Kemarau cinta! Mentang2 la sekarang tengah musin panas dan kering so entri pun ala2 nak kemarau gitu! Hihi... Semalam I tengok cerita ni. Kemarau Cinta. Nasha Aziz yang cun dengan Eman Manan hero tua (opsss), dengan ada lagi sorang tapi tak kenal sangat dan nama dia Pool (memang tak kenal pun)! I sebenarnya tak reti dan tak suka nak buat entri pasal cerita2 ni! Malas nak buat sinopsis macam zaman sekolah dulu2! Cheewah! Tapi cerita ni memang penuh dengan maksud2 yang tersirat! Tak percaya? Cuba lah try tengok kalau rajin! Sebab kalau orang yang tak minat tu cerita ni ala2 slow lembs sikit!
Meh la I cerita sikit dekat awak semua (just nak bagi entri nampak panjang sikit) pasal cerita ni. Quzaim (Pool) ni anak angkat mak ayah Aida (Nasha Aziz). Lama gila dia hilangkan diri duduk dekat KL. Tiba2 ada suatu hari tu dia balik kampung tempat keluarga Aida tu la. Kampung tu kebetulan tengah kemarau kering kontang. Kena tunggu lori air datang baru la ada stok air! Quzaim balik sebenarnya sebab dia stress kot sebab syarikat ayah dia dah macam ala2 nak goyang sikit sebab dia masa jadi CEO dulu suka enjoy2 bazir2 duit! Zaman (Eman Manan) pulak dulu engineer kaya. Tapi rasanya dia pun ala2 goyang kot (I tak sure sebab tengok sambil buat kerja so tak focus sangat) then dia pergi duduk dekat kampung Aida juga la. Ayah Aida yang bagi semangat dekat dia nak jadi usahawan yang berjaya. Quzaim pula ingatkan Aida hanyalah gadis kampung biasa yang cantik tapi siapakah Aida sebenarnya??? Jeng jeng jeng!! Haha... pandai tak I buat sinopsis? Lepas habis sekolah dulu dah tak buat dah sinopsis2 sastera cam gini! =D
Haa...betulkan I cakap musim kemarau! Tengok siap bawa baldi lagi nak isi air!
Macam klise je kan? Tapi macam I cakap tadi lots of pengajaran tersirat dalam cerita ni!
Kena percaya pada qada dan qadar Allah
Manusia yang tamak dan rakus yang membuat kerosakan pada bumi dan akhirnya memberi kemudaratan
Ketua yang lari dari tanggungjawab
Berakit-rakit dahulu bereneng-renang ke tepian, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, sehari selembar benang lama-lama menjadi kain..hihi..apa2 jela peribahasa yang sewaktu dengannya
Jangan bersikap bongkak riak berlagak takbur
Jangan hasad dengki mendengki
Don't judge a book by its cover! Hahah..(bila Quzaim tau siapa Aida)
Sedikan baldi nak ambil air! Eh??? Heheh
Tau tak kenapa I nak cakap pasal Kemarau Cinta ni? Sebab scene last cerita ni bila semua masalah yang melanda diorang dapat diselesaikan, tetiba hujan turun dengan mencurah-curah! Orang kampung semua seronok dok pakat mandi hujan ramai2! Dan I yang tengok ni pun jadi sebak dan nanges (hover sangat!!)! Macam la I yang kemarau! Maybe sebab musim panas kot sekarang tu yang fefeeling lebih tu!
Jadi, tau kan sebab apa tajuk dia kemarau cinta? =)
:: Ahh, skema nya tulisan I kali ni
Love,h'wawa
No comments:
Post a Comment