Thursday, March 12, 2015

Mimpi Epal

Mimpi memang mengarut! Kadang2 rasa nak ketawa bila diingat balik. Heheh... Betul lah orang cakap mimpi tu mainan tidur dan ada juga mimpi tu yang betul. Tapi bergantung kepada keadaan kita masa tu (sila rujuk adab2 doa dan tidur).  Setuju? Mimpi pun boleh mungkin kerana siangnya kita terlalu banyak sangat berfikir sesuatu benda. Tu yang sampai termasuk-masuk dalam mimpi! Betul tak? :)

Macam I, terlalu sakan sangat main game dekat handphone, blogging, chatting, recording dan macam2 lagi tiba2 malam tu tak pasal2 nak mimpi gadjet! Menggelabah la sangat! Mimpi tiba2 iPhone I dah upgrade jadi super duper hebat. Dunia betul2 dihujung jari je. Just click click and click! Nak masuk rumah pun tekan je skrin iPhone. Dah macam Doraemon dan poket ajaib dah pulak! Kehkeh. Lepas tu iPod yang hilang ntah kemana (iPod hilang dalam rumah tapi sampai sekarang tak jumpa kat mana...hmmm) tiba2 dah jumpa dan boleh tukar2 jadi besar dan kecik ikut tempat mana kita nak simpan. Erkkk... Macbook pun boleh lipat2 masuk poket dan dalam mimpi tu I bukan main excited nak lipat2 Macbook tu jadi popia! :)  Aikk, makin upgrade pulak mimpi ni. iPad yang skrinnya dah retak pun tiba2 boleh tukar jadi baru! Nak main game pun dah takpayah nak agak2 dah! Touch saja dan semuanya okay! Semua benda la berubah jadi baru dan lebih berkuasa! I pun bila terjaga je terus rasa "woah...kagum betul mimpi aku malam tadi...tak pasal2 nak mimpi gadjet2 ni..."


Sedapnya la epal hijau!! aummm


Tapi yang tak boleh blah sangat...kenapa ntah I mimpi semua produk Apple yang kat rumah ni! Dahla ada yang dah rosak! Tiba2 dalam mimpi jadi elok. Hmmm... Mungkin sebab I apple user kot! Mungkinlah... Tu yang termasuk dalam mimpi.  Atau pun... Mana tau ada orang nak bagi I iPhone 7 8 9 ke?? Haha... Tapak tangan kanan pun dah gatal neh! *pppffftttttt :P



:: Pakai smartphone tapi kredit takde...euuu



Love,h'wawa



No comments:

Post a Comment