Friday, April 30, 2010

Colourful of April

Bulan April dah sampai hujung. Esok dah masuk Mei. Tak pasal pasal dah nak setengah tahun dah berlalu. Cepat je masa sekarang. Kalah monorail en! Hehe. So sepanjang April ni banyak sangat benda yang berlaku. Sedih plus seronok equal to rojak buah. Wahaha. So colouful and kalau orang lain tengok mesti kerut kerut kening dia and sambil cakap tengok muka budak tu pelik la ada kaler kaler macam pelangi campur dengan painting budak tadika. So comot. (-_-)

Hehe.
I dengan rasa suka hati la nak cakap bulan ni bulan befdey forever. Bhahaha. Kawan-kawan and sedara mara kupu-kupu ramai yang sambut birthday bulan April ni. So manis macam madu. First April sampai 30 th April is birthday. Hehe. Macam hari ni is Adhan's birthday. Budak Uitm kat tempat I. Happy birthday Adhan! Teruskan senyum macam Kak Wawa ni ea. =)

Baru-baru ni juga I dah jumpa kawan masa I sekolah dulu. Hehe. Semua gara-gara fb la. Cayalah. Ni yang rasa nak suruh kawan I bagi nama anak dia Facebook. Peeewit. Nurul Facebook. Ok tak? Hehe. Ok la tu! Sangat unik la awak and confirm nanti boleh masuk Malaysia Books of Records.
Ok, itu semua pasal kisah happy family farmville. Tapi macam mana pula dengan kes saya kena tipu dengan dia yang buat-buat macam dia tersuka kat saya and pastu dengan tiba-tiba dia tersengaja couple dengan orang lain and dalam masa yang sama still cakap macam dia memang suka kat say. Ohh apakah? Fuh, penat I mengexplainkan secara terperinci. Itu semua hanya telenovela saja. Dah confirm I heroin tapi hero dengan second heroin. Hehe. Opss atau pun tiba-tiba nanti ada hero lain. Baru best en. Pastu kita letak lagu sikit. Hehe. New version. Baru box office. Tak ada la empty box. Hehehe.

Ehem, rileks. Tak nak mengarut lebih lebih. Mari kita fokuskan terhadap pembelajaran pada hari ini. Yeay. Make it new. Fikirkan yang baik baik aje. Baru ada style. Hehe. So untuk esok I nekad nak betulkan azam I balik and I seratus per dua ratus persen confident yang you all dah termuntah pelangi bila dengar I cakap pasal azam yang ntah ke berapa juta lemon ni kan. Sabo yeop. Kejap je ni.

So I nak pastikan kali ni mesti mau punya. Be my self. Hehe. Still kuat makan and lepas tu menangis sebab badan dah tembam. Hikhik. Ntah apa apa ntah. Sila pastikan kanak-kanak yang berumur bawah dari 12 tahun tidak memfollow tabiat ini ye. Hehe.

Jadi I harap sangat kali ni ok punya. Ok, jumpa esok. Nak mandi dulu. Hehe. Jom mandi jom. Hehe.

Wednesday, April 28, 2010

Call re-bawang


Pukul 9 malam semalam I teramat seronok sebab dapat merajinkan diri untuk mengemaskinikan bilik yang cantik. Hehe. Kemas ke? Tak la. Sapu sampah je. Wahaha. Rajin la tu en en en! Habis habuk yang kat bawah meja, kat kipas siling, kipas duduk, belakang pintu and semua daerah mukim I sapu. Lepas tu siap mop lagi. Sangat bersih dan wangi. Heee. Gunalah Fabuloso! Di sini di sana. Anda suka tak? Terima kekasih kerana menjawab ye. =)
Di waktu I sedang asyik bercanda dengan penyapu tetiba Oggy pun berbunyi. Opss, terlebih sudah! Terkejut I oggy! Tak baik tau. Ngehehe. Dan apabila I tengok nama si pemanggil oh opss auch aww, private number??? Siapakah? Hati bergetaran seketika. Ntah ntah Johnny Deep call I tak? Hehe. So nak angkat ke tak ha. Angkat je la. And...bermulalah episod re-bawang....
Hello
Hello, ni Hawa ke?
Ye saya. Siapa ni?
Ni Kamal. Kenal tak?
Kamal? Jap. Kamal mana ek?
Kamal! Erk, Kamal. Ingat tak?
Oh, Kamal Firdaus ye.
Haaa.
dan perbualan pun berlangsung lagi dan lagi dan lagi....
Ok, actually masa Kamal mentioned kan diri dia tu I macam terculture shocked jap. Biar betul budak ni call I. Well, 10 tahun babe tak jumpa. Kiranya dengan Kamal ni I baru reunion la. Kawan yang lain-lain tu dah bertegur sapa kat facebook. Si Kamal ni je yang tercicir. Nasib baik girlfriend dia ada. Hehe. Thanks Cik Nana!
Dah nama pun reunion kan and cuma bezanya kitorang reunion kat handphone je. Call lak tu. So benda yang basic basic dah sah-sah la tanya kan. Duduk kat mana sekarang? Buat apa? Dah kawin ke? Jumpa siapa lagi kawan yang lain? Eh, itu kakak you ke? Eh ooooooo auchhh yeah and semua la. Hehe. Excited jap I. Ye la kawan lama kan. Geng bas sekolah lagi tu! (T_T)
Dah habis tanya self particular kitorang cerita lak pasal kawan-kawan yang lain. Orang tu dah kawin. Orang tu belajar kat sini. Eh diorang satu U la. I senior dia junior la and banyak coklat chips lagi kitorang cerita. Encik Kamal siap advice I lagi suruh sambung degree. Wahaha. Baik la Kamal Firdaus, saya memang nak sambung pun. Dah ada peluang baik sambung je. Nanti kalau tak rasa rugi pulak. Macam yang awak cakap. Hehehe. (+_+)
Yang kelakarnya dia siap cakap kalau I sambung kat Shah Alam boleh sama ngan Shahril ngan Azman. Hehe. Nasib baik tak cakap kalau sambung kat Unisel leh jumpa dia ngan Nashrik and kalau sambung kat MMU leh jumpa Hanif ngan Roslan or kalau sambung kat Unikl leh jumpa Ganesh ngan Vishnu. Mhahaha. Gelak golek golek I. Suddenly teringat jap kat sedara mara yang teramat hyperactive kalau ada yang belajar kat tempat yang sama. Mau kenduri sebulan. No no no. Tak sawnggup I. Tettt!
Actually sebelum kitorang meng the end kan call tu kiranya sempat lagi la I roger roger kat Kamal yang I and Lan ada juga rancang nak ber re-bawang ni. Tak dapat semua empat lima orang cukup la. Sekadar bersuka-sukaan tanda kegembiraan. Hehe.Wait and see je la ye kawan-kawan. Nanti I calling calling ye. Confirm! Tak tipu tak tipu punya!
And kepada kawan I yang sengaja I sayang kalau you all saja baca entry ni Kamal cakap dia kirim salam. Bukan kirim kuih talam tau! Eh, jawab la. Tak jawab dosa. Aiyok, tak tau. Tuhan marah. Padan muka.
So lepas dah tanya itu ini begitu begini panggilan pun disconnect.Dan panggilan tersebut bersiaran langsung selama dua belas minit lima puluh empat saat tanpa henti. Hehe. Memang kejap je. Tapi I and Kamal tau la juga apa jadi kat diri masing-masing and rakyat di sekeliling kitorang. Dan.......
Ok la. Nanti kalau nak jumpa roger roger la ea.
Ok.
Nanti kalau ada jumpa kawan-kawan lain cakap Kamal kirim salam tau.
Ok.
K bye. Assalamualaikum.
Bye. Waalaikumsalam.
I pun sambung balik mengemas sambil tersenyum-senyum ingat masa zaman sekolah dulu. Hehehe. Muah muah old days!

Monday, April 26, 2010

Starting From Today

Ok, starting from now saya dah bersedia untuk bermula dengan misi baru. Apakah? Well benda ni tak de la besar mana pun tapi cukup la diibaratkan sebagai azam kecil-kecilan. Hehe. Menanti hari bahagia. Saya nak kawen ke? Eh, tak de la. Jangan buat gossip tau. Nakal you all ni la. Hehe. So sebenarnya saya dalam proses nak mengecilkan saiz lemak di badan yang saya rasa dah terlebih inci ni. Opsss, jangan cakap kuat-kuat nanti pak leman tanjung karang tak suka kat saya la. Bhahaha. Oh siapakah pak leman itu? Rekaan semata mata sahaja. Ok lets continue and stop menggedik ye. Macam mana ye nak kurangkan rasa tersiksa apabila mulut yang indah ini tidak dapat menahan nafsu nafsi untuk melantak segala juadah dengan nikmatnya. Oh tidak. Saya harus kuatkan semangat. Anda mampu mengubahnya. (>_<)

Emm, jadi sekarang macam mana nak start ye. Well kata orang cerdik pandai kita tak boleh skip breakfast sebab itu adalah kunci diet. Hehehe. And one more thing jangan tak makan langsung sebab kalau tak makan metabolisme jadi slow and lemak pun slow untuk dibakar and akhirnya tak de kesan apa-apa pun and kita juga yang rugi en oh no no no.

So apa kata kita diet dengan cara yang lebih sihat. Seimbangkan makan dan excercise. Hehe. Tapi pada saya bab excercise tu yang oh tolong saya malas la mama help me. Ngehehe. Tapi orang cakap kalau buat kerja rumah pun excercise juga kan. Jadi ringan ringankanlah tangan untuk menolong ibunda di rumah ye anak-anak.

Jadi saya harap sangat-sangat untuk kali ini biarlah ia menjadi kenyataan. Sebulan je plis plis plis. Bersedia untuk berperang dengan nafsu makan!

Ok kalau kita tengok piramid makanan kat atas ni kita kena lebihkan makanan bijirin. Hehe. Dah confirm confirm benda ni yang entah berapa juta kali you all baca en en en. Jadi belajar belajar la untuk memfollownye ye. And one more thing kalau rasa-rasa macam mood dah berkurang nak teruskan diet ni kita kena buat short note la untuk motivate kan diri. Yang penting banyak minum air masak. Hehe. Dengarla apa yang Dr Hawa ni cakap en. Bhahaha.

Arghhhh, jadi tolong jangan buang masa. Mari kita berperang dengan lemak habis-habisan. Saya benci lemak tapi saya suka makan. Wahaha. Macam mana ni?

So come on baby! Lets us start. Tapi......saya nak habiskan dulu nasi goreng yang mak buat ni. Ehehe. Jangan mara haaaaa.(=_=)

Selamat berdiet!

Friday, April 23, 2010

Happy Bithday Abang Yo

Happy birthday abang Yo. Hehe. Dah tua yek!. Wuhuu. Well, tak sangka ramai rupanya kawan-kawan saya yang sambut birthday bulan April ni. So comel la kita semua. Bhahaha. And saja nak story telling competition kat you all yang saya kenal abg Yo ni masa study kat UiTM dulu. He is my senior. (>_<)
Masa baru-baru kenal dulu so menyampah la kat you abg! Masa tu tak tau nape benci sangat kat dia and geng-geng dia. Maybe sebab diorang jadi fasilitator and suka suki awek diorang je nak buli kitorang semua. No no no. Tak baik tau! Heee.
Tapi bak kata tok nek dulu tak baik benci kat orang nanti tiba-tiba jadi sayang. Ayoyo. Ammavaaa? Hehe. Betul la tu kot. So nak dijadikan sejarah sang sapurba masa saya masuk sem 3 saya terpilih untuk jadi pembimbing siswa untuk kolej atau kitorang panggil PS je. Nama pun ps and dah sah-sah la yang senior-senior ni ada juga. Bila dapat tau diorang ada sekali rasa macam nak cabut balik rumah je. Dah la wakil budak akaun sem 3 saya sorang je. Alamak hilang keanggunan I. Wahaha. Tapi disebabkan dah datang dengan barang-barang yang macam nak menetap situ 10 tahun saya pun buat muka ada aku kesah yang tersangat cun. Hehe, tifu tifu!
Bila dah buat kerja sama-sama and dah tau perangai masing-masing baru la rasa oh baik nya senior-senior ni and I suka la kawan dengan dia and oh aww kelakar la dia tu and hehe I happy sangat and ntah apa-apa lagi la. And tak pasal-pasal lagi bila abg Yo ngan kawan saya, Bie panggil saya baby ps. Why? Ntah la. Diorang kata perangai macam baby! Hehe. Poyo je Wawa. Ada juga yang cakap suara macam doraemon. Oh iyakah? Wahaha.

So apa-apa pun ni la birthday boy untuk hari ni

Handsome? Ooooo, korang suka dia ye! Nanti saya cakap kan en. Hehe. (T_T)

Untuk abg Yo, Happy befdey again. May Allah bless you. Hope your wish come true and enjoy what are you doing. Hehe. Wawa nak kek? Bhahaha........=)

Semakin Jauh


Sekali lagi. Rindu semakin jauh. Stop it Hawa! This is life. Bukan semua milik kita. Face it! Dan pada hari ini diwaktu saya merinduinya sekali lagi dan apabila saya sengaja mengview facebook dia dan tiba-tiba saya sengaja membaca post dia dan saya yakin betul betul dan amat betul yang kali ini saya akan berusaha untuk tidak menaruh harapan pada dia lagi titik. Hehe(padahal dalam hati still mengharap 0.1% kat dia). =P
Let him go. Biarkan dia bahagia dengan yang tersayang dia. Come on la cik Hawa, kalau you kat tempat dia pun mesti la tengah happy happy sekarang ni kan and kalau boleh tak nak sape sape pun kacau kan kan kan. Hehe. Saya lapar.* Tiba-tiba*.
Dan tadi post ini la yang membuat saya terculture shocked untuk 20 saat yang pertama.

im so happy tonite! Jusco sale! Pg bersama dgn org trsyg... juga dpt main DDR!!! Juga dpt kasut!!! Juga dpt keluar malam dgn dye! Wahooo

p/s: post ini adalah hak karya sebenar encik yang berkenaan. Sila cube sekali lagi. Hehehe.

Ok, kita ulang lagi sekali. "pg bersama ORG TRSYG". You see that Hawa? Orang tersayang!

Dan sekarang ini tiba-tiba saya terasa oh tolong oh tolong malunya saya terkedek-kedek macam Donald Duck kat dia. Opss aucchh malu I! Cover sikit cover sikit -_- Ngehehe.
So, apa kata cik Hawa tak payah susah-susah serabutkan medula oblongata awak tu dengan asyik nak ingat pasal dia je.(it's time to think about misi kita yang sedang dijalankan or maybe fikirkan pasal jiran sebelah rumah yang boleh tahan juga! Wahaha)

Kita lupakan dia dengan ingat kelazatan donut yang telah dibeli oleh abah pagi tadi and telah selamat masuk di dalam perut ini. Nyum nyum. Jangan dilupakan nasi lemak ayam yang menggoda juga sambal udang buatan emak yang memang bapak sedap and padan muka adik tak dapat makan. Kekejaman bermula. (T_T).
Dan untuk kesekian kalinya please la jangan terlebih-lebih ingat kat dia. He is past! Ok sekarang kita kena ready untuk future life ye babe! Hehe. So comel la awak*blusher sangat sangat coz puji diri sendiri* (>_<) Teettt!





Tengok la wahai encik yang berkenaan. Saya terkedek-kedek macam DD ni pun tapi tetap suwit kan walaupun awak akan cakap "girlfriend I lagi sweet and hot". Bhahahah. Poyo je Wawa!

Ok, sekarang nak makan ubat dulu. Pastu nak sambung makan balik. Apa-apa pun I still miss you. Hehe. Normal la kan. Ok tak mau lebih-lebih. =)
Setakat ni pada hari ini untuk mR. i
"my prayers and thoughts accompany you"

Wednesday, April 21, 2010

I'll be waiting!

Masih menanti! Menanti apa ek? No no no no no! Bukan menanti si dia cerita cinta yang tak jadi yang confirm anda semua dah naik kembang macam donat bila baca entry yang tak habis-habis tu tapi hari ini punya entry adalah cerita yang lain. Ha ha ha! (ketawa buat-buat macam dalam cerita man laksa tu) *_*
So kalau anda semua ingat kan dulu saya ada post pasal barang baek punya kan. Ingat tak ingat tak ingat tak..hehe. Confirm tak ingat en! Takpe. Anda dipaksa oleh saya untuk mengingatkannya kembali. Jadi sekarang ni saya masih lagi and sedang lagi and memang menggunakannya lagi tetapi masih tiada perubahan. Oh, kenapakah? Well, I wonder why! *sambil kening berkerut tanda keseriusan*

Sepatutnya kalau diikutkan logik akal yang memang berpotensi besar tak logik ni akan ada satu perubahan besar sebesar hama ayam yang akan terjadi tetapi mengapakah ia masih seperti dahulu kala seperti tiada apa apa yang akan berlaku wahai cikgu bahasa melayu? Jawapannya: JANGAN LUPA LIRIK! Hehehe, kita membuat kerepek seketika. =P

Ok, kembali normal. Kalau nak diikutkan segala pantang larangnya saya rasa semuanya udah diberesin pak! Tapi mengapa masih seperti dahulu macam segala. Aduh, gawat ni! Dan untuk menyedapkan hati yang memang dah sedap ni and dah macam rojak fun fair ni so saya pun cakap dengan hati "takpe baby, kita tunggu sampai bulan 7 ni. Kalau macam tu juga kita throw it AWAY! Bhahahahaha" dan hati pun berkata "ok sexy!" . Ngehehe. Dan kami masih lagi dalam kekeliruan! Hmmmmm.
Haruskah saya menanti atau bolos saja ia ke dalam tong sampah di tepi toilet? Oh, Abang Kassim tolong Sabariah Abang Kassim! (T_T)
Ok, tak mau gedik tak mau gedik! =) Saya cakap pasal apa ni en? Kekeliruan melanda diri anda. Eleh, tau la. You all semua nak tau kan. Haaa, jangan tipu jangan tipu tak baik tau. Hehe. Sorry babe! Tak boleh bagi tau sekarang la. Nanti bila dah success I'll tell you ok. Sekarang mari kita bergumbira dulu. Apa yang boleh saya katakan hanyalah menanti menanti menanti menanti enanti nanti anti nti ti i i i i.........wahahah.
Dan sekarang saya masih lagi menanti dan berharap. Fuh fuh fuh please makbul la makbul la. Please please please saya tidak nakal! =P Hehe.
Diharap anda pun sudi sudilah menanti bersama-sama saya ye! Cayang you all! Muah muah and tak muah untuk orang tu yang dah ada girlfriend! Wahaha!

Monday, April 19, 2010

Please Heart~~~

Malam tadi sekali lagi. Seperti biasa. Rindu lagi. Hati tolonglah. Jangan rindu dia lagi. Please heart. Kenapa hati ni? Hari tu macam dah boleh lupakan dia. Tapi kenapa malam tadi teringat sangat-sangat. Tolong la. Dia dah ada yang lain. So hati please lupakan dia. Lupakan sebagai seseorang and teruskan sebagai kawan. Tapi hati tak boleh tipu. Hati ni ingat lagi dekat dia. Hati boleh lupakan dia tapi bukannye boleh lupa macam tu je. Makan masa. Please hati please.
Sekarang muktamad hati. Stop it. Start dengan Oktober and tamatkan dengan April. =) I know heart can do it!

Bukan salah dia. Mungkin salah saya. Cepat sangat sayang kat orang. Biar je orang nak kacau hati ni. Lastly bila orang tu nak kacau hati orang lain hati saya ditinggalkan. Sekarang hati dia dah bercantum dangan hati orang lain dan hati saya ada lagi kat sini. Sabar hati.



No hati, tak boleh. Jangan nangis! Biasa la tu. Cheer up ok. Sedih? Memang tak dinafikan. Tapi tak payah la merana sangat. Kelakar nanti. Tapi sekarang ni macam mana nak berfacebook? Couple tu dalam friends list saya. Diorang pun sekarang ni terlalu sayang menyayang dekat facebook. Setiap kali pergi homepage mesti keluar post diorang berdua. And bila terbaca post diorang hati tiba-tiba jadi sedih. Tadi pun saya terbaca lagi post diorang. Sedih sangat. Please awak jangan keluar kat page saya. Memang la boleh kalau saya nak delete awak berdua tapi rasanya tak payah la buat macam tu kan!
Nampaknya hati kena positif. Tapi sekarang ni susah nak suruh hati jadi positif. Takpe. Nanti ok la en! Ok, senyum. Hee. =)
Orang tu pun sampai sekarang tak tau lagi yang saya suka kat dia. Takpe. Biarkan je. Lagipun mesti dia tak heran pun sebab dah ada yang tersayang. Kawan-kawan pun tak tau siapa dia walaupun memang confirm ada sesetengah yang kenal dia. Tapi kalau orang tu terbaca entry ni and faham yang saya memang maksudkan dia itupun ok la.
Jadi cik Hawa lepas ni kalau nak kawan-kawan pun ingat ingat la ye. Jangan terus bawa masuk dalam hati. Nanti nangis lagi. Setakat ni sayang dekat dia ada lagi. Just tunggu masa je untuk sayang orang lain pula. Hehehe.(ketawa buat buat)
Dan untuk couple berkenaan enjoy your love. Be happy k! Tahniah untuk anda berdua.

Sunday, April 18, 2010

150 cm

150 cm! Oh, kena tambah lagi 4 cm baru la cukup 154cm. Hmmm, tak pe la. Saya pun tak expect sangat nak kerja ni. Hehe. It's ok bebeh. Chill. (-_-). By the way experience tu yang suwit sangat. Bhahaha. You all mesti nak tau en pasal apa yang saya merapu kat sini. Ehehehe. Actually semalam saya pergi interview Customer Service Agent dekat MAS Academy. Mula-mula tu memang tak nak pergi tapi lepas pikir pikir balik sampai naik mengantuk mata ni yang rasa macam ada gajah duduk baru la saya decide nak pergi. =)

Masa dah sampai kat sana omaigod I tell you darling bapak ramai orang. Huh, macam nak tengok konsert je. Gila ramai. Saya ingat setakat seratus orang je tapi dah lebih ni. Masa ni la tetiba rasa macam alamak bapak cun diorang ni semua. Memang confirm tak dapat. Mamma mia!

Fuh, saya ingatkan setakat customer service je senang la proses interviewnye sekali opss auch aww ehh hmmm banyak gila prosesnye. Mula-mula kena daftar betul-betul lepas masuk pagar akademi pastu kena beratur panjang yang beratus minit la juga pastu kena daftar lagi kat kaunter pastu kena naik tangga yang berlingkar-lingkar yang macam rumah Shah Rukh Khan dalam cerita Kabhi Kushi Kabhi Ghum tu pastu kena masuk dewan yang kalau orang lain tengok mesti cakap" oh kesiannye diorang nak ambil exam" pastu kena keluar balik isi borang and pastu masuk balik and kena keluar balik pergi bilik lain yang sama macam tempat kat klinik yang nak tunggu nama kena panggil untuk ambil ubat. Ok, sambung balik. Lepas tu nama kena panggil and kena masuk kat Grooming room. Oh, wow. Nama pun macam best je en. Heheh. So masa masuk kat sini la saya kantoi! =(

Ok, masa kat grooming ni macam-macam dia tengok. Cara jalan, duduk, senyum, tinggi, berat and siap kena angkat kain lagi. Opss! Hehehe. And nampaknya saya terbehenti setakat ni saja. Huhuhu. Nak buat macam mana en, MAS nak tinggi 154 ke atas and saya 150 je. Wah, betapa kerdilnya diri. Tettttttt! Wahahah.Akhirnya, terpaksa la melangkahkan kaki untuk pulang. (T_T). Rasa macam terkeluar AF je. Sobsobsob. Aaaaaa, saya tak pulang sendirian ye. So bukan saya sorang yang tak cukup inci ni. Wahahaha lagi.

Tapi kan walaupun tak dapat still happy je sebab rasa la juga pengalaman nak jadi FA untuk beberapa jam. Kakitangan MAS pun baik je. Fuh. Macam tu la nak layan customer. Bukannya buat muka penkek basi tu. (opss, sory) Ahaha. At least merasa juga pengalaman macam ni en. Maybe belum rezeki lagi kot(hehehe...macam la lepas ni terus jadi tinggi.. =P).
So, relax-relaxkan diri anda and muah muah. Hehe... =)

Thursday, April 15, 2010

Saya OK!

Semuanya cun saje! Ehehe. Hari ini saya ok. Hari ini saya sangat ok. Terima kasih penyokong! Fuh, rasa macam artis pulak siap ada penyokong penyokong ni.Tettt! Jangan marah haaa! Tak ada sebab untuk saya meratap tersedih-sedih mengenangkan kisah semalam. Ecececeh. Ok, tak mau tipu. Actually ada la teringat lagi and tersedih lagi and terasyik tertanye kenapa kenapa kenapa and ntah apa apa lagi macam segala la. Biasala tu. Baru baru en. Nanti lama-lama rasa stupid je bila teringat balik. Ntah hapehapentah! >_<
So kepada kawan-kawan terima kasih di atas comment comment anda di mukabuku saya ea. Terasa macam Paris Hilton jap. Ahahah. Sekarang ni pun Siti Hawa ada buat target azam baru and segala yang dibuat sebelum ni pun semua dah habis dirombak oleh DBKL. Maybe sebab tak bayar saman kot. Wahaha.
Pagi ni saya bangun dengan sangat ceria. Lepas solat subuh terus excercise. Wah,, rasa lebih lega! Macam dalam iklan cool fever yang kalau demam memang suka sangat paksa adik suruh beli and dia pun terpaksa rela dengan muka tempoyak expirednya. Hehe.
Hidup ini indah. Indah hidup ini. Saya suka hidup indah. Hidup indah bila makan. Hehehe. Jom makan jom!
Waaah, sedapnye sedapnye tiba tiba je kelaparan menjelma. Hehe.
Saya ok bila makan. Saya ok bila saya fikir yang ok ok je. Saya k.o bila saya tak reti lagi naik basikal sampai sekarang. Kenapakah? Hehehe. Tanya mak cik sebelah rumah ye!
Anda suka saya? Suka, oh tenkiu tenkiu. Apa? Tak suka. Tak pe tak pe so jangan baca ye. Wahaha.
Sekarang anda semua percaya saya ok? Saya ok saya ok and mesti korang rasa saya k.o bila saya post belog yang macam ini. Ntah la labu. Ishishish. Ok, disebabkab saya ok sekarang saya nak sambung bermukabuku and nak tunjuk kat korang ke-ok-an saya! Muah muah. Ngehehe.

Wednesday, April 14, 2010

Cerita Hati


Mungkin betul mungkin tak betul atau mungkin buat-buat tak betul. Suddenly I feel yang my heart is broken sangat-sangat. Kenapa dengan saya? I don't know. Maybe segala jawapannya dah ada. Actually awal tahun lagi saya dah tau yang relation status dia is in a relationship. Tapi saya deny semua tu because saya rasa that girl yang dia mention tu memang la saya.*keperasanan teserlah* Hehe.
Tapi tadi bila saya view mukabuku dia and saya terbaca satu link ni omaigod oppss auch awww terkaku I seketika sambil berbaring-baring di atas katil dengan menghadap laptop. Kenapakah? Oh benarkah? And yet orang yang dimaksudkan bukan saya bukan saya and memang bukan saya! Lagi sekali diulangi anak-anak bukan SITI HAWA ye! Sob sob sob. Melalak terbahak bahak sambil mengkontrol kesopanan. =( =( =(

So what should I do now? Still menuggu dia and berdoa mintak mintak dia datang pada saya and bawa chocolate indulgent SR atau buat muka buat ada aku kesah padahal dalam hati dah ada tsunami megi. Wuaawaawaa. Kesedihan terlampau seketika.
Kenapa ini semua terjadi? *dalam nada serius* Ini semua pasal cik Hawa yang suka main perasan perasan ni sampai ingat budak tu suka kat awak ye! Tak malu. Sungguh tak malu. Tapi bukan salah saya ye, kalau la budak tu tak ajak saya main tarik tarik tali takde la saya sampai terbelit belit macam tali kasut pallas ni. Nampak sangat bukan pemain pro. Ngehehe.
Masuk kali ni dah banyak kali saya rasa penyakit SS ni aka syok sendiri mau ingat! Hehehe. Tapi tak serik serik. Kenapakah? Oh, tanyalah jantung sendiri ye! (T_T)

Tapi kali ni sedih saya teramat sangat. Kenapa dia bagi harapan yang terang benderang kalau sebenarnya dia dah ada seseorang. Awak memang tau. Kalau ye pun nak suka berkawan-kawan please don't do this to me. Tak pasal pasal saya yang terkeciwa tapi awak maintain bercengkerama dengan yang tersayang awak tu. Sungguh tak baik.
Sekarang nampaknya memang tak patut lagi saya tunggu awak en en en! Takkan nak suka kat boyfriend orang kot(walaupun penah buat macam tu..heheh..opss suka je tak ambik k). And now detik ni waktu ni saya tak tau nak merepek ape lagi kat sini. Boleh dia tipu saya ye. Fuhh, nah ambik kau Hawa! Sakit kan. Sakit sangat sangat.(nangis lagi walaupun dalam hati je)
" sometimes my heart misses somebody..... and that somebody doesnt even know that i still misses everyday.... but what can i do is just stand aside and watch.... and not to tell that somebody how i really feel...... "
ayat kat atas ni saya cilok kat fb kawan saya. Hehe. Tapi ayat dia memang comel. Sama macam situasi saya. Kenapa susah saya nak bagi tau dia and sekarang masa saya dah bersedia bila bila masa je nak tunjuk hint kat dia rupa rupanya dia dah ada yang lain and paling tak suka dia tipu saya. Ahhahaha. Jiwang jap. =P

Tapi hidup ini indah. Tak semua yang kita harapkan akan kita dapat kan! Maybe ada lagi yang paling baik baik baik untuk kita semua en! Or maybe ni sekejap je. Ntah ntah akhirnya dia dengan saya juga! Ecececeh, tak malu. Hehe...Tapi ketahuilah pembaca semasa saya merepek kat sini saya sangat sedih walaupun takde air mata yang keluar macam pedih masa potong bawang(hehe..nape ye?). =)



And lagi satu, diwaktu saya sedang berusaha untuk bersedih pada waktu ini ada seseorang yang sangat happy terlajak ketika ini! Hehe, of course la my kakak yang memang sangat sangat tak suka apabila adiknya yang suwit ini suka kat si dia yang telah melukakan. Ahaha. Well, sekarang kakak saya orang yang paling bahagia apabila budak tu cari orang lain. OMG! Tak patut sungguh! Tetttt! Bhahaha. So Hawa, stay comel comel baby. Muah muah!





Monday, April 12, 2010

Bulan Di Tutup Awan

Wahai janji setia sudah diucapkan

Aduh kata bersumpah telah kupadukan

Kini engkau pergi jauh membawa diri

Tinggal daku seorang dalam sunyi sepi


Fuhh, meresap! I tetiba rasa jiwang teramat sangat masa dengar lagu ni dalam kereta semalam on da way nak balik rumah lepas hantar kakak kat rumah sewa dia. Gila masyuk! Dengar yang versi asal lak tu. Perghh! Nak nak time ni hujan tengah lebat. Memang layan la. (T_T)


Biasa la kalau dah dengar lagu merdu merdan masa hujan automatik teringat kenangan lalu. Hehe. Kenangan tu lalu macam angin je. Ngehehe. Ntah dimana gerangannya berada sekarang ye. Rasa macam I yang nyanyi untuk dia. Opss, eh iye ke? Bukan dia yang nyanyi untuk I ke?


Atau pun I nyanyi untuk C and A nyanyi untuk I. Haha, poyo la cik Hawa! =P

Ok, abaikan segala kekarutan di atas. Actually lagu ni I dengar masa kecik-kecik lagi. Almaklulah mami and dedi peminat setia Klasik Nasional jadi anak dia pun terpaksa la minat juga. Bayangkan kalau asyik disantapkan lagu lagu macam ni nak tak nak korang akan terminat jugek satu per seribu. Hehehe. Tapi masa I dengar lagu ni bukan penyanyi asal dia yang nyanyi. Masa tu Noraniza Idris yang nyanyi kat program Aneka Ragam. Memang version artis-artis 80 an la. Masa tu I dalam lima enam tahun kot. Power en kecik kecik lagi dah dengar lagu lama. Cayalah!


So, bila I dah besar sikit baru I tau penyanyi asal dia nama Rokiah Wanda. Mami cakap Rokiah ni mak pelakon A.Galak. Ala yang berlakon Gerak Khas tu yang misai melentik tu kenal kan kenal kan? Hehehe.



Sekarang I dapat tau pula lagu ni Yuna dah nyanyi. Pun best juga. Memang kena la time tengah frust tertonggeng sambil menonggeng ni especially untuk you all yang sentimental ni kecuali la I kan! Ececeh! Tak mo ngaku... =)


Berbalik pada kerepek kekarutan yang mula-mula tadi sebenarnya masa dengar lagu ni semalam tetibe je I teringat kat "encik EX" I dulu. Syhhhh! Jangan ditanya siapa. Ehehe. Biasa la kan, kitorang pernah berkongsi rasa dot dot dot dulu. Wahaha. Ok, cool. Tapi yang paling tragis I teringat lak kat mamat wanna be ni. Walaupun tak pernah berjanji setia sebab I yang ss sendiri tapi macam kena je lagu ni ngan dia and nampak sangat yang I memang ss kan kan kan? I suwit tak suwit tak? hehehe. Meh kita tinggalkan budak demam ni.




Ok, lets jiwang jiwang bersama cik Wawa! Muah muah.

Saturday, April 10, 2010

Akim punya cerita!

Anda peminat AF? Anda suka AF? Anda nak masuk AF? Hehehe. I suka Akademi Fantasia since AF1 sampai la yang terbaru ni AF 8. Today I tetibe je rasa nak cakap pasal Akim yang dah confirm confirm tersangat la kiut miut sampai I kalau nampak Akim je mesti rasa macam nak senyum senyum senyum sangat sangat sampai lenguh macam segala. Hehehe. T_T
Dulu-dulu masa tengok AF 7 I study kat U and tak dapat la nak tengok dari first concert and nak beramah tamah dengan pelajar-pelajar AF ni. First I kenal Akim ni masa tu baru konsert ke 3 rasanya and bila tengok baru la oh opsss auwch no wow eh fuuuyyyooo, kiutnye budak ni. Ehehehe, kiranya love at the first sight la oh no no no tak mau tifu tifu teeettttt! (>_<)
Nama Akim ni Afiq Hakim bin Ahmad and asal dari JB and lahir pada 18/1/1991. Fuh, suwit en nama Akim ni. Macam I. Bhahahahaha. Jangan marah jangan marah. =)

Semestinya lagu kau dan aku Akim ngan Wawa eh opss sorry, Akim ngan Mila tu memang lagu pebret I la. Belum lagi lagu tema untuk generasi hebat tu and lagu bengang and terbaru lagu inilah cinta and panjang kata semua lagu Akim la. Huhu. I dengan yakin and confidencenya rasa kalau Akim baca blog ni mesti cakap "oh thanks syg, you memang peminat I yang I minat sangat-sangat and will you ........me sayang"
omg...hehehe...nanti dulu. Jangan marah nyah! Saja gedik santai di pagi hari. Hehe
.

Ok gambau ni masa Akim tengah nyanyi lagu untuk I. Caye tak caye tak? Oh hohoho. Trimas kases sebab anda tak percaya sebab memang I tipu pun. Wehehe.

So sekarang ni Akim dah jadi duta Cornetto( yang mana dulu boyfriend I iaitu Dafi yang jadi duta. Eh opss hehehe...) and konpem I la jadi pembeli aiskrim yang setia and akhirnya I jadi gemuk and akhirnya duit pun tarak and akhirnya muka pun sembap macam aiskrim and akhirnya bla bla bla. Kesian kat I en kesian kat I en en en en.Hehe..Nawkal taw!

Actually en kalau korang tengok video klip kau dan aku tu pasangan untuk Akim sebenarnya I tau tapi disebabkan I ni busy memanjang so kene tukar la ngan orang lain yang mana masa pengarah suruh cari orang lain Akim menangis wa wa wa.. Sedew nyewr! =( (wahahahah...I gelak golek golek ni...lagi sekali penipuan terjadi)

So uwntuw awdik Awkim I yaw tewsawyang kawkawk Wawwaw naw ucawkawn guw luwck tuw yuw yew sawyawng. Hehehe. Kita pelat seketika! Ngehehe.

Friday, April 9, 2010

Apabila washing machine rosak! =(

Wuaaaaa wuaaaaa....Mesin basuh kat rumah I rosak lagi. Aiyoyo. So conclusionnye kena basuh secara manual and lebih tepat lagi kena jadi macam Cinderella and paling tepat lagi I la orang yang akan basuh and yang macam Cinderella tu. Huhuhu. Lepas ni every one hour kena sapu losyen Johnson Baby kat satu badan. Fuh fuh. Omaigod, tidak. Jari jemari I semakin ke arah kekasaran la. Well,inilah dunia. Hari ini kita di atas esok kita di bawah. Hari tu mesin ok and sekarang dah masuk enam hari mesin k o. Teeettt! Disebabkan tak de sape-sape lagi kat rumah so terpaksa la I merelakan diri untuk membasuh ni. Hehehe..rasa macam bawang putih bawang merah pun ada, tak pun Snow White(walaupun tak white..hehe) tak pun Belle Beauty and the beast tak pun ratapan anak tiri. Bhahahah. Mengarut mengarut.
Hehe. Kadang-kadang seronok juga basuh pakai tangan ni kan. Teringat masa duk hostel dulu. Rajin gile yang teramat gile la. Hari-hari nak basuh baju. Kalau boleh baju yang dalam locker tu pun nak basuh gak. Ecececeh...Rajinnye. Anak sape la ni en! =)
By the way yang tak best basuh pakai tangan ni sebab lambat kering and terpaksa la dah nak dekat malam baru ambil kat ampaian and kalau tak kering juga terpaksa la gantung je kat mana-mana ceruk bilik yang dah sah-sah bilik yang I tidur and akhirnya bilik tersebut menjadi penuh dan panas and lastly I tidur tanpa lena walaupun dah buka dua kipas sebab diserang nyamuk. Fuh. Fenat I cakap. Sambung balik. And esok pagi I bangun dengan muka zombie yang cunnya disebabkan tidur yang tak stabil and semua ni hanya disebabkan oleh kain baju. Wahahah. I gerenti kalau sebulan lagi mesin ni tak ok semua orang akan cakap


omaigod omaigod tangan you kenapa? omaigod you look too old....omaigod nape mata you macam tu..


omaigod oh no opsss ini you ke? .....eh hawa wat happen...bla bla bla....


oh new cinderella....dot dot dot...


dan I akan menangis meraung-raung. Wahahahaahaha.




And sekarang ni oh omaigod apa yang I mengarut ni? Hehehe. I saje nak bagi tau yang I kena basuh baju lagi and lagi and lagi! Waaaaa. Babai. Tata. Muah muah.


Thursday, April 8, 2010

Ok, fine! Tak pe...tak payah kecoh!

Arghhhhh!!!! Why? Why? Why? I tengah menyampah ni you! Kalau tak suka tak payah kecoh ok. Or maybe tut tut tut kot! Whatever! Kenapa dengan I ni? OMAIGOD! Hello cik kalau tak nak tak pe ada aku kisah ke hah? Opss, I lupa, budi bahasa first. Ok, wahai orang yang berkenaan I am sorry if you feel uncomfortable for what i've did it to you ok! So plizzzzzz forgive me. Why? Oh saja nak mengeratkan silaturrahim but if you dah tak nak it's ok dear maybe I je yang terlebih dos nak berkawan-kawan ni en. So lepas ni maybe you dah ada nickname kat I en. "BUDAK TAK PAHAM PAHAM aka TAK MALU". Ahahaha..thanks awak. Ishhh, Hawa zip mulut tu. Kang kena saman. Ok, cool. I nak menyejukkan hati yang mana hati I tetibe je jadi separa mendidih bila dapat tau yang

"...tut tut tut......you.......tut tut....I.......tut..tut...kali..........tut tut tu...bla bla bla.....teeeettt!!!!!!"

oh, sedih sekali hati I. Sob sob sob(sampai dah meleleh-leleh tut tut tut...hehehe) I menangis tersedu sedan sambil tersedak. =(

Well, tak pe. Honestly memang I sentap menyentap and bersantap tapi I tak kisah pun. Kita kan negara demokrasi. Ada pendapat masing-masing. You suka, I tak suka, mereka suka, orang lain tak suka. Citarasa tersendirikan! Ahaks! Ahahaha.

It's ok kalau dah berterang terangan you cakap tak berminat at least baru la clear en. Macam iklan syampu yang pelakon Philipine tu(fuh fuh fuh...hero dia handsome gila). I admit la maybe memang salah I kan and kalau I report kat orang lain pun(hehe...biasa la budak budak yang suka report mengreport problem kat kawan-kawan) sure diorang cakap "orang dah tak nak tak payah la awak nak terkedek-kedek cik Hawa oooiiiii!!!"




Eh, tak la. I bukan desperate sangat. Apa yang pentinggggg kerja sama. Ecececeh...pawndainyew I nyawnyiw mawcawm woundewr pewt kawn! (T_T) Ok, serious. Apa yang penting hati mau ikhlas maaa. Hati kena bersih. Saya tak de niat buruk pun. Oh, kalau tak caya tanya la kat tut tut samada I ada lelong dia kat Siam ke tak if you ingat I suka ngade ngade teringin nak kawan ngan you. Hehehe. Actually mula-mula tadi I rasa macam nak jerit je. Biasala hobi I. Tapi bila I fikir balik macam ntah apa apa ntah. Small matter girl! Dalam dunia ni ramai sangat orang. Janganla sempit sangat. Lagipun kalau I jerit nanti takde suara lak nak masuk AF9...Huhuhuhu...apa kes apa kes apa kes. Hehe..suara I sedap tak sedap tak? Hehe..kalau you all dengar konpem takde telinga nanti. Tetttttt!



So, hari ini I nak banyakkan lagi beristighfar untuk menenagkan jiwa I yang suka makan ni. Hehehe. Kepada anda yang berkenaan I'm sorry again. Hidup ini indah. Jangan serabut serabut ok. Cekidaut bebeh. Muah muah. Love you. Tata!

Love, Hawa Hadrah.

Wednesday, April 7, 2010

Aikk,,, tak habis lagi!

Hehe...chill up dear! Dah lama I tak merapu kat blog kesayangan I ni. Hehehe. Biasala,busy yang dibuat-buat. (T_T) So, pada hari yang indah ini I nak cerita balik pasal birthday I ari tu. What??? Boring nak baca. Ok cool. Actually I tak puas hati untuk post hari tu sebab internet memang down sangat-sangat and finally blog tu jadi macam tak cukup umur segala. Perghh! Tension mak nyaahhh! Gambar gambar semua tak boleh upload. Debushhhhh!!!! Ambik ko! Huh, baru puas. Hehehe.
Ok, hari ni I nak tunjuk kat korang semua gadis gadis 2 April ni. Kempunan tau tak dapat introduce diorang kat you all hari tu. So, cekidaut bebeh!


Ini kakak I. Cute kan.



Kakak ni pula senior I masa sekolah menengah dulu. Nama dia kak Faeza. Suwit kan!


This is Adila. Kawan I. I and Dila satu umur tapi Dila lahir jam 3 pagi and I pukul 9 pagi. So, Dila kakak! Hehe..terasa batapa mudanya I. Ecececeh!
Well, best juga tau kongsi befdey ni. Saling wish mengewish(dasat kan I mengntahapeapekan bahasa melayu...hehehe...). Kesedappanye hingga menjilat jari. Nyum nyum nyum. Siapa siapa yang rasa nak join we all meh la meh la meh la. Register masuk 2 April ye. Huhuhu. Actually befdey I hari tu just sambut dangan family je. Best walaupun kek I tak berapa best disebabkan kesilapan kek itu sendiri. Fuyooo, hehehe. Kesian kek en. =P
So nampaknye umur I pun dah bertambah la tahun ni walaupun kalau orang lain tengok mesti cakap sama je budak ni macam dulu and perangai tak berubah. Fuh fuh fuh! Hehehe. I still macam dulu juga but I'll try my best untuk change myself ke arah yang lebih positif. Ececech, pandainye I kan kan kan. Bhahaha. I love myself. I love you guys.Muah muah. Bye bye. Ngehehe.

RemoveIdzwan Bin Mohamad Selamat hye there... happy busday budak tembam! heeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
April 2 at 2:44pm · Comment ·LikeUnlike · View Feedback (3)Hide Feedback (3) · See Wall-to-Wall

RemoveZoul Husny hepi birthday dear.. ^^
April 2 at 4:02am · Comment ·LikeUnlike · View Feedback (2)Hide Feedback (2) · See Wall-to-Wall

RemoveNadia Shariful hello dear happy birthday. may Allah bless you. have a great one :)
April 2 at 3:21am · Comment ·LikeUnlike · View Feedback (3)Hide Feedback (3) · See Wall-to-Wall

RemoveSiti Fairuz Ahmad hapy bday 2 u,hapy bday 2 u, hapy bday 2 SITI HAWA MOHD HADRAH, hapy bday 2 u!!~ ♥ ♥ ♥ may Allah always bless u n take cre ya =)
April 2 at 11:37am · Comment ·LikeUnlike · View Feedback (2)Hide Feedback (2) · See Wall-to-Wall

Chilla Jamaludin my dear..i try nk tag u but i dunno..but u da bce kn my post refer to u.huhu..HAPPY BUZDAY! Our 22nd..enjoicee!
April 2 at 10:26pm

RemoveFaeza Farrah Happy bufday! :))
April 1 at 11:11pm · Comment ·LikeUnlike · See Wall-to-Wall

RemoveSuhaila Bt Shahrul happy besday happy besday to u my frenz
semoga bahagia
smilezzzzzzzzzz
April 2 at 12:19am · Comment ·LikeUnlike · View Feedback (1)Hide Feedback (1) · See Wall-to-Wall

RemoveNur Athirah Mohemad eppy burfday syg~~~ may ALLAH bless u gurl.... mmuuaahh... cayang kamoo la.. hehehhe :)
April 2 at 12:30am · Comment ·LikeUnlike · View Feedback (2)Hide Feedback (2) · See Wall-to-Wall

RemoveHai Syaha happy birthday to u..happy birthday to u..happy birthday to wawa..happy birthday to u..
April 2 at 2:33am · Comment ·LikeUnlike · View Feedback (3)Hide Feedback (3) · See Wall-to-Wall

RemoveFarisadila Rahman happy birthday dear ♥
April 2 at 12:02pm · Comment ·LikeUnlike · View Feedback (1)Hide Feedback (1) · See Wall-to-Wall

RemoveNor Hanif Noor Hadi happy birthday HAWA!!
April 2 at 4:49pm · Comment ·LikeUnlike · View Feedback (1)Hide Feedback (1) · See Wall-to-Wall

RemoveWan Nurul Iqma Hanim hepi besday k.wa yg ke-22... smoga pnjg umr, mrh rzeki n hepi2 skmo... btambah 1 ag kdutan kt muka erk..huhu
April 1 at 10:18pm · Comment ·LikeUnlike · View Feedback (1)Hide Feedback (1) · See Wall-to-Wall
Thanks a lot to all of you friends. I really love this!
Love, Hawa Hadrah.

Friday, April 2, 2010

2nd April AnGels~~~hepi befdEY !

Happy birthday to me, happy birthday to me, happy birthday happy birthday,happy birthday to me! Wahaha. Suke suke suke. Ewah ewah. Dah bertambah umur I ye. Hehehe. Oh, happy befdey juga untuk kakak I (kak mizah), kawan I; Adila and akak kiut kak Faeza. Hehehe. Kita birthday angels la hari ni. Well memang I dah agak umur I akan bertambah. Hehehe. Best best. Korang korang semua cepat-cepatlah sambut birthday ye. Rugi tau lambat-lambat. Chewaaah!
First of all I nak cakap thanks la banyak-banyak kat korang semua yang susah-susah je wish birthday even benda tu tak susah pun. Heehee. Rasa glamour jap I untuk sehari ni. Ok, sejuk!
Memang I terharu plus hepi gile la baca semua befdey wishes tu. Waaaaa. Nak nanges. -_-
Walaupun semua cakap benda yang sama(of course la wish birthday je kan..hehe..)tapi best sebab lain-lain orang and ada sesetengah tu memang I harap-harap sangat die wish kat I. Takpe. Kita rahsiakan ye. Jangan marah!

Thursday, April 1, 2010

aPriL....besdey iN advance! hehe...

Eh, tengok tu ada UFO la. Haaha april fool! Heheh. Saje je nak kenakan you all. Kenape? Takut ea. Ala rileks la. Diorang pun makhluk Allah gak. Ececeh, pandai je I cakap ek. Hehehe. Kenapa orang selalu cakap April Fool ea? I pun sampai sekarang tak tau. Takpe nanti jap lagi I tanya sape-sape la. Actually hari ni I tak banyak pun kena April Fool dengan member member. Maybe sebab diorang busy kot atau paling sadis sekali diorang lupakan I. Waaaaa, tidakkkkkkk. Hehehe. Ok kembali normal. Tadi kawan I, Ganesh dah bejaye mengaprilfoolkan I. Wah, berbelit-belit gitu. Hehe. I rasa tak payah la I cerita kat korang lawak si Ganesh tu sebab tak kelakar pun tapi pada I memang nak kena la budak ni. Fuh fuh. Tarik nafas jap. Hembus. Ok, sambung.
Sebenarnya kat sini I nak ucap thanks la kat kawan-kawan I yang awal-awal lagi dah wish birthday. Hehe, kiranya in advance la or lebih tepat lagi semua nak jadi orang pertama wish birthday kat I. Ewah-ewah. Perasan ye. Ok, tak nak gedik tak nak gedik. Ngehehe. T_T

So nampaknya Dinah berjaya jadi firt person...hehe..nak tau Dinah cakap apa kat I? Jom follow me. Awwww!
"happy birthday in advance wawa! kte wish ciap2 cuz takot xonline this friday..hehe..wish you all the best and may ALLAH bless you always..^_^.. "

pastu adik Adaw:

"happy birthday kak hawa, hope u'll be happy always"

so suwit la korang! Heheh...lagi best I dapat birthday card ciptaan Abang Ayie tau!

Nak tengok tak? Nak la nak la nak la...Hahahah..


So comel la awak! Hehehe.
I wish lepas-lepas ni cepat-cepat la korang cakap happy besdey to you kat I ea. Eleleleh, tak malu kan I! Hehehe. I kiut tak? Hahaha.

Haaa, yang ni pulak kad I cipta sendiri. Tapi takde la cun sangat en. Setakat nak perasan sorang-sorang leh la. Hehehe..Anyway...HappY birthDay to me esok!!! Muahh muah! I sayang diri I! Opsss, jangan mara haaaa!
Love, Hawa Hadrah.