Friday, April 30, 2010

Colourful of April

Bulan April dah sampai hujung. Esok dah masuk Mei. Tak pasal pasal dah nak setengah tahun dah berlalu. Cepat je masa sekarang. Kalah monorail en! Hehe. So sepanjang April ni banyak sangat benda yang berlaku. Sedih plus seronok equal to rojak buah. Wahaha. So colouful and kalau orang lain tengok mesti kerut kerut kening dia and sambil cakap tengok muka budak tu pelik la ada kaler kaler macam pelangi campur dengan painting budak tadika. So comot. (-_-)

Hehe.
I dengan rasa suka hati la nak cakap bulan ni bulan befdey forever. Bhahaha. Kawan-kawan and sedara mara kupu-kupu ramai yang sambut birthday bulan April ni. So manis macam madu. First April sampai 30 th April is birthday. Hehe. Macam hari ni is Adhan's birthday. Budak Uitm kat tempat I. Happy birthday Adhan! Teruskan senyum macam Kak Wawa ni ea. =)

Baru-baru ni juga I dah jumpa kawan masa I sekolah dulu. Hehe. Semua gara-gara fb la. Cayalah. Ni yang rasa nak suruh kawan I bagi nama anak dia Facebook. Peeewit. Nurul Facebook. Ok tak? Hehe. Ok la tu! Sangat unik la awak and confirm nanti boleh masuk Malaysia Books of Records.
Ok, itu semua pasal kisah happy family farmville. Tapi macam mana pula dengan kes saya kena tipu dengan dia yang buat-buat macam dia tersuka kat saya and pastu dengan tiba-tiba dia tersengaja couple dengan orang lain and dalam masa yang sama still cakap macam dia memang suka kat say. Ohh apakah? Fuh, penat I mengexplainkan secara terperinci. Itu semua hanya telenovela saja. Dah confirm I heroin tapi hero dengan second heroin. Hehe. Opss atau pun tiba-tiba nanti ada hero lain. Baru best en. Pastu kita letak lagu sikit. Hehe. New version. Baru box office. Tak ada la empty box. Hehehe.

Ehem, rileks. Tak nak mengarut lebih lebih. Mari kita fokuskan terhadap pembelajaran pada hari ini. Yeay. Make it new. Fikirkan yang baik baik aje. Baru ada style. Hehe. So untuk esok I nekad nak betulkan azam I balik and I seratus per dua ratus persen confident yang you all dah termuntah pelangi bila dengar I cakap pasal azam yang ntah ke berapa juta lemon ni kan. Sabo yeop. Kejap je ni.

So I nak pastikan kali ni mesti mau punya. Be my self. Hehe. Still kuat makan and lepas tu menangis sebab badan dah tembam. Hikhik. Ntah apa apa ntah. Sila pastikan kanak-kanak yang berumur bawah dari 12 tahun tidak memfollow tabiat ini ye. Hehe.

Jadi I harap sangat kali ni ok punya. Ok, jumpa esok. Nak mandi dulu. Hehe. Jom mandi jom. Hehe.

Wednesday, April 28, 2010

Call re-bawang


Pukul 9 malam semalam I teramat seronok sebab dapat merajinkan diri untuk mengemaskinikan bilik yang cantik. Hehe. Kemas ke? Tak la. Sapu sampah je. Wahaha. Rajin la tu en en en! Habis habuk yang kat bawah meja, kat kipas siling, kipas duduk, belakang pintu and semua daerah mukim I sapu. Lepas tu siap mop lagi. Sangat bersih dan wangi. Heee. Gunalah Fabuloso! Di sini di sana. Anda suka tak? Terima kekasih kerana menjawab ye. =)
Di waktu I sedang asyik bercanda dengan penyapu tetiba Oggy pun berbunyi. Opss, terlebih sudah! Terkejut I oggy! Tak baik tau. Ngehehe. Dan apabila I tengok nama si pemanggil oh opss auch aww, private number??? Siapakah? Hati bergetaran seketika. Ntah ntah Johnny Deep call I tak? Hehe. So nak angkat ke tak ha. Angkat je la. And...bermulalah episod re-bawang....
Hello
Hello, ni Hawa ke?
Ye saya. Siapa ni?
Ni Kamal. Kenal tak?
Kamal? Jap. Kamal mana ek?
Kamal! Erk, Kamal. Ingat tak?
Oh, Kamal Firdaus ye.
Haaa.
dan perbualan pun berlangsung lagi dan lagi dan lagi....
Ok, actually masa Kamal mentioned kan diri dia tu I macam terculture shocked jap. Biar betul budak ni call I. Well, 10 tahun babe tak jumpa. Kiranya dengan Kamal ni I baru reunion la. Kawan yang lain-lain tu dah bertegur sapa kat facebook. Si Kamal ni je yang tercicir. Nasib baik girlfriend dia ada. Hehe. Thanks Cik Nana!
Dah nama pun reunion kan and cuma bezanya kitorang reunion kat handphone je. Call lak tu. So benda yang basic basic dah sah-sah la tanya kan. Duduk kat mana sekarang? Buat apa? Dah kawin ke? Jumpa siapa lagi kawan yang lain? Eh, itu kakak you ke? Eh ooooooo auchhh yeah and semua la. Hehe. Excited jap I. Ye la kawan lama kan. Geng bas sekolah lagi tu! (T_T)
Dah habis tanya self particular kitorang cerita lak pasal kawan-kawan yang lain. Orang tu dah kawin. Orang tu belajar kat sini. Eh diorang satu U la. I senior dia junior la and banyak coklat chips lagi kitorang cerita. Encik Kamal siap advice I lagi suruh sambung degree. Wahaha. Baik la Kamal Firdaus, saya memang nak sambung pun. Dah ada peluang baik sambung je. Nanti kalau tak rasa rugi pulak. Macam yang awak cakap. Hehehe. (+_+)
Yang kelakarnya dia siap cakap kalau I sambung kat Shah Alam boleh sama ngan Shahril ngan Azman. Hehe. Nasib baik tak cakap kalau sambung kat Unisel leh jumpa dia ngan Nashrik and kalau sambung kat MMU leh jumpa Hanif ngan Roslan or kalau sambung kat Unikl leh jumpa Ganesh ngan Vishnu. Mhahaha. Gelak golek golek I. Suddenly teringat jap kat sedara mara yang teramat hyperactive kalau ada yang belajar kat tempat yang sama. Mau kenduri sebulan. No no no. Tak sawnggup I. Tettt!
Actually sebelum kitorang meng the end kan call tu kiranya sempat lagi la I roger roger kat Kamal yang I and Lan ada juga rancang nak ber re-bawang ni. Tak dapat semua empat lima orang cukup la. Sekadar bersuka-sukaan tanda kegembiraan. Hehe.Wait and see je la ye kawan-kawan. Nanti I calling calling ye. Confirm! Tak tipu tak tipu punya!
And kepada kawan I yang sengaja I sayang kalau you all saja baca entry ni Kamal cakap dia kirim salam. Bukan kirim kuih talam tau! Eh, jawab la. Tak jawab dosa. Aiyok, tak tau. Tuhan marah. Padan muka.
So lepas dah tanya itu ini begitu begini panggilan pun disconnect.Dan panggilan tersebut bersiaran langsung selama dua belas minit lima puluh empat saat tanpa henti. Hehe. Memang kejap je. Tapi I and Kamal tau la juga apa jadi kat diri masing-masing and rakyat di sekeliling kitorang. Dan.......
Ok la. Nanti kalau nak jumpa roger roger la ea.
Ok.
Nanti kalau ada jumpa kawan-kawan lain cakap Kamal kirim salam tau.
Ok.
K bye. Assalamualaikum.
Bye. Waalaikumsalam.
I pun sambung balik mengemas sambil tersenyum-senyum ingat masa zaman sekolah dulu. Hehehe. Muah muah old days!

Monday, April 26, 2010

Starting From Today

Ok, starting from now saya dah bersedia untuk bermula dengan misi baru. Apakah? Well benda ni tak de la besar mana pun tapi cukup la diibaratkan sebagai azam kecil-kecilan. Hehe. Menanti hari bahagia. Saya nak kawen ke? Eh, tak de la. Jangan buat gossip tau. Nakal you all ni la. Hehe. So sebenarnya saya dalam proses nak mengecilkan saiz lemak di badan yang saya rasa dah terlebih inci ni. Opsss, jangan cakap kuat-kuat nanti pak leman tanjung karang tak suka kat saya la. Bhahaha. Oh siapakah pak leman itu? Rekaan semata mata sahaja. Ok lets continue and stop menggedik ye. Macam mana ye nak kurangkan rasa tersiksa apabila mulut yang indah ini tidak dapat menahan nafsu nafsi untuk melantak segala juadah dengan nikmatnya. Oh tidak. Saya harus kuatkan semangat. Anda mampu mengubahnya. (>_<)

Emm, jadi sekarang macam mana nak start ye. Well kata orang cerdik pandai kita tak boleh skip breakfast sebab itu adalah kunci diet. Hehehe. And one more thing jangan tak makan langsung sebab kalau tak makan metabolisme jadi slow and lemak pun slow untuk dibakar and akhirnya tak de kesan apa-apa pun and kita juga yang rugi en oh no no no.

So apa kata kita diet dengan cara yang lebih sihat. Seimbangkan makan dan excercise. Hehe. Tapi pada saya bab excercise tu yang oh tolong saya malas la mama help me. Ngehehe. Tapi orang cakap kalau buat kerja rumah pun excercise juga kan. Jadi ringan ringankanlah tangan untuk menolong ibunda di rumah ye anak-anak.

Jadi saya harap sangat-sangat untuk kali ini biarlah ia menjadi kenyataan. Sebulan je plis plis plis. Bersedia untuk berperang dengan nafsu makan!

Ok kalau kita tengok piramid makanan kat atas ni kita kena lebihkan makanan bijirin. Hehe. Dah confirm confirm benda ni yang entah berapa juta kali you all baca en en en. Jadi belajar belajar la untuk memfollownye ye. And one more thing kalau rasa-rasa macam mood dah berkurang nak teruskan diet ni kita kena buat short note la untuk motivate kan diri. Yang penting banyak minum air masak. Hehe. Dengarla apa yang Dr Hawa ni cakap en. Bhahaha.

Arghhhh, jadi tolong jangan buang masa. Mari kita berperang dengan lemak habis-habisan. Saya benci lemak tapi saya suka makan. Wahaha. Macam mana ni?

So come on baby! Lets us start. Tapi......saya nak habiskan dulu nasi goreng yang mak buat ni. Ehehe. Jangan mara haaaaa.(=_=)

Selamat berdiet!

Friday, April 23, 2010

Happy Bithday Abang Yo

Happy birthday abang Yo. Hehe. Dah tua yek!. Wuhuu. Well, tak sangka ramai rupanya kawan-kawan saya yang sambut birthday bulan April ni. So comel la kita semua. Bhahaha. And saja nak story telling competition kat you all yang saya kenal abg Yo ni masa study kat UiTM dulu. He is my senior. (>_<)
Masa baru-baru kenal dulu so menyampah la kat you abg! Masa tu tak tau nape benci sangat kat dia and geng-geng dia. Maybe sebab diorang jadi fasilitator and suka suki awek diorang je nak buli kitorang semua. No no no. Tak baik tau! Heee.
Tapi bak kata tok nek dulu tak baik benci kat orang nanti tiba-tiba jadi sayang. Ayoyo. Ammavaaa? Hehe. Betul la tu kot. So nak dijadikan sejarah sang sapurba masa saya masuk sem 3 saya terpilih untuk jadi pembimbing siswa untuk kolej atau kitorang panggil PS je. Nama pun ps and dah sah-sah la yang senior-senior ni ada juga. Bila dapat tau diorang ada sekali rasa macam nak cabut balik rumah je. Dah la wakil budak akaun sem 3 saya sorang je. Alamak hilang keanggunan I. Wahaha. Tapi disebabkan dah datang dengan barang-barang yang macam nak menetap situ 10 tahun saya pun buat muka ada aku kesah yang tersangat cun. Hehe, tifu tifu!
Bila dah buat kerja sama-sama and dah tau perangai masing-masing baru la rasa oh baik nya senior-senior ni and I suka la kawan dengan dia and oh aww kelakar la dia tu and hehe I happy sangat and ntah apa-apa lagi la. And tak pasal-pasal lagi bila abg Yo ngan kawan saya, Bie panggil saya baby ps. Why? Ntah la. Diorang kata perangai macam baby! Hehe. Poyo je Wawa. Ada juga yang cakap suara macam doraemon. Oh iyakah? Wahaha.

So apa-apa pun ni la birthday boy untuk hari ni

Handsome? Ooooo, korang suka dia ye! Nanti saya cakap kan en. Hehe. (T_T)

Untuk abg Yo, Happy befdey again. May Allah bless you. Hope your wish come true and enjoy what are you doing. Hehe. Wawa nak kek? Bhahaha........=)

Semakin Jauh


Sekali lagi. Rindu semakin jauh. Stop it Hawa! This is life. Bukan semua milik kita. Face it! Dan pada hari ini diwaktu saya merinduinya sekali lagi dan apabila saya sengaja mengview facebook dia dan tiba-tiba saya sengaja membaca post dia dan saya yakin betul betul dan amat betul yang kali ini saya akan berusaha untuk tidak menaruh harapan pada dia lagi titik. Hehe(padahal dalam hati still mengharap 0.1% kat dia). =P
Let him go. Biarkan dia bahagia dengan yang tersayang dia. Come on la cik Hawa, kalau you kat tempat dia pun mesti la tengah happy happy sekarang ni kan and kalau boleh tak nak sape sape pun kacau kan kan kan. Hehe. Saya lapar.* Tiba-tiba*.
Dan tadi post ini la yang membuat saya terculture shocked untuk 20 saat yang pertama.

im so happy tonite! Jusco sale! Pg bersama dgn org trsyg... juga dpt main DDR!!! Juga dpt kasut!!! Juga dpt keluar malam dgn dye! Wahooo

p/s: post ini adalah hak karya sebenar encik yang berkenaan. Sila cube sekali lagi. Hehehe.

Ok, kita ulang lagi sekali. "pg bersama ORG TRSYG". You see that Hawa? Orang tersayang!

Dan sekarang ini tiba-tiba saya terasa oh tolong oh tolong malunya saya terkedek-kedek macam Donald Duck kat dia. Opss aucchh malu I! Cover sikit cover sikit -_- Ngehehe.
So, apa kata cik Hawa tak payah susah-susah serabutkan medula oblongata awak tu dengan asyik nak ingat pasal dia je.(it's time to think about misi kita yang sedang dijalankan or maybe fikirkan pasal jiran sebelah rumah yang boleh tahan juga! Wahaha)

Kita lupakan dia dengan ingat kelazatan donut yang telah dibeli oleh abah pagi tadi and telah selamat masuk di dalam perut ini. Nyum nyum. Jangan dilupakan nasi lemak ayam yang menggoda juga sambal udang buatan emak yang memang bapak sedap and padan muka adik tak dapat makan. Kekejaman bermula. (T_T).
Dan untuk kesekian kalinya please la jangan terlebih-lebih ingat kat dia. He is past! Ok sekarang kita kena ready untuk future life ye babe! Hehe. So comel la awak*blusher sangat sangat coz puji diri sendiri* (>_<) Teettt!





Tengok la wahai encik yang berkenaan. Saya terkedek-kedek macam DD ni pun tapi tetap suwit kan walaupun awak akan cakap "girlfriend I lagi sweet and hot". Bhahahah. Poyo je Wawa!

Ok, sekarang nak makan ubat dulu. Pastu nak sambung makan balik. Apa-apa pun I still miss you. Hehe. Normal la kan. Ok tak mau lebih-lebih. =)
Setakat ni pada hari ini untuk mR. i
"my prayers and thoughts accompany you"

Wednesday, April 21, 2010

I'll be waiting!

Masih menanti! Menanti apa ek? No no no no no! Bukan menanti si dia cerita cinta yang tak jadi yang confirm anda semua dah naik kembang macam donat bila baca entry yang tak habis-habis tu tapi hari ini punya entry adalah cerita yang lain. Ha ha ha! (ketawa buat-buat macam dalam cerita man laksa tu) *_*
So kalau anda semua ingat kan dulu saya ada post pasal barang baek punya kan. Ingat tak ingat tak ingat tak..hehe. Confirm tak ingat en! Takpe. Anda dipaksa oleh saya untuk mengingatkannya kembali. Jadi sekarang ni saya masih lagi and sedang lagi and memang menggunakannya lagi tetapi masih tiada perubahan. Oh, kenapakah? Well, I wonder why! *sambil kening berkerut tanda keseriusan*

Sepatutnya kalau diikutkan logik akal yang memang berpotensi besar tak logik ni akan ada satu perubahan besar sebesar hama ayam yang akan terjadi tetapi mengapakah ia masih seperti dahulu kala seperti tiada apa apa yang akan berlaku wahai cikgu bahasa melayu? Jawapannya: JANGAN LUPA LIRIK! Hehehe, kita membuat kerepek seketika. =P

Ok, kembali normal. Kalau nak diikutkan segala pantang larangnya saya rasa semuanya udah diberesin pak! Tapi mengapa masih seperti dahulu macam segala. Aduh, gawat ni! Dan untuk menyedapkan hati yang memang dah sedap ni and dah macam rojak fun fair ni so saya pun cakap dengan hati "takpe baby, kita tunggu sampai bulan 7 ni. Kalau macam tu juga kita throw it AWAY! Bhahahahaha" dan hati pun berkata "ok sexy!" . Ngehehe. Dan kami masih lagi dalam kekeliruan! Hmmmmm.
Haruskah saya menanti atau bolos saja ia ke dalam tong sampah di tepi toilet? Oh, Abang Kassim tolong Sabariah Abang Kassim! (T_T)
Ok, tak mau gedik tak mau gedik! =) Saya cakap pasal apa ni en? Kekeliruan melanda diri anda. Eleh, tau la. You all semua nak tau kan. Haaa, jangan tipu jangan tipu tak baik tau. Hehe. Sorry babe! Tak boleh bagi tau sekarang la. Nanti bila dah success I'll tell you ok. Sekarang mari kita bergumbira dulu. Apa yang boleh saya katakan hanyalah menanti menanti menanti menanti enanti nanti anti nti ti i i i i.........wahahah.
Dan sekarang saya masih lagi menanti dan berharap. Fuh fuh fuh please makbul la makbul la. Please please please saya tidak nakal! =P Hehe.
Diharap anda pun sudi sudilah menanti bersama-sama saya ye! Cayang you all! Muah muah and tak muah untuk orang tu yang dah ada girlfriend! Wahaha!

Monday, April 19, 2010

Please Heart~~~

Malam tadi sekali lagi. Seperti biasa. Rindu lagi. Hati tolonglah. Jangan rindu dia lagi. Please heart. Kenapa hati ni? Hari tu macam dah boleh lupakan dia. Tapi kenapa malam tadi teringat sangat-sangat. Tolong la. Dia dah ada yang lain. So hati please lupakan dia. Lupakan sebagai seseorang and teruskan sebagai kawan. Tapi hati tak boleh tipu. Hati ni ingat lagi dekat dia. Hati boleh lupakan dia tapi bukannye boleh lupa macam tu je. Makan masa. Please hati please.
Sekarang muktamad hati. Stop it. Start dengan Oktober and tamatkan dengan April. =) I know heart can do it!

Bukan salah dia. Mungkin salah saya. Cepat sangat sayang kat orang. Biar je orang nak kacau hati ni. Lastly bila orang tu nak kacau hati orang lain hati saya ditinggalkan. Sekarang hati dia dah bercantum dangan hati orang lain dan hati saya ada lagi kat sini. Sabar hati.



No hati, tak boleh. Jangan nangis! Biasa la tu. Cheer up ok. Sedih? Memang tak dinafikan. Tapi tak payah la merana sangat. Kelakar nanti. Tapi sekarang ni macam mana nak berfacebook? Couple tu dalam friends list saya. Diorang pun sekarang ni terlalu sayang menyayang dekat facebook. Setiap kali pergi homepage mesti keluar post diorang berdua. And bila terbaca post diorang hati tiba-tiba jadi sedih. Tadi pun saya terbaca lagi post diorang. Sedih sangat. Please awak jangan keluar kat page saya. Memang la boleh kalau saya nak delete awak berdua tapi rasanya tak payah la buat macam tu kan!
Nampaknya hati kena positif. Tapi sekarang ni susah nak suruh hati jadi positif. Takpe. Nanti ok la en! Ok, senyum. Hee. =)
Orang tu pun sampai sekarang tak tau lagi yang saya suka kat dia. Takpe. Biarkan je. Lagipun mesti dia tak heran pun sebab dah ada yang tersayang. Kawan-kawan pun tak tau siapa dia walaupun memang confirm ada sesetengah yang kenal dia. Tapi kalau orang tu terbaca entry ni and faham yang saya memang maksudkan dia itupun ok la.
Jadi cik Hawa lepas ni kalau nak kawan-kawan pun ingat ingat la ye. Jangan terus bawa masuk dalam hati. Nanti nangis lagi. Setakat ni sayang dekat dia ada lagi. Just tunggu masa je untuk sayang orang lain pula. Hehehe.(ketawa buat buat)
Dan untuk couple berkenaan enjoy your love. Be happy k! Tahniah untuk anda berdua.