Love, h'wawa
Monday, November 30, 2015
Friday, September 18, 2015
Salam Zulhijjah ❤️
18 September 2015. 4th Zulhijjah 1436 H.
:: Salam AidilAdha ❤️
Love,h'wawa
Thursday, September 17, 2015
Mungkin Sebab Saya Dilahirkan Di Rumah
Mungkin sebab saya dilahirkan di rumah. Mungkinlah. Sebab saya suka sangat duduk rumah. Itu pasal saya suka rumah lebih dari segalanya. Mungkinlah. Kalau dapat duduk dekat rumah tu Ya Allah bestnya. Rasa wow! Mungkinkah ini ada kaitan dengan lahir di rumah? Mungkin. Bila dekat rumah, macam2 kerja boleh buat. Kang bila tengok ada sampah bawah meja, tiba2 ambik penyapu terus sapu sampah. Nanti bila nampak buku tak tersusun dekat almari, terus pergi betulkan. Bila tengok dekat luar matahari elok je terang panas, cepat2 basuh baju. Nak pergi tambah air dekat water heater dekat dapur nampak pinggan tak basuh dalam sinki, basuh dulu semua tu. Tengah mandi nampak bilik air macam kotor sikit, ambik berus sental dinding lubang air semua. Kalau masuk bilik nak ambil handphone nampak kain baju banyak setimbun, duduk lipat kain dulu bagi kemas semua baju. Tengah buat2 kerja rumah lepas tu terasa macam penat sikit, boleh berhenti dulu rehat2 landing2 atas sofa. Lepas tu bila macam dah ok, sambung balik buat kerja tadi. Kalau rasa macam dah taknak buat kang, panggil la siapa2 minta tolong habiskan sikit. Elok2 tengah mop lantai nanti tiba2 cerita macam best je dekat tv tu, berhenti jap tengok tv sambil pegang mop. Oh seronok sangat.
Mungkin sebab saya lahir di rumah. Itu sebab saya suka lepak di rumah lebih dari segalanya. Ya. Segalanya tu bukanlah tak keluar rumah langsung. Oh best gila kalau dapat shopping high heels dua pasang. Seronoknya kalau keluar pergi coffee bean. Bestnya makan dekat kedai korea. Heaven betul dapat check in dekat POGH. Duduk rumah bukan bermakna saya tak keluar langsung. Itu katak tempurung. Bukan. Saya bukan katak. Tapi saya suka duduk rumah. Duduk rumah tak bermakna saya tak keluar jumpa kawan2, tak keluar jumpa jiran2, tak keluar jumpa sedara mara. Tak. Bukan macam tu. Saya kenal jiran saya siapa. Jiran saya tau saya suka keluar pukul berapa. Cik bunga aa tau saya kalau keluar pakai kasut apa. Along Haziq tau saya kalau malas nak layan orang buat muka macam mana. Tidak. Bukan. Andwe. Nehi. No. La. Em tak. Kalau saya langsung tak keluar rumah, diorang semua tak kenal saya macam mana.
Mungkin sebab saya lahir di rumah. Mungkinlah. Itu sebab saya suka duduk rumah. Kalau pergi rumah saudara pun, saya duduk di rumah. Tapi itu bukan rumah saya. Itu rumah mereka. Best. Makan, bual2, tengok tv, mandi. Kalau penat, tidur. Sama. Aktiviti di rumah. Tapi. Tapi. Tapi. Tak boleh lama2. Sebab? Itu bukan rumah saya. Seharian dekat rumah orang? Omooo... Kalau dekat rumah sendiri, macam2 kerja dah boleh buat. Tapi itu rumah orang. Apa sangat yang saya mampu buat. Sejam dua itu biasa. Tiga jam, boleh la. Empat jam lima jam itu mampu diteruskan lagi. Enam jam, oh..cepatlah masa berlalu. Tujuh jam, helppp meee...doraemon nak pinjam pintu pliss. Lapan jam, ok fine..duduk sopan tapi dalam hati dah menangis nak balik! Nak balik nak balik!
*Maaf, maksud saya kalau kita datang rumah orang dengan niat tak mahu tidur di rumah itu. Kalau tidur tu lain pulak perasaannya.
Hmm hmmm.. Mungkin sebab saya lahir di rumah. Itu sebab saya suka duduk rumah. Mungkinlah. Saya tak suka perasaan kalau saya pergi rumah orang yang kita tak mampu baring lunjur kaki tu oh tidak muka resah doa dalam hati minta2 jangan lama disini. Kang kalau kita baring2 kang belum tentu orang suka. Kang kita lunjur kaki sebab lenguh kang belum tentu orang faham. Saya rindu rumah. Itu sebab saya homesick bila belajar di Terengganu. Itu sebab saya homesick bila belajar di Shah Alam. Itu sebab saya homesick bila duduk sebulan di rumah kakak.
Mungkin sebab saya lahir di rumah. Itu sebab saya suka duduk rumah. Mungkinlah. Saya seronok bila angkat kain, kain baju semua kering, bau wangi. Seronok bila orang pergi dapur, tengok pinggan mangkuk semua dah cuci. Best bila orang balik rumah, tengok rumah bersih kemas lantai berkilat. Happy bila orang cari baju, semua elok terletak dekat almari masing2 tak payah nak cari dekat timbun kain. Teruja bila masuk tandas, tandas bersih wangi macam tandas bayar dua ringgit sekali masuk. Rasa bunga2 kembang mewangi. Ewah.
Mungkin sebab saya lahir di rumah. Itu sebab saya suka duduk rumah. Mungkinlah. Kadang2 saya yang lebih risau dari mak. Kalau nampak hujan mendung, arghh..tak kering kain ni. Cari mana2 port gantung dalam rumah. Kalau keluar berjalan lama sangat, 'hmmm..cepatlah balik nanti pinggan banyak dalam sinki takde siapa basuh'. Kalau nak keluar rumah awal2, 'jap2 nak basuh kain ni..sayang matahari panas2 tapi tak basuh baju'. Kalau tidur rumah orang lama2, 'hmmm...apa khabar la rumah agaknya..tak bersapu tak bermop..oh rindu gila dekat tv sendiri'. Kalau lama sangat dekat kedai mamak, 'oh ni kalau dekat rumah best dapat landing atas katil'. Oh mannn! Sumpah saya sayang rumah saya.
Mungkin sebab saya lahir di rumah. Itu sebab saya suka duduk rumah. Mungkinlah. Kalau di rumah, saya tau nak buat apa. Dan saya tau juga kalau taknak buat apa. Dekat rumah sendiri saya dinner pukul 7. Dekat rumah orang
dinner pukul 8. Takpela. Nama pun rumah orang. Dekat rumah sendiri kalau makan pukul 10 malam pun saya tau cara nak bagi lemak tu terhapus. Dekat rumah orang dinner pukul 9, pukul 11.30 dah tidur. Itu sebab saya gemok. T_T. Dekat rumah sendiri saya gembira hari2 makan nasi dengan sup fishball pedas meleTop. Dekat rumah orang, saya kena jadi kaset rosak repeat sebab apa saya tak makan daging tak makan ikan patin. Dekat rumah sendiri saya boleh duduk tekup telinga dengan bantal mulut kumat kamit baca doa kuat2 kalau bunyi petir sebab saya takut petir. Dekat rumah orang, saya kena tawakal dalam hati baca doa slow2 genggam tangan kuat2 minta2 jangan terkejut sangat kalau dengar bunyi petir. Dekat rumah sendiri saya seronok tengok tv cerita tamil, cerita korea, drama bersiri, kourtney and khloe take hamptons, cici dan caca, dan tak ketinggalan running man, don't walk..but run. Dekat rumah orang, saya kena ikut tengok awani, life inspiration chanel, mimbar pencetus ummah, master chef australia new season. Sobs!
Mungkin sebab saya lahir di rumah. Itu sebab saya suka duduk rumah. Mungkinlah. Mungkin sebab itu dulu (sekarang pun ada) ada beberapa orang yang nak kahwin dengan saya cakap saya boleh jadi surirumah lepas kahwin. Ok, takde kena mengena.
27 tahun dahulu, saya dilahirkan di rumah.
Mungkin sebab saya dilahirkan di rumah. Itu sebab saya suka duduk rumah. Mungkinlah. Mungkin.
:: Saya suka duduk rumah. Saya juga suka pergi rumah orang. Sebab orang layan saya dengan baik. Thank you semua orang. ❤️
Love,h'wawa
Tuesday, September 15, 2015
Life...
Everyone will go through some hard times at some point. Life isn't easy. Just something to think about. Did you know the people that are the strongest are usually the most sensitive? Did you know the people who exhibit the most kindness are the first to get mistreated? Did you know the ones who take care of others all the times are usually the ones who need it the most? Did you know the three hardest things to say are I love you, I'm sorry, and help me? Sometimes, just because a person looks happy, you have to look past their smile to see how much pain they may be in.
:: Be positive and keep moving forward
Love,h'wawa
Monday, September 14, 2015
Mee Bandung, Sate, dan 434 ❤️
Kalau balik Muar, mesti nak datang sini. Takde la mesti sangat pun, kalau rasa macam dah lama tak datang la baru datang sini. :) Dia punya mee bandung perghhh sedap sangat. Pedas and marvellous dan paling best takde daging. Abang yang ambik order tu pun handsome jugak. Selain mee bandung ada juga makanan lain. Laksa, soto, bihun sup, mee kari, nasi berlauk, macam2 lagi. Bihun sup pun super sedap. Lagi2 kicap cili tu memang pedas terangkat!!
Ok, yang macam dekat gambar tu mee bandung special. Dapat udang besar tiga ekor, tu sebab namanya special. Kalau mee bandung biasa pun sama je bentuk dan rasa cuma takde udang besar tiga ekor tu je la.
Kedai ni memang kitorang satu keluarga akan pilih kalau nak makan mee bandung. Dah biasa dari kecik2 lagi makan dekat sini. Tapi takde la setiap kali order ambik yang special macam tu. Order meebandung biasa pun sedap jugak. Mee bandung special tak ada sepanjang hari tau. Ikut kuantiti udang. Kalau pagi tu ramai yang order mee bandung special, jadi petang tu maybe mee bandung special ni dah habis. Sebab udang habis. Kuah mee bandung segera pun ada jual. Balik rumah tambah air je. Rasa maintain sama.
Nama kedai ni Mee Bandung je. Dekat jambatan Muar lama. Sederet dengan restoran Murtabak Singapore. Murtabak Singapore tu pun memang best! Masa kecik dulu rajin jugak makan dekat situ. Sekarang ni tak tau la murtabak tu sedap macam dulu ke tak. Hihi..
Kalau kitorang balik ikut jalan lain, tapi teringin nak makan mee bandung, ada lagi satu kedai. Betul2 dekat bandar Muar. Kedai apa ntah. Orang cina tapi halal. No worries. Kedai ni memang dah famous dari dulu lagi. Kalau datang makan dekat sini mesti nak order mee bandung dengan sate sekali. Sate dan mee bandung. Inilah trade mark orang muo. Hikss
Mee bandung sedap. Sate pun sedap. Tapi I lagi suka kedai yang dekat jambatan tu. Tapi sebenarnya mana2 pun I telan. Nyummeh!
Haaa.. ni nak cerita pasal kopi pulak! Arghhhh...I'm caffein addicted! Bestnya dapat bau kopi! Marvellous sangat2. Nak datang sini kalau nasib baik dapat la tempat, kalau tak kena tunggu dulu orang habis makan minum baru boleh duduk. Macam2 kopi ada. Yang paling mahal dan yang paling murah. White coffee dengan roti bakar kahwin, telur separuh masak! Ya Allah! Memang kick.
Kedai kopi Sai Kee 434. Kopi 434 ni kopi paling famous dekat Muar. Takde jual dekat luar. Kalau nak memang kena datang Muar. Online pun ada kot sebab I macam pernah nampak iklan 434 ni dekat highway. Kalau dekat kedai, ada juga jual kopi untuk kita bancuh sendiri. Ada yang timbang ada yang segera. Besttt!! Sebelum balik KL tapaw dulu instant white coffee banyak2.
Kedai ni berhadapan dengan stesen bas Muar. Bawah jejantas. Selang dua belah kot dari kedai rempah. Tak ingat la. Tapi jangan risau, buka waze taip sai kee 434 memang ada :).
:: Dah lama tak minum Kopi 1.
Love,h'wawa
Sunday, September 13, 2015
Di Muar
Safely arrived at Muar! Alhamdulillah :). Kitorang sampai tepat2 waktu orang mula majlis. Best gila datang awal tak payah nak rebut2. Heheh. Dan paling best bila tema pengantin adalah pink ❤️. Omoo... Comel betul!
Sebelum makan biasalah mak bawa tawaf dulu pusing2 jumpa sedara. And guest what, lebih 90% yang datang tu semua sedara. Ingatkan jiran ke, kawan pengantin ke, tapi semua yang kita jumpa mak cakap 'ni sedara ' jumpa lagi yang lain 'ni sedara' dan lagi dan lagi. Tapi sebenarnya tak heran pun, sebab sedara mak memanglah super ramai. Pergi kenduri sedara mana2 pun mang itu lah aktivitinya. Cuma kita ni je yang susah sikit nak ingat nama diorang. Tu yang kena repeat banyak kali macam kaset rosak.
Tengok gambar tu. Orang lain berselera je makan lauk kenduri. Kita makan nasi putih dengan ayam masak merah je. Hukhuk... Lauk ni special untuk orang yang tak makan daging dan kambing macam I. Mula2 macam nak menangis ingatkan kena makan nasi kosong. Sebab lauk yang ada kurma daging, kambing masak apa ntah, acar buah apa ntah, dan dalca sayur campur hati ke apa ntah tak tau. Semua tu I tak makan. Seriously, kalau makan daging mesti muntah. Nasi pun terpaksa ambik nasi putih sebab tak berani nak ambik nasi lain sebab I dah serik makan nasi yang macam tu. Muntah banyak kali sebab nya sebelum2 ni, nasi tu semua (minyak dan beriani) masak campur dengan air stok daging! Waaaa....nanges! Patutla rasa pelik semacam. Biasanya, kalau kenduri sedara2 yang rapat memang ayah teh yang masak. Dan kalau ayah teh yang masak, daging and kambing mesti ada. T_T. Jalan selamat, makan nasi putih je.
Lepas makan, terus masuk rumah cop tempat depan pelamin. Tak larat nak tunggu dekat luar. Lagipun tetamu ramai gila, kena bagi tempat dekat diorang.
Best weyh dapat landing2 dalam rumah. Orang tak ramai sangat so kita cop tempat depan tepi dinding. Biasalah, I kan macam makcik2 sikit. Cepat nau sakit kaki. Dah dapat dinding tu apa lgi, sandar dekat dinding siap lunjur2 kaki lagi. Kehkeh.. Tiba2 rasa ngek sebab nenek yang duduk sebelah I tu pun kuat lagi siap boleh turun naik angkat kotak goodie bag.
Sampai pukul tiga dekat rumah pengantin lepas tu terus pergi rumah pakcik. Weee...best gila dapat baring! Super capek. Datang2 cari plug nak charge aipong. Lepas tu tengok running man. Nak ambik gambar baby pun tak sempat. Heh.
:: Mee bandung dan sate! Daebak :)
Love, h'wawa
Saturday, September 12, 2015
Kepada Allah Kita Kembali
Gambar lain I tak berani nak share. Sedih dan ngeri.
Hari rabu lepas pun I dapat dua berita kematian. Arwah atok sedara sepupu I dan sorang lagi kawan abah. Woah. Terkejut tengah golek2 tidur tiba2 mak masuk bilik cakap nak pergi ziarah orang meninggal. Lepas tu abah pulak cakap nak ziarah kawan abah meninggal. Tiba2 sebak je rasa. Terus tak boleh nak tidur. Bila orang yang kita kenal 'pergi' macam tu je, rasa terkejut, sedih, and berdebar tiba2. Kuasa Allah. Bila2 Dia nak tarik nyawa kita pun kita tak tau. Muda bukan alasan nak hidup lama dan sihat bukan makna kita lambat mati.
Semoga Allah merahmati dan mencucuri rahmat kepada mereka yang telah menemuiNya. Amin.. Dan semoga kita yang masih hidup ni mendapat keberkatan dan kerahmatan hidup.
Insaf sangat dengan berita kematian ni. I pun nak minta maaf dekat semua tak kisahlah kenal secara langsung atau setakat dua tiga kali jumpa ke, minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, maaf kalau ada terbuat awak semua terasa tersentap kadang2 termenangis. Halalkan segala kata2, perbuatan dan makan minum semua. Hutang2 lapuk yang tak teringat. Yang ingat tu insyaallah akan bayar..haha. Termasuk loan PTPTN. Nanti I bayar :) .
Setiap manusia tak terlepas dari melakukan kesalahan. I pun sama. Minta maaf kalau I memang salah. Insyaallah akan berubah baiki diri. Beri saya peluang okay!!
Everybody deserve the second chance kan!
Yang penting bersihkan hati dan positifkan minda. Go Wawa go!
Tata, doakan perjalanan kami :)
:: Janji pada diri hari Isnin ni kena kurus!! Kurus2 macam bini popeye ❤️
Love,h'wawa
Thursday, September 10, 2015
Kisah Pelik
Ntah kenapa. Tak tau kenapa ntah. Penyakit terbaru. 'Jeles hokay bila tengok keluarga bahagia ex boyfriend, ex scandal, bakal boyfriend tak jadi, ex secret admire, dan orang yang suka dekat kita tapi kita taknak" ohmaigod ohmaigod. Statement tak boleh blah betul. I ingat hari tu bila I tengok A bukan nama sebenar upload gambar wife dan anak dia je yang I jeles, tapi lepas sorang2 tunjuk gambar anak masing2 tiba2 hati kita macam eh eh no no what happen what happen? kenapa aku jeles ni omooo omoo! Arghhhh...boleh rasa tak perasaan tu bila tengok bakal boyfriend tak jadi buat macam tu? Tak kisahlah samada kita yang buat tak jadi ke atau dia yang buat tak jadi, tapi kusss semangat separuh jiwa ku terbang!
Bila dah tengok gambar tu mula la cipta dialog sendiri 'hmmm...kalau la kita kawin mesti anak tu anak aku jugak" haha..muntaaaahhhh!!! Bila I cerita dekat kakak pasal benda ni dia pun laju je cakap 'kenapa awak ni? sakai' .. Haaa ...macam tu la. Pendek je ayat dia. Memang tak membantu langsung nak tenteramkan jiwa kita ni!
Tapi tak semua lah yang macam tu! Biasa yang jadi macam tu kalau orang tu dulu memang antara hampir 'to be in relation' dengan I. Tengok, kesian I kan! Hampir to be. Memang belum be lagi pun! Tiba2 hilang! Mana la tak sentap kita bila tengok gambar dia kan! Dah la dulu masa nak kawin pun tetiba je dapat invitation. Tak tau bila masa ntah hubungan kita berakhir. Heheh..lebih kurang macam tu la. Lompat2 jantung kita bila dapat invitation tu. Awak nak kawin kita nanges! Sick!
Yang lagi sorang ni langsung tak jemput. I tau dia dah kawin pun masa tengok facebook kawan lain. Woahh...pecah2 hati kita! Dia ni lagi best, dah hampir punya hampir punya hampir nak jadi, tiba2 senyap senyap dan senyap, lepas tu kawin pun senyap2. Tapi dengan I je la. Dengan orang lain dia tak kawin sorok2 pun! *lapairmata.. Tasha je yang tau betapa gigihnya 'si dia' ni ngorat I dulu. Sampai tersedak sedak I kena bahan dengan Tasha bila I suruh Tasha angkat call masa 'si dia' telefon. Haha...kenangan sangat! Dan ada jugaklah dua tiga orang kawan yang datang masa kakak I kawin dulu yang senyum sambil buat ehem2 dekat I bila tengok 'si dia' ni pun datang sekali lepas tu tanya "ayah awak mana?" . haaaa....mana tak ehem2 nya...dulu2 dia cakap aku, I pula panggil nama dia je. Tapi lepas dah macam "kuch kuch hota hai" terus tukar awak saya! Awwwww...so shuwit awak ni! *blushing
Dan, yang terbaru...I dapat tau bekas secret admire separuh mati I dulu dah update relationship dia dari single kepada "in a relationship with ........." ! Hah? Kita terasa sikit je wak! Alaaa, sikit je. Taklah...sebenarnya terasa banyakkkkk!!! T_T
Masa dia ngorat I dulu, biasalah..hari2 call! Eh, bukan dia je. Siapa2 yang dah on the way nak 'getting closer' dengan I biasanya pun memang akan call je. Sebab diorang tau I taksuka mesej2. I lagi prefer cakap2 dekat handphone dari main mesej2 ni! Memang rimas siapa2 yang pernah jadi roomate I dulu sebab handphone asyik bunyi je. Kesian! Ok, sambung balik cerita tadi. Bila bakal boyfriend I ni call je kan, dia ni takde topik lain nak cakap. Tak habis2 nak ajak kawin. Masa tu I sem tiga degree. Dah la umur kitorang sebaya. Dia pun tengah study jugak. Tapi U lain. Lepas tu ada satu hari tu dia hantar I balik rumah. Sanggup ambik I dekat UiTM ni! Hihi...masak aku kena ngorat sepanjang jalan nak balik rumah. Tengah sedap2 dia ayat I, tetiba ayat dia macam pelik sikit. "Awak, FS tu siapa wak?". Uhuk...huk huk huk huk.. Tersedak iolls! Alamak..kantoi! Rupanya dia nampak I mesej2 dengan FS masa dia dok potpet2 ngorat I sambil drive. Kesian dia. I senyum2 sengeh2 dia ingat I setuju nak jadi girlfriend dia. Padahal tangan I ni laju berdesup reply mesej FS. Kejam betul. Lepas tu dia sambung balik tanya 'dekat blog dekat fb awak asyik tulis nama FS je...dia siapa wak? boyfriend awak ea?" . Gulp. I pun macam 'emmm aaaa emmm ehem' speechless. I senyap je. Tak tau nak cakap apa. Nak cakap FS tu boyfriend I (masa tu) macam tak kena je. Kang kalau FS tau dah sah2 kena cop perasan setepek. So, I diam. Dalam hati dah dupdapdupdap. "alamak..dia marah aku la tu..jgn berhenti tepi jln plisss" .. takut sangat kena kekkong beg tetengah malam sorang2 ni. Scaryyy sangat! Tapiii...ingatkan dia marah. Lepas tu dia sambung balik cakap "takpe..selagi awak tak kawin dengan dia, saya ada peluang lah kan...awak taknak keje lepas kawin dengan saya nanti pun takpe..saya bagi awak duduk rumah..saya bagi la awak elaun RM1000 sebulan..". Dia cakap dia senyum dia cakap dia senyum. I pun macam 'haaa...heeee' . Padahal muka cuak tak tau nak buat apa. Dah la sedap rasa je suruh orang duk rumah lepas kawin (padahal memang cita2 pun..haha). Macam tau2 je I ni homelytype. Tapi...tu dulu... Sekarang...
I atas katil tengah menaip naip entry ni sambil teringat kisah lama. Lenguh jari weyh. Rindu nak berblog dekat laptop. Tapi keyboard laptop tu dah semakin uzur. Habis kena cabut satu2 dengan Izz. Hmmmmm....
:: Semoga penyakit ni cepat hilang. Tata
Love,h'wawa
Ayat Itu....tu tu
Hai blog kesayangan hati. Akhirnya penyakit lama datang kembali. Terimbas kembali zaman dulu. Diwaktu ghairah darah muda berblog. Ketak ketuk menaip. Senyum2 teringat kenangan indah. Haha.. Blog tersayang menjadi pilihan untuk luahan hati. Ini bukan blog ilmiah. Tapi blog opss auch aww. Dan sekarang I kenot slip. Sistem biologi badan dah jadi macam masa belajar dekat UiTM dulu. Haha. Taktau kenapa I gelak. Rindu kot zaman tu.
Dan mungkin sebab masa tengah kemas2 dokumen dalam laptop separuh tadi, I ternampak banyak kenangan manis mengusik jiwa aww aww. Senyum2 tutup muka dengan bantal. Kekonon zaman 'panas' muda mudi dulu. Facebook cinta, twitter cinta, dan mesej cinta lama. Ohmaaiiiii!!! Ni yang mengganggu gugat perasaan ni! Sumpah I rindu masa tu. Tapi apakan daya. Let bygone be bygone.
Nak pengsan weyh bila terbaca balik ayat tu! Haaaa....comelnya dia masa dia taip ayat tu untuk I!
Paling best bila orang lain pun kopipes ayat tu sebab nak bahan I. I loikeee.
"Nanti dah topup, u org pertama I msg k ❤️"
Agak2 nya ingat tak ayat siapa ni??? Of courseee la I ingat. Oh maaannnnn! *pengsan
Love,h'wawa
Sunday, August 30, 2015
Sakit Kaki
Tau tak lenguh kaki tu apa? Sakit kaki yang terasa sakitnya dan kalau boleh nak duduk je dan kalau best lagi ada orang yang tolong urutkan dengan minyak panas. Besttt!! I pun tak tau nama sebenar dan nama saintifik penyakit ni tapi tu laaa...dari kecik asyik terdengar mak cakap kaki lenguh or lenguh kaki.
I kena penyakit ni dari kecik lagi. Masa umur empat lima tahun dah kena dah. Tengah sedap2 tidur lepas tu tengah2 malam rasa kaki sakit sangat. Macam kena cucuk dengan besi. Sakitnya Ya Allah! Dah la kena masa kecik lagi. Masa umur macam tu tak tau nak buat apa. Menangis huk huk huk je. Bila rasa kaki sakit tu I nanges je. Mula2 nanges slow2. Agak2 tak tahan sangat tu terus nanges kuat2. Nanges kuat sampai mak dengar. Bila mak dengar mak datang tengok. Takpun bila dah rasa sakit tu, I yang datang nanges2 masuk bilik mak. Mak gosok2 dengan minyak panas. Kalau mak tertidur abah pulak yang buat. I pun tidur bilik mak sampai pagi.
Biasanya penyakit I ni datang kalau banyak sangat berjalan, berlari, berdiri. Dekat kawasan rumah I dulu, pasar malam setiap isnin dan khamis. Jadi kalau mak pergi pasar malam waktu malam (biasa kitorang pergi pasar malam petang2) awal2 mak dah pesan I jangan ikut. Sebabnya, kalau pergi pasar malam je balik tu mesti I lenguh kaki. Nanges meraung raung.
Kadang2 penyakit ni datang bila I banyak berlari. Pukul lima petang keluar rumah nak main dengan kawan2. Mula2 main masak2, batu seremban, congkak, tengteng. Lepas tu main police and theif. Kalau dah main polis pencuri tu memang kejar2 sekuat tenaga la. Tu belum lagi main sorok2 hantu2. Nak lari dari kena cekup dengan hantu punya pasal, lari sambil jerit2 macam nak tercabut anak tekak kalau ikut versi mak2 yang cakap. Rasa masa tu macam betul2 nyawa dihujung tanduk hantu datang nak bunuh kita. Dah terbayang-bayang dah yang aku ni tak sempat besar dah takde dah agaknya. Macam tu lah.
Bila dah banyak lari2 macam tu sampai tekak pun dah pedih2 banyak sangat menjerit ketakutan, malam tu dah sah2 'si lenguh kaki' ni akan menyerang. Kalau dah diserang penyakit lepas tu I nanges sekuat hati masuk bilik mak, nasib la...sambil sapu minyak sambil potpet2 mulut mak marah " mak dah pesan tadi jangan galak sangat main...ni sampai tercabut anak tekak awak menjerit...lari sana lari sini". Jadi malam tu I nanges ada dua sebab. Satu sebab sakit sangat rasa bisa kaki sampai ke tulang. Satu lagi sebab kena marah dengan mak.
Penyakit lenguh kaki ni nak kata hilang terus tu taklah. I kena lenguh kaki yang sampai nanges2 tu sampai darjah satu je. Mungkin masa tu kecik lagi dan antibodi tak boleh nak terima kesakitan yang macam tu. Masuk je darjah dua, walaupun sakit, dah boleh dah kawal sikit tapayah nak nanges meraung sangat. Lagi satu masa umur lapan tahun tu memang dah dilatih jalan jauh nak pergi sekolah, nak pergi jalan semua, sebab sekolah agama I tu memang takde bas dan lagi jauh sikit dari kawasan pasar malam. Jadi, kena cekalkan hati dn belajar jalan jauh2. T_T
Sekarang ni, umur I dah penghujung 20 -an pun, sakit ni tak hilang2. Tapi taklah datang serangan yang teruk macam kecik2 dulu. Cuma rasa tegang kaki, tapak kaki denyut2 sikit. Lenguh kaki. Semua penyakit yang lebih kurang tu la. Rutin setiap hari sebelum tidur mesti kena lumur minyak panas dekat kaki. Orang lain sapu losyen. Kita sapu minyak panas. Paling best dapat minyak panas yang warna merah tu. Kalau tak letak minyak memang tak lena tidur. Tu sebab masa I diploma dulu, roomate pernah panggil I orang minyak. Sebanya minyak zaitun letak dekat rambut taknak bagi kering. Minyak baby sapu dekat tangan taknak bagi kulit kering. Minyak kapak sapu dekat kepala sebab I migrain. Minyak panas sapu dekat kaki urut2 sikit sebab kaki tegang. Heheh.
Kadang2 takpayah tunggu malam. Kalau dah banyak sangat jalan2, lepastu berhenti kejap...masa tu dah mula rasa ' ahhhh...skit ehh kaki'. Tu yang dekat mulut asyik terkeluar perkataan ' capekkkk' 'capekkkk' je. Kadang2 sampai hilang mood, rasa nak marah je dibuatnya. Huh.. Tu sebab kalau keluar jalan2 dengan keluarga tersayang atau dengan kawan2 baik, selang setengah jam mesti I orang pertama yang diorang tanya 'penat ke?' . Sebab dah tau dah ada orang yang super capek tapi buat2 ok.
Dan sekarang ni sambil buat entry ni sambil baring2 sebab kaki dah tegang. Redha je buat muka tak malu baring2 dekat rumah orang.
Kalau banyak jalan macam ni la. Semalam jalan sampai malam. Hari ni sekarang ni pun dekat rumah orang. Esok nak jalan lagi. Stok minyak panas dah nak habis :(. Sobs
:: Kakak I pun ada penyakit yang sama. Asal sakit kaki je mesti dia cakap 'bingbing, agaknya orang yang lahir 2 april ni memang ada penyakit kaki ye???'
Hmmm...mungkinlah. Sebab I dengan kakak memang lahir 2 APRIL.
Love,h'wawa
Thursday, July 9, 2015
Hormat (Salam)
Masa I kecik2 dulu kan, I selalu tertanya-tanya dekat diri sendiri, "abah ni kerja polis ke askar ek?" .. Sebab garangnya mak oiiii... tak berani nak angkat muka hokayyy kalau abah dah marah. Dah la adik beradik semua perempuan. Ikut logik budak perempuan takdela nakal manapun nak banding dengan budak lelaki kan! Tapi tu lah..abah cakap kena garang sebab nak ajar disiplin dekat anak2 dan biar jadi orang ada adab sopan. Anda rasa bagaimana?? Heheh...
Banyakkk sangat pantang larang masa jadi anak abah dulu. Of course la ada jugak benda yang sama macam ayah2 awak semua buat juga kan! Contoh? Hmmmm... tak boleh menyanyi masa makan, tak boleh bergaduh masa makan, kena makan sama2 (jemaah), tak boleh makan berbunyi (kunyah makanan tak tutup mulut), makanan kalau tak cukup kena share2 (sikit sama sikit, banyak sama banyak), kalau ada orang panggil kita kena sahut 'ya' atau 'saya' jangan 'hmm' 'aaa' atau apa benda bunyi pun, tak boleh jalan berbunyi (jalan hentak kaki, jalan yg macam tapak kaki berbunyi klepek2 tu), tak boleh dengar orang tua2 bersembang, tak boleh gaduh sama2 adik beradik, jangan tamak, jangan kedekut, jangan berkira (terutama dengan keluarga), jangan suka ungkit2, jangan meminta-minta (nak itu nak ini..lagi2 minta dekat orang lain macam sedara ke kawan ke jiran ke), mulut jangan laser (jangan cakap benda yang buat orang terasa), hormat orang (biar orang buat kita jangan kita buat orang), dan macam2 lagi la yang banyak I kena recall balik! Hmmmm...kalau buat juga perkara yang abah tak bagi tak bagi tu mula2 kena jeling. Kalau buat juga...hmmm...dah mula kena tegur. Kalau buat juga ...hmmm...hambik kauuu!!! Fikirlah sendiri :))
Ok, sebenarnya bukanlah benda tu sangat yang I nak cerita ni. Sebenarnya I nak buat luahan tak puas hati dekat golongan yang tak reti nak hormat atau lebih spesifik lagi tak reti nak salam orang ni. Paling utama mestilah salam orang yang lagi berumur dari kita kan! Hoiiii...susah sangat ke? Kalau bukan muhrim tu memang la haram nak salam2 ni tapi kalau dah sama jantina dan sah / tak haram bersentuhan kan ke nampak sopan sikit kalau bersalaman. Tu kan tanda hormat! Tak kisahla kalau kita lagi tinggi ke, badan kita lagi besar ke, pangkat kita lagi bagus ke, ilmu kita lagi banyak ke, orang tua tetap kita hormati. Kalau setakat beza umur dua ke lima tahun tu ok la kot (kot la..sebab ada orang tak heran soal umur ni..tapi keluarga I kalau beza umur setahun pun kena salam juga), tapi ni yang memang dah berbelas dan berpuluh tahun punya beza umur pun nak buat tak tau ke? Yang sebaya / lagi tua dari mak ayah kita. Nak minta diri cakap "ok lah pakcik / makcik , saya nak balik ni" . Lepas tu blah sambil tunduk2 kepala (konon hormat lettew) tanpa salam bersalaman. Bukan main sangat yeee!! Yang pakcik / makcik ni teragak-agak nak hulur tangan ke taknak. Kusssss semangatttt membara hati I okayyy!!! Kamon la... ayahanda Abdul Wahub pun cakap "ini bukan negara Jepun, main tunduk2...ini Isketambola..kena salam"... so, samalah.. ini melayu.. Malaysia. Kena salam. Hormat! Hnsfffgmphhhgrrrr...kan I dah marah niiii!!!
So, tak kisahlah awak tu siapa, sila tanamkan adab sopan dan juga tatasusila dalam diri! Yang muda disayangi yang tua dihormati yang takde bahasa boleh "pergi" *opsss. Bukan susah sangat pun kan! Kalau geli sangat nak salam pun lepas salam tu lumur lah hand sanitizer banyak2 dekat tangan sampai siku. Biar mati kuman2 bakteria. Hoho...
::Siapa nak jadi menantu abah I, kalau awak nak salam abah pun taknak..jangan harap la nak jadi menantu!!! TAKE NOTE *muka marah
Love,h'wawa
Friday, July 3, 2015
Surprise Surprise Punya Surprised :)
I tak tau kenapa. Hari tu (masa hari kejadian) , dalam seminggu dua kali I mimpi bestfriend I masa sekolah. Minggu depannya mimpi dia lagi. Tapi mimpi tu mesti masa kitorang darjah tiga je. Taknak pulak mimpi masa darjah empat ke lima ke. Secene yang sama dua2 pakai baju putih lagi. Shomellll sangat kanak2 ribena masa tu. Mimpi sama2 dalam kelas, sama2 tunggu bas sekolah nak balik rumah. Pergi beli keropok dekat makcik depan pagar. Main longkat darat rumput sama2. Wahhhh, macam dejavu balik semula tahun 1997 tu! How I misssss that moments! Sobsss... I terfikir jugak kenapa selalu sangat mimpi tu. Siap sedekahkan fatihah lagi sebab ustaz cakap kalau rindu atau ingat dekat orang sedekahkan fatihah untuk dia. So, I did it!
Tapi kan tiba2 je rasa nak bagi surprise2 dekat bestfriend I. Maka datanglah idea nak bagi cupcake yang ada muka I dengan bestfriend I ni. Hihi.. Ok. Dah pilih gambar dah. But then bila cakap dekat orang bakery tu diorang cakap kena salah seorang dalam gambar je sebab tak muat. Hmmm.. takpela. Disebabkan kek ni untuk kawan I so letak gambar dia je la :).
Cupcake dah siap! Yeayyy... Bila dapat tahu kawan I ada dekat KL so I minta kakak bakery tu sendiri yang deliver kan dekat rumah kawan I! Excited tau nak buat surprise2 dekat orang ni! Risau pun ada takut tiba2 takde orang dekat rumah. Pagi nak hantar cupcake tu kakak bakery tu ada call I cakap nak hantar cupcake. Wahhh...I pun confident je reconfirmed alamat nak hantar. Sepuluh minit lepas tu kakak bakery call I balik cakap " dik, akak dah pergi rumah ikut alamat yang adik bagi ni...tapi ada makcik ni cakap takde orang nama Nadia pun??". I pun macam woahhh opsss what happen what happen?? Gelabah dah ni! Tiba2 I teringat...alamakkkk...ni mesti kes tersalah bagi alamat orang lain ni. Dan.....memang betul pun I salah bagi alamat! Ada ke nak bagi dekat Nadia tapi bagi alamat Hanif. Hahahaha golek2. Dahla dua2 kawan! Sorang kawan sekolah sorang lagi kawan UiTM! Beza pulak satu lorong je. Sorang lorong 4 sorang lagi lorong 5! Taman yang sama lorong lain2! Ok, rasa bongok sampai tarik rambut sendiri! :D
Confident je I bagi alamat Hanif dekat kakak tu! Ni semua sebab I save alamat Hanif masa nak pergi kenduri kahwin dia dulu! Nak set google maps kononnya! Tapi pandai sangat save alamat tak letak nama. Dah tu bila nak bagi alamat dekat kakak bakery tu tengok tulis Keramat je terus cop tu alamat Nadia! Haha...ambik kau! Nasib simpan lagi alamat Nadia dekat kad raya dulu!
Dan akhirnya cupcake pun selamat sampai dekat rumah Nadia. Kakak bakery tu whatsapp I cakap "edible tu dh selamat smpai umah nadia..mak dia dh trima dik..tq". Fuhhhh...lega hati kita kak! Dahla I tak letak message atau note apa2 dekat cupcake tu so taktau Nadia tau ke tak I yang bagi. Memang saja tak letak pun sebab kata kan surprise2. So takpayah la nak bagi tau siapa yang bagi kan!
Beberapa hari lepas tu I dapat noti dekat facebook dari Nadia. Dia cakap thank you sebab bagi cupcake tu! I pun macam "eh, mana dia tau ni?" tapi tak tanya la dekat dia macam tu. Cakap sorang2 dalam hati je! Mungkin kakak bakery tu yang cakap kot! Mungkinlah...Mungkin...
:: I order cupcake tu dekat just lildaisy. Boleh tengok blog, twitter, facebook. Kedai dekat Axis Atrium@Fiesta Mall, Taman Cempaka, Ampang. Servis memang tiptop. Pekerja dan bos yang baik. I yang cerewet ni dok mesej2 hari2 malam2 pun diorang layan. Siap salah2 alamat lagi! Hihi
Love,h'wawa
Tuesday, June 30, 2015
Ramadhan dan Running Man ❤️
Alhamdulliah. Salam 13 Ramadhan :) . Harap2 puasa kita dan amal kebaikan kita diterima Allah dan mendapat keberkatan. Amin. Hehe... I taip pun dah laju2 gila sebab nak kejar masa sebelum data ni expired! Haaaa...busy melayan running man je bulan ni sampai malas nak buat apa2. Disebabkan hari ni dah 30 Jun, so gagahkan juga nak tulis apa2 yang terfikir dekat otak sekarang ni! Hihi...idea banyak mencurah-curah tapi mood nak menaip pulak hilang. Acanetu???
Takde benda nak cerita kan, jadi I nak cerita pasal running man je la. Semalam masa I tengok RM episod 251 waaaaaa nanges2 touching2 sangat! Memangla bukan kali pertama nanges tengok running man tapi episod 251 tu sweettt manis2 cotton candy gittew! Woahhhh...true love never die! Siapa yang tak touching bila kena masuk lif yang cantik ada love2 seorang2 lepas tu kena teka pulak tingkat mana yang pasangan kita pergi arghhhhh!!!! Kitorang yang tengok ni pun berdebar apatah lagi Haha dengan wife dia yang kena teka level mana nak pergi tu! Akhirnyaaa jumpa juga sama2 dekat tingkat 30... Waaaa, nanges I!! Saranghae ❤️ . Dua kali I tengok dua kali I nanges.
Saranghae oppa ❤️ Dulu mula2 tengok running man I suka Haha ngan Kwang Soo. Sekarang ni cinta beralih dekat Jong Kook. Ni semua gara2 mimpi kena ngorat ngan Jong Kook la ni ... Awwww
Jun Ho dengan wife dia lagiiii la romantik gila nak mati!!! Dah la Jun Ho ni penuh sense of humor. Untung sangat isteri dia kalau merajuk ke marah ke sedih ke ada husband yang kelakar dan ohhhh handsome pulak tu! I pun nak jugak macam tu (doa banyak2 kikiki).
Siapa yang taknak lelaki yang sayang bini sampai mati sangat2. Dahla Haha dengan Jun Ho ni ingat je semua tarikh2 penting yang melibatkan diorang dan pasangan (biasa kan lelaki tak alert tarikh2 ni...hmmm). I nak jugakkkkk nak jugakkk nak jugakkk oppa yang kacak dan romantik setengah mati macam tu! Hmmmm...saranghae ❤️
:: Dingdong Dantes ni kenapa handsome sangat???? *melting
Love, h'wawa
Tuesday, May 5, 2015
Honeymoon ❤️
Bulan May ni memang banyak je dapat jemputan kenduri kahwin. Semua nak tarikh cantik 1/5/15 dan 15/5/15! Niceeee sangat! So, nanti kalau tengok muka I datang kenduri awak semua selebet serabut macam Hantu Kak Limah jangan pengsan pula ye! Marathon nak kejar semua kenduri!
Haha... First come first serve yang penting! Siapa jemput dulu I datang dulu. InsyaAllah :)
Okayh, pasal kenduri marathon bulan May ni nanti kita buat entry lain (tak thrill la kalau cerita sekarang..). Sekarang nak cerita pasal honeymoon omaigod omaigod I pulak yang excited! Heheh... Maklumlah kawan2 seangkatan semua dah jadi isteri / suami orang dan ada juga yang 'going to be' tak lama lagi! Dan sekarang semua dok update status 'bye2 Malaysia' 'at KLIA departure hall' siap ada gambar kapal terbang lagi! Lagi best ada la sorang cik yang baru jadi puan ni tulis 'bye wawa..meh i surveykan tmpt honeymoon u dulu dgn bakal boifren tak jadi (bak kata wawa) kehkeh' haaaaa...mau tak besar biji mata baca status dia!! Bukan main ayat yg hujung2 tu!!
Dulu kan masa tengah sekolah rendah tak tau pun honeymoon tu apa. Masa tu tengah sibuk nak jadi sailormoon! I awal2 cop sailor venus sebab rambut dia panjang cantik warna kuning pakai skirt pendek kaki panjang tirus gittew! Hihi... I tak nak jadi sailormoon sebab rambut ikat dua kiri kanan ada toncet! Tak lawa sangat mata I tengok rambut sailormoon time tu! Heh..
Bila dah besar sikit dah masuk sekolah menengah baru la rasa nak ambik berat pasal honeymoon! Cheewah ayat tak boleh blah betul! :p Masa tu baru nak berangan pergi honeymoon Paris la London New York New Zealand Jepun bagai! Tapi bukan pergi honeymoon sambil senyum2 bayangkan akan bakal kawin dengan senior sekolah. Berangan pergi honeymoon dengan David Beckham yang gila handsome tu! Perghhhh... masa I form 1 dulu tak tau la ntah kenapa kemaruk lain macam dekat David Beckham tu! Dahla bini dia Posh Spice tu pun idola gadis remaja budak 80an macam I! Lagiiiiii la bertambah admire separuh jiwa dekat Beckham! Lagipun budak2 tengah remaja time tu memang berangan nak kahwin artis je! Ehehe...
Lepas tu tempat honeymoon kengkonon taknak la dekat Malaysia. Semua nak luar negara empat musim ada pakej jejaka kacak dan kakak cantik pula! Memang dahsyat la kuasa imaginasi honeymoon I time tu! Bayangkan jalan berpimpin tangan di bawah daun yang gugur dalam suasana sejuk bersama Beckham! Syahdu betul! Takpun tengok bunga sakura depan tasik dekat Jepun dengan Takashi Sorimachi (pelakon Jepun pujaan hati). Ataupun tengok lampu2 waktu malam Hong Kong dengan Andy Lau! Paling best candle light dinner dengan Richard Gere yang tua tapi romantik! Haha...tiba2 je I malu2 kucing teringat kisah dulu2 ni! Heheh...
Dulu kan, I ingat honeymoon tu mesti kena pergi! Sebab kalau I tengok drama kan, orang kalau lepas kahwin mesti kena pergi honeymoon (nampak sangat hobi suka menonton dari dulu). Masa sepupu I kahwin pun makcik ada tanya 'hai pengantin, takkan honeymoon dalam bilik je? tak pegi mana2 ke?' macam tu la ayatnya sebijik2 terngiang ngiang dekat telingan ni sampai sekarang! Lagiiila kuat hati ni meyakinkan bahawa bulan madu itu harusss!! Kehkeh... Bila dah besar2 sikit baru la faham kalau tak pergi honeymoon pun takpe! Lagipun masa I dah hujung2 sekolah menengah tu trend honeymoon ni macam orang tak buat dah! Lepas kenduri lepak duduk rumah je. Takpun pergi jalan2 dekat Zoo Negara! Makan kentucky sambil tengok burung enggang! Happy2 day :)
Tapi sekarang ni macam dah musim honeymoon balik! Asal I buka facebook je dekat homepage mesti ada je kawan2 yang on the way nak pergi honeymoon! Wahhhh...dah la tak dapat ikut!! I pun nak jugak honey dan moon tu!
I ingat dulu I pernah cakap dengan seorang ni (you know who you are ) yang I nak pergi honeymoon! Orang tu siap tanya "ok..u nk pergi mana? paris?". I cakap I nak pergi MEXICO! Lepas tu tanya lagi "Mexico? Ada apa kat sana?"
(erkk..banyak la pula tanya) I cakap "saja..nak jadi macam Rosalinda". Lepas tu orang tu jawab "ok" .. Tu je???
Ehemmmm...nanti jangan buat2 lupa pula Mexico I tu!!! Bukan main masa ngorat2 dulu Mexico sanggup ku redah! Sekali dah kahwin bawa pergi Melaka je!!!
Ke Mexico ke kita???
:: Tak nak Thailand taknak Indon.. Jom pergi Manila. Nak jumpa DingDongDantes ❤️
Love,h'wawa
Friday, April 17, 2015
Kekasihku Seru; Izz & Eid ❤️
Dah masuk dua minggu dah ni tak ada apa lagi nak cakap ni haaaa!!! Hari hari dan hari juga setiap hari rindu gilaaaaaa dekat Zackwan ibu! Rindu nak main tonggang terbalik atas katil sama2. Rindu nak cebuk berak Zackwan. Rindu nak jalan sana sini bawa pinggan nak bagi Zackwan makan. Rindu nak tengok sinetron sama2 dengan Zackwan. Rindu nak sidai kain dengan Zackwan. Rindu nak bagi Oreo makan dengan Zackwan. Rindu nak Zackwan teman time cuci botol susu Zackwan. Rindu nak ada orang terjerit jerit nanges2 ketuk2 pintu bilik nak suruh ibu buatkan susu atau nak suruh ibu 'wash wash wash'. Rindu nak pergi Pampang Point (Ampang Point actually...) beli Chatime dengan Zackwan. Rindu nak kongsi double cheese burger dengan Zackwan. Rindu nak cium ketiap Zackwan (waaaaa). Rindu nak mandikan Zackwan pagi petang or kadang2 tetengah malam. Rindu nak berebut iPhone dan iPad dengan Zackwan. Rindu nak tambahkan lagi koleksi gambar Zackwan dalam handphone ibu. Rindu nak marah Zackwan. Rindu nak peluk Zackwan. Rindu nak cium Zackwan. Rindu nak 'bayeng cekali' dengan Zackwan. Rindu Zackwan masa ibu tengah lipat kain. Rindu nak kena buka kan kokek untuk Zackwan. Rindu nak kena marah dengan Zackwan. Rindu nak marah sebab terjaga bila Zackwan nanges kuat2 tengah2 malam. Rindu nak jaga sama2 sampai pukul tiga dengan Zackwan. Rindu nak tengok Running Man dengan Zackwan. Rindu nak baca majalah pengantin dengan Zackwan. Rindu nak dengar Zackwan cakap Phillipine. Rindu masa Zackwan minta seringgit dekat ibu. Rindu masa Zackwan kacau ibu solat. Rindu masa Zackwan ikut nak baca AlQuran. Rindu nak dengar Zackwan cakap Zackwan sayang ibu. Rindu nak dengar Zackwan cakap ibu cantik. Rindu nak dengar Zackwan jerit 'ibuuuu ibuuuu' dekat mana2 je. Rinduuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu semua waktu detik jam saat dengan Zackwan!!!!! Rindu rindu rindu segala rindu yang tak terkata dan tak tertaip!!! Ibu rindu IZZ ZACKWAN.
Hoiiiiiiii.....ibu rindu gila ni tahu tak???????
(cryinggggggggggggg T_T)
Adik kotakkkkkk. Adik kotak pun ibu rinduuuuuu. Rindu nak main kuda2 dengan adik kotak. Rindu nak bagi adik kotak nanges taknak bagi tidur. Rindu nak tengok adik kotak ketawa kalau geli. Rindu nak dengar suara adik kotak. Rinduuuuuu adik kotak walaupun adik kotak tak besar lagi dan tak banyak aktiviti yang adik kotak buat dengan ibu!!
Rindu nak buli adik kotak. Ibu rindu adik kotak karikatur ular. Ibu rindu adik kotak kepala megatron. Ibu rindu adik kotak punya mata sepet. Ibu rindu hidung mancung adik kotak. Ibu rinduuuu adik kotak EID ZACKHIR.
Hoiiiiii....balik la cepat!!! Bawa balik so good untuk ibuuuuu :))))
:: Ibu rindu sayang gila IZZ ZACKWAN dan EID ZACKHIR
Love,h'wawa
Wednesday, April 15, 2015
Pelamin DIY Untuk Disewa :)
Post hari ini untuk pertengahan bulan April! I tolong promote business kakak. DIY mini pelamin. Untuk tunang atau nikah atau saja2 untuk ambil gambar.
Pakej semua yang di atas. Kecuali kerusi tu harga lain. Kalau berminat jangan malu2 nak tanya okay!
Pelamin DIY ni maksudnya anda sewa barang dari kami tapi konsep rekabentuk pelamin, anda yang buat dan reka sendiri. Simple as that! Nak2 untuk orang yang super cerewet macam I (heheh...maybe). Harga sewa semua dalam gambar tu dalam RM100 ++ . Tak sampai RM200 pun. Banyak lagi add on item lain yang akan diupdate ok. Business kakak I ni dah lama. Mula2 dulu buat untuk kenalan/ pelanggan terdekat je especially area Shah Alam. Now nak bagi worldwide sikit...nanti mana tau boleh jadi wedding planner Keknis gettew! Haha...
Kalau nak tanya apa2 just drop komen atau dm je ok! :)
:: Tolong promote business. Nanti dah berjaya mana tau dapat jadi partnership ..ehehe
Love,h'wawa
Saturday, April 4, 2015
Keliru Hatiku
Di saat hati keliru dengan sesuatu, istikharah la petunjuk yang terbaik. Ya Allah, please forgive me and please guide me. Give me your sign. Sesungguhnya aku was2 sangat sekarang ni! Kalau bukan dalam mimpi berilah petunjuk melalui gerak hati. I izzzzzzzzzz confused! Uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......
:: Demand tinggi sangat ye pun >_<
Love,h'wawa
Wednesday, April 1, 2015
Satu April yang Menakutkan
Salam satu April! Pagi2 lagi I dah kena April Fool dengan cicak! Euuuu..... Memang tak lena tidur semalam. I masuk bilik semalam dalam pukul 11. Sementara nak tunggu battery handphone ni penuh, ingatkan nak baring2 la dulu. Tengah landing2 golek2 tetiba I dengar bunyi cicak! Scary sangat bunyinya. Bilik tu kosong (kakak baru pindah) so kalau bunyi apa2 pun mesti bergema dan kuat! Telinga I ni dah la sensitif dengan bunyi2. Dengar je bunyi cicak automatik terbangun. Jantung laju gila. Tengok kiri kanan taknampak pun cicak (even tutup lampu tapi lampu jalan terang gila) then I sambung baring balik. Nak sedapkan hati cakap kat diri sendiri "bunyi benda lain kot..ntah2 kat luar". Hmmm...
I baring lagi. Tertidur. Handphone tengah charge. Dengar lagi bunyi cicak. Makin kuat. Terjaga lagi. Jantung makin laju. Beranikan diri pergi ambil handphone. Baru pukul 12.15. Maksudnya tertidur kejap je. Buka lampu. Takde cicak pun. Sambung tidur balik. Dengar lagi. Terjaga lagi. Jantung dupdap2 makin laju. Suluh keliling bilik dengan handphone tapi tak jumpa2 pun cicak. Mula la terfikir bukan2. Ntah2 hantu kot! Rumah ni kan kosong sebelum ni! Makkkk...takuttt. Kerja I bangun tidur bangun tidur je semalam. Setiap sejam terjaga. Setiap kali buka lampu mesti tak nampak cicak. Jantung ni jangan cakap la. Laju kemain! Sampai tidur duduk. Punyalah takut cicak merayap atas badan. Tapi tak jumpa2 pun cicaknya. I siap baca ayat kursi semua. Ulang2 baca sampai tertidur. Dalam hati siap doa "Ya Allah, selamatkan la aku dari cicak". Banyak2 kali. Dalam pukul 4 I terjaga sebab dengar bunyi cicak lagi. Pusing2 tengok dinding nampak cicak besar gila dekat tepi pintu. Woahhhh...terus menggeletar tangan. Cicak tu pun cabut lari belakang baby cot. I pun apa lagi, dalam gelap2 tu ambik handphone lari masuk bilik mak. Fuhhhh....macam buat larian 400 meter! Dah masuk bilik mak tak boleh tidur terus.
Abah terkejut jap masa I masuk bilik. Mak pun sama. Ingatkan dah subuh. Abah bangun balik tanya I kenapa. "bilik awak panas ke?" . I cakap.. "takkkk..ada cicak besarrrr...takut" sambil buat muka nervous. Lepas tu abah sambung tidur balik. Malas nak layan budak ni... Ingatkan kenapa....
Solat subuh tadi pun doa laju2 je. Lepas tu kemas beg semua letak kat luar. Tak nak tidur bilik tu lagi. Takutttttttt....
:: Orang dalam rumah ni semua tak heran I jerit tiba2. Nampak cicak lettew!
Love,h'wawa
Tuesday, March 31, 2015
Selamat Pagi Mac :)
Selamaatttttt pagi kesayangan semua! Wah... semangat betul I update entry pagi2 hujung Mac ni! Heheh...tak boleh tidur malam. Termimpi mimpi I handbag cantik Carlo Rino tu aww aww! Agak2 esok handbag tu naik harga tak??? #ehhh hihi :p
Cepat betul masa berlalu. Malam ni habis dah tiga bulan pertama untuk 2015. Esok kita jumpa April. Bulan yang sangat cute bagi I! Hiks... April, please be nice to me ya! :) Dan Mac....hurmmmm...banyak betul tragedi Mac! Takpela...tata Mac. Awak sungguh menjengkelkan (erkkk).
Target bulan ni nak update entry banyak2 pun tak dapat sebab line maxis I problem! Arghhhh...saya rindu blog saya! Bukan main lagi pusing2 kan handphone kiri kanan nak cari line..nasib baik terconnect juga! :) Oh...lupa.. I sekarang dekat Sabah. Nak hantar buah hati kesayangan dua orang tu! Gonna miss them badly lah lepas ni! Dah confirm ibu meroyan seminggu dua! Sobssss...
Waaaa...mesti ibu rindu gila nanti! Takpela...nanti ibu cari teman lelaki upahan teman ibu jumpa Izz ngan Eid ye! Ehehe...
:: Gst esok kan? Kalau I nak include gst dalam duit hantaran aci tak??? Pleaseee :p
Love,h'wawa
Thursday, March 26, 2015
Luahan Sosial
Masa facebook baru2 popular dulu, semua orang bukan main excited lagi! I pun sama. Suka la kan dapat jumpa kawan2 sekolah dulu. Nak2 orang yang asyik tukar sekolah macam I ni! Teringin sangat nak jumpa balik kawan2 lama, bestfriend masa kecik2 dulu walaupun sekarang dah tak berapa bestfriend sangat pun (anak sungai lagikan berubah), cikgu2, semua la. Bila dah jumpa, mulalah reunion bagai! Seronok kan! :) Itu yang bestnya facebook. Mak dengan abah pun macam teruja masa I bagi tau kitorang selalu keep in touch dengan sepupu dekat jauh guna facebook je. Betapanya laman social boleh mengeratkan silaturrahim! Cheewah...hihi
Dalam dok puji2 facebook ni hebat mantap dan cepat Mak selalu pesan jaga adab jaga bahasa jaga sopan kalau nak update apa2 dekat facebook. Nak upload gambar pun biar yang senonoh sikit. Dulu Mak selalu tegur I bila tengok I snap gambar makanan banyak2 upload dekat facebook "makanan pun nak tunjuk?" macam tu la.. Hihi. I rasa I pun dah banyak kali buat entry dekat blog yang ustaz pun ada pesan jangan itu jangan ini dekat facebook! Betul! Tak semestinya dekat facebook je. Tak kisahla dekat ig ke, twitter ke, blog ke apa ke sama je semua. Kena tapis, kena fikir dulu sebelum nak cakap apa2! Kalau bukan nak cakap pasal orang pun, maksudnya nak cakap pasal diri sendiri pun kena la fikir dulu. Kadang2 kita tak perasan apa yang kita cakap tu buat orang terasa sampai menitik air mata nanges2 baca status kita. Biasa terjadi macam ni kalau update status masa kita tengah marah atau sedih! Wah, macam2 keluar! Ye...kita ada hak nak memgekspresikan perasaan (main emoji je cukup la...erkkk) tapi cerita sebenar hanya kita dan orang tertentu je yang tau. Orang lain yang tak tau apa2 ni nanti senang je nak bagi tanggapan buruk! Tak caya? Percayalah...mesti ada punya! Kalau kita cakap status tu takde nak burukkan sesiapa pun tapi percayalah dalam beratus-ratus friendlist kita tu mesti ada juga yang soksek soksek "eiii, jahatnya dia tu" , "eh, muka je nampak baik", "takpe...buat jahat dibalas jahat", "alaaa..tengok cara je pun dah tau dia macam mana".. dan bla bla ntah apa2 lagi. Tak pasal2 orang lain semua dah pandang serong sampai tahap jadi hipokrit semua. Ehhh...heheh :p
Pernah kan dengar ayat "fikir dulu sebelum cakap"? Sekarang kita tukar sikit ayat tu jadi "fikir dulu sebelum tulis"! Sebabnya...fikirlah sendiri. I pun masa sakan kemaruk guna laman sosial ni macam2 nak bagi tau orang. Heheh. Malu weyh bila baca balik status facebook masa mula2 dulu dengan entry2 dekat blog masa zaman remaja riang ria dulu! Apakebenda ntah (tutup muka). Bila dah berumur ni kena la sopan santun ingat2 sikit! Kalau excited macam mana pun kena behave. Dah takboleh nak teruja sangat macam I umur 23 dulu. Time tu kena ngorat dengan orang pun nak update status "saya cantik". Haha..konon hot lettew! Sekarang pun kalau sedih atau marah kena upload macam ni je "saya sedih.k bye!" ataupun "grrrr...I marah gila ni"... hmmmm.. Should I?
Peringatan! Untuk siapa2 yang tak puas hati dengan I maybe sebab I tergores terhiris terbuat awak marah ke so pleaseeeeeeeee jangan nak kutuk2 nak marah2 nak hina2 guna bahasa awak yang paling sopan! Bahasa sopan la... Maksudnya jangan nak guna ayat lapik. Sebab tu lagi buat I sentap. Baik terang2 awak update "wawa si jahat", ataupun "hawa gila" woah.. I lagi ok kot macam tu dari awak cakap "orang kalau berlagak baik macam tu la...plastik je lebih..penting diri" takpun "ada orang tu macam bagus..pakai kasut tinggi tapi terpleot jugak" erkkkk... Kadang2 kita nak smash orang tapi taknak cakap nama orang tu. Padahal bila baca status kita tu pun orang dah senang je boleh agak siapa yang kita maksudkan. Dan akhirnya....facebook yang dulu pernah merapatkan akhirnya jadi pemusnah! Kalau taksuka message je terus dekat number I. Tapi yang pentinggg..jangan libatkan keluarga! Kamon la! Be matured sikit boleh tak?? Grrrr grrr
Ok lah. Agak2 nya entry ni wujud sebab I tengah marah ke sedih ke gembira ke atau tengah lapar??
Take care and good evening semua! Saya tak kuat muah sikit! Tata :))
:: Saya juga mangsa laman sosial! Lebih sangat nak update semua lastly kita yang kena balik! Silly me!
Love,h'wawa
Tuesday, March 17, 2015
Terima Kasih
Dari dulu I selalu cakap dekat adik kakak dan kawan2 baik I, kalau ada siapa2 yang cakap buruk, mengata, marah, kutuk I dan I tak tau benda tu tolong la jangan bagi tau. Sebab kalau dah tau memang tiba2 jantung jadi laju (mungkin sebab terkejut kot) , dan marah dan nangis. I rela awak semua kutuk senyap2. Esoknya kalau jumpa buat macam biasa je sebab tak tau apa2 kan! Dari kecik sampai sekarang! Pernah dulu I kecik hati dengan keluarga sendiri jugak bila dapat tau ada orang mengata! Nanges. Tu je la keje.
Dan tadi ada orang tweet I cakap "maybe post tu mcm utk awak". Ok.. Thank you! I boleh2 nak tutup semua bagi orang tak tau apa2. Nak update rasa "frust" atau "sad" pun fikir dua kali. Tapi bila baca post tu macam orang lain boleh agak apa yang dah jadi sekarang dan of course memang I la yang nampak dominant dan jahat sangat dekat sini.
Sekarang baru faham kenapa KakLong taknak geng dengan social network ni! Lagi satu, blog beza dengan facebook atau twitter. Kita tulis apa2 je dekat blog untuk siapa2 yang rela hati nak datang singgah dan baca. Yang lain2 tu dah sah2 akan keluar dekat homepage......
:: Goodnyte
Love,h'wawa
Friday, March 13, 2015
Dewan
Siapa2 yang dah tempah dewan untuk kahwin tahun ni...dewan area KL.. Kalau rasa2 takjadi kahwin tu dan nak cancel dewan, cepat2 inbox I ye! Kawan baik I tengah gigih siang malam nak cari dewan kahwin! Dewan semua fully booked untuk 2015 sampai awal tahun 2016. Orang yang jaga dewan tu cakap ramai book awal2 sebab takut kena gst!
Nak kahwin tahun depan, tahun lepas lagi dah kena book! Itupun siapa yang bagi deposit dulu dia yang dapat! Bukan main zaman sekarang ni nak kahwin dekat dewan pun kena rebut2 siapa cepat dia dapat! Nak2 dewan area KL, Putrajaya, dan bandar2 besar Selangor ni! Hmmmmm.....
Ok, jangan lupa tau.. Kalau ada siapa2 yang nak cancel dewan bagi tau I cepat2! Kesian kawan I kempunan nanti! Tata...
:: Kalau takde calon pun nak tempah jugak dewan! Heheh...
Love,h'wawa
Thursday, March 12, 2015
Mimpi Epal
Mimpi memang mengarut! Kadang2 rasa nak ketawa bila diingat balik. Heheh... Betul lah orang cakap mimpi tu mainan tidur dan ada juga mimpi tu yang betul. Tapi bergantung kepada keadaan kita masa tu (sila rujuk adab2 doa dan tidur). Setuju? Mimpi pun boleh mungkin kerana siangnya kita terlalu banyak sangat berfikir sesuatu benda. Tu yang sampai termasuk-masuk dalam mimpi! Betul tak? :)
Macam I, terlalu sakan sangat main game dekat handphone, blogging, chatting, recording dan macam2 lagi tiba2 malam tu tak pasal2 nak mimpi gadjet! Menggelabah la sangat! Mimpi tiba2 iPhone I dah upgrade jadi super duper hebat. Dunia betul2 dihujung jari je. Just click click and click! Nak masuk rumah pun tekan je skrin iPhone. Dah macam Doraemon dan poket ajaib dah pulak! Kehkeh. Lepas tu iPod yang hilang ntah kemana (iPod hilang dalam rumah tapi sampai sekarang tak jumpa kat mana...hmmm) tiba2 dah jumpa dan boleh tukar2 jadi besar dan kecik ikut tempat mana kita nak simpan. Erkkk... Macbook pun boleh lipat2 masuk poket dan dalam mimpi tu I bukan main excited nak lipat2 Macbook tu jadi popia! :) Aikk, makin upgrade pulak mimpi ni. iPad yang skrinnya dah retak pun tiba2 boleh tukar jadi baru! Nak main game pun dah takpayah nak agak2 dah! Touch saja dan semuanya okay! Semua benda la berubah jadi baru dan lebih berkuasa! I pun bila terjaga je terus rasa "woah...kagum betul mimpi aku malam tadi...tak pasal2 nak mimpi gadjet2 ni..."
Tapi yang tak boleh blah sangat...kenapa ntah I mimpi semua produk Apple yang kat rumah ni! Dahla ada yang dah rosak! Tiba2 dalam mimpi jadi elok. Hmmm... Mungkin sebab I apple user kot! Mungkinlah... Tu yang termasuk dalam mimpi. Atau pun... Mana tau ada orang nak bagi I iPhone 7 8 9 ke?? Haha... Tapak tangan kanan pun dah gatal neh! *pppffftttttt :P
:: Pakai smartphone tapi kredit takde...euuu
Love,h'wawa
Sunday, March 8, 2015
Nak Ini
Sebulan dah mimpi baju ni! Tak kisahla tak cantik pun! Tapi shuwit sangat sebab kale pink 😘 . Nak pelisshhhhh!!
Meh datang dalam mimpi I lagi malam ni!! I wishhhhh :)
:: Seronok tengok baju pink banyak dalam almari
Love,h'wawa
Friday, March 6, 2015
Friday, February 27, 2015
Hadiah..
Lagi sebulan nak hari jadi I! Wah, Nampak tak dekat situ
counting days sangat! Hukhuk J
Tetiba dah tua2 ni mengidam nak dapat hadiah! Ecewah! Hihi… Hadiah! Jangan lupa
tau birthday I 2 April nanti! Heheh… Fine! Bila cakap pasal hadiah ni teringat
dulu masa kecik2 mak abah selalu cakap kalau nak bagi orang apa2 kena ikhlas!
Biasa dengar ayat macam ni kalau ada orang ajak kitorang adik beradik pergi
birthday party! Masa tu manalah nak fikir apa sangat kan! Bila orang ajak tu
dah seronok terbayang kek krim ada buah ceri nyum2! Masa dulu konon super sedap
la! Agaknya kalau I dah kenal secret recipe masa kecik dulu macam mana la
rupanya agaknya bila orang ajak pergi birthday party tu! *terbayang keterujaan
melampau dekat situ!
Kenapa mak abah pesan macam tu? Haa…kitorang dulu pun keep
asking mak abah kenapa kenapa kenapa? Abah cakap “cuba awak bayangkan kalau
dapat barang tapi barang tu tak berapa elok…mesti kita marah2…tak suka
kan…macam tu la ….kalau kita bagi dekat orang..” . Ok… Lepas tu mak pulak cakap
“tapi nak, kalau orang bagi dekat kita …ambil je..jangan banyak cakap…bersyukur
la orang dah bagi tu…terima kasih banyak2…”…. Dan lagi panjang lebar ayat nya.
Biasala…mak2 kan ayat melankolik sikit! Jadi dekat situ kitorang dah set dalam
otak kalau dapat barang dari siapa2 harusla berterima kasih dan bersyukur
walaupun hadiah tu korang cakap ‘biasa2 je’! Tapi, kalau nak bagi dekat orang
lain pulak biarlah elok sikit! Buat macam nak bagi dekat diri sendiri! (Tapi
jangan la 100% ikut selera kita je) Kalau tak, baik tak payah bagi! Senang!
Tapi, ni semua terpulangla pada tanggapan masing2 kan! Lain orang lain persepsi! J
Ingat lagi dulu masa nak beli hadiah dekat orang… I keluar
beli dengan adik. Dengan kepakaran ekonomi dan akaun yang I ada (erkkk) kekonon
dapat la bajet2 duit tu! Ada lebih boleh beli2 lagi barang lain. Masa nak beli
tu tangan ni macam selamba je nak ambik yang murah2! Sambil belek2 barang tu
mulut pun cakap2 “alaaa, tak kisahla murah pun..janji ikhlas…janji boleh
pakai..”..lepas tu siap cakap dekat adik nak ambik dekat rumah je..Pow rumah
punya! Heheh…kan boleh berjimat dekat situ! Bila balik je mak abah dah dah
suruh beli yang baru. Biar elok sikit katanya! Abah siap pesan…siap ajar lagi
nak beli barang macam mana…tengok kualiti bagai! Ehehe…
So, next time-nya bila I nak bagi kek…haaaa…ambik kau!
Secret recipe…baskin robin sedebuk ku bagi! Haha….kan seronok macam tu kan!
I pernah dapat makanan yang orang bagi tapi kitorang tak
boleh makan! Basi kot! Tak tau la makanan tu basi sebelum I dapat ke atau
selepas I dapat! Kempunan nanges2! Tengok dalam pek2 tu macam sedap je
semua..Tapi bila buka ….langsung tak boleh makan! Sedih! Makanan terbuang macam
tu je! Lagi satu, dapat makanan tapi makanan tu memang semua orang tak makan!
Haaaa…tau…tak faham la tu kan I cakap apa! Contohnya macam ni la….ada orang ni
bagi ikan tembakul. Tapi dia tau satu keluarga ni tak makan ikan tembakul tapi
dia bagi jugak! Lebih kurang macam tu la! (Kalau dia tak tau pun agak2 la…ikan tembakul kot!) Eh, ni
contoh je tau! Takde niat nak perli siapa2! *flying kiss
:: Teringat spaghetti salmon Chef Adu buat! Oh myyyy!!
Love,h'wawa
Dulu Seringgit Makan Seorang Sekarang Seringgit Makan Dua Orang #Siri 3
Kahwin! Yeay. Mood kahwin datang balik sebab Padil-Lyn nak
kahwin kejap lagi (Entry ni ditulis pada hari Jumaat 12.23 pagi)! Hehe… Tapi
sekarang I nak update entry kahwin orang lain dulu memandangkan diorang belum
ijab qabul lagi! Kita buat dulu entry kahwin ex classmate UiTM Shah Alam yang
lain! Tahun lepas ramai gila yang naik pelamin (Alhamdulillah and tahniah
semua!) tapi biasala…takde mood nak update blog dah! Jadi entry kahwin tahun
lepas baru nak update tahun ni! Nasib la kan! Hihi… So sekarang I kena ambil
nafas dalam2 dulu sebab nak refresh balik kejadian2 masa lampau! Haaa…annoying
sangat kan!
Miza & Mizi
Tengok tu nama pun dah sweet sama2 capital M kan! Masa Miza
kahwin I tak dapat datang! Konon tak dapat datang masa sanding so cakap dengan
Miza nak datang masa nikah! Tapi tak jadi jugak sebab kelas I habis lambat
pulak time tu! Nak balik tukar baju pun tak sempat! Iolls kempunan nak makan
nasi minyak! *sobs….
Kerol & Amirul
Ni lagi sorang nama sepadan pinang dibelah belah! Khairul
dan Amirul! Hehe… Yang ni lagi tak boleh blah! Dah plan berbulan-bulan sebelum
hari kejadian! Excited sangat! Siap tanya tema lagi nak prepare baju awal2! Nak
sehati sejiwa la dengan pengantin! Hihi… Lagi excited bila Kerol cakap kale
pink! Terloncat-loncat kegembiraan! Padahal stok baju pink dalam almari banyak
gila! Tapi nak juga beli baru alasannya Kerol kahwin! Kena serba baru macam
selamat hari raya! Siap bincang dekat group bagai nak bawa baju, bikini semua
berapa pasang! At last I tak pergi pun! Ada kelas juga! Lagipun tak dapat cuti
sebab bila nak minta cuti bos tak masuk office pun minggu tu! Dan…diorang pun
apa lagi! Mengupdate gambar2 yang menggundahkan hati rasa cemburu! Semua pun
nak whatsapp! Memang jealous pun tengok gambar2 tu! Gambar pakai inai, gambar
ramai2 atas pelamin, gambar spaghetti Aa bawak, gambar beli jeruk Pak Ali,
gambar dengan kereta pengantin! *tskk….
Atok Majis & Ida
Selang seminggu lepas Kerol sanding, Ajis pulak kahwin! Yang
ni memang pening kepala sebab I ada enam kenduri pada hari yang sama. Dekat
utara selatan timur barat dan sabah! Sedara mak pun ada yang kahwin juga!
Dan….pengantin ni pun pakai baju warna ungu juga! Macam pengantin Kerol!
Heheh….
Zai & Khairil
Suka sangat time ni! Sebab pelan ke tempat pengantin sangat
mudah dan tak mengelirukan! Hihi…. Tak sesat2 pun! Sampai2 terus masuk parking
masuk dewan makan! Dah la datang masa pengantin pun baru keluar kereta! Rasa
macam kita pulak yang disambut ramai2! Heheh… I makan banyak gila! Lapar kot!
Lepas tu masa ambil gambar dengan pengantin baru perasan yang kale pelamin
diorang sama dengan kale baju I pakai! Haaa…gembira lagi dekat situ!
Nak tau tak…masa nak masuk dewan tu kan…masa I nampak
bunting tu kan ..I cakap dekat kakak yang Zai ni kahwin dengan orang lain.
Bukan dengan tunang dia yang dulu. Sebab tunang dulu kalau tak silap nama dia
Khairul. Tapi yang dekat bunting ni tulis Khairil. Tapi masa jumpa pengantin
dekat pelamin tu baru tau orang yang sama! Huhuhiii….kepoci sangat kan!!!
Ok..that’s it! Ini je yang mampu teringat! Padahal ramai
sangat yang kahwin dan tunang last year! Hehe…. Selamat pengantin baru untuk
Azrul dan Noreen! Dan selamat bertunang buat Bella, Zati, dan Suhaila. InsyaAllah tahun ni diorang jadi pengantin!
:: Risau juga I banyak tak dapat datang majlis orang! Asal nak pergi je ada halangan... Nanti
I kahwin ntah2 takde orang datang! *hmmm T_T
Love,h'wawa
Subscribe to:
Posts (Atom)