Friday, February 27, 2015

Dulu Seringgit Makan Seorang Sekarang Seringgit Makan Dua Orang #Siri 3

Kahwin! Yeay. Mood kahwin datang balik sebab Padil-Lyn nak kahwin kejap lagi (Entry ni ditulis pada hari Jumaat 12.23 pagi)! Hehe… Tapi sekarang I nak update entry kahwin orang lain dulu memandangkan diorang belum ijab qabul lagi! Kita buat dulu entry kahwin ex classmate UiTM Shah Alam yang lain! Tahun lepas ramai gila yang naik pelamin (Alhamdulillah and tahniah semua!) tapi biasala…takde mood nak update blog dah! Jadi entry kahwin tahun lepas baru nak update tahun ni! Nasib la kan! Hihi… So sekarang I kena ambil nafas dalam2 dulu sebab nak refresh balik kejadian2 masa lampau! Haaa…annoying sangat kan!

Miza &  Mizi

Tengok tu nama pun dah sweet sama2 capital M kan! Masa Miza kahwin I tak dapat datang! Konon tak dapat datang masa sanding so cakap dengan Miza nak datang masa nikah! Tapi tak jadi jugak sebab kelas I habis lambat pulak time tu! Nak balik tukar baju pun tak sempat! Iolls kempunan nak makan nasi minyak! *sobs….

Selamat pengantin baru :)


Kerol & Amirul

Ni lagi sorang nama sepadan pinang dibelah belah! Khairul dan Amirul! Hehe… Yang ni lagi tak boleh blah! Dah plan berbulan-bulan sebelum hari kejadian! Excited sangat! Siap tanya tema lagi nak prepare baju awal2! Nak sehati sejiwa la dengan pengantin! Hihi… Lagi excited bila Kerol cakap kale pink! Terloncat-loncat kegembiraan! Padahal stok baju pink dalam almari banyak gila! Tapi nak juga beli baru alasannya Kerol kahwin! Kena serba baru macam selamat hari raya! Siap bincang dekat group bagai nak bawa baju, bikini semua berapa pasang! At last I tak pergi pun! Ada kelas juga! Lagipun tak dapat cuti sebab bila nak minta cuti bos tak masuk office pun minggu tu! Dan…diorang pun apa lagi! Mengupdate gambar2 yang menggundahkan hati rasa cemburu! Semua pun nak whatsapp! Memang jealous pun tengok gambar2 tu! Gambar pakai inai, gambar ramai2 atas pelamin, gambar spaghetti Aa bawak, gambar beli jeruk Pak Ali, gambar dengan kereta pengantin! *tskk….

Tak aci gambar kita takde...


Ni lagi satu tak aci!!!


Tengok tu...dia beli jeruk Pak Ali pun nak bagi tau kita! Sobss...


Atok Majis & Ida

Selang seminggu lepas Kerol sanding, Ajis pulak kahwin! Yang ni memang pening kepala sebab I ada enam kenduri pada hari yang sama. Dekat utara selatan timur barat dan sabah! Sedara mak pun ada yang kahwin juga! Dan….pengantin ni pun pakai baju warna ungu juga! Macam pengantin Kerol! Heheh….

Majis & Ida :)


Zai & Khairil

Suka sangat time ni! Sebab pelan ke tempat pengantin sangat mudah dan tak mengelirukan! Hihi…. Tak sesat2 pun! Sampai2 terus masuk parking masuk dewan makan! Dah la datang masa pengantin pun baru keluar kereta! Rasa macam kita pulak yang disambut ramai2! Heheh… I makan banyak gila! Lapar kot! Lepas tu masa ambil gambar dengan pengantin baru perasan yang kale pelamin diorang sama dengan kale baju I pakai! Haaa…gembira lagi dekat situ!
Nak tau tak…masa nak masuk dewan tu kan…masa I nampak bunting tu kan ..I cakap dekat kakak yang Zai ni kahwin dengan orang lain. Bukan dengan tunang dia yang dulu. Sebab tunang dulu kalau tak silap nama dia Khairul. Tapi yang dekat bunting ni tulis Khairil. Tapi masa jumpa pengantin dekat pelamin tu baru tau orang yang sama! Huhuhiii….kepoci sangat kan!!!

Ok, dah tengok muka baru tau orang yang sama


Teruja bunga telur pun sama dengan baju #ehhh


Ok..that’s it! Ini je yang mampu teringat! Padahal ramai sangat yang kahwin dan tunang last year! Hehe…. Selamat pengantin baru untuk Azrul dan Noreen!  Dan selamat bertunang buat Bella, Zati, dan Suhaila. InsyaAllah tahun ni diorang jadi pengantin! 






:: Risau juga I banyak tak dapat datang majlis orang! Asal nak pergi je ada halangan... Nanti I kahwin ntah2 takde orang datang! *hmmm T_T





Love,h'wawa




No comments:

Post a Comment