Wednesday, July 31, 2013

Minta Maaf Siapa yang Kena :)



Salam ramadhan sayang2 dan selamat hari raya! Wow...7 days to go! Cepat rebut lailatulqadar! Lepas ni kalau panjang umur setahun lagi baru boleh jumpa! =)


Phewwww... Dah lama tak membelog and jari pun dah lenguh nak menaip sebab dua hari I mendelete friend list dekat facebook yang actually takde la banyak sangat macam hot setap tu! Biasa2 je. Tapi biasa2 pun kalau dah separuh yang hampir tak kenal baik delete je kan! Lately kalau buka facebook macam pelik sebab ingatkan orang lain punya ID. Check punya check seribu kali pun dah sah memang akaun facebook I. Tapi yang keluar dekat home semua macam stranger je! Scary mary you!


Sebelum ni jumlah friendlist I yang latest (13 June 2013) adalah sebanyak 1989 orang je! Tak banyak macam uolls kan! Yang request dalam 50 lebih tolak yang I dah block awal2! Sikit je kan! Yang follow pun tak banyak. Dalam 55 je kot! Maybe la! Masuk kali ni dah lebih 15 kali kot I buang mereka2 yang kurang berkenaan. Semalam tambah hari ni dengan gigihnya I usahakan jugak nak mendelete. See, dari 1989 tiba2 dah jadi 568 orang je! Yeayess! Itu pun jumlah kasar je kot. Sebab yang mana dah deactivate I tak boleh nak delete. So, total dalam 530 la kot! Yang request pun semua dah delete. Accept yang betul2 kenal je! Yang follow pulak semua dah block! Sorry!




Lama gila nak mendelete. Sebab? Kena check nama satu2 dengan teliti. Ada yang sama nama sampai 6 orang. Kang salah delete kang ada yang merajuk tak tegur I setahun! Lepas tu yang identiti kurang dikenali tu kena buka balik page dia tengok mutual friend, about, gambar nak bagi kenal. Kalau dah naik kering otak pikir tapi still tak boleh recognize baru la delete. Kalau setakat satu sekolah tapi tak kenal tak payah add la. Lagipun sekolah tukar2! Lain la kalau stick dekat sekolah yang sama dari darjah satu sampai tingkatan lima. Tu baru otai! Ini baru nak kenal kawan2 dah kena pindah! Hmmmm


Kali ni yang betul2 ada dalam list I:


1. happy family (siblings, in law, kupu2, keluarga kembang kembangan)

2. jiran tetangga yang bersua muka

3. kawan2 kelas dari tadika sampai u

4. kawan2 yang tak sama kelas dari tadika sampai u tapi kenal

5. kawan2 yang sama schoolmate, campusmate, hostelmate tapi kenal

6. kawan2 adik / kakak / sedara / yang saling kenal mengenali

7. bakal2 boyfriend yang tak jadi (crushes la tu)

8. geng2 blogger/ skype/ twitter/ yang dikenali dan mengenali


9. kawan2 punya kawan yang saling kenal mengenali (maksudnya kawan atas kawan yang saling kenal mengenal je..yang tak kenal harus diremove...tak kisahlah kalau ada 50 mutual friend pun)


10. ustaz/ ustazah/lecturer/cikgu/ boss yang dikenali dan mengenali


11. dan beberapa orang yang dijumpa secara tak sengaja di mana2 lepas tu terus jadi kawan baik! (interview ke, jumpa dalam tren ke, tengah jalan ke, dekat KLCC ke)




Yang terpaksa I delete tu sorry banyak2! Tolong jangan search dan add semula. I memang sombong pun! Lagipun korang ni add tipu2 je kan!


Yang I delete pula:

1. Yang ada facebook akaun sampai dua tiga. Yang ni I pilih ikut mana yang korang semua selalu guna. Slah jangan marah ea!


2. Yang tak guna nama betul lepas tu bila tengok gambar pun still tak kenal. Letak nama belon hijau tapi gambar kereta merah. So?


3. Yang ada mutual friend satu je. Ini memang sah add saja2 je.


4. Orang2 yang memang tak dikenali (dulu2 gatal nak add admire punya girlfriend/ skandal)


5. Anda yang dulu pernah jadi kawan/tegur/cakap2 then add dekat facebook sebab ada mutual friend ramai. Tapi bila tanya kenal ke tak tiba2 leh jawab "kenal kot...rasanya lah". Fine. Kalau dah macam2 bukti then uoll stil tak ingat...tata!


6. ada lagi yang dalam K.I.V sebab antara nak kenal dengan tak




Kawan2 yang kena minta maaf banyak2 ye. Kalau I salah remove bagi tau k! Jangan marah2. Ini bulan baik.
Lagipun friendlist sikit ni senang. Kalau nak invite apa2 tak payah nak tapis2 bagai! Invite all je :)







Do Add To Talk...Not To Stalk





SELAMAT HARI RAYA AIDLIFITRI YANG MULIA MAAF ZAHIR BATIN







Love, h'wawa


Tuesday, July 2, 2013

Smurf


Salam sejahtera! Laporan untuk 1 Juai 2013 (walaupun waktu sekarang dah masuk 2 Julai). Tadi I keluar berjalan-jalan. Tak payah tau la kat mana. Masih dalam Kuala Lumpur lagi. Jalan jalan jalan lalu ternampak la satu kedai ni jual (actually takde la kedai pun..gerai maybe) set smurf dari yang paling kecik cenonet sampai la yang besar bapak! Comel gila weyh! Mula2 macam nak beli tapi disebabkan smurf hanyalah berwarna biru maka macam taknak pulak! Kalau pink memang confirm rembat dulu! Tapi bila dah sampai rumah macam rasa rugi pulak tak beli tadi! Teringat pulak I pernah bagi smurf dekat Tasha masa birthday dia yang ke 22 tahun that year (cuba teka sekarang Tasha umur berapa?)! Summmmpahhh comel eventhough Tasha tak cakap comel pun depan I (maybe la)! 




Tapiiiiii.....lagi teringat bila Aqish cakap dia dah nak dapat smurf tapi tak dapat lagi (tak sure sekarang Aqish dah dapat ke belum). Waaaaaa.....mana aci semua orang ada smurf ni!!!! Nak jugaaaaakkkkk...







Takpe la tak dapat smurf pun! Barbie lagi cun!






Love,h'wawa