Hye! Salam Jumaat yang barakah! Hiihii... Awak semua rasa tak yang pandangan uolls dah macam cerah, luas, selebar mata memandang (even mata korang sepet pun), dan nampak segar gittew! Haha.. Ok, I dah bosan dengan layout lama yang ala2 orang blackout tak cukup pengcahayaan tu! Blog lama yang hitam legam, ada taburan kelopak bunga berjuraian (nak bagi blog wangi la mungkin), dengan kedinginan salji yang mencurah-curah! Pergh! Cukuplah I guna layout tu untuk 2 tahun! Hiks! Sekarang lets move to the new environment! Putih dan bersih! Sesuci dan semurni lebaran! Cheewah! Takpe kan ambil mood raya awal2! Dan of course, pink2 tetap ada walaupun hanya untuk tulisan! (Kalau takde pink hilangla identiti I) Hihi...
Dah lama sangat I tak membuat kerja edit mengedit dan setting mensetting blog ni! Lagipun blog ni kan nyawa2 ikan je! So, lantak kau lah situ hidup sorang2! Disebabkan dah lama dah berehat dari kerja edit2 ni so lamaaaaaa gila I spent time untuk tukar semua background, colour, font bagai! Stressss kau tahu tak??? Mata pun pening dok mengahadap benda alah ni! Dah la I takde background macam budak2 art and design tu! Fuhhh... Lagi pulak Adobe Photoshop CS4 kesayangan I dah hilang! Gila sedih tak dapat godek2 blog ni dengan CS! *tskkk I rindu photoshop!
Ini gambar masa balik kelas Arab dekat UiTM dulu! Hasil photoshop dengan roomate I, Wa! =)
Disebabkan konon nak simple and fresh punya blog, I let go semua application yang menyibuk dekat tepi tu! (sambil delete sambil nyanyi lagu let it go macam frozen tu). Eh, cuba tengok.. gambar berkeping2 dari zaman kecik2 dulu semua I remove, jam randik pun takde, ikan keli warna warni lima ekor pun I dah remove! Kad yang Abang Ayie bagi, "I like" punya application, "kelip2 datang", salji mencurah curah, nuffnang punya iklan semua I buang! Dan, tu la..sakan sangat men-delete sampai followers punya tab pun I delete! Lepasss tu haaaa kau baru la susah payah nak ingat balik kawan2 blog yang lain! (walaupun I tak ramai follower). Fuh, ingat punya ingat punya ingat ada la beberapa orang jugak yang I ingat nama blog dia! Hihuu.. Some of the bloggers ni pun ada yang blog ala2 macam I, ada yang memang updated sangat laju sehari sampai lima entry dia update, ada yang dah berkubur bertahun (lebih kurang I la jugak), tapi tak kisahla! Kitorang kan GENG BLOGGER! Nanti yang mana dah tak active tu I nak try cari lepas tu nak add dekat facebook! (haha..biasanya I silent reader)
Ok, ni antara nama2 blog yang I ingat la!
melda ahmad, fyzreen damira, aku kopi kau siapa, diari cik bunga, storie morie lextary dalova, official razman, dari sate ke keropok lekor, apa2jepayid, uitm bella, nadluver, eh ada lagi la! Lagipun blogger2 yang lain punya link ada lagi save dekat I punya dashboard! Haha.. saja2 je buat saspen gitu!
:: Next week kalau rajin mai la datang lagi sini! I nak update header baru pulak! Sekarang ni kita guna je header buruk kelahiran lepas! Kikiki
Love, h'wawa
No comments:
Post a Comment