Friday, February 27, 2015

Hadiah..

Lagi sebulan nak hari jadi I! Wah, Nampak tak dekat situ counting days sangat! Hukhuk J Tetiba dah tua2 ni mengidam nak dapat hadiah! Ecewah! Hihi… Hadiah! Jangan lupa tau birthday I 2 April nanti! Heheh… Fine! Bila cakap pasal hadiah ni teringat dulu masa kecik2 mak abah selalu cakap kalau nak bagi orang apa2 kena ikhlas! Biasa dengar ayat macam ni kalau ada orang ajak kitorang adik beradik pergi birthday party! Masa tu manalah nak fikir apa sangat kan! Bila orang ajak tu dah seronok terbayang kek krim ada buah ceri nyum2! Masa dulu konon super sedap la! Agaknya kalau I dah kenal secret recipe masa kecik dulu macam mana la rupanya agaknya bila orang ajak pergi birthday party tu! *terbayang keterujaan melampau dekat situ!

Kenapa mak abah pesan macam tu? Haa…kitorang dulu pun keep asking mak abah kenapa kenapa kenapa? Abah cakap “cuba awak bayangkan kalau dapat barang tapi barang tu tak berapa elok…mesti kita marah2…tak suka kan…macam tu la ….kalau kita bagi dekat orang..” . Ok… Lepas tu mak pulak cakap “tapi nak, kalau orang bagi dekat kita …ambil je..jangan banyak cakap…bersyukur la orang dah bagi tu…terima kasih banyak2…”…. Dan lagi panjang lebar ayat nya. Biasala…mak2 kan ayat melankolik sikit! Jadi dekat situ kitorang dah set dalam otak kalau dapat barang dari siapa2 harusla berterima kasih dan bersyukur walaupun hadiah tu korang cakap ‘biasa2 je’! Tapi, kalau nak bagi dekat orang lain pulak biarlah elok sikit! Buat macam nak bagi dekat diri sendiri! (Tapi jangan la 100% ikut selera kita je) Kalau tak, baik tak payah bagi! Senang! Tapi, ni semua terpulangla pada tanggapan masing2 kan!  Lain orang lain persepsi! J


Hadiah birthday roomate bagi masa diploma dulu...*love


Ingat lagi dulu masa nak beli hadiah dekat orang… I keluar beli dengan adik. Dengan kepakaran ekonomi dan akaun yang I ada (erkkk) kekonon dapat la bajet2 duit tu! Ada lebih boleh beli2 lagi barang lain. Masa nak beli tu tangan ni macam selamba je nak ambik yang murah2! Sambil belek2 barang tu mulut pun cakap2 “alaaa, tak kisahla murah pun..janji ikhlas…janji boleh pakai..”..lepas tu siap cakap dekat adik nak ambik dekat rumah je..Pow rumah punya! Heheh…kan boleh berjimat dekat situ! Bila balik je mak abah dah dah suruh beli yang baru. Biar elok sikit katanya! Abah siap pesan…siap ajar lagi nak beli barang macam mana…tengok kualiti bagai! Ehehe…

Yang ni roomate masa degree bagi..hadiah sempena habis sem *love


So, next time-nya bila I nak bagi kek…haaaa…ambik kau! Secret recipe…baskin robin sedebuk ku bagi! Haha….kan seronok macam tu kan! 

I pernah dapat makanan yang orang bagi tapi kitorang tak boleh makan! Basi kot! Tak tau la makanan tu basi sebelum I dapat ke atau selepas I dapat! Kempunan nanges2! Tengok dalam pek2 tu macam sedap je semua..Tapi bila buka ….langsung tak boleh makan! Sedih! Makanan terbuang macam tu je! Lagi satu, dapat makanan tapi makanan tu memang semua orang tak makan! Haaaa…tau…tak faham la tu kan I cakap apa! Contohnya macam ni la….ada orang ni bagi ikan tembakul. Tapi dia tau satu keluarga ni tak makan ikan tembakul tapi dia bagi jugak! Lebih kurang macam tu la! (Kalau dia tak  tau pun agak2 la…ikan tembakul kot!) Eh, ni contoh je tau! Takde niat nak perli siapa2! *flying kiss





:: Teringat spaghetti salmon Chef Adu buat! Oh myyyy!!






Love,h'wawa







No comments:

Post a Comment