Pukul 9 malam semalam I teramat seronok sebab dapat merajinkan diri untuk mengemaskinikan bilik yang cantik. Hehe. Kemas ke? Tak la. Sapu sampah je. Wahaha. Rajin la tu en en en! Habis habuk yang kat bawah meja, kat kipas siling, kipas duduk, belakang pintu and semua daerah mukim I sapu. Lepas tu siap mop lagi. Sangat bersih dan wangi. Heee. Gunalah Fabuloso! Di sini di sana. Anda suka tak? Terima kekasih kerana menjawab ye. =)
Di waktu I sedang asyik bercanda dengan penyapu tetiba Oggy pun berbunyi. Opss, terlebih sudah! Terkejut I oggy! Tak baik tau. Ngehehe. Dan apabila I tengok nama si pemanggil oh opss auch aww, private number??? Siapakah? Hati bergetaran seketika. Ntah ntah Johnny Deep call I tak? Hehe. So nak angkat ke tak ha. Angkat je la. And...bermulalah episod re-bawang....
Hello
Hello, ni Hawa ke?
Ye saya. Siapa ni?
Ni Kamal. Kenal tak?
Kamal? Jap. Kamal mana ek?
Kamal! Erk, Kamal. Ingat tak?
Oh, Kamal Firdaus ye.
Haaa.
dan perbualan pun berlangsung lagi dan lagi dan lagi....
Ok, actually masa Kamal mentioned kan diri dia tu I macam terculture shocked jap. Biar betul budak ni call I. Well, 10 tahun babe tak jumpa. Kiranya dengan Kamal ni I baru reunion la. Kawan yang lain-lain tu dah bertegur sapa kat facebook. Si Kamal ni je yang tercicir. Nasib baik girlfriend dia ada. Hehe. Thanks Cik Nana!
Dah nama pun reunion kan and cuma bezanya kitorang reunion kat handphone je. Call lak tu. So benda yang basic basic dah sah-sah la tanya kan. Duduk kat mana sekarang? Buat apa? Dah kawin ke? Jumpa siapa lagi kawan yang lain? Eh, itu kakak you ke? Eh ooooooo auchhh yeah and semua la. Hehe. Excited jap I. Ye la kawan lama kan. Geng bas sekolah lagi tu! (T_T)
Dah habis tanya self particular kitorang cerita lak pasal kawan-kawan yang lain. Orang tu dah kawin. Orang tu belajar kat sini. Eh diorang satu U la. I senior dia junior la and banyak coklat chips lagi kitorang cerita. Encik Kamal siap advice I lagi suruh sambung degree. Wahaha. Baik la Kamal Firdaus, saya memang nak sambung pun. Dah ada peluang baik sambung je. Nanti kalau tak rasa rugi pulak. Macam yang awak cakap. Hehehe. (+_+)
Yang kelakarnya dia siap cakap kalau I sambung kat Shah Alam boleh sama ngan Shahril ngan Azman. Hehe. Nasib baik tak cakap kalau sambung kat Unisel leh jumpa dia ngan Nashrik and kalau sambung kat MMU leh jumpa Hanif ngan Roslan or kalau sambung kat Unikl leh jumpa Ganesh ngan Vishnu. Mhahaha. Gelak golek golek I. Suddenly teringat jap kat sedara mara yang teramat hyperactive kalau ada yang belajar kat tempat yang sama. Mau kenduri sebulan. No no no. Tak sawnggup I. Tettt!
Actually sebelum kitorang meng the end kan call tu kiranya sempat lagi la I roger roger kat Kamal yang I and Lan ada juga rancang nak ber re-bawang ni. Tak dapat semua empat lima orang cukup la. Sekadar bersuka-sukaan tanda kegembiraan. Hehe.Wait and see je la ye kawan-kawan. Nanti I calling calling ye. Confirm! Tak tipu tak tipu punya!
And kepada kawan I yang sengaja I sayang kalau you all saja baca entry ni Kamal cakap dia kirim salam. Bukan kirim kuih talam tau! Eh, jawab la. Tak jawab dosa. Aiyok, tak tau. Tuhan marah. Padan muka.
So lepas dah tanya itu ini begitu begini panggilan pun disconnect.Dan panggilan tersebut bersiaran langsung selama dua belas minit lima puluh empat saat tanpa henti. Hehe. Memang kejap je. Tapi I and Kamal tau la juga apa jadi kat diri masing-masing and rakyat di sekeliling kitorang. Dan.......
Ok la. Nanti kalau nak jumpa roger roger la ea.
Ok.
Nanti kalau ada jumpa kawan-kawan lain cakap Kamal kirim salam tau.
Ok.
K bye. Assalamualaikum.
Bye. Waalaikumsalam.
I pun sambung balik mengemas sambil tersenyum-senyum ingat masa zaman sekolah dulu. Hehehe. Muah muah old days!
No comments:
Post a Comment