Hari ni ingatkan nak update entry awal sikit so then lepas tu boleh la nak fikir2 idea apa yang terbaik untuk mengrefresh dan mewajah barukan blog syok sendiri ni! Tapi...hmmmmm.... Macam tu lah.. Sifat pemalas nak karang cerita seperti biasa dan jugak sebab demam express tiba2 yang muncul!
Demam tiba2! I pun tak tau sebenarnya. Bukan demam pun kot! Mula2 bersin2 banyak2 kali! Hari Sabtu hari tu masa tengah duduk2 dalam bilik rasa nak bersin! Cukup dua kali macam biasa ucaplah alhamdulillah kan! Tapi, bukannya dua kali! Ntah berapa kali ntah tak sempat nak kira sampai sakit kepala ni! Auch! Simptom selesema dah mula terasa! Tekak pun dah mula rasa perit kering2. Owww, ni tak boleh dibiarkan ni! Kena cepat2 pegi beli ubat batuk cap kelapa laut afrika waka waka eeyy eeyy!!
Hari Ahad pula masa siang tu takdela teruk sangat! Rasa mcam dah ok jeeee!! Masa tengah tengok tv pun takde lagi gangguan bersin yang datang! Ahhh, confirm dah sihat kot! Syukran Ya Allah! Hihu.... Malam je pulak bila I tengah sibuk jalankan aktiviti kegemaran (yeahhh..kita stalk orang jommmm) kepala rasa berat sebelahhhh! Oh my! Ni la.. Kalau selesema je mesti pakej dengan migrain!
Milo ais yang ada atas meja pun dipandang sepi sahaja! Chehhhh...hihi...kepala dengan mata ni macam taknak cooperate dengan tekak! Air milo tu memanggil-manggil sampai masuk dalam mimpi I. Tapi, tu laaa... kepala dah sakit...hidung pun sakit...so, kita tido je la!! Kesian air atas meja tu! Sampai pagi dia teman I!
Actually kan, I kalau time sakit2 kepala yang tahap tak boleh terima gurauan orang dan juga tahap rasa nak melepet je atas katil tu maksudnya memang betul2 sakit la tu! Telan panadol lepas tu usahakan untuk baring sambil picit2 kepala sendiri (baiknya hati taknak susahkan orang) dengan bantuan minyak kapak! Bilik biar panas2 gitu takpayah ada aircond atau kipas ataupun kipas manual buatan sendiri yang buat guna kertas tu! Biar berpeluh satu badan! Dulu masa kecik2 pernah la I terdengar makcik2 cakap kalau demam ni kita kena peluh2 sikit! Bagi sihat! Agaknya I terpengaruh kot! That's why la buat macam tu! Heheh... Tapi betul la jadi! Lepas terjaga nanti kan rasa macam waaa waaa rasa lebih legaaaaa!!!
Macam petang tadi pun I buat macam tu! Ingat sakit kepala biasa2 je tapi sampai naik turun urat kat mata ni! Ohhhh myyyy... Telan active fast lepas tu baring tutup kipas! Peluh pun mula merayapi! Ececeh!! Mata pun makin stim! Lepas tu............ Ok, tak tau bila I tertido! Jaga2 keluar dari bilik tengok rumah dah gelap! Takde orang pun! Hmmmmmmm.......
:: Kalau demam terus turun 10kg pun best jugakkkk!!!
Love,h'wawa
No comments:
Post a Comment