Friday, April 23, 2010

Happy Bithday Abang Yo

Happy birthday abang Yo. Hehe. Dah tua yek!. Wuhuu. Well, tak sangka ramai rupanya kawan-kawan saya yang sambut birthday bulan April ni. So comel la kita semua. Bhahaha. And saja nak story telling competition kat you all yang saya kenal abg Yo ni masa study kat UiTM dulu. He is my senior. (>_<)
Masa baru-baru kenal dulu so menyampah la kat you abg! Masa tu tak tau nape benci sangat kat dia and geng-geng dia. Maybe sebab diorang jadi fasilitator and suka suki awek diorang je nak buli kitorang semua. No no no. Tak baik tau! Heee.
Tapi bak kata tok nek dulu tak baik benci kat orang nanti tiba-tiba jadi sayang. Ayoyo. Ammavaaa? Hehe. Betul la tu kot. So nak dijadikan sejarah sang sapurba masa saya masuk sem 3 saya terpilih untuk jadi pembimbing siswa untuk kolej atau kitorang panggil PS je. Nama pun ps and dah sah-sah la yang senior-senior ni ada juga. Bila dapat tau diorang ada sekali rasa macam nak cabut balik rumah je. Dah la wakil budak akaun sem 3 saya sorang je. Alamak hilang keanggunan I. Wahaha. Tapi disebabkan dah datang dengan barang-barang yang macam nak menetap situ 10 tahun saya pun buat muka ada aku kesah yang tersangat cun. Hehe, tifu tifu!
Bila dah buat kerja sama-sama and dah tau perangai masing-masing baru la rasa oh baik nya senior-senior ni and I suka la kawan dengan dia and oh aww kelakar la dia tu and hehe I happy sangat and ntah apa-apa lagi la. And tak pasal-pasal lagi bila abg Yo ngan kawan saya, Bie panggil saya baby ps. Why? Ntah la. Diorang kata perangai macam baby! Hehe. Poyo je Wawa. Ada juga yang cakap suara macam doraemon. Oh iyakah? Wahaha.

So apa-apa pun ni la birthday boy untuk hari ni

Handsome? Ooooo, korang suka dia ye! Nanti saya cakap kan en. Hehe. (T_T)

Untuk abg Yo, Happy befdey again. May Allah bless you. Hope your wish come true and enjoy what are you doing. Hehe. Wawa nak kek? Bhahaha........=)

Semakin Jauh


Sekali lagi. Rindu semakin jauh. Stop it Hawa! This is life. Bukan semua milik kita. Face it! Dan pada hari ini diwaktu saya merinduinya sekali lagi dan apabila saya sengaja mengview facebook dia dan tiba-tiba saya sengaja membaca post dia dan saya yakin betul betul dan amat betul yang kali ini saya akan berusaha untuk tidak menaruh harapan pada dia lagi titik. Hehe(padahal dalam hati still mengharap 0.1% kat dia). =P
Let him go. Biarkan dia bahagia dengan yang tersayang dia. Come on la cik Hawa, kalau you kat tempat dia pun mesti la tengah happy happy sekarang ni kan and kalau boleh tak nak sape sape pun kacau kan kan kan. Hehe. Saya lapar.* Tiba-tiba*.
Dan tadi post ini la yang membuat saya terculture shocked untuk 20 saat yang pertama.

im so happy tonite! Jusco sale! Pg bersama dgn org trsyg... juga dpt main DDR!!! Juga dpt kasut!!! Juga dpt keluar malam dgn dye! Wahooo

p/s: post ini adalah hak karya sebenar encik yang berkenaan. Sila cube sekali lagi. Hehehe.

Ok, kita ulang lagi sekali. "pg bersama ORG TRSYG". You see that Hawa? Orang tersayang!

Dan sekarang ini tiba-tiba saya terasa oh tolong oh tolong malunya saya terkedek-kedek macam Donald Duck kat dia. Opss aucchh malu I! Cover sikit cover sikit -_- Ngehehe.
So, apa kata cik Hawa tak payah susah-susah serabutkan medula oblongata awak tu dengan asyik nak ingat pasal dia je.(it's time to think about misi kita yang sedang dijalankan or maybe fikirkan pasal jiran sebelah rumah yang boleh tahan juga! Wahaha)

Kita lupakan dia dengan ingat kelazatan donut yang telah dibeli oleh abah pagi tadi and telah selamat masuk di dalam perut ini. Nyum nyum. Jangan dilupakan nasi lemak ayam yang menggoda juga sambal udang buatan emak yang memang bapak sedap and padan muka adik tak dapat makan. Kekejaman bermula. (T_T).
Dan untuk kesekian kalinya please la jangan terlebih-lebih ingat kat dia. He is past! Ok sekarang kita kena ready untuk future life ye babe! Hehe. So comel la awak*blusher sangat sangat coz puji diri sendiri* (>_<) Teettt!





Tengok la wahai encik yang berkenaan. Saya terkedek-kedek macam DD ni pun tapi tetap suwit kan walaupun awak akan cakap "girlfriend I lagi sweet and hot". Bhahahah. Poyo je Wawa!

Ok, sekarang nak makan ubat dulu. Pastu nak sambung makan balik. Apa-apa pun I still miss you. Hehe. Normal la kan. Ok tak mau lebih-lebih. =)
Setakat ni pada hari ini untuk mR. i
"my prayers and thoughts accompany you"

Wednesday, April 21, 2010

I'll be waiting!

Masih menanti! Menanti apa ek? No no no no no! Bukan menanti si dia cerita cinta yang tak jadi yang confirm anda semua dah naik kembang macam donat bila baca entry yang tak habis-habis tu tapi hari ini punya entry adalah cerita yang lain. Ha ha ha! (ketawa buat-buat macam dalam cerita man laksa tu) *_*
So kalau anda semua ingat kan dulu saya ada post pasal barang baek punya kan. Ingat tak ingat tak ingat tak..hehe. Confirm tak ingat en! Takpe. Anda dipaksa oleh saya untuk mengingatkannya kembali. Jadi sekarang ni saya masih lagi and sedang lagi and memang menggunakannya lagi tetapi masih tiada perubahan. Oh, kenapakah? Well, I wonder why! *sambil kening berkerut tanda keseriusan*

Sepatutnya kalau diikutkan logik akal yang memang berpotensi besar tak logik ni akan ada satu perubahan besar sebesar hama ayam yang akan terjadi tetapi mengapakah ia masih seperti dahulu kala seperti tiada apa apa yang akan berlaku wahai cikgu bahasa melayu? Jawapannya: JANGAN LUPA LIRIK! Hehehe, kita membuat kerepek seketika. =P

Ok, kembali normal. Kalau nak diikutkan segala pantang larangnya saya rasa semuanya udah diberesin pak! Tapi mengapa masih seperti dahulu macam segala. Aduh, gawat ni! Dan untuk menyedapkan hati yang memang dah sedap ni and dah macam rojak fun fair ni so saya pun cakap dengan hati "takpe baby, kita tunggu sampai bulan 7 ni. Kalau macam tu juga kita throw it AWAY! Bhahahahaha" dan hati pun berkata "ok sexy!" . Ngehehe. Dan kami masih lagi dalam kekeliruan! Hmmmmm.
Haruskah saya menanti atau bolos saja ia ke dalam tong sampah di tepi toilet? Oh, Abang Kassim tolong Sabariah Abang Kassim! (T_T)
Ok, tak mau gedik tak mau gedik! =) Saya cakap pasal apa ni en? Kekeliruan melanda diri anda. Eleh, tau la. You all semua nak tau kan. Haaa, jangan tipu jangan tipu tak baik tau. Hehe. Sorry babe! Tak boleh bagi tau sekarang la. Nanti bila dah success I'll tell you ok. Sekarang mari kita bergumbira dulu. Apa yang boleh saya katakan hanyalah menanti menanti menanti menanti enanti nanti anti nti ti i i i i.........wahahah.
Dan sekarang saya masih lagi menanti dan berharap. Fuh fuh fuh please makbul la makbul la. Please please please saya tidak nakal! =P Hehe.
Diharap anda pun sudi sudilah menanti bersama-sama saya ye! Cayang you all! Muah muah and tak muah untuk orang tu yang dah ada girlfriend! Wahaha!

Monday, April 19, 2010

Please Heart~~~

Malam tadi sekali lagi. Seperti biasa. Rindu lagi. Hati tolonglah. Jangan rindu dia lagi. Please heart. Kenapa hati ni? Hari tu macam dah boleh lupakan dia. Tapi kenapa malam tadi teringat sangat-sangat. Tolong la. Dia dah ada yang lain. So hati please lupakan dia. Lupakan sebagai seseorang and teruskan sebagai kawan. Tapi hati tak boleh tipu. Hati ni ingat lagi dekat dia. Hati boleh lupakan dia tapi bukannye boleh lupa macam tu je. Makan masa. Please hati please.
Sekarang muktamad hati. Stop it. Start dengan Oktober and tamatkan dengan April. =) I know heart can do it!

Bukan salah dia. Mungkin salah saya. Cepat sangat sayang kat orang. Biar je orang nak kacau hati ni. Lastly bila orang tu nak kacau hati orang lain hati saya ditinggalkan. Sekarang hati dia dah bercantum dangan hati orang lain dan hati saya ada lagi kat sini. Sabar hati.



No hati, tak boleh. Jangan nangis! Biasa la tu. Cheer up ok. Sedih? Memang tak dinafikan. Tapi tak payah la merana sangat. Kelakar nanti. Tapi sekarang ni macam mana nak berfacebook? Couple tu dalam friends list saya. Diorang pun sekarang ni terlalu sayang menyayang dekat facebook. Setiap kali pergi homepage mesti keluar post diorang berdua. And bila terbaca post diorang hati tiba-tiba jadi sedih. Tadi pun saya terbaca lagi post diorang. Sedih sangat. Please awak jangan keluar kat page saya. Memang la boleh kalau saya nak delete awak berdua tapi rasanya tak payah la buat macam tu kan!
Nampaknya hati kena positif. Tapi sekarang ni susah nak suruh hati jadi positif. Takpe. Nanti ok la en! Ok, senyum. Hee. =)
Orang tu pun sampai sekarang tak tau lagi yang saya suka kat dia. Takpe. Biarkan je. Lagipun mesti dia tak heran pun sebab dah ada yang tersayang. Kawan-kawan pun tak tau siapa dia walaupun memang confirm ada sesetengah yang kenal dia. Tapi kalau orang tu terbaca entry ni and faham yang saya memang maksudkan dia itupun ok la.
Jadi cik Hawa lepas ni kalau nak kawan-kawan pun ingat ingat la ye. Jangan terus bawa masuk dalam hati. Nanti nangis lagi. Setakat ni sayang dekat dia ada lagi. Just tunggu masa je untuk sayang orang lain pula. Hehehe.(ketawa buat buat)
Dan untuk couple berkenaan enjoy your love. Be happy k! Tahniah untuk anda berdua.

Sunday, April 18, 2010

150 cm

150 cm! Oh, kena tambah lagi 4 cm baru la cukup 154cm. Hmmm, tak pe la. Saya pun tak expect sangat nak kerja ni. Hehe. It's ok bebeh. Chill. (-_-). By the way experience tu yang suwit sangat. Bhahaha. You all mesti nak tau en pasal apa yang saya merapu kat sini. Ehehehe. Actually semalam saya pergi interview Customer Service Agent dekat MAS Academy. Mula-mula tu memang tak nak pergi tapi lepas pikir pikir balik sampai naik mengantuk mata ni yang rasa macam ada gajah duduk baru la saya decide nak pergi. =)

Masa dah sampai kat sana omaigod I tell you darling bapak ramai orang. Huh, macam nak tengok konsert je. Gila ramai. Saya ingat setakat seratus orang je tapi dah lebih ni. Masa ni la tetiba rasa macam alamak bapak cun diorang ni semua. Memang confirm tak dapat. Mamma mia!

Fuh, saya ingatkan setakat customer service je senang la proses interviewnye sekali opss auch aww ehh hmmm banyak gila prosesnye. Mula-mula kena daftar betul-betul lepas masuk pagar akademi pastu kena beratur panjang yang beratus minit la juga pastu kena daftar lagi kat kaunter pastu kena naik tangga yang berlingkar-lingkar yang macam rumah Shah Rukh Khan dalam cerita Kabhi Kushi Kabhi Ghum tu pastu kena masuk dewan yang kalau orang lain tengok mesti cakap" oh kesiannye diorang nak ambil exam" pastu kena keluar balik isi borang and pastu masuk balik and kena keluar balik pergi bilik lain yang sama macam tempat kat klinik yang nak tunggu nama kena panggil untuk ambil ubat. Ok, sambung balik. Lepas tu nama kena panggil and kena masuk kat Grooming room. Oh, wow. Nama pun macam best je en. Heheh. So masa masuk kat sini la saya kantoi! =(

Ok, masa kat grooming ni macam-macam dia tengok. Cara jalan, duduk, senyum, tinggi, berat and siap kena angkat kain lagi. Opss! Hehehe. And nampaknya saya terbehenti setakat ni saja. Huhuhu. Nak buat macam mana en, MAS nak tinggi 154 ke atas and saya 150 je. Wah, betapa kerdilnya diri. Tettttttt! Wahahah.Akhirnya, terpaksa la melangkahkan kaki untuk pulang. (T_T). Rasa macam terkeluar AF je. Sobsobsob. Aaaaaa, saya tak pulang sendirian ye. So bukan saya sorang yang tak cukup inci ni. Wahahaha lagi.

Tapi kan walaupun tak dapat still happy je sebab rasa la juga pengalaman nak jadi FA untuk beberapa jam. Kakitangan MAS pun baik je. Fuh. Macam tu la nak layan customer. Bukannya buat muka penkek basi tu. (opss, sory) Ahaha. At least merasa juga pengalaman macam ni en. Maybe belum rezeki lagi kot(hehehe...macam la lepas ni terus jadi tinggi.. =P).
So, relax-relaxkan diri anda and muah muah. Hehe... =)

Thursday, April 15, 2010

Saya OK!

Semuanya cun saje! Ehehe. Hari ini saya ok. Hari ini saya sangat ok. Terima kasih penyokong! Fuh, rasa macam artis pulak siap ada penyokong penyokong ni.Tettt! Jangan marah haaa! Tak ada sebab untuk saya meratap tersedih-sedih mengenangkan kisah semalam. Ecececeh. Ok, tak mau tipu. Actually ada la teringat lagi and tersedih lagi and terasyik tertanye kenapa kenapa kenapa and ntah apa apa lagi macam segala la. Biasala tu. Baru baru en. Nanti lama-lama rasa stupid je bila teringat balik. Ntah hapehapentah! >_<
So kepada kawan-kawan terima kasih di atas comment comment anda di mukabuku saya ea. Terasa macam Paris Hilton jap. Ahahah. Sekarang ni pun Siti Hawa ada buat target azam baru and segala yang dibuat sebelum ni pun semua dah habis dirombak oleh DBKL. Maybe sebab tak bayar saman kot. Wahaha.
Pagi ni saya bangun dengan sangat ceria. Lepas solat subuh terus excercise. Wah,, rasa lebih lega! Macam dalam iklan cool fever yang kalau demam memang suka sangat paksa adik suruh beli and dia pun terpaksa rela dengan muka tempoyak expirednya. Hehe.
Hidup ini indah. Indah hidup ini. Saya suka hidup indah. Hidup indah bila makan. Hehehe. Jom makan jom!
Waaah, sedapnye sedapnye tiba tiba je kelaparan menjelma. Hehe.
Saya ok bila makan. Saya ok bila saya fikir yang ok ok je. Saya k.o bila saya tak reti lagi naik basikal sampai sekarang. Kenapakah? Hehehe. Tanya mak cik sebelah rumah ye!
Anda suka saya? Suka, oh tenkiu tenkiu. Apa? Tak suka. Tak pe tak pe so jangan baca ye. Wahaha.
Sekarang anda semua percaya saya ok? Saya ok saya ok and mesti korang rasa saya k.o bila saya post belog yang macam ini. Ntah la labu. Ishishish. Ok, disebabkab saya ok sekarang saya nak sambung bermukabuku and nak tunjuk kat korang ke-ok-an saya! Muah muah. Ngehehe.

Wednesday, April 14, 2010

Cerita Hati


Mungkin betul mungkin tak betul atau mungkin buat-buat tak betul. Suddenly I feel yang my heart is broken sangat-sangat. Kenapa dengan saya? I don't know. Maybe segala jawapannya dah ada. Actually awal tahun lagi saya dah tau yang relation status dia is in a relationship. Tapi saya deny semua tu because saya rasa that girl yang dia mention tu memang la saya.*keperasanan teserlah* Hehe.
Tapi tadi bila saya view mukabuku dia and saya terbaca satu link ni omaigod oppss auch awww terkaku I seketika sambil berbaring-baring di atas katil dengan menghadap laptop. Kenapakah? Oh benarkah? And yet orang yang dimaksudkan bukan saya bukan saya and memang bukan saya! Lagi sekali diulangi anak-anak bukan SITI HAWA ye! Sob sob sob. Melalak terbahak bahak sambil mengkontrol kesopanan. =( =( =(

So what should I do now? Still menuggu dia and berdoa mintak mintak dia datang pada saya and bawa chocolate indulgent SR atau buat muka buat ada aku kesah padahal dalam hati dah ada tsunami megi. Wuaawaawaa. Kesedihan terlampau seketika.
Kenapa ini semua terjadi? *dalam nada serius* Ini semua pasal cik Hawa yang suka main perasan perasan ni sampai ingat budak tu suka kat awak ye! Tak malu. Sungguh tak malu. Tapi bukan salah saya ye, kalau la budak tu tak ajak saya main tarik tarik tali takde la saya sampai terbelit belit macam tali kasut pallas ni. Nampak sangat bukan pemain pro. Ngehehe.
Masuk kali ni dah banyak kali saya rasa penyakit SS ni aka syok sendiri mau ingat! Hehehe. Tapi tak serik serik. Kenapakah? Oh, tanyalah jantung sendiri ye! (T_T)

Tapi kali ni sedih saya teramat sangat. Kenapa dia bagi harapan yang terang benderang kalau sebenarnya dia dah ada seseorang. Awak memang tau. Kalau ye pun nak suka berkawan-kawan please don't do this to me. Tak pasal pasal saya yang terkeciwa tapi awak maintain bercengkerama dengan yang tersayang awak tu. Sungguh tak baik.
Sekarang nampaknya memang tak patut lagi saya tunggu awak en en en! Takkan nak suka kat boyfriend orang kot(walaupun penah buat macam tu..heheh..opss suka je tak ambik k). And now detik ni waktu ni saya tak tau nak merepek ape lagi kat sini. Boleh dia tipu saya ye. Fuhh, nah ambik kau Hawa! Sakit kan. Sakit sangat sangat.(nangis lagi walaupun dalam hati je)
" sometimes my heart misses somebody..... and that somebody doesnt even know that i still misses everyday.... but what can i do is just stand aside and watch.... and not to tell that somebody how i really feel...... "
ayat kat atas ni saya cilok kat fb kawan saya. Hehe. Tapi ayat dia memang comel. Sama macam situasi saya. Kenapa susah saya nak bagi tau dia and sekarang masa saya dah bersedia bila bila masa je nak tunjuk hint kat dia rupa rupanya dia dah ada yang lain and paling tak suka dia tipu saya. Ahhahaha. Jiwang jap. =P

Tapi hidup ini indah. Tak semua yang kita harapkan akan kita dapat kan! Maybe ada lagi yang paling baik baik baik untuk kita semua en! Or maybe ni sekejap je. Ntah ntah akhirnya dia dengan saya juga! Ecececeh, tak malu. Hehe...Tapi ketahuilah pembaca semasa saya merepek kat sini saya sangat sedih walaupun takde air mata yang keluar macam pedih masa potong bawang(hehe..nape ye?). =)



And lagi satu, diwaktu saya sedang berusaha untuk bersedih pada waktu ini ada seseorang yang sangat happy terlajak ketika ini! Hehe, of course la my kakak yang memang sangat sangat tak suka apabila adiknya yang suwit ini suka kat si dia yang telah melukakan. Ahaha. Well, sekarang kakak saya orang yang paling bahagia apabila budak tu cari orang lain. OMG! Tak patut sungguh! Tetttt! Bhahaha. So Hawa, stay comel comel baby. Muah muah!