng2 budak2 perempuan kat depan tu tak keluar lagi. Diorang bangun I pun bangun la. Takut jugak tinggal sensorang kat dalam tu. Masa bangun nak turun tangga tu sempat pulak pandang screen and cakap "babai Edrwad......bye...."  banyak2 kali siap senyum lagi. Padahal dah takde muka Edward dah dekat depan tu! Hahah...budak2 perempuan yang ada tu tengok semacam je. Takpe. Sokay! Dah biasa dah macam ni...hiks.



Jacob - Bella - Edward



Best! Juga sedih. Lepas ni dah takde la potianak Cullen dekat panggung Malaysia lagi! Mesti I rindu dekat Edward dan ayah Edward yang handsome tu. Empat tahun bersama Edward (since 2009 kan?) rasa macam sekejap je. Ooooohoi! ♥



I have died everyday waiting for you 






Eh.. Tetiba tergerak pulak nak post gambar ni lagi.. =) ♥


Last year  =)




Di- edit masa I rindukan Edward tahun 2010 dulu....


Aimissyu Cullen! 





LoveTwilight,h'wawa






Saturday, November 17, 2012

Cik Nina ♥



This is my sweetpie. Cik Nina! Been bestfriend since 6 years ago! 








Love,h'wawa






Sunday, November 11, 2012

Dia Datang ♥



I am mommy! =) Katakan cheese cepat nak ambil gambar nampak gigi ramai2 neh! Hehe....Petang tadi lepas asar kakak yang pregnant dah selamat meletop!(petang tadi means semalam la...sekarang kan dah Ahad ) Kebabom! Maka keluarlah baby lelaki yang gemuk putih gebu ewah!....Alhamdulillah! Both baby and sis selamat! Yeay ;))





At first doc said that baby will deliver on 14 Nov. But semalam masa kakak call dengan confident nya dia cakap tak rasa sakit pun and macam lambat lagi si budak kecik ni nak keluar! Siap gelak2 haha haha lagi dengan I ceritakan kenakalan ultraman mebius bersaudara yang sangat aggresive! (aggresive2 pun tetap menjadi kesayangan hati I tau!) Pagi tadi around 7am mak  call memecah mimpi yang indah. Hihi...mak cakap kakak dah masuk wad pukul 1 pagi. So, boleh agak la yang waktu bersalin dah dekat! Mungkinlah..mungkin!. Tunggu punya tunggu punya tunggu macam takde apa2 je. Cehhhh....masa I tengah tidur sekali lagi mak menelefon memecahkan mimpi yang makin indah. Aiyooo...amma...memang sengaja je nak musnahkan mimpi I dengan Remy Ishak kan! Hmmmm...mak cakap baby dah keluar! Nama takde lagi sebab amma appa baby tengah confius lagi tak tau nak bagi nama apa. Banyak sangat yang diorang reserved! Tak kisahlah! Panggil baby2 pun ok jugak..hiks! 




So, lets meet my kesayangan hati! Anak buah pertama I tahu tak! Itu sebab kelihatan jakun yang banyak. Banyakkkk ok! Lagi jakun bila baby jauh di mata. 





Hye baby!  =)








Baby dengan mama fera ;)








He's smile! Nice =)








Hye there....This is my picture! Me wif doc =)  10-11-12...lucky right? hihi








Tired! Tak sampai pun sehari umur saya...I'm in Opss Auch Auww....Hmmmmm...Ni semua kerja mommy dedek! 






That's it! Tak sabar nak tunggu baby datang KL. Mommy dedek loves you baby! =) 







Love,h'wawa







Pesan Ayahanda ♥




Setiap malam sebelum tidur dan setiap pagi sebelum subuh ayahanda kesayangan warga UiTM tak pernah lupa menasihati anak2 kesayangan beliau! Nasihat ayahanda sebelum tidur 10-11-12 ;)




Nampak tak sayang2? Cinta bererti berani dan bersedia untuk membawa dia yang disayangi ke arah yang lebih baik ke jalan Allah. Amin! I wish for someone that can love me forever! Dunia akhirat...Remy Ishak maybe? Haha...saja je nak mengada!



Selamat malam dan manis mimpi semua! Lots of love 





Love,h'wawa





Tuesday, November 6, 2012

Cak Cak Hantu =)



Rabu lepas, duduk dalam bilik nak siapkan thesis. Masa tengah meng-google dok ketawa terkekek kekek sensorang!! Jakun jap! Dekat google ada pesta Halloween rupanya. Ralit main hantu2 ni lama2 tak buat kerja. Eheh...hantu mana hantu...Ada hantu mana2...Jom cari hantu jom~~~




Gambar 1: Bila tekan ada hantu pocong dalam penjara...Nampak tak ada tengkorak?






 Gambar 2: Apa beza gambar 1 dengan 2? Heheh....tengok dekat labu yang muka macam pontianak harum tu...Gambar 1 ada cahaya dalam labu...Gambar 2 labu takde cahaya.







Gambar 3: Jeng jeng jenggggg...Bila klik lagi maka keluar la hantu2 dekat semua pintu. Ada hantu sotong, hantu mata, hantu perempuan nak kawin, hantu pintu purple..dengan hantu pocong dalam penjara tadi. .Eh, tengok tengkorak tiba2 dah senget...hewhew...Tetibe dalam tong sampah dekat sebelah hantu sotong tu ada kucing hitam dekat dalam. Ehhh...scary mary!









Gambar 4: Bila klik lagi maka hantu pintu purple pun menganga...Aaaaaaaaaa...Ada lima gigi! ;p 









Gambar 5: Klik lagi.....hantu pintu purple dah senyum balik...tapi hantu perempuan nak kawin hilang terus jadi rama2...*ting! Hantu pocong dalam penjara pun hilang. Burung gagak pun dah tukar posisi ke kiri. 








Gambar 6: Klik lagi.....Hantu perempuan nak kawin ada balik. Hantu sotong hilang. Hantu pocong dalam penjara hilang. Kucing hitam dalam tong sampah lari ada dekat depan tangga hantu mata. 








Gambar 7: Klik lagi...hantu sotong, hantu mata, dengan hantu pocong dalam penjara dah hilang. Tengkorak senget balik...Kucing hitam pun dah hilang..






Klik lagi....Eh..dah takde....heheh....kelakar tak? Haha...I sorang je yang rasa kelakar!Tak pernah tengok hantu! ;p






Love,h'wawa






Thursday, November 1, 2012

Satu Sebelas ♥



Hari ini untuk kali ke berapa ntah saya di ngorat lagi! Awww..ini betul2 tak tipu punya. Apa perasaan kalau orang cakap nak kawin depan mata kita dengan kita selebet selekeh serabainya baru nak mandi dan rambut macam nenek bunian! Oh, tidak! Mak mertua tengok pun muntah tiga hari! Kesian! :(



Cerita hari ini. Nak update juga walaupun tengok jam dah 9.37 malam waktu Malaysia bukan waktu Kathmandu. Satu-sebelas-dua belas. Eh, dah November kan! Yeayess! =) Sambung balik cerita I dingorat tadi. Kejadian berlaku tengahari tadi. Around pukul dua something2 tak ingat (tv slow pulak..at least kalau tv kuat boleh la tau pukul berapa berpandukan sinetron Dia Jantung Hatiku). Kejadian berlaku di depan bilik air rumah sendiri. Rumah sendiri tau bukan rumah sepupu ke ,kawan baik, makcik jiran dan jauh sekali rumah musuh (eh, manade musuh). Kebarangkalian berlaku di bilik air Suria KLCC pun mungkin juga sebab ini adegan mengajak kawin kan? Kan kan? Tapi tak ada pun. Semuanya berlaku di rumah manis rumah! (ok, no wonder la semut dengan nyamuk asyik giget I je...rumah manis kan! *tsk). 



Everything was unplanned! I tak tau pun. I pergi dapur nak mandi tengok bilik air tetiba teringat ada cicak degil duduk semalaman dalam toilet buat macam toilet sendiri tak nak keluar. Eiiii...Jadi cari alternatif lain suruh hero keluarga yang disayangi tolong halau cicak degil. Permintaan ditolak! Fine. Cari alternatif lain. *ting. Suruh pulak ultraman mebius kesayangan tolong pastikan yang bilik air bebas cicak. 



Me: Qy, tolong Wa qy...Cuba tengok dkt belakang2 sabun cermin baldi semua ada cicak tak?

Qy: Ok....


Habis satu bilik air ultraman mebius geledah. Fuh, nasib ibu dia tak tau kalau tak memang habis la kena tangkap dengan teledera sebab menganiaya kanak2! Eh, bukan aniaya...tadi I cakap tak habis.. Ada lagi sambungannya. 


Me: Qy, tolong Wa Qy..Cuba tengok dekat belakang2 sabun cermin baldi semua ada cicak tak? Wa bagi singgit.

Qy: Ok....



Clear! Tiada gangguan cicak! =) Eh, tapi itu dekat bawah2 je..Dekat shower atas tu mana dia sampai. Budak 4 tahun kot! Hmmm..tiba2 hero keluarga disayangi datang.


"Meh orang tengok..tapi bagi singgit aaaaa"


I pun "ok"



Settle masalah cicak! Boleh mandi. Yeay! Tapi tadi ada cakap kawin2 kan?


Ok, rewind balik yang tadi yang I cakap mintak tolong dekat Qy lepas tu I nak bagi singgit kan! Qy cakap "ok.....Wa kalau Adzrul tengokkan cicak boleh tak Adzrul nak kawin dengan Wa?" Eh, ahahaha...sengal! 


Me: Haaaa? Kenapa Qy nak kawin dengan Wa?


Qy: Takpela...sebab Adzrul sayang Wa


Me: Haha...kawin tu ape?

Qy: Kawin la....yang duduk2 atas kerusi pakai baju cantik tu...


Me: Owh...kalau macam tu Wa nak kale pink

Qy: Ok...Wa pink...Adzrul nak baju super car!


Erk, super car? Memang sah budak kecik...


Beli bunga untuk Wa...Beli baju untuk Wa...Nasi lemak untuk Wa....Beli cincin nak bagi Wa....aiyoooo!


Hye...untung nya la Wa! Eheh...kakak, adik, dan Wan...sila jangan jealous! Qy sayang Wa lebeyh! 




Masa ni Adzrul Ridzqy 3 tahun. Nnyanyi lagu Maher Zain...InsyaAllah versi sengau mengau! =)




LoveQy,h'wawa







Monday, October 29, 2012

Melaka Siapa2? =)



Nice Monday evening darlings! Kali ni nak terus cakap direct tanpa bunga2 bahasa yang selalu buat semua orang boring bila tak tersengaja terjebak dalam blog ini! Titik. Ok, ada siapa2 tak yang nak pergi ke Melaka  this coming Sabtu? Please la cakap yess sebab ada orang ni nak ikut sangat2 ke Melaka. Dah gian dah nak berpusing dekat menara Taming Sari tu. Selama ni kalau orang cakap pasal taming sari tu memang nganga je mulut luas2 sebab kagum tak pernah pergi! Woih, dahsyat kampung betul budak ini kan! Siap nganga2 lagi! Kalau dapat bergolek nak merasa panas matahari Melaka ditemani pula dengan kelapa goncang pun best juga! *Eh, Melaka best ke? ;p *



Owh, ok! Panjang pula perasaan teruja nak main2 di Melaka kan! Berhenti dulu mengutuk I yang jakun tak dapat main taming sari Melaka ni. Matlamat utama nak ke Melaka sebab ada sorang anak dara tu kan nak datang majlis kawan dia yang bakal mengakhiri zaman dara dia hujung minggu ni! Kiranya nak pergi tengok pengantin la ni! Nak dengar bunyi kompang pak pak kebum kebum yang mampu mengurangkan deria pendengaran. Erkkk....Jadi, tu sebab petang2 macam ni tunjuk rajin memblog-kan diri nak tanya kepada siapa2 yang TERBACA kerepek pisang ni yang nak ke Melaka sebab I nak follow you okay!  Sampai ke hati uolls nak biarkan bridesmaid dengan bride dia terpisah? Owww, tak kesian ke uolls dekat bridesmaid yang awal2 lagi dah gosok baju gantung belakang pintu hari2 bangun tidur, sebelum  tidur, nak tidur, golek2, landing2 atas katil tu nampak baju tu elok je tergantung2 menggamit2 perasaan! Owh, kesian dekat pengantin! *tsk (sedih kan) Korang nak ke pengantin yang cun kurus tinggi selim melim tu sanding sensorang. Tak mau kan! So, kalau tak mau kene buat apa? Ehehe....






  Selamat Pengantin Baru Zira & Wan.... =)




Jadi siapa2 yang merasakan orang baik takmau menghancurkan hati anak dara ini silalah berfikir 4 ke 5 kali sehari before hari Sabtu ini okay! Nak tak chupa chupp free? Dapat 3 tau! Eheeee....




Tiba2 rasa macam nak jadi orang Melaka pulak! Remy Ishak tu asal Melaka kan? Kan kan? Flying kiss untuk Remy Ahaha...gila!





Love,h'wawa











Monday, October 1, 2012

Hye October ♥


October! =)  Bangun semua. Sekarang bukan masa untuk malas2 dah. Also remind to my self. Haish.... Sebulan I biarkan hasrat terpendam untuk berblog. Sebulan jugak la September is not really nice to me! Ececeh... Actually I'm not in comfortable and stable condition now. Semua nya serabut nak fikirkan. Semoga saya tabah dan tabah dan tabah! I wish! 



For this week I got much thing to do. Siapa nak tolong I ni? Hari Selasa dengan Rabu ada presentation. Euro crisis and public sector. Rabu dan Jumaat kena submit assignment. Dan final year project tak gerak2 lagi ni. Astagfirullahalzim..........................  Dan sekarang tengah rilex2 pretend macam takde apa2 yang akan berlaku. Haha...*tarik rambut sendiri. . I will miss all this later! =) 







Also another planning to do in October. Lots.  Macam2 nak buat and nak prepare. Just need proper planning and action! Semoga dipermudahkan segalanya! =)




Dan sekarang ni disamping tengah sibik2 buat kerja 4 in 1 (membaca, menulis, bermain, makan2) I also mengada-ngada kan diri google sana sini nak berholiday..... Yeayess! Cuti belum start lagi tapi dah plan..Kemain! 



Just wrote to say that i miss you blog! ♥ Haish...kenapa la semester ni rasa time goes by cepat sangat! Really freaking me out!Hmmm.......







Love,h'wawa





Sunday, August 26, 2012

F Comel ♥




Thank you baby sebab baik! Eheeee *hugs*






Si comel tengah tido! Ailebiu lah!



Finally. dapat juga I ambik gambar dengan the kembar! Sumpah comel...Dobot pulak tu... Ni yang sedap nak peluk2 neh! Hehe... Gambar atas dengan baby lain. Gambar bawah yang tengah meniarap tu dengan baby lain. Baby kembar. I pun tak tau yang mana satu kakak yang mana satu adik. Dua2 muka sebijik sejibon! Lagipun jarang2 jumpa. Tu yang tak expert lagi nak cam! Nama pun I tak ingat. Hari tu ada jugak tanya mommy dia tapi apa ntah dah lupa! MFD... Tak ingat M dengan D. I ingat F je! Sorang Farhana and sorang lagi Farisya. Yang mana Farhana yang mana satu Farisha pun I tak tau. Tak kisah la kan!




Ingatkan tadi nak ambik gambar dua2 sekali. Tapi susah sangat the babies nak duduk diam2! Haishhh... Tu yang dapat sorang tengah tido and sorang lagi kena paksa pandang camera! Dapat kotak tissue baru diam! Takpe, esok before baby balik I nak jugak try ambik gambar dengan dua2! Siapa suruh tomey sangat???





Penat sangat tunggu awak ni nak pandang camera nak ooiiiii! Achik ambik gambar sorang2 je la! ;p






LoveF,h'wawa











Sepupu Bertunang! =)



Alhamdulillah! Burp ntah yang ke berapa kali ntah agaknya hari ni. Biasa la...raya kan baru seminggu! Kerja makan je. Lepas tu bila dah basuh tangan baru la rasa menyesal gila sebab makan banyak sangat. Sistem badan ni pulak lately semakin membimbangkan. Haish2! Takut I taw! :(



Now cuba teka I dekat mana? Teka la teka la..... Ok, sekarang I ada dekat Muar. Nak kutip duit raya dekat sini pulak. Eheehee... Not bad la kutipannnya even orang sini suka sangat main mercun dentam dentum sampai melompat jantung neh!! Haishhh... Pulak tu yang bagi meletopnya sepupu sendiri. Acane tu? Sabo je la ek! Bila I tweet dekat maziz pe'el orang2 Muo ni dia pulak bagi sedebik dekat I. Fine, zip mulut! Pfffttttttt.......
Tapi  nasib baik la masa kenduri sepupu I tadi I tak dengar pun bunyi letop2 neh. Boleh lagi duduk2 nyanyi tengok mohabbatein time orang tengah sibuk2. Hehe. =)



Oww...tengok tu...sambil mohabbatein...sambil bergambar! Peace




Hari ni sepupu I bertunang. Best! Sebabnya... Ntah.. Best la kot! Dapat makan. Walaupun sebenarnya dah lama perut ni meronta-ronta nak makan nasi putih. Dah lama benor asyik makan nasi yang tak berapa nak kale putih ni. Kembang dah tekak iolls tau! 


Nak tengok tak hantarannya...Hantarannya...Hantarannya?


Pink gitu uolls! =)



And this is the bakal pengantin!



Kak Ain! =)  Eh,pink! Pengsan I!




Lama betul nak tunggu time makannya. Ish2, ni la.. Pihak lelaki lambat sangat! Kesian dekat bakal sepupu ipar awak ni tau. Lapar lapar lapar!
Lama gila I tunggu. Lama laaa....Lama sangat...Joget2 dah perut ni...Bila dah agak lamaaaa sangat tunggu baru la hajat tercapai. Lega kot bila tuan rumah cakap dah boleh makan! Sebelum sampai tadi daddy I dah cakap makan nasi tomato. Alaaaa, nak nasi putih! So I plan nak ambik nasi setengah senduk je.. Cukup. Tapi, nampak je ayam goreng dia....alamak.....SAYA PUN JADI TAMAK!


Saya nakkan ayam itu! Sumpah lapar :(



Nampak sangat I ni tak suka pasang telinga kan darlings! So, jangan takut dengan I.. Sebabnya I pun tak tau bila tarikh diorang nak kawin nanti. Tunggu je la kad kawin sampai! Lagipun reporter kan ramai! Eh, opsss!!!


Orite, yang dekat sebelah pengantin perempuan tu la nanti bakal jadi menantu Uteh I! 





Tak sabar nak tunggu hari langsung! Semoga I sempat nak kurus2 nanti...haha....dah gemuk dah ni asyik makan manjang! Grrrrr.....





Selamat pengantin baru in advance Kak Ain! =))




Love,h'wawa








Friday, August 24, 2012

Hari Raya ♥



Selamat Hari Raya sayangs! Eh, mana ada I lambat wish! Hari tu before 1 syawal kan I dah wish kan? Kan? Kan? Hari ni 6 syawal! Jom raya lagi. Berapa banyak dah awak semua dapat duit raya? Sa? Puluh? RIBU? Juta? Jutaria? I guess mata semua dah bling2 $$$$$$$$$$ kelip2. Yeayess! =)




Tahun ni hari raya pertama tema kitorang biru. Sesejuk ombak biru! Cheewah! Ini kali ketiga beraya dengan kale tema2 bagai ni. Setelah mengabaikan tradisi ni bertahun-tahun masa kecik2 dulu. Haha. Rasa meriah pulak tiba2. Bila buka je facebook tengok kawan2 pun ramai beraya dengan kale biru. Oww yeah! Awesome laaa... Tapi eksited teruja raya nak pengsan punya pasal sampai tak sedar time diorang ambik gambar muka tak boleh blah selebet semacam. Dah la tak pandai nak cover lemak tersembunyi! Habis la tak selera semua tengok gambar I! Acane neh?




Tapi disebabkan taknak menghampakan isi kandungan opss auch auww ni maka I dengan separuh rela hatinya merelakan la jugak gambar raya yang selebet ni diabadikan di sini! Oh my! Nampak sangat I tak hipokrit kan! Meh2...Jom sakitkan mata masing2 tengok keselekehan I di pagi raya! Zasssss~~~



Tengok ni! Ish2...kenapa ntah I berposing sebegini! Raya di rumah Umi wif sedara mara =)








Duit raya! Best gila sampai tak peduli rambut tak sikat!






Bila tengok gambar yang memusakan hati maka mood bergambar pun semakin tipis! Adoiyai....Takpelah...takpe..takpe....memang hari raya gambar I tak banyak pun! Takpe...tak kisah! *kesatairmata*






Nice! Bersama Umi, adik, dan dua kupu2!



Okay.. Tak payah banyak2.... Bukannya gadis idaman pun! Lagipun takde mood lagi nak upload gambar yang lain. Esok2 la kalau rajin.


Kejap lagi I nak pergi beraya lagi. Jom.... Siapa nak ikut?






Love,h'wawa













Friday, August 17, 2012

Happy Birthday Fat! =)




Happy birthday bestie! May happiness follow. May luck be with you! Have a blast. Salam ramadhan and selamat hari raya! I love you fatttttttttt!!!



Ni lah one of my bestfriend. Masa sekolah rendah dulu. Hehe... Satu kelas since darjah tiga sampailah darjah 5. (kalau I tak pindah sekolah darjah 6 pun satu kelas jugaks!) What else can I talk about her? She's gorgeous! Dulu2 I suka tengok dia sebab dia tinggi. Weyh, rasa kagum tau bila tengok kawan sekelas tinggi macam galah masa darjah tiga dulu. Yang I kemetot je dari dulu sampai sekarang. Heheh. Ingat lagi masa darjah tiga dulu Fat duduk dekat tepi pintu. I dengan Nadia dekat tepi tingkap. What a memories! =)






Happy Birthday dear!




Love,h'wawa






Pertama Kali



Pertama kali raya without kakak! Sobs :(   Semalam kak long I officially dah terbang ke sabah. Nak beraya dengan husbandnya. Waaaaa.....so awal2 lagi kitorang satu family dah nanges2 tahan air mata. Wahhh, kene kontrol babe even dah terang2 lagi nyata yang kitorang semua sedeh. 23 tahun I raya dengan kak long. Tiba2 tahun ni dia takde. Abang ipar dah curi dia. Cisssss!



Dengan keadaan rumah separa rayanya maka duduklah kitorang tunggu turn nak salam hari raya. Terasa kesyahduannya. Kebetulan pulak ada background lagu raya P.Ramlee...Pergh...Orang yang taknak nanges pun tetiba je boleh nanges. Macam tau2 je radio ni! Duduk2 minta ampun maaf semua. Terbayang semua segala salah silap. I'm touched! Mula2 plan hari tu kakak cakap this year raya dengan kitorang. Awal2 lagi dah beli baju raya. Siap set tema kale biru lagi. Hmmm..biru lagi. Tapi tak kisahla. Second third fourth I boleh guna pink. Tapi last week tiba2 kakak cakap tak dapat raya together. Tiket sabah-kl habis. So abang ipar tak boleh raya sini. No choice, kakak I kena pergi sabah pulak. Plan changed! Nak buat macam mana.




Rabu malam khamis hari tu lepas je maghrib kakak ajak I tukar langsir. Eh, tak awal sangat ke nak pasang? Then kakak cakap nanti kalau pasang lambat tak dapat la dia nak tengok rumah cantik. Auch! Sedih uolls! Macam mana neh? Tak payah la cakap macam tu pelis! Haishhhhh... Tapi at last tak pasang pun. I dah sedap bergolek depan tv dengan perut kenyang tiba2 macam malas je nak pasang. Heheh ;p

 



Tengok tu...siap dapat duit raya lagi! Gambar saleha uolls! Thankie kakak =)



And semalam before pergi airport dia sempat pesan2 lagi suruh kitorang tolong mommy kemas rumah. Oww, no worries sis! I will. Memang kerja I pun! (bajet jap..hee). Dalam nanges2 dengan keselebatan baru mandi tak sempat kering rambut serabai neh sempat lagi I senyum bila buka isi angpau tengok berapa duit raya yang kak long bagi. Hewhewhew..heheh...Terima kasih kakak! Selamat hari raya aidilfirti! I love you my twin! =)




Love,h'wawa








Sunday, August 12, 2012

Kisah Dahlia ♥



Dulu masa kecik2, kalau time raya I takde la suka sangat makan biskut raya. Kalau pergi beraya mesti tunggu air je. Paling2 makan kerepek. Itu pun kerepek pisang. Habis! Tapi kalau nampak biskut yang kale cantik2 comel2 sikit baru la terasa nak makan. Bila dah makan bukannya sedap sangat pun. Cantik luaran je. Cehhh!




Dulu2 tak ingat masa umur berapa. Tapi kecik la. Umur dalam 4, 5,6, and 7 tahun. Masa tu bulan puasa. Mak abah bawa kitorang shopping raya. Dekat2 nak raya jugak la masa tu. Rasanya dekat area Jalan TAR dengan jalan Masjid India. Dari dulu sampai sekarang tempat tu je la. Takpun dekat Ampang Park je. Jalan2 la nak cari baju dengan kasut raya. Orang jangan cakap la. Bapak ramai. Nak raya kan! Jalan punya jalan punya jalan sampai penat! Dah la makcik2 tak habis2 nak tolak orang! Grrrrrr…. Sementara nak tunggu mak shopping lagi I duduk dekat tepi2 kedai tu. Ala, yang macam budak2 sekarang buat bila tunggu mak2 diorang shopping. I dah buat dulu dah! Heheh… Tunggu la sambil main2 rambut. Lentok dekat celah2 kain yang bertimbun tu. Dekat sebelah I ada makcik tengah jual biskut2 raya dengan kerepek. Macam2 jenis jugak la yang ada. Adoi, dah la puasa neh! Jalan penat pulak tu. Tengok je la makcik tu jual. Ada yang datang belek2 lepas tu tak jadi beli. Ada yang main beli je tak pilih pun. Ada yang buat tak nampak je. Macam2 ada.......




Lama la jugak I duduk dekat situ. Tau2 mak dah panggil. I buat2 tak dengar. Malas benor nak bangun! Muka dah ready nak mengaruk dah. Kalau ayat mak2 dulu2 diorang cakap “dah buat perangai dah budak ni!”. Macam tu la. Lama2 kena bangun jugak walaupun berat kaki melangkah. Ngeh2…




Jalan lagi…..singgah kedai lain. Jalan lagi singgah lagi. Walaupun tak banyak yang beli tapi best sibuk2 kan diri time nak raya neh. Bila sampai masa nak baliknya tiba2 I senyap. Taknak bergerak. Senyap je. Semua orang dah nak marah. Bila mak tanya kenapa I taknak jawab. Lamaaa…sampai la nangis hentak2 kaki. Tak malu pun buat macam tu! =p Tanya punya tanya punya tanya baru la I cakap nak kuih. Mak tanya nak kuih apa. I cakap “kat sana tu kat kedai depan tadi tu!”…Ngek, dah jauh baru nak cakap kan! Then, mak cakap balik “kuih tu tak sedap la..nanti la ..lain kali kita beli!” . Dengar je “lain kali” tu terus sambung nanges balik. Last2 abah bawak I pergi tempat tadi. Laju je I jalan berhenti betul2 depan makcik yang jual kuih raya dekat tempat I duduk tadi. Ingat kan nak beli biskut cornflakes ke coklat ke apa. Tapi I tunjuk biskut yang macam bentuk bunga lepas tu ada bulat kecik dekat tengah warna merah. Dapat la satu bekas. Heheh. Balik pun senyum je.



Balik je bila dengar azan maghrib terus buka biskut tu nak makan. Nom nom! Biskut butter rupanya. Owh, yang tengah2 warna merah tu cherry. Owwwww….baru tau!



Ni la biskut yang menghantui hidup sayaaaaaa.......




Itu beribu lemon punya story. Zaman kanak2 ribena dulu. Tapi sampai sekarang I still suka biskut raya yang tu. Ada yang guna cherry hijau. Ada yang ganti dengan coklat chip. Tapi I nak yang cherry merah jugak. Suka tapi jarang2 dapat makan. Ntah la. Rasanya macam susuah je nak cari biskut tu. Masa I diploma baru la I tau nama biskut tu biskut dahlia. Agaknya macam tu la kot bentuk bunga dahlia. Selama ni I panggil biskut cherry merah je. Tak tau pun nama dia biskut dahlia. Sekarang ni pun kalau teringin je baru nak cari. Tak semua orang buat biskut tu sedap. Ada tu kalau makan rasa macam yeak2 tak sedap. Walaupun itu biskut butter je tapi agaknya kena tengok orang jugak nak buat dia ekk! Lagipun masa raya lagi sedap telan kerepek dari biskut raya. Lagi ringan! Semua biskut sama je kot. Bentuk ngan kale je lain2.



Kalau yang cherry hijau ni macam pucat je. So, macam tak best nak makan! ;p



Untuk raya kali ni I dah cakap dah dekat kakak mesti ada biskut dahlia yang tengah kale merah. Nak tau ada ke tak raya nanti datangla rumah I ye! Selamat hari raya aidil zafuan sayangs! Eh, aidilfitri sayangs! ;p  *kisskiss*




LoveDahlia,h'wawa




 

Monday, August 6, 2012

Cukup Sampai Di Sini Saja...



Awak kesayangan hati saya nampak tak gambar tu? Ye, jangan gosok2 mata anda. Gambar ni memang kabur dan kebur. Tapi still nampak kan image yang dipaparkan. Ada dua bear yang peluk2 dalam bulatan yang ada air kilat2 kat dalam tu. Bila tonggeng2 and goncang2kan benda tu turun la kilat2 gold dust macam salji. Bukan macam kelemumur ye. Nampak tak tulisan love dekat situ? Benda ni memang love I yang bagi pun. Eh, jap2. Tak habis cakap lagi. Bukan nya love is cinta kekasihku seru yang bagi laaaa.... Ini my lovely classmate cik zati ydp yang bagi! Suwit kan? My birthday present yang ke 24. Tapi......tu la...langit tak selalunya cerah. Kadang2 tu hujan petir yang turun. And kesayangan I ni tak bertahan lama. Minggu lepas habis kaca berterabur pecah berderai. Awak semua pernah tengok tak cerita My Girl drama korea yang boyfriend I si Lee Dong Wook tu berlakon. Yang ada satu adegan dalam cerita tu si Yoo Rin goncang2 kan benda yang macam I punya ni and ntah macam mana jatuh pecah berderai. Siap ada kaca2 lagi dekat tepi. Yoo Rin pun sedih. Sama macam I! T_T.





Tapi situasinya tak sama. Sebab bukan I punya pasal goncang2 tonggeng2 benda ni sampai pecah. It was an accident. Ada orang terlanggar. TERLANGGAR. Bukannya saja langgar. Atau bukannya saja2 nak pecahkan sebab bosan tak tau apa nak buat! Memang tak. Bila rezeki tak ada macam2 boleh terjadi! =)







Dan ini lagi satu. Gambar yang kat atas ni. Yang main kenyit2 mata ni. I kept this thing. Cantik je atas meja teman I belajar International Economy. Habis je sem bawa balik simpan dekat almari yang memang tempat pengumpulan barang2 perhiasan ni. Nice! Dapat la ninja ni kawan baru. Tapi semalam bila I tengok....Oh my english! Semut dah cacatkan little ninja I! Habis badan dia lubang2 sana sini. Kesian. Macam biskut sarang semut dah. And, macam mana ntah I boleh terlupa yang ninja ni sebenarnya icing sugar  yang I ambik atas kek birthday I hari tu. Letak tinggi2 dalam almari pun semut boleh jumpa. Semut oh semut~~~~






Love,h'wawa









Syoknya Raya ♥



Syukur Alhamdulillah! Ramadhan dah separuh berlalu! And it means raya dah dekat! Yeay...saya sangat excited okeh! Baju raya dah ada dan dalam perancangan nak menambah lagi. Eh, jangan cakap I membazir pelis! Memang perlu la baju lagi sebab sepupu I nak bertunang raya kelima! I guess that there will be a great raya on that day! Haruslah kan! Semua kaum kerabat sanak saudara semua ada. Dan inilah peluang nak menambahkan duit raya. Ihik2. Harap2 collection duit raya tahun ni agak memberansangkan walaupun sudah terang disuluh pelita yang harapan sangat tipis! Owh, ingat awak tu budak kecik ke sampai orang nak bagi duit raya banyak2 cik siti? Dulu bila dapat duit raya tak sabar nak tengok berapa yang tuan rumah bagi. Nak buka depan dia tak sampai hati la pulak. So, terpaksa la mensabarkan diri buka tengok dekat rumah. Buka2 tengok dapat seringgit je. Ceh, "kedekut punya tuan rumah!" Itu baru yang bagi seringgit. Paling hampeh bila buka je tengok dapat lima puluh sen! Perut sebu makan kuih banyak2 sekali dapat lima puluh sen. Memang dapat dosa free la time tuh! Eheh... Tapi itu dulu. Anak sungai lagikan berubah inikan pula anak dara! Hahah...sekarang ni baru la tau...eh, takdela sekarang masa umur I 24 ni..I mean bila dah mampu berfikir dengan lebih baik ni baru la tau betapa susahnya nak dapat duit! Tambah2 pula I yang belajar account economy ni lagi la rasa appreciate sangat dengan hal2 berkaitan duit ni! $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$...tengok, bling2 dah mata bila cakap pasal duit. And now bila budak2 yang kurang asam koyak angpau depan I nak tengok berapa ringgit dia dapat siap dengan komen menkomennya lagi rasa ringan je tangan ni nak menarik rambut beliau dan rakan2. Ambik kau! Padan muka ;p 




Hal duit raya! Memang seronok. Macam raya tahun lepas berlawan-lawan dengan Faraferry dekat twitter tweet siapa dapat duit raya banyak. Haha. Sounds so childish kan! Tapi tu la....benda yang merepek kerepek pisang tu la yang best. Sila pelis jangan amalkan perbuatan ini. Sebab hari tu polis diraja malaysia dah cakap penjahat ada di mana2. So, better take care of your self! Safety first bebeh! 




I went supermarket this evening! And guess what? I jumpa sampul duit raya disney! Sumpah jakun masa tengok sampul ni. Gambar princess semua ada. Siap kale2 pink lagi! Memang sengeh sampai ke telinga lah. First time jumpa. Ingatkan I orang pertama yang tau tapi rupa-rupanya sampul tu dah lama ada. Dah berzaman dah orang guna okay and I baru tu petang tadi! Kesian kan...




Tengok! Tersangatlah excited bila jumpa benda ni. Joget2 dalam hati. =)




Pergh..pusing2 biji mata tengok sampul kale2 neh. Dulu sampul just gambar ketupat je. Kale pun hijau je yang banyak. Lepas tu kalau beli barang banyak atas RM200 dapat la angpau yang ada tulisan CARREFOUR ke, GIANT ke, ISETAN ke. Takpun kalau kerja dapat la angpau maybank, bank islam, perkeso, UiTM, macam2. Tapi sekarang gambar kartun2 ni pulak yang famous. 




Boboiboy pun nak raya tau. Demi koko yang dicari-cari. Oh yeah! 



So nanti masa I raya rumah uolls jangan lupa bagi sampul duit yang kartun2 ni ye. Paling best kalau ada gambar barbie dekat depan. Takpun yang gambar high heels. Nak yang kale pink. Hehe. Lepas tu dekat dalam sampul tu letak la duit yang kale kuning tu eh. Alaaaa, duit baru tu la.... Yang ni pun I jakun. Excited jumpa duit kuning. Ahah. Next year request dekat bank negara nak duit kale pink pulak! So sweet darlings! 




Nanti jangan lupa bangun sahur ye sayangsku! Muah =)








LoveDuitRaya,h'wawa




















Tuesday, July 24, 2012

Dugaan



Kalau takde rezeki makanan yang hampir masuk ke mulut pun boleh terlepas. Benda yang kita dah dapat pun boleh hilang tiba2. Baru sempat sentuh je tapi tak sempat merasa. Allah tak akan menguji hambanya jika Dia tau yang hambanya tak mampu menghadapi ujian yang diberikan.


Maksudnya...adakah mungkin saya setabah sekarang ini sebab dugaan silih berganti? Alhamdulillah di atas segala dugaan yang Kau berikan padaku di bulan Ramadhan ini dan sepanjang hidupku Ya Allah!
*kesat air mata*











Love,h'wawa


















Kenangan Saja! =)



Ini hanyalah kenangan je. Kenangan kadang2 bila diingat balik boleh buat kita ketawa bergolek2 sampai jatuh tangga dan kadang2 rasa nak pakai masker kale hijau tebal 10 inci. Malu beb! Tapi make sure bukan kenangan yang sedih pilu laaa. Heheh. Ingat lagi masa kecik2 dulu kalau I nangis sebab kena marah masa nangis tu sempat lagi tengok cermin. Sebab apa? Sebab mak cakap "dah2, jangan nangis...tengok muka awak buruk.." . Tengok cermin siap buat macam2 ekspresi lagi. Tapi still dalam mood nangis. Tengok macam mana muka kalau nangis kuat2, nangis perlahan-lahan, nangis takde suara, nangis statik macam orang takde perasaan... Semua pun nak buat! Lama2 tak tahan terus tergelak and terus berhenti nangis. Tapi bila mak tengok haishhhh...jerit kuat2 lepas tu nangis balik. Apa kebende ntah! ;p




Dan ini lagi satu kenangan ngokngek yang sebenarnya I dah lupa tapi ntah macam mana teringat balik. Bila I cerita kat Tasha tak habis2 dia nak bahan 10 kali sehari! Mewnci taw! Tapi just memories je la! Dan sumpah kelakar gila nak mati bila ingat balik. Kempis perut gelak2 bila teringat benda ni. Pada I je la kot! Kalau awak semua baca mesti cakap "TAK KELAKAR PUNNNNN" . Hahhaha....what do I care kalau awak rasa tak kelakar! ;p








Weyh, orang tu sebenarnya ajak2 ayam je kot. Kahkah. And sebenarnya I pun lupa yang dia nak ajak keluar. Boleh lagi bergolek main laptop dalam bilik and gelak2 lawak antarabangsa dengan roomies! pftttttttttttttttttt







Love.h'wawa












Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadhan ♥



We meet again! Alhamdulillah =). Yeayess! Sangat seronok bila tengok pengumuman puasa kelmarin. Sama macam tahun2 sebelum ni mesti excited gila nak mati tunggu pakcik atok penyampai mohor raja2 besar tu nak umumkan tarikh puasa and raya. Kalau tak dapat tengok masa first announce tu memang ralat la sangat2. Betapa nya kuasa excited nak raya enn! 



Sayangs, moga ramadhan kali ni membawa seribu erti untuk kita semua Jom rebut buat amal ibadat dengan ikhlas banyak2! Pahala berganda weyh! Siapa yang tak nak. Ihikihik ... Dan disamping berusaha nak menambah keberkatan ramadhan dengan rebut pahala I pun banyak dah plan program2 sempena bulan puasa neh! Termasuk la aktiviti lazim nak mengecilkan saiz badan! *gulp .. Risau iolls tau sebab baju raya dah ready dah! Patah high heels nanti kalau baju raya I tak muat! Eeiiiiii ....buat naya je!



Lepas je dengar pakcik atok tu buat pengumuman tak pasal2 inbox jadi penuh. Wah, belum apa2 dah ramai dah bagi ucap selamat puasa! Ni yang teruja neh! Ingat lagi zaman handphone nokia dulu2 glamour time2 macam ni dengan message kelip2 yang comel2 tu. Lepas tu forward lepas sorang, sorang lagi. Kadang2 tu dapat sampai empat kali message yang sama. Nak2 bila dapat message dari admire lagi la tergolek2 sengih tak habis2. Zaman dulu kala punya memories ok! ;p







Dan seperti biasa tiap kali ramadhan I punya penyakit insomnia datang. Duduk la berjaga sampai sahur. Eh, takdela duduk sangat actually. Baring2 ke... golek2 ke...tak pun buat la apa2 yang patut dalam gelap! *syhhh* . Terbuktilah sekarang ni sibuk nak meng-update blog yang terabai. Heheh. (bertuah punya budak..orang sibuk kat dapur dia sibuk ketak ketuk taip2). Kalau mata ni tak nakal lepas subuh I tidur. Kalau tak sempat tengok movie dua tiga jenis dulu baru la rasa ngantuk. Tu pasal la kot asyik migrain je manjang! Hmmmm....gila annoying kan!




Lover, moga2 bulan puasa kali ni kita dapat lebih rahmat dari Allah and semoga sifat cepat panas cepat terasa and cepat sensitif I ni boleh la dikurangkan sikit masa bulan puasa neh. Kang marah touching lelebih kang tak memasal kurang dah pahala puasa! So, sila belajar bersabar Cik Siti! =) 



Tapi kan, uolls perasan tak pengumuman puasa kali ni bukan pakcik atok yang biasa buat pengumuman tiap2 tahun tu. Cuba la try tengok. Orang lain laaaaaa...eh, mana pakcik tu pergi??? :(








Dah2. Wake up wake up. Jom semua bersahur! Today is a first day! I'm so excited! Eheeee... Jangan lupa niat puasa ye sayangs2! Muahhhhh...(eh, belum azan lagi so tak batal la kalau I kiss pun!) pffftttt....





LoveRamadhan,h'wawa






Thursday, July 12, 2012

Dulu Seringgit Makan Seorang Sekarang Seringgit Makan Dua Orang ♥



Pernah tengok tak cerita sepi yang scene Afdlin Shauki letak kad jemputan kawin banyak2 dekat atas meja ke kabinet ke apa ntah. Same things goes to me. Pamer kad kawin sendiri. Eh, silap...pamer kad kawen orang lain. Kawan2 yang bakal nak kawin neh cepat contact I ok! Harga boleh runding. Kalau classmate I boleh buat business photography I pun buat business jugak! I business kad kawin! Caya tak?  =)


Siapa yang percaya tu memang kesian. Haha... Itu semua wedding invitation yang I dapat. Yang mana tak bagi kad main tag2 dalam facebook je pun I print. Perghhh, tak boleh blah nak print2 bagai enn. Sebab apa print?? Mana tau kot2 nanti nak masuk rumah pengantin tetiba ada orang minta kad la, nak tengok nama la, orang nak minta signature ke. Eh.. *takmemasal* Paling penting untuk keselamatan diri dari tersesat pergi masuk lorong lain! Tak cun langsung pakai vogue2 tapi salah rumah. ;p




Tahun ini tahun kawin! Alhamdulillah untuk kawan2 yang selamat mendirikan rumah tangga tahun ni! Paling best yang kawin semua exclassmate I since primary school sampai la diploma hari tu. Including some of my besties. So suwitttt! Baca tajuk entry hari ni pun dah tau I nak update cerita pasal apa enn enn enn. Hawa Wawa dengan kenduri kendara tak kisahla kenduri apa pun memang tak dapat dipisahkan. Dari kecik asyik ikut mak je pergi kenduri sana sini.Weyh, orang tak ajak pun nak ikut jugak. No wonderlah ada je orang kenal I. Ehehehe....Kalau mak tak bawa ikut mak sedara. Heheh. Suka dapat bergambar dengan pengantin. Tak kisahla kenal ke tak pengantin tu.
Suwit kan I! Miahaha....*selakrambut*



Ok, ini first wedding fot this year! Wedding besties I.



Dia dah rebut dah awal tahun nak kawin! Hehe..Oh my, dapat juga attend kawin Arzi ni sebab masa dia tunang I tengah konvo. Harapan je la nak pergi! And she's gorgeous on her wedding day! Cantikkk....





Dua2 pun besties! Jangan tanya I kenapa tak letak gambar dengan pengantin! Aww, saya sangat gemuk masa ni! *tsk





Tak lama lepas kawin Arzi, Azima pulak kawin! Yeay2...kenduri lagi! Hihi. Wahhh, advanced betul diorang ni!




Romeo & Juliet in love! =)





Semoga pengantin dirahmati Allah! Amin...Dari berlima sekarang dah tinggal 3 orang je!...For sure lepas ni Yayan, lepas tu Sue, and beberapa tahun lepas tu baru la.... ;p




Bulan silih berganti, malam ke pagi, Isnin ke Selasa, angin menderu, gemersik kelabu. Dapat lagi undangan! Alhamdulillah. Fana kawin pulak!





Classmate I masa form 1 and 2. Lepas tu I pindah sekolah. Dapat kawan baru.. =) Bubbye SMK DAR. Hihi...



Ada satu gambar Fana ni kan sejibik macam Elly Mazlein! Cantik! =))





Haih, asyik makan kenduri je kan! Acane nak kurus neh? Kenduri berikutnya I dapat 8 jemputan untuk sehari. Confirm memang ada yang tak pergi. Dah sorang duduk utara, sorang duduk selatan, ada pulak yang kena tempah flight! Kenduri pulak time assignmennt banyak gila nak pengsan! Jalan sana sini. Bila ibu tanya pandai pula nak jawab alasan bagai!



Cik Fath kawin! Ini classmate I masa diploma dekat Chendering dulu. Cantik kan! Kulit dia..perghhh, gebu mulus! Hehe...Ni lah adik beradik angkat I masa program anak angkat dekat Besut dulu. Orang lain dapat mak angkat kitorang dapat nenek angkat! Tak kisah la. Tapi sumpah kelakar time tu. Dah la tak sampai setahun I duduk Terengganu, kena pulak buat program dekat Besut yang orang dia cakap ala2 Kelantan. Orang tua pulak tu yang cakap. Gila terencat! Haha. Ok2 dah melalut dah ini. Ish2.... Pasal anak angkat ni tunggu I buat entry lain pulak!


Dan...inilah perantinnya~~~

Sob sob...kempunan I nak pergi Kuala Berang T_T....



Dan berdasarkan kajian hypothesis data collection observation yang I buat rasanya sekarang ramai yang suka kale kelabu ni enn. Sokay! =)


Orang cantik pakai apa pun maintain cantik ;)))




Dari KL turun ke Selangor turun ke Terengganu... Jom terbang pergi Sabah pulak. Kali ni kita tengok perantin lelaki. Hehe... Ahmadi pulak kawin. Excited gila nak mati bila dia ajak I.Owhhh, keranamu beribu batu sanggup kutuju! Oh myyy....

Ini lah classmate I masa I sekolah dekat Sabah dulu. Boleh tahan gila juga orangnya. Dan semestinya orang yang tak habis2 nak gelak even bukan lawak yang betul2 cipan tu tentunya la I. Hmmmm.... Ok dah tak payah cakap apa2 lagi please!



From Sabah with love! Lova lova... Selamat tinggal cinta! *tiba2*. Jom balik semenanjung semula. Moh ke Kuantan pula. Oh ho ho hooooooooooooooooooo... tau tak how much I rindu Kuantan. Tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula tempat belajar, makan, mandi, main, shopping, merajuk, menyorok, mengorat, dan macam2 me lagi la. Kuantan tetap dalam anganku! Cheewah....



This is Sima... The next perantin of last month!



Amboi amboi amboi... Nak manja2 depan I pulak. Excuse me, I under age lagi! Behave pelis! ;p




Ok sayangs, yang beratur panjang2 dekat belakang mapley tu buddies I masa sweet 17 form 5 dulu! Kawan2 datang tanda sokongan! Muka masing2 berseri-seri sebab semua tengah tunggu turn enn enn! ;D



Walaupun terik panas membahang, teguhnya kukuh si pohon pinang,
Indahnya sungguh negeri Pahang, sampai sekarang terkenang-kenang... Haaa...jawab jawab!




Dan... Eh, kenapa ada gambar pengantin ni? Tiba2 I nak masukkan wedding kakak cantek ni! Admire I masa sekolah dulu. Dah la cantik bijak pulak tu. Mana2 kakak ni ada I follow. Haha. Jaga2 cik Salmah. Kenduri masa bufday dia pulak. Amboi, double happiness ye kakak!


Kalau tak make up pun chantik.. dah meke up lagi la terchantik =)



Dulu masa sekolah semua orang admire abang2 senior handsome. Tapi I admire kakak2 senior yang cun2. Lagi cun lagiiiii la asyik nak tengok jeling2  je muka dia. Haishhh...termasuk la bff pengantin ni. Kakak yang jadi pengapit ni pun very2 the! Awww, agaknya orang Ampang memang cantik2 enn! Eheheheee... *tutupmuka*




Dan yang ini pula.. At last... Cik Nadea jalan dulu! Aminnnn... ni lagi sorang besties I yang bakal naik pelamin! Macam dah dekat je ni! Masa I tengah berdebar nak jawab final SM hari tu Nadia ni berdebar nak ditunangkan dengan tunang pilihan!



Nadia Shariful dah bertunang.Tahniah babe! =)))



And next...next...next...



Ni gambar pengantin



Eh...dah takde ek? Heheh.... pengantin dah pergi honeymoon kot! Tu sebab dah tak ada. Kepada semua kawan2..tahniah ye! Selamat menempuh dunia baru. Semoga pengantin anda baru selalu.♥ Aminnnn...



Best wedding


Pontianak dengan manusia! Alahai sayangs!  ;p






Love,h'wawa ♥