Tuesday, June 24, 2014

Kenduri Fad & Naqi



Hari tu I balik Muar just nak tengok besties I masa sekolah rendah dulu dengan suami dia atas pelamin secara real! Tak nak tengok dalam gambar dekat facebook! Tak eksklusif ponggg! Haaa, suwit kan I! Lagipun Muar kot! Setakat masuk jalan itu, parit sakai, parit lapis, parit botak, parit kadi, parit longkang, itu semua kacang je! Tu yang excited terlebih nak pergi. Tak kisahla walaupun ni majlis pihak lelaki! Lagipun masa kenduri belah perempuan hari tu I tak dapat datang! Terkilan sangat bila tak dapat tengok Fad masa tu! Masa post event hari tu pun Fad ajak pergi both kenduri, so jalan je la! Hihi =)


I sampai dekat dewan dekat 2.30. Ingatkan pengantin tengah makan rupanya pengantin baru je sampai! Fefeeling kawin gitu sebab time kitorang datang budak2 kompang sambut! Haha... Masuk dewan laju2 je sebab lapar gila nak pengsan! Tamak gila I masa tu! Nasib la pinggan tak muat kalau tak semua lauk I ambik! Lepas tu nak cop meja pun nak yang paling tepi! Biar dekat dengan makanan (laparrrr kot!). Buruk gila perangai! Kakak I suruh cop meja tengah sebab time tu meja dekat tengah tu sangat strategik! Dekat sangat dengan pelamin! So, nanti pengantin boleh nampak I! Then, betul la dia cakap tu! Masa tengah makan sempat lagi pengantin lambai2 dekat I! Hihi.. Comel



Nyummeh!


I tak sure la ini catering ke atau masak sendiri! Ada nasi putih dan nasi minyak! Lauk ada daging masak apa ntah (macam dalca kot), rebung masak lemak, ayam masak merah johor style, nangka masak lemak, daging masak apa ntah lagi sekali (yang ni I tak tau masak apa..or maybe satu daging satu kambing tak), dan jelatah nenas! Disebabkan I tak makan daging so I ambik jelatah, rebung dan ayam je! Jakun jap bila nampak jelatah! Rasanya dah bertahun pergi kenduri kahwin tak jumpa pun benda ni! Masa kecil2 dulu je sebab memang masa kenduri atok nenek sedara sepupu semua yang masak! Dekat KL setakat ni kenduri yang I pergi memang tak adaaaa punnnnn! (jerit sekejap)




Laksa penang yang uummpphhh


Masa ambil nasi tu ada la dengar2 orang cakap ada laksa! Sikit pun tak heran tau! I bajet ni kan Johor, so mestila laksa Johor!(tak suka laksa Johor) Sekali makcik yang jaga tu cakap laksa penang! Okay, lapar balik! Laksa dia awesome sangats!



Pengantin! Fadilah & Naqiuddin



Fad, kawan masa sekolah, kawan jalan2 (photoshoot dekat titiwangsa tetengah malam berdua), kawan pergi kenduri, kawan borak2 pasal admire memasing, kawan econometric! Hehe...Si kurus tinggi!



Benci! Buruk gila muka I! Tu sebab kena tampal! Haha... Tapi kena letak jugak sebab kakak I yang nak sangat!



Pengantin dan pengapit!



Best! Puas hati sangat pergi kenduri Fad even sesat masuk lorong berapa kali ntah! Hiks! Makanan dia sumpah sedap gila! Bubur jagung je tak sempat nak makan! *tsk :(  . Pelamin cantik, makanan sedap, dapat ambil gambar dengan pengantin (terima kasih abang photographer yang sangat baik hati...iolls orang pertama yang ambil gambar dengan pengantin....eksaitednyeeerrrr), goodies pun best!



Kepada pengapit lelaki kalau terbaca ni, saya minta maaf ok! Tak sedar pun awak minta tolong ambilkan gambar dengan pengantin! Patut pun dah standby berdiri belakang pengantin siap pegang handphone lagi! Hahahahahaha... Tau2 je masa I pusing nak keluar pintu kakak cakap "kenapa awak tak ambikkan gambar dia? dia minta tolong ambilkan tadi". I pun macam blur2 sambil cover cun (sebab abg hensem depan mata) cakap "laaa, tak tau pun".. Patut la tadi masa ambil gambar pengantin I macam dengar orang cakap tapi macam bisik2 je. Dia cakap "laaaa...habis tu siapa nak ambilkan gambar aku?". Time tu I dah pusing nak keluar! Hahahaha lagi sekali! Kesiaaannn.....





:: Photographer dia muka sebijik macam Ray deejay Era tu! Tapi kecik sikit! Hihi... Dan dia baaaiiikkk sangat!






Love,h'wawa









No comments:

Post a Comment