Wednesday, November 30, 2022

Bersalin di Hospital Ampang

Untuk anak kali ni I cakap dekat Fidzree nak bersalin dekat hospital yang dekat dengan rumah. Mak2  kan. Nak dekat dengan anak2 alasannya 🥰. Haha. Fidzree mula2 nak I bersalin je dekat Hospital Wanita Kanak-Kanak KL sebab anak2 sebelum ni memang lahir kat sana. Dah biasa kan. Tapi I taknak sebab fikir nanti susah pulak nak tinggal2 anak kalau nak hantar barang.


Booking Hospital


Actually masa I pergi appoinment nak booked tarikh untuk ceaser doktor dekat Hospital Ampang ni ada tanya kenapa tak bersalin dekat WCH je. Rekod semua dekat sana kan; jadi senang kalau bersalin sana terus. Pastu I cakap la dekat doktor sebab dekat dengan rumah tu yang nak bersalin sini. 

Mula2 doktor macam nak I bersalin dekat WCH juga sebab EDD dah dekat. I ceaser jadi kena dua minggu awal sebelum EDD. Haha. Bincang2 punya bincang at last boleh juga bersalin sini. Yaey! 


Dah confirm nak bersalin sini jadi kita ke fasa seterusnya; mencari tarikh bersalin. EDD I 24/8/22. Tapi biasa kalau kena paksa memang tak boleh ikut tarikh tu. So, masa jumpa doktor tu terus la doktor tu tanya 'you nak 8/8? Ada kosong dua slot lagi tarikh ni?'.. I pun macam eh..ok..jap.. Haha. Bestnya boleh pilih tarikh sendiri 😝. Masa bersalin Neal dulu doktor yang bagi tarikh. Know know dapat date lols 😜. Tapi dekat sini Doc dia macam best ehhh sebab I boleh pilih huhu. I tak terus gelojoh ye nak 8/8 sebab kalau boleh I nak bersalin terus 24 tu. Tapi Doc tak bagi sebab takut terbersalin awal. Jadi I cakap  nak 1/8. Doktor tak bagi juga sebab awal sangat nanti paru2 baby tak matang. Bincang punya bincang last2 I pilih 5/8. Sebab tak sabaq nak anak keluar awal 😆. Lagipun berkat hari Jumaat. Maka, confirmlah tarikh bersalin 5/8/22. 


Dah dapat tarikh, lepastu I kena ambil surat pulak dari WCH pasal rekod bersalin yang lama. Disebabkan ke semua hospital2 ni sekangkang kera je dengan rumah I, jadi lepas jumpa doktor Hospital Ampang terus ke WCH nak hantar permohonan rekod lama. Pergi dah petang sangat dekat nurse2 semua nak balik jadi benda pun cepat je settle. Nurse dekat kaunter obgyn tanya lepas ni berapa kali lagi appoinment dengan hospital Ampang I cakap dah takde dah. Lepas masuk iron terus bersalin. Pastu dia macam wow cepatnya. Jadi, nurse tu terus ambil detail sebab nanti surat tu dia hantar guna emel je. Settled.


Ni la surat yang Hospital Ampang minta dari WCH.



Drip iron.


Dari tarikh I hantar surat tu maksudnya lagi tiga minggu I bersalin yeehuu. Tak sabau nak dapat anak baru! Tapi seminggu sebelum bersalin I kena pergi hospital untuk drip iron dalam badan sebab hb sangatlah rendah. Macam2 ubat dah makan. Takat tu juga. Dari anak pertama sampai anak sekarang memang rendah je bacaan hb. Sejenis yang memang hb rendah kalau mengandung. Masa nak drip ni lagi lah MasyaAllah ku takut tahu tak? Tak pernah kan. Jadi ingat kan teramatlah sakit. Siap google. Hasil google pun ramai yang cakap sakit. Ok, saya dah mula gelabah nak masukkan zat besi dalam badan 🥴. Ada dua blog je yang I baca cakap tak sakit. On the way nak pergi hospital tu memang tak tenteram lah sebab terbayang yang tak best tak best je kan. Sampai hospital terus pergi PAC. Sebelum masuk PAC kena buat test covid. Dah sudah tu nurse suruh naik tingkat 4 bahagin EPAU. Nurse siap pesan lagi makan sebelum masuk drip iron sebab katanya adalah lebih kurang 3 jam juga nanti proses tu. Aishhhh..ku gelabah semula. Dah naik atas tengok ada dua orang lagi geng sama2 nak kena drip. Oh yeah! Yang sorang ni sama macam I, tak pernah kena. Ingatkan sakit. Muka pun pucat je sebab takut. Tapi yang sorang lagi ni rupanya dah pernah drip iron dah masa mengandung sebelum ni. Pastu dia cakap 'alaa, tak sakit la..macam drip masuk air je'.. Lalu kitorang pun macam oh ok ok la ..


Masa nak drip tu kita kena duduk dekat kerusi besar macam kerusi business class malaysia airlines yang penerbangan bawah 5 jam tu. Maksudnya kerusi besar gedabak tu yang selesa. Sebab nak duduk lama kan. Pastu nurse pasang bendalah segala. Jadi bermulalah pengalaman masuk drip iron buat pertama kali. Betul la, takde la sakit sangat. Macam masuk air je. Tapi kalau korang fobia dengan jarum maybe takut la kot. 




Benda ni la yang dimasukkan.


I drip iron tu takde la sampai 3 jam. Sejam lebih je. Mungkin sebab dia punya drop tu laju jadi cepatlah siap. Hihi. Seronok boleh balik awal. Sebelum balik sempat la melawat baby baru dekat wad on the way nak pergi tandas. Tapi tengok dari jauh je la sebab baby baru sangat mudah terjangkit. Dah siap semua nurse bagi tanda tangan dekat buku mengandung bukti kita dah masuk iron lepas tu boleh balik dah. Babai 👋🏻.



:: Sambung post seterusnya.





Love, h'wawa