Saturday, December 31, 2011

January - December ♥

Dalam beberapa jam lagi sampai lah kita ke penamatnya. Good bye 2011 and welcome 2012. Happy new year everyone. May this new year bring lot of happiness to us! Amin. =)




2011 ke penghujungnya? So, awak semua rasa rindu tak dengan 2011? Banyak yang best ke atau banyak yang tak best? Cepatlah cakap.... Ok la, tak nak cakap takpe. Biar I yang cakap. Eh, biar I yang taip. Hmmmm, 2011 is so memorable. Yup! Semua ada. Macam perencah nasi goreng adabi. Sama rata! Alhamdulillah, apa pun yang terjadi I still can face it dengan redha. Ecececeh, tiba2 keluar ayat sastera pulak kan! Hehe.



1st January till 31st  December. Macam2 ada. Sedih, gembira, marah, takut, stress, sakit, sihat, cemburu, cinta, wang, ilmu, hiburan, pangkat dan darjat (macam dalam filem p.ramlee la pulaks..ehee) are mixed. Normal la kan. Nama pun kehidupan. Lagipun I hidup dekat bumi. Bukan dekat planet of the aps tu. Macam Alien workshop. Haha.




12 bulan. 12 cerita. Ye ke? Tak, tipu je. Banyaaaaak cerita...zasssssssss......




JANUARY

I masuk semester tiga. Bachelor of business economics. Best. First time duduk rumah sewa since degree. Ala, duduk seksyen 7 je pun. Petang2 balik dengan honey madu cik bunga sampai dekat bus stop. Lepas tu jalan la terkedek-kedek dekat gerai2 tepi2 tu. Lepas tu ada la pulak orang nak ngorat I. Haha, perasan jap! ;p
Tapi duduk rumah sewa tak lama. 2minggu je. Lepas tu I lari masuk seroja. Sebabnya suatu hari tu I terlambat pergi kelas. Bas penuh. Pergi kelas statistik 8.50 pagi. Boleh?



Cik bunga dan Zati tomey...Always together gether okay!


FEBRUARY

Holiday with my beloved family. Sabah, here I come. Dah bertahun-tahun I tinggalkan Sabah. Last dekat Sabah masa tahun 2004. Lepas tu abah kena tukar Pahang. So, jadilah rakyat Pahang sekejap. Sempat sekolah tiga tahun je dekat sabah. Love you Kota Kinabalu. Hehe. Jauh beza sabah dulu dengan sekarang. Masa I pergi dulu tempat buruk je.Sekarang dah cantik. Tanjung Aru pun dah cantik. Dekat Putatan pun dah ada Burger King. Besarrrr punya. Heee... Bulan February jugak I tuition dengan Mr Daniel Ashton yang kacak bergaya. Owh, really miss my sir very much. Comel bila dengar sir cakap melayu. Kalau la Edward Cullen macam tu...Pengsan!



Tanjung Aru? Best wooooo





MARCH

Have an affair with me? Auch aww! Ehem ehem. Nak tau gossip tak kawan2? Tak payah la..hihi. Ok, gossip I dengan "Fasha Sandha" tu ye? Tipu je. Just a friend. Teman tapi mesra. Moral of the story jangan excited sangat. Nanti tak jadi cover lah muka sendiri ye! 

Chipsmore oh chipsmore...teringat pulak long conversation I dengan  Cik Bella...very the sama uolls!








Monyeetttt....Kes monyet berleluasa semakin menjadi jadi di seroja. Suka2 hati je nak curi makanan orang. Lempang kang! Monyet datang I jerit. Monyet jerit I lagi kuat jerit. Syhhhhh....





APRIL


Happy birthday to me! 21 ke 22 ke 23 ke I still macam ni. Tak membesar. Tapi melebar ada la. Nanti awak semua dah ada anak jangan lupa bagi minum susu secukupnya okay. Bagi sihat sempurna. Jangan macam I minum milo je. Kulit pun jangkit kale milo. Sexy!





Picture taken sempena birthday I hari tu..Thankie guys!!







MAY

Final exam. Sumpah teruk kalau exam time demam. Macam I hari tu. Hasilnya....faham2 je lah kan! :(

By the way, I ikut seroja punya opkim dekat Langkawi. Best gila. Dah 10 tahun tak pergi Langkawi. Pergi2 dapat pulak big family yang baru. Sempoi gila. Tiba2 rasa nak tukar nama jadi Mahsuri pulak. Ehehe. Ok tak?



My second rock family! *Langkawi*






JUNE

Semalam I call you you tak answer! Tett tettt... Bangun2 tengok ada misscalled. Esoknya bangun pun sama jugak. Selang 3 hari bangun pun sama jugak. Hehe. Asyik ter-misscalled je. Nak buat macam mana, midnight call. Time I tunggu takde pulak call yang masuk. Hmmmm... Tapi tu dulu. Sekarang tak ada dah. Senyap sunyi sepi je phone I.Pffffttttttt


 

Ok, dah start cuti 4 bulan. Hey, apa nak buat???





JULY

Bangun pagi yoga. Sidai kain. Sapu sampah. Mop lantai. Basuh pinggan. Angkat kain. Lipat kain. Again and again. Eh, ada lagi. Buat susu budak kecik. Mandikan dia. Gaduh dengan 3 hero. Berebut remote astro. Makan. Golek2 dalam bilik. Itu kerja I 4 bulan duduk rumah. Beauty at home!


Amor Hero pujaan!








AUGUST

Salam ramadhan! Dah lama tak puasa sebulan penuh dekat rumah. Even puasa time cuti sem tapi ada je jemputan iftar dekat luar. Terasa dihargai sangat. Hehe. Kad raya lelong2. Siapa nak kad DM I alamat. Eh, ramai yang nak kad raya rupanya. Pecah kaca pecah gelas.. =)





SEPTEMBER

Selamat hari raya. Wow, umur 23 pun boleh tahan jugak dapat duit raya. Boleh la. Boleh kot! Alhamdulillah! Alasan orang yang bagi "takpe, belajar lagi". Amin. Semoga murah rezeki orang yang memberi. Hehe.

Gambar raya? Ntah kat mana ntah!


Tup tap tup tap. Eh, dah masuk semester baru rupanya. I dah semester 4. Dah jadi senior. Tapi still ada yang ingat I junior. Nak buat macam mana. Always awet muda. Even dah semester 4 tapi high heels dengan kale pink tetap maintain!!!







 OCTOBER

Duduk seroja lagi! Satu bilik 6 orang. Bilik besar punya! Betul2 depan dining. Habis bilik kitorang ubah jadi macam rumah. Semua pun ada. Tak balik rumah pun takpe. Roomate semua sempoi otak senget. Tapi baikksss sangats! Tahan pulak tu dengan muka I yang stress setiap kali ada quiz and test! Stady sampai jadi zombie. Itulah yang diorang cakap dekat I.


Sewel.....Datin......Baby L....Gih Dah...Fish and chips......Ustazah





 My buddies







NOVEMBER

Owhhhh...subject this sem susah gila nak pengsan! Economtrics, Macroeconomics, Monetary Economics, Managerial Economics, Investment Analysis, E-Commerce and Arabic Language! Fuhhh....ada siapa2 volunteer nak ajar I?


Paling best, group assignment kena reject! Sumpah kejong nak nanges. Tapi orang lain macam relax je. Kenapa ntah! 


Tapi dr Fazley cakap jangan cakap susah! Cakap senang je semua. Orite doktor Fazley, subjek this sem semua senang2. Mudah mudahan! Amin =)




 Semoga kami tabah! Ayat feberet I dekat twitter..dan disokong oleh Izwan Firdaus =)






DECEMBER

Ho ho ho. Orang lain holiday kitorang kena stady! Culture shocked jap. Dulu cuti sem mesti sama dengan budak cuti sekolah. Semenjak dah tukar sesi ni habis semua pun tak sama. First time belajar bulan December. Tiba2 nak new year pulak. Macam pelik je enn?


Jadual exam pun dah ada. I exam 8 9 14 19 20. Very the superb! Tapi satu habuk tak stady lagi. Sangat pemalas kan saya ni? Annoying sangat! Sama2 lah berdoa agar I pun rajin macam awak semua yang dapat DL every sem! Amin..Sem ni I boleh jawab semua. Semoga dipermudahkan! Insyaallah! =)




Exkusmi...jangan cakap apa2 pliss bila tengok gambar I ni!



Eh, lagi satu. My family dah bertambah! I dah ada abang.....ipar! Welcome to our family wahai abang ipar! Semoga anda tahan dengan karenah adik2 ipar yang sentiasa baik ni. Eheee...Ehem, agak2 bila pulak boleh dapat anak buah ye? Counting the days...lalala~~~~







Lots of love! Will miss all the memories. New year new hope! May Allah bless me. I love you! I love everybody around me. I love those who supports me! Kadang2 kalau tak reti nak give tangible expression tak bermakna tak sayang kan? Tak percaya? Operate lah dada gio ray lah hati. Opss, silap. Operate lah dada x-ray lah hati. Hihi




Happy New Year 2012






Love2011,h'wawa















Thursday, December 29, 2011

Mimpi ♥

Masuk hari semalam dah 3 hari tak berturut-turut I mimpi dia. Tapi kalau nak kira hari2 yang dulu2 yang lama2 dah banyak beribu lemon dah I mimpi dia okay! Tak tau la kenapa. Saje je kot. Ye ke? Hmmm...ye kot...kot..kot... Eh, lupa nak bagi tau..Mimpi biasa2 je okay. Takde yang pelik merepek meraban macam yang awak semua fikir tu. Mimpi yang indah2 saja. Tapi orang yang sama..Hehe... Siapa? Ishhh, mana boleh bagi tau. Sumpah kejong I kalau mention nama dia dekat sini. Siapa yang tau tu faham2 je la. Siapa yang rasa macam I mimpi dia tu pun senyap2 sudah la. Kita sendiri2 faham sudah kan! Chewaaaaah! Ehe, gedik jap.




Eh, okay2. Tak nak mengarut lebih2. Kang tak pasal2 macam2 I cerita nanti. Heheh. Biasalah, dah lama tak berbelog. =)  Sekarang ni pun tengah cari mood rajin nak stady. Kenapa ntah dengan I ni. Slumber badak je relaks2 golek2 depan tv. Semua cerita pun nak tengok. Sakan! Macam tak pernah tengok tv je. Buka facebook twitter semua kawan2 sibuk dah buat latihan bagai prepare untuk final. Dahsyat ek diorang ni. So, malam ni I kena jugak paksa diri jadi rajin macam diorang. Kan? Kan? *smile* 




Haha...I tido comel2 macam ni..tu sebab mimpi dia kot! Ehee





Cerita pasal exam ni teringat pulak I masa form 3 dulu. Masa sibuk2 nak ambik PMR. Cikgu sejarah merangkap cikgu kelas I excited bagi motivasi quotes segala nak insafkan kitorang semua. Siap buat satu ayat ni. Ala, ayat ni lebih kurang ayat Akademi Fantasia dulu. Masa tu kan AF baru je ada. Sakan terlebih la ter-excited dengan AF. Tapi I sampai sekarang kot terkesan dengan AF. Start AF1 sampai la AF9 ni. Hehe.. Ok sambung balik. Ayat tu I guna sampai sekarang. Tiap2 kali nak final exam. Nak tau ayat apa? Nanti I tunjuk okeh bebeh!




Eh, tadi I bukan cakap pasal mimpi someone ke? Nak tau ayat apa tunggu entry lain! Peace peace kacang pis.. ^^




LoveDreaming,h'wawa

Friday, December 23, 2011

Sharing Is Loving ♥

Flying kiss with all my heart sayang's! Muahh....



Love you every time.....Love you every minute....Every single day.....From day till night.....From year to year...Day by day...As time goes by...I'll always love you! I love you more than you know!










Orite...bubbye..Entry ni khas untuk nama2 di atas sahaja. Peace!








Eh, opss auch auw darlingsku! Jangan marah peliss..Just a joke okay...Haha..Kang tak pasal2 I kena lempangan free je. Euuu...




Ni lah akibatnya bila final around the corner je. Wayar dekat medula oblongata I semua dah berselirat. Kesian tak kesian tak??  Mesti menggelabah gila nak pengsan kan wahai rakyat jelata bilik sekalian..Haha...Tak payah tipulah!



My dear love Asyraffff...eh, silap..hehe.. ;p  My darling2 ku sekalian, don't worry la..Nah, ambik balik korang punya buah hati pengarang jantung neh! Ambik..ambik..ambik semua ye..I pinjam kejap je. Hihi...
Tapi nanti if I boring I pinjam lagi okay sayang! ;)








See, I dah pulangkan balik kan? Cepat say thank you! *jeling manja*



I saja je gurau2 manja melepas rindu dendam di pagi yang mulia dan hening ni (hening ke? bising ada la..sibuk je tasha ngan husna nak tengok movie pepagi ni..eiii). Faiz I taknak....Asyraf I taknak...Syawal I taknak...Zul lagiii la I taknak taw...I taknak dah share2 ni..



Owh, 5.13 a.m now! Kejap lagi pukul 10.30 a.m I ada test arab. Okay bye nak tidur. Please say good night dekat sleeping beauty kesayangan you all ni okay! Muah muah!




And say good luck too.... ;)




P/S : Don't worry Tasha..I tak kacau husband orang! Just husband you je..Haha..Sumpah tipu..Love you darl





LoveYou,h'wawa







Sunday, December 11, 2011

Marcello Marchando Punya Pasal ♥


Pagi2 semalam I dah message Kerol. Nak tanya pukul berapa dia nak pergi Jalan TAR. Semenjak pernah terserempak Kerol dekat jalan TAR kalau boleh setiap kali pergi sana nak tanya Kerol keluar ke tak. Hehe. Semalam dalam tengah hari I dah sampai sana. Biasalah, nama pun jalan TAR. Tak sah kalau tak jalan tersepak-sepak orang ni. Nampak sangat rakyat Malaysia banyak duit kan! Asyik nak bershopping je keje. Haishhhhh....



Banyak tempat I pergi semalam. Sambil jalan senyum2. Time ni la I boleh buangkan segala lemak tepu kolesterol ddalam badan. Maklumlah, badan dah semakin membesar. Hehe. Tapi bila dah jalan banyak2 mula la teringat makanan je. Nampak choki2 pun macam sedap je. Maka perut pun di isi. Kalau setakat sekali tak pe la juga. Ini berkali-kali di isi. Harapan nak kembali slim macam lecturer macroeconomy I semakin tinggal harapan. Cheeseeee cake betul!!!


Lepas satu kedai, kedai lain pulak kitorang masuk. Memang sakan la. Banyak lagi nak cari barang untuk majlis kakak I nanti. Nasib baik semalam cuaca baik. Mood I pun baik. So tak ada lah adegan hentak2 kaki muka merengek tak boleh blah bila I dah penat. Semalam I macam baik je kan? Senyum je manjang. Hehe. Rambut pun terbang2 ditiup angin. Tiba2 bubble2 sabun yang diorang jual dekat tepi2 jalan pun terbang keliling I. Wahhhh, rasa macam princess disney pulak. Hikhik. Kakak I pun buat muka bila I cakap macam tu. Erk, whatever! ;p



Jalan punya jalan punya jalan. Beli punya beli punya beli. Best. Dah nak petang dah rupanya. Tiba2 tengah rebut2 jalan sebab kononnya nak pergi makan laksa kaki I ter-stop dekat satu tempat perfume ni. Tangan pun automatik tarik lengan kakak I yang number 2 tu. Lalu bibir pun berkata "eiiiiiii, tengoooook......Marcello Marchando la....waaaaaaa". Depan mata I. Gambar Mercello Marchando (ala, hero handsome dalam cerita Bella Calamidades tu) tengah peluk dengan perempuan cantik. Hah hah hah. Teruja kejap!




Gambar yang I nampak tu lebih kurang macam ni la..tapi gambar tu lagi howt uolls!


Tak sangka dalam I duk jerit2 terkaku depan Marcello tu datanglah la si promoter. Elehhh, nak promote perfume dia la tu. Terus la dia bagi sample perfume yang gambar Marcello tu. Hmmmmm...boleh tahan juga baunya. Ingatkan dah bagi sample dah takde apa2 dah. Terus panjang lebar pula ayat dia nak suruh kitorang beli. Nasib baik promoter dia kakak cantik cun! Nak jugak I layan. Lepas satu perfume, perfume lain pulak dia tunjuk. Kakak I pun macam excited je. So, tunggu je la. Banyak2 kali dia pandang I and tanya "wangi tak? awak nak tak?" I pun buat muka macam tak heran dengan promoter tu. Sambil cium2 pergelangan tangan (bau perfume la katakan..hehe) I pun jawab "wangi! tapi wangi lagi Nina Ricci" sambil teringat-ingat perfume I yang berbotol apple tu. Betul la, wangi apa perfume I tu!


At last, dalam asyik tercium-cium bau perfume tu sempat pulak I bisik dekat kakak. I tanya "awak bukan pakai perfume lain ke?" . Kakak I dengan muka slumber pun jawab "memang la. awak nak tak perfume ni?" I pun cepat je jawab "awak nak bayar ke?" Kakak I tak jawab. Tapi laju je kepala dia angguk.



Guerlain Fragrance


Tengok dia angguk tanda nak beli, I pun senyum lebar. Macam Demang lebar daun. Ehee. Sepanjang jalan sampai balik I bawak bag perfume je. Yang lain2 yang berat2 semua kakak2 yang bawa. Hmmmmmm....I tunjuk gambar Marcello je terus dapat perfume! 



Ni semua Marcello punya pasal... =)





LoveMarcello,h'wawa

Sunday, December 4, 2011

Short Message Service ♥

 


New message received.....



arzi Rahayu
Salam. MOrng awk. SOry ganggu pg2 ni..SOk cmne ek? Jd xkua? Awk blh bg num sue ngan yan kt kte x?


Kak Fiza
Dia kmbli gnas laj.


aJis
How about us? Adoi.msty kne jgk.



Shida
Wawa ni aten..quiz pukulbpe?kt mne?


zati
Kak wawa g dlu taw.


lyN
Wawa xtrun lg?



zai
Wawa mm me ada keje eh,kne antr ke??zai wt tp xbyk coz zai xphm,huhu



fadzil
Wawa letak phOne knp? :(



adik mimi
Wa,kdai rmbt tu best.sbb kdai melayu.kta g cuci rmbt.mama gntg rmbt



Zira2 
X bc ape pun lg wawa. Esaimen pn br nk buat mlm ni. Hu2. Test ke mggu ni?




fadzil
Ala..lgpun wawa minat org mcm fs n gio ray ja.. :(




keroL syg
Wawa.asal kuar awl sgt.xsmpt nk gosip.


razman
Xcaya lak



keroL syg
Wawa..np xdtg.huhuk:(


uzaireen
Cpt lari.Nk hjn dh.



faris payish
Salam kak,nt tlg amek kn kunci ye.faris xdtg.



aLan
Awk byk minum semut pun sy tau..huhu..awk bg tau dari mingu lepas.. :)



Aa
Wa, mgt org da send kt email taw..



tasha
Kak wa,kita lapar la..awk bli mknan x?blikan kita skali..roti pon xpe..hehe



mira mc
Ana hanya rindu nk mkb biskuwittttt.haha.gedikxxx la u ni.hate u la but ana sayanggg anti sgt even gedik.smoga anti dpt jwb test dgn pnuh smgt nktenangan.awak ingat Allah msa jwb test pasti Allah ingt n tlg awk utk mudahkn urusan awk msa jwb test.Insaya'allah.smile si cantik smile.u can do it!!



mR fs
Yeke. Kalo xde xpela. Tq ye



ida
Slm.wa nk mklmt tu skrg blh x?



ijun comey
Princess hawa. Pn syira da btau tak ble kuiz?0 test ke?



razman
As salam. Wawa menyepi je. Y?


aten
Okeeppp wawa..thanxx


Ina
Wawa.


Husna Najib
Hawa t jgn kunci pintu dlu tau



daNg comel
Welcome wawa :)



Beep beep...no space for new message!



LoveSMS,h'wawa

Saturday, November 19, 2011

Pesanan Dari Sayang ♥

Hi Hawana,

          Apa khabar awak di sana. Kita di sini sihat2 sahaja. Tujuan kita menulis surat ini adalah untuk mengingatkan awak supaya melupakan F.O.S Factory Outlet Store. Sebab barang yg di terdapat tak berbaloi & tak berkualiti. Awak layak dpt barang yang lebih berharga dan selesa + selamat. Sayang awak sangat. U.

Your Truly,
tasha asyraf
xoxo


mmuuaahh :)


Mrs Tasha Asyraf =)




ThankieTasha! IU too...





Pesanan ini terdapat dalam buku nota econometrics saya. Patut la si Tasha ni tak habis2 suruh I buka buku pink! Heee =)




LoveTasha,h'wawa

Tandas Berkualiti ♥

Tandas berkualiti saya puas hati. Yeay yeay! =)  Tapi kalau tandas sangat menyakitkan hati saya rasa menyampah sekali! Eh, bukan sekali tapi berkali kali. Benci! I memang sangat particular kalau bab tandas! TANDAS! Tempat untuk berak kencing tu. Okey, cakap tanpa selindung! Dari dulu sampai sekarang kalau pergi rumah orang atau pergi bercuti kat mana2 hotel mesti tengok toilet dulu. Eh, tapi kalau pergi hotel first thing lonjak2 atas katil sampai berantakan dulu..hehe..then baru tengok toilet dia. Kalau bersih and wangi senyum bangga. Tapi kalau dapat yang macam disaster memang siksa la uolls! 




Satu yang tak bestnya dengan manusia sekarang ni ialah tak pandai nak jaga tandas. Especially public toilet! Eh, awak semua tak reti guna tandas ea? Tak reti nak tarik flush lepas guna ea? Tak reti nak basuh air kencing tu bersih2 ea. Saja je nak jimat2 air bagai! Guna air setakat nak menyucikan tempat keluar najis  depan belakang je kan? Air kencing yang ntah terpercik2 dekat tepi2 tu saja je taknak basuh ek! Lepas tu sampai sepuluh orang buat perkara yang sama. Lepas tu bila I nak buang air masuk je toilet bau dah mengannoyingkan. Takpe, ada banyak pintu dalam tandas. Pergi pintu satu baru tolak pintu bau dia rasa nak pitam seminggu. Pintu dua pulak belum apa2 dah nampak sisa najis dalam toilet bowl. Buwekkkks, muntah darah I! Masuk pintu tiga pulak tisu bersepah2 atas lantai, dalam mangkuk tandas. Euuu....lama2 tergendala hasrat I nak guna toilet. =(   Very the cheesecake! 






Terpaksa guna gambar katun..geli weyh nak guna gambar betul....euuuuuu....



Dekat UiTM ni pun susah I nak guna toilet. Kalau dekat fac tu kena standby tisu banyak2 and lepas tu memang nak cari tandas duduk. Tak nak yang cangkung2 ni. Masuk toilet flush dulu. Jirus air kat tepi2 lepas tu lap dengan tisu. Baru la selesa nak guna even tak comfortable sangat. Sebelum keluar flush lagi dua kali. Rasa lebih legaaa! Heeheee. 
Kalau nak guna tandas cangkung pulak kena jirus satu bilik air dulu nak hilangkan bau "wangi". Pintu , dinding, lantai semua I basuh. Dah macam pekerja alam flora la pulak kesayangan awak ni kan! Haha.
Nak bersih punya pasal tak kisah la kena buat semua tu. See, suwit tak I? Heheh.


 Ini adalah tandas idaman. Bersih dan wangi...


Kenapa semua pun malas nak basuh toilet? Bukannya basuh semua. Setakat yang korang guna je. Kalau rajin nak basuh semua pun tak pe la jugak. Haha. Kan rumah pun macam tu jugak ke uolls? Ish2, apa ni? Habis tu nak solat macam mana kalau tak bersih. Euuu. Tu sebab I kalau guna tandas cangkung yang public punya memang lambat. Dah tu habis basah high heels segala. Macam budak tadika masuk tandas. Thehehe....





Ok, pernah tengok tak video tandas berkualiti ni. Nak tau tak awak, I dulu benci kot lagu ni. Promote tandas tapi tak bersih2 jugak. Susah kot nak cari tandas bersih. Kalau la semua tempat macam ni konfem batu karang la I jawabnya. Tsktsk...waaaaaaa.... Lagi satu hal nak jadi kan standard tandas macam antarabangsa sampai buat tandas tak guna air. Lap2 guna tisu je. Berasap jiwa dan raga tau. Dah nama pun negara agama rasmi Islam, so buat je la tandas ada air. Grrrrrrrr.....


Eh, lagi satu I benci lagu tandas ni sebab adik I yang sekolah rendah tu suka tukar lirik lagu. Tapi semua pun nak latak nama Wa; kakak dia yang paling Jamilah ni...haha..Ngeks! 








Best tak lagu ni? Haha...cepat cakap bestttt! Sila lah menghargai tandas2 yang ada wahai pengguna tandas sekalian. Sumpah nak pengsan tengok tandas kotor. So kalau awak nak ajak I datang rumah pastikan tandas bersih. Rumah tak bersih pun tak apa janji tandas berkualiti. Heeee...Nama pun tempat bersuci kan darlingsku! Kalau tempat nak menyuci pun kotor apa nak jadi? Erkkkkkkkkk






KEEP OUR TOILET CLEAN



"Owh uwa berkualiti...owh uwa negarati.." Ngokngek tak lirik dia ni. Adik I la ni. Dia nyanyi je habis satu rumah suara I merengek! Eiiiiii......








LoveCleanToilet, h'wawa

























Thursday, November 17, 2011

Selamat Hari Khamis ♥

Selamat hari Khamis yang indah darlingsku!

Esok pagi I ada test Managerial Economics and sekarang tengah siap2 nak pergi kelas E-Commerce. Rindu punya pasal nak juga update even untuk sebaris dua. Dah sebulan rupanya I ignore blog tersayang I ni. Banyak gila yang I tak share kan?



Promiese! Petang esok lepas test I update dua entry sekali. Heee...


Ok nak siap2...Doakan untuk test I esok okay my love! Muahxxx♥



Love,h'wawa

Sunday, October 16, 2011

MGT Punya Pasal!

Very the kerepeks peliks! Sayang I nak tau tak, I ingat I org yang ke-empat comment dekat page I Learn MGT 545 via fb tapi rupa-rupanya most of the question setakat ni I la yang paling last jawab! How come? Grrrrrrrr......sangat tak menyenangkan hati dan perasaan tau! Okay, saya serabut!


Baiklah, ceritanya begini....Pada hari rabu yang tak berapa nak sepi hari tu one of my classmate dah ingatkan I suruh comment dekat page tersebut. Then dengan semangat UiTM dihatiku yang penuh membara I pun comment la dengan sepenuh perasaan. Siap ada love senyum2 lagi. Hehe. Sangat lega bila dah sudah meng-komen. Nanti attendance tak ada la kosong kan! Gembira di siru! Ehee....



Pagi tadi bila I view that page untuk menjawab soalan yang ke seterusnya then OH MY CHEESECAKE! Dua comment je yang masuk! Hmmmmm....nasib la ada spirit yang kuat nak tengok page tu..kalau tak just a big smile bila lecturer tanya I nanti! So sad kan! 


Jadi, apa lagi...dengan kuasa pecutan 120 km/j I prepare jawapan yang memang sah tak berapa nak bernas untuk menjawab soalan2 yang ada, Phewwww...Akhirnya....bereh you!
Tapi bereh2 pun tengoklah pukul berapa I jawab dekat comment tu. Haaa...see...see...very the annoying kan!



Okay, 2 seconds ago! And pada ketika page ini dicrop laptop I menunjukkan pukul 
Lihat...4.29 am okay! So maknanya masa I post comment ni its around 4.20 or 4.25...Tapi the worst it I think I comment since pukul 12 noon Saturday (sekarang kan dah masuk Ahad kan!) but tak tau la kenapa comment are not received! *bara* . Dengan yakin dan confidentnya I salahkan line internet. Yup! Tadi dekat Ampang dan kawasan yang sewaktu dengannya mengalami cuaca mendung dan hujan! Mungkin ia adalah faktornya. Mungkinlah. Lagipun line telefon dan internet dekat tempat I agak sensitif! Kalau tak Padil tak adalah menegluh cakap line Ampang teruk! Wireless Seroja juga tidak terkecuali okay! Euuuu....agaks lembaps!



Jadi macam mana sekarang ni? Comment I pun asyik hilang2 je. Macam chipsmore. Now you see now you don't! Very the nakal tau! Langkah selamat I crop dulu comment yang I bagi. Heehee...Okay lettew!



LoveMGT,h'wawa






Thursday, October 13, 2011

Kegilaan Terlampau!

Jumaat ni I nak balik. Nak jumpa doktor. Mungkin kandungan gula dalam badan dah meningkat bertingkat-tingkat! Ok, merepek macam ada diabetes melistus je kan! Lately kegilaan I terhadap coke makin tidak dapat dibendung! Hari2 pun nak telan coke jugak! Nak yang asli punya. Tak main la diet coke or vanila coke ni! Tak kaw...Kalau tak pun pepsi pun jadi. Janji gas dia meletop! Best kot...Dulu I macam ni la. Gila dengan coke. Tapi lepas kena marah dengan ibubapa so berhenti kejap. Tak ada la addicted sangat! But now dalam minggu ni tiba2 I meroyan. Pagi2 mesti nak kena coke dulu..lepas tu malam2 nescafe pulak. How addicted I am! Sangat pelik ok!





Cuba try Coca Cola...Alaminya...oh yeah!



Mungkin ini adalah faktor hormon! Mungkinlah...biasala..perempuan kan! Rasa nak muntah je telan coke. Pening je minum nescafe...haha...So kesannya tak boleh tidur lepas tu esok pagi pergi kelas mata bengkak macam panda okay! Eyebag yang sangat tebal. Mata I macam alien workshop. Buruk kan! 



Ok, cakap pasal buruk2 ni I sangat pelik dengan something! I buruk2 selekeh2 tapi ada je orang nak sibuk2 pasal I. Ntah2 kalau I cantik meletop macam Rozita Che Wan lagi la diorang semua take care nak pengsan dekat I kan! Ntah apa masalahnya pun I tak faham.. Haha..Lawak la uolss ni! Kan I dah merepek ni! Tu la, lain kali kalau sayang I pun tak payah la nak take care sangat sampai I nak pergi toilet pun awak nak tengok2..Malu tau! Haha..gila gedik!


Minggu ni minggu sakit. Macam2 sakit exist. Senggugut, migrain, gastrik, lenguh kaki, terpele'ot, (honest...kalau pasal terpele'ot ni mesti I ingt Kamal Kimi okay..how dare dia gelakkan I..haha) sakit gigi, luka, lebam2, sakit mata segala semua lengkap! Nasib I tabah tau! Kalau tak habisla korang jadi mangsa I yang kesakitan ni! Rindu keluarga mungkin! Yess, so this week peluang nak balik sangat besar! Jom siapa nak ikut I balik! Boleh mandi2 dekat kolam KLCC! 



Cakap pasal balik ni tiba2 I teringat dekat Dr Rohana. My lecturer. Selalu kot Dr. pesan jangan asyik nak balik je! Enjoy your life as a student katanya. Gila cool Dr ni. Siap suruh cari skandal lagi you! Meletop tip top! Haha..So takpayah nak kepoh2 la kalau nmpak I dengan sape2. Lecturer I yang suruh okay! 






Gambar di atas adalah gambar air minuman! Harus la kan. Takkan gambar McD pulak! Ish2...Tin kuning Zati. Tin merah Wawa dan tin purple A'a. Kejadian ini berlaku didalam kelas bahasa arab! Time kelas arab je mesti nak terhappy malampau! Dapat ustaz handsome mungkin. Haha. Hormon estrogen meningkat! Opsss...
sebenarnya gambar ni tak ada motif pun! Saja nak tunjuk dekat awak yang I ada air..hehe...sumpah sedap!



Ini je pun yang I nak cakap. Saja nak mengisi masa lapang sebab tak boleh tidur! Esok kelas I pukul 2 uolss. Haha. Sakan jap! Tak pernah2 kelas I lewat. Tiap2 hari pun kelas pukul pagi kan! Tu yang excited lebih tu. Hehe..Lagipun I jeles cik kaede dah update blog dia. Opsss Auch Auww terperuk je berminggu-minggu. Ish2...



Hokay. Selamat malam sayang I semua! I nak kemas2. Jumaat nak balik KL yeay! Eh, esok malam ada cerita best tau dekat DATC! Nak tengok tak? Ada Rosyam Nor...Tapi....kenapa bukan Shahz Jazle I? Hmmmm.....



......Currently is minum pepsi twist dengan mata yang sangat tak mengantuk......





MuahMuah




LoveCoke,h'wawa

Tuesday, October 4, 2011

Sekarang Ini♥

I rindu you sangat!




 I rindu baby gemuks adik beradik





Esok ada quiz





Alamak, sakit perut  :(




Mata mengantuk tapi tak boleh tidur!




I risau pasal econometrics





Kasut I dah rosak




Perfume I dah habis





Assignment dah beratur!




Baju tak basuh lagi!




I dah tukar kelas arab =)




I laparrrr



Classrep oh classrep!



Okay, bye! Dah ngantuk nak tidur!





I love you! ♥






LoveDream,h'wawa






Saturday, September 24, 2011

Straw ♥


Hati sebesar straw. Ye straw! Yang kita guna untuk menyedut minuman tu. Yang pasti straw tu besar ke? Tak..straw tak besar pun. Straw hanya panjang dan mempunyai lubang yang kecil. Owh, ya. Kita bercakap mengenai straw asal yang halus dan kecil. Bukan straw besar dan gemuk yang keras itu! Kenapa hati sebesar straw? Setiap perkataan dan perbuatan manusia kadang2 tidak semua menyenangkan. Bila dah tak suka itu mulalah sentap sana sentap sini. Tetapi selalu sangat2 sentap2 pun tak guna juga! Nampak sangat tak boleh terima kenyataan kan!

Hati bagai straw sebab dia halus dan kecil. Jadi apa2 yang orang cakap memang I sangat cepat terasa. Tak kisah la benda buruk ke baik. Ibaratnya kata2 awak semua telah disedut oleh straw dan terus meluncur masuk dalam hati. Fuhhh. Bila dah touching mula la kecil hati. Macam lubang straw yang sempit. Tapi itu tak bermakna I langsung tak boleh terima. Sama juga macam fizikal straw yang panjang dan halus. It means that I perlukan masa untuk normal. Oh yeah...Lagipun I merajuk tak lama..Menjauhkan diri dari orang yang mengecilkan hati selama 20 minit dah ok dah. Kalau orang tu jahat gila, sehari pun ok la. Tapi kalau betul2 jahat awak fikir la sendiri ye. Straw juga ada yang lutsinar ada yang tak. Same goes to me. Kadang2 I juga perlu hipokrit seperti straw yang plastik untuk jaga hati orang! Auchh...

Ok la..Bloggie mesti tak faham apa yang I merepek ni. Sebenarnya nak cakap pasal mulut. Tadi straw sekarang mulut pulak. Mulut? Ada apa dengan mulut? Yang paling tepat sekali percakapan la. Eh, tak..I tipu. Actually pasal I. Ok, faham2 je la kan! Sorry. Tapi sebenarnya tak sorry pun! Ini semua hanyalah apa yang I rasa. This is my personal blog. My personal online diary yang I bagi orang baca. For sure masa nak fikir apa yang nak tulis dalam blog ni I fikir banyak2 kali. Takkan la cerita yang ntah apa2 mengarut kerepek pisang yang tak berasas I nak publish! Sangat tak sesuai ok. Tapi apa yang tak best sekarang ni ramai yang tersalah ertikan maksud disebalik cerita2 yang ada di sini. Honest, I keep talk about my self. My daily activities. My experience. My sweet and my sour. The baddest thing that happened in my life and all about me or something around me yang I rasa senang nak bercerita. Kalau nak buat blog pasal fakta yang betul2 fakta, yang langsung tak cakap hal peribadi memang I tak tau. Lagipun blog yang macam itu memerlukan seseorang yang betul2 komited berdepan dengan laptop berjam2. Dan itu memang bukan I. Jadi I hanya tau cakap benda merapu saja. Fine!


Apa2 yang I tulis adalah apa yang I rasa. Nak berblog pun I ikut mood. Kalau awal2 dah rancang nak update blog maknanya memang tak lah. Sebabnya tak ada mood. Jadi tak heran la blog I tak ramai follower. Siapa weyh yang nak baca blog main2 ni.


Manusia boleh berubah dalam seminit sahaja. Jadi kalau semalam I cakap lain hari ni mungkin I akan cakap lain. Haha. Tak boleh blah ennnn. Ok, sebenarnya I boring taip entry ni sekarang. Rasa macam skema badut je ayat dia. Baik kita straight to the point saja okay!



Banyak versi yang I dengar pasal entry yang I post awal tahun hari tu! Yang orang sebut2 tu. Tak payah la nak spesifik sangat kan! Haha....  

"suka dekat boyfriend orang?" 


Ada yang tanya siapa yang mula dulu. Mula apa pun I tak tau. Mula gedik2 kot! Mungkinlah. Ntahlah. Memang pada awalnya tak pernah terfikir pun nak cakap pasal dia. Kebetulan. Tapi lama lama..lama lama..whatever......





Ok, fine...tak excited nak tulis lagi. Kalau lima orang I jumpa lima lima tu bagi ceita yang berlainan. So, how come? 


Kalau rasa I jahat stay away from me la. Jaga boyfriend and girlfriend anda baik2. And kepada anak2 teruna jangan mainkan perasaan anak dara orang especially girlfriend tercinta anda dan juga mangsa keadaan seperti I. Noob! 



Ahaa, sakit otak layan I kan! Ciskek betul. Eh, I kalau minum air kan mesti guna dua straw. Best! Cepat sikit habis....


Dua straw...satu untuk sekarang...satu untuk masa depan..




LoveYou, h'wawa



Friday, September 23, 2011

Ini Adalah Kerepek Pisang ♥

Hai my dearest sweetheart bloggie! It has been a long time I tak manja2 dengan you kan! Nak buat macam mana sayang, I faced many problema. Chewah! Senyum sikit =)


Actually I saja nak lepas gian. Tak tau pasal apa I nak cerita. Saja nak manja2 dengan sayang I ni. Weeee...Esok I ada kelas pukul 8.30. Tapi tengok la sekarang pun sempat lagi nak berbelog kan! Jangan tiru perangai ini. Kononnya nak melepas ketension-nan selepas berjam2 siapkan add maths economy. Hehe. Very the alasan. 


Eh, awak tau tak, semenjak masuk sem ni mula lah kehidupan I yang agak clumsy. Paling ketara tang rambut ngan matanya. Haiyaaa....naik je sem baru perkara yang wajib berlaku ialah eyebags. Mata dah macam mata panda pulak kan! Kalau tak lebam macam kena tumbuk tak sah. Dah la kulit pun dah memang lebam. Lagi la tak nampak apa kan! Kan awak kan! Tak tau dah macam mana nak pulihkan mata I ni. Puas ditenyeh2 dengan teh pun tak hilang jugak! Sangat nakal ye mata ni...ish ish....


One more thing yang buat I ketidak tenteraman adalah berkaitan dengan mahkota rambut! Erkkkkkkkkkk...ntah apa ke masalahnya asyik nak gugur je. Kalau tengok dekat lantai bilik ni takut pulak. Macam orang sakit kronik! Ish, Nauzubillahhiminzalik....Makin teruk lah rambut I macam ni. Dah la kering tak terurus. Hmmmm..mintak2 la nanti kalau I lalu depan awak awak tak jerit cakap orang gila ye. Sangat terguris hati nanti......uwaaaaaaa.......


Lagi satu pasal yang tak puas hati. Mood I nak berbelog jadi tersekat. Sebab? Owh, awak tau tak laptop I ada masalah sikit dengan tempat memory card itu. Macam mana ntah boleh patah wallaualam...So macam mana? Dah la bluetooth pun setting dah hilang. So annoying kan! Maknanya nanti I buat entry tanpa gambar sebenar. Dan entry tanpa gambar sebenar adalah tidak seronok kan! kan!


Lagi nak merepek sebelum tidur. Tadi I post lagu perpisahan terasing dekat facebook. Nak post dekat twitter tiba2 line tak elok pulak. Ciskek betul...hmmm...I pusing lagu tu banyak banyak banyak kali. Konon la nak feeling2 tengah2 malam. Haha. Maklumlah, anak dara. Hehe...


Pusing lagu tu banyak kali dengan harapan dalam mimpi dapat jumpa Khairy Jamaludin kesayangan I tu. Perghhh....terus dapat ngokngek sebijik dari kawan I. Haha. 


Eh awak, I dah ngantuk. Okay babai. .....Tapi kan hari selasa hari tu baju I koyak kena iron terlampau panans. Maklumlah guna iron orang. Orang rumah dekat kan tak boleh bawa iron. Buat berat bag je. Thehehe...Ok dah...goodnyte darlingskuuuuuu....


Eh lagi satu nak cakap...I bukan lah stalker yang hebat...Ish ish...tak best betul...Baru nak perasan2 jadi superstalkerwawa.. I kena intip oleh someone punya someone punya tut tut...haha...



Owh...lapar gila nak pengsan bila nampak kerepek ni! Selamat hari raya


Sorry atas kegilaan untuk topic ini...Yang sebenarnya I dah mengigau..Tak sabar nak tidur pergi kelas Fin esok! 



Ini adalah cerita kerepek pisang! Muax



LoveKepekPisang,h'wawa

Monday, September 5, 2011

Ketuk Ketuk Sorang Sorang!


Ketuk2 Ramadhan dah lama habis. Setiap hari kot I tengok. Maklumlah, orang free sepenuh masa. Hehe. Ketuk2 Syawal? Langsung tak tengok. Pagi satu syawal sampai hari ni I sibuk ketuk2 dapur sebab perut ni selalu ketuk2 nak makan. So takde masa nak tengok tv.


Sekarang pulak I sibuk ketuk2 keyboard nak buat entry pasal ketuk2 rasa nak ketuk visitor yang datang belog I. (Eleh, macam la I berani sangat nak ketuk anak orang kan! Tipu je okehh!) Ok la, kenapa rasa nak ketukkkkkkkk? 


Mari kita lihat ini ye.......



Ini adalah shout box dekat opss auch auww. Ye la dekat blog ni la. Tengok nama2 yang terpamer yang rajin menyinggah blog I. Terima kasih sangat kepada awak yang sudi datang baca blog kerepek pisang ni. Lagi berterima kasih dekat awak yang sudi say hye2 dekat I. Really appreciate this so much! 


Tapi kan, yang buat rasa nak ketuk2 ni sebab awak bagi link yang merepek meraban. Siapa2 yang tegur yang tinggalkan link semua I follow balik. Tapi bila tekan link yang awak bagi terkaku jap tiba2. Aikkk, link apa kau bagi???? Adoi makkkk....Macam mana nak say thank you macam ni. Yang mana bagi link betul tu ada la juga. Senang je I follow balik. Masalahnya ni yang bagi kerepek pisang punya. 



Paling tak boleh blah masa I guna layout baby dulu. Ada seorang manusia ni dia promote barang2 baby dekat I. Hamboi, agaknya dia ingat I gadis melayu beranak lapan kot! Haha. Ada juga tak habis2 promote alat nak kuruskan badan. Weyh, tau lah I asyik mengeluh nak kurus je. Haishhh....Macam2...Nak cari jodoh, nak melancong, nak kawin, nak makan, nak ke sana, nak ke sini....semua pun nak invite. Ini nasib baik dia bagi link yang takde kena mengena dengan I. Paling bast ada yang bagi link expired dekat I. Gila pelik nak pengsan! 



So korang rasa boleh percaya ke dengan shout box ni? Maybe korang punya betul la kot! I punya yang ntah apa2. Dah la bagi link mengarut, paling tak boleh blah nama pun nak tipu. Kalau tengok semua la nak letak nama hollywood gitu! Ish, tau la I dulu teman tapi mesra Richard Gere kan! Pandai diorang ni. Visitor I foreigner yang pandai baca Melayu. Tapi bila pikir2 balik mungkin diorang rakyat Malaysia yang memang faham tulisan melayu kot! That's why la diorang bagi comment positive. Mungkin. Mungkinlah! Ahaksss....


Kalau si kacak ini yang baca blog I takpe la jugak!


Atau mungkin juga blog I yang tenat! Semua widget pun tak berfungsi dengan baik! Seperti yang anda boleh lihat sekarang. Segalanya serba gonjeng. Header pun kosong! Hanya dipenuhi bunga bungaan sahaja. Mungkinlah! Mungkin. Terasa sakit hati disitu!



Tapi I rasa I tau kenapa widget I buat hal. Mungkin kerana blog opss auch auw dipenuhi salji. Mungkinlah! Mungkin! Rasa nak ketuk ketukkkkkkk je!





LoveKetuk2,h'wawa



Friday, September 2, 2011

=) ♥



=)


<3


10.05 pm 


1st September 2011 (3rd Syawal) Thursday


Te quiero



LoveYou,h'wawa




Wednesday, August 31, 2011

Erk! ;/



Selamat Hari Raya Aidilfitri u! ;)

Tiba2 je ada orang ingatkan u dekat I. I terkejut jap. Tiba2 rindu! Gila annoying nak pengsan. Rasa nak send message dekat u tapi I tau u ignore punya!


hahaha..kan dah start kerepek pisang...


hari ni I dapat duit raya...esok jom sambung raya lagi! *tiba2...wink2....



Ok, till then! Happy merdeka and happy eid again! =)))


I've a wonderful memories with you! <3




LoveMemories,h'wawa


Sunday, August 28, 2011

New Members ♥



Salam ramadhan plus hari raya plus merdeka semua. Tinggal dua hari je kan nak raya. Excited sangat. Haha. Esok I nak pergi cari kasut raya. Jom2 siapa nak join. =)
Ok, sepanjang ramadhan ni memang tak banyak pun I post entry baru. Hari tu bukan main lagi konon nak update semua cerita pasal ramadhan. Tapi hampeh. Berapa post je bulan ni kan? Sumpah I rindu dekat blog. Tidur malam termimpi mimpi. Haha.


Cakap pasal blog ni actually I nak bagi tau yang baru beberapa jam yang lalu I dah join Rakan Blogger Klik1Malaysia. Memang havoc page ni. Blogger2 yang join semua hebat2. Terasa kerdilnya blog I yang memang suam2 air suam ni. Hehe. Tadi pun sempat I baca beberapa blog. Best! 





Setakat ini jumlah blogger yang join! =)


Entri diorang semua memang bapak meletups! Macam meriam buluh. If awak semua free jenguk2 lah page ni ye!


Setakat ini sahaja entri kali ni. Migrain datang tiba2. Tak boleh focus! Heehee. Selamat datang to this group Opss Auch Auww @ Hawa Wawa. Ceh, ucap selamat dekat diri sendiri pulak! Heeee...



LoveBlogging,h'wawa





Sunday, August 21, 2011

Kad Raya Cik Hawa ♥



Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas............ Pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantung..........Pecah kaca pecah sampan, sudah baca harap simpan.......


Tak habis2 pecah kaca kan! Patut la pinggan mangkuk asyik takde je. Semuanya nak pecah! Nampaknya kena guna pinggan plastik je. Pecah pun tak gaduh. Senang kutip! Hehe.
Okeh, pecah2 ni ayat zaman dulu2. Zaman I tengah muda2 dulu. Senang cakap zaman ayat bunga2 melankolik la. Bila kita baca pun rasa macam terbang di langit biru je. Waaahhhhhhhhhh....best! Tapi sekarang susah dah nak cari pecah2 ni. Jangankan nak cari pecah; nak cari yang tak pecah pun susah. Sebabnya sekarang kan dah ada kad elektrik. Tekan tekan tekan dekat keyboard laptop tet tet tet dah ada kad raya muzik depan mata.. Tadaaa....canggeh tak? ^^


Dulu2 masa tengah sekolah dulu kad raya memang femes gila lah! Masuk je bulan puasa sibuk dah buat list berapa orang yang nak hantar kad raya. Ibubapa, adik kakak abang, kawan2, boypren gelpren, cikgu garang yang tak suka, jiran sebelah rumah yang asyik nak cari gaduh je, sepupu sedara yang banyak songeh, dan termasuk juga la artis pujaan yang bajet hensem. Haha. Semua pun nak masuk list kan!


Lepas tu time dah ada handphone perasaan nak guna kad raya dah kurang sikit dah. Orang semua sibuk forward2 message raya yang cantik2. Bila sent je tut tut dapatlah message raya kelip2. Gambar masjid ada. Gambar ketupat ada. Gambar pelita pun ada. Lepas tu keluar la perkataan "S E L A M A T   H A R I   R A Y A" .  Best kan? Best kan?


Lepas zaman handphone timbul la pulak kad raya elektronik atau kad raya emel. Mostly untuk orang yang ada emel la kan. Ala, lagipun masa zaman ni internet dah mula berkembang dengan majunya pun. Tak payah dah susah2 pergi beli setem tiga posen tepek dekat kad. Lagipun tak payah membazir kredit hantar teks mms guna handphone. Guna emel je. Jimat. Kalau kena bayar pun bil elektrik. Heee. Nak kad besar mana pun boleyyyy tau! Macam ayat Ghasidah bini Abdul Wahib tu; sekali ana petik sepuluh yang datang tau! :)


And now zaman sekarang ni dah guna social network punya application kad raya pulak. Kalau masa tak ada facebook dulu guna my space je. Lepas tu up sikit guna friendster. Lepas tu sekarang tengah hot gila facebook dengan twitter. Upload je gambar kad2 cantik2, yang dah ada muka sendiri duduk sebelah ketupat, lepas tu tag la nama siapa2 yang berkenan di hati. Nak tag satu facebook pun lantak awak la budak2. Tak ada siapa nak larang! Gila senang punya kerja. Tekan tekan tekan satu kelas dah dapat kad raya. Fuiyooo....Bukan setakat kad raya je, segala macam benda pun main tag2 je. Very the pemalas! Haha.


Tapi tu semua tak terlalu meng-ujakan! Ceh, ayat nak macam budak sastera pulak kan! Benda yang paling klasik yang paling asli jugak yang best. Tu la sebab nya dari dulu sampai sekarang I setia dengan kad raya. Even jumlah penerimanya tak sebanyak dulu tapi kepuasan hakiki tu yang penting. Ewah ewah Cik Wawa...Hahah. Bila dah dapat kad ni gembiranya lain macam. Ye la, boleh pegang2 kad tu. Boleh belek2. Boleh bawak tidur malam letak bawah bantal. Nak baca sampai lunyai kad tu pun tak apa. Lagi satu kalau kita tak suka pengirim kad tu boleh koyak2 kad and then flush dalam toilet. Puas gila golek2.
See, betapa nikmatnya kan dapat kad betul2 berbanding kad yang tak berapa nak betul dekat facebook ni.


Actually, seminggu sebelum puasa hari tu, I saja la merajinkan diri nak kemas2 bilik yang cantik tempat I tidur tu. Excited terlebih nak sambut raya. Dalam dok sibuk2 mengemas tu then I jumpa lah satu beg penuh yang ada surat2 and kad2 raya zaman dulu kala. I simpan lagi rupanya kenangan zaman2 sekolah dulu. Hehe. Kelakar pulak bila baca balik kad2 tu. Nampak sangat masa tu tengah budak2. Ahaha. Ayat lazim yang ada dalam kad raya of corse la..."tahun ni banyak ke buat kuih"...... "baju raya awak berapa pasang?"........ "puasa penuh tak? jangan ponteng tau! hehe"....... " raya tahun ni tak balik kampung ke?"........ "kalau makan kuih raya tu jangan lupa dekat kite tau"...... " eh, awak jangan main mercun nanti putus jari tak boleh raya!"....... "jangan lupa kirim duit raya"...... and yang paling femes ayat paling akhir sekali. Biasanya dekat2 dengan tulisan tandatangan tu. Nak tau ayat apa? " SILA BALAS KAD NI TAU..BABAI!"
Nampak tak itu? Sangat sentimental punya ayat. Mhahaha. Owh, gila I rindu zaman ni!


Antara kad2 yang I simpan....Nak tunjuk semua tak larat mak!


Kad yang I simpan ni semua dah bertahun tahun dah. Paling lama tahun 1999. Dah berapa kali dah ingatkan nak buang tapi setiap kali nak letak dekat bakul sampah rasa sayang la pulak! Haha.


Wakil setiap negeri...jeng jejeng!


Okay, empat kad di atas ni melambangkan wakil empat negeri yang I pernah dan sedang bermaustautin. Eh, betul ke I eja ni? Main bantai je. Heheh. Yang paling atas belah kiri tu alamat sekarang lah. Alamat KL. Sebelah kiri yang bawah masa I duduk dekat Sabah. Belah atas kanan masa duduk dekat Pahang and yang bawah kanan masa I study dekat Terengganu. Best eh main pos2 ni. ;)


Tengok tu...nama I Cik Hawana okayyy!



Tengah belek2 kad raya tiba2 I terkdu bila nampak kad ni. Hanya mereka yang mengetahui cerita disebaliknya je yang tau cerita pasal kad yang satu ni. Gelak guling2 I dengan kakak bila teringat cerita ni. Hmmmmm.....


Hahaha...Guess what???





Dah habis kemas baru la I tau rupanya balance kad yang dulu ada lagi. Sebelum puasa hari tu dah buat senarai wajib yang memang nak bagi. Lepas tu terasa pulak nak bagi dekat siapa2 yang nak. Respons baik punya pulak tu. Hehe.


Pecah kaca atas toto, dah sudah baca bye I nak tido...muah!



LoveCardRaya,h'wawa











Sunday, August 14, 2011

Uwa de Hungary ♥


Kali pertama jatuh cinta dengan tempat ni masa I tengok drama bersiri Thailand yang Julachak Chakrapong pakwe I yang handsome tu jadi hero. Kalau tak silap dalam tahun 2002 or 2003 dulu. Sangat cantik!

Hungary yang I cakap sekarang ni ialah sebuah negara yang terletak di benua Eropah okay! Bukan hungary lapar tu. Tak ada sangkut paut pun! ;)

Negara Hungary ni bersempadan dengan Austria, Slovakia, Ukraine, Romania, Serbia, Croatia dan Slovenia. Keluasannya kira2 35,919 batu persegi. Negara ni memang cantik! Kebanyakan tarikan dekat sini ialah struktur bangunannya yang sangat unik dan klasik. So, awak2 kawan2 arkitek mesti suka kalau dapat singgah dekat Hungary ni. Punya la banyak bangunan cantik2. I loike! Heheh.


Ibu negara Hungary ialah Budapest. Jom kita tengok gambar2 menarik dekat sini jom! Yaww....


Yang ini namanya Honvedutca


Eh, hehe..ni la gambar boyfriend I Julachak Chakrapong @ Hugo tu..Kacaknya dia!


This is Lazy Castle


Liberty Bridge



Pekaryhaz


Dekat sini matawangnya adalah Forint (HUF) dan bahasa rasminya bahasa Hungary la... :)



Yang ni St Stephen Statue


Sunset






 Ok, yang kaler oren pekat tu la terletaknya negara Hungary.



Banyak lagi tempat2 yang cantik2 yang ada dekat sini. Kalau ada masa free, duit free and tenaga free jangan lupa singgah sini taw! Singgah sahur. Akeke.


Fuh, penatnya melancong!


LoveTravel, h'wawa





Saturday, August 13, 2011

Inilah Kisahnya! ;)


Berpppppppp...Alhamdulillah kenyang! Baru lepas makan mee sedap perisa soto sebab semalam masa tengok Bella Calamidades ada iklan mee sedap yang budak laki ni tak ada duit nak beli makanan lepas tu pak cik yang baik hati pun datang bagi semangkuk mee tak payah bayar. Terliur! Gilos..tengok iklan macam tu pun terliur nak pengsan. Nampak sangat nafsu bulan puasa! Auch!!!



Seseronok sasangat kan! Tiba2 dah nak dekat 13 hari puasa. Memang dah dapat agak masa cepat berlalu. And means cuti pun tinggal sikit je lagi. Gila gedik pikirkan cuti yang dah nak habis. Cuti sem 3 bulan I duduk rumah je. Ish2, tak ada la duduk rumah tak keluar2. Maksudnya duduk rumah tidak belajar atau bekerja. Buka facebook twitter semua kawan2 sibuk cari duit simpanan masa depan, sibuk pergi kelas tu kelas ni segala. I duduk rumah suka2 hati nak tidur pukul berapa..bangun pukul berapa...tengok tv segala sampai rabun dah mata ni...makan malam pukul 3 pagi bagai! Haha...the happiest women in the earth! Dahsyat weyh! Hmmm....nak buat macam mana...pergi interview diorang nak cari yang tetap. Bila dah dapat kerja waktu tak fleksible. How come???? But it's okayyy, yang penting duduk buang masa dekat rumah 3 bulan elaun tetap jalan. Sangat2 berterima kasih alhamdulillah kepada ibubapa dan kakak2 tersayang! I sayangs kamu's lebi's la's!!!



Ok la. Kali ni I nak cerita sikit sebab rindu dah lama tak update entry. Hari tu I pergi interview. Diringkaskan sinopsis masa nak balik tu I tak boleh berjalan dengan betul. Gaya macam orang patah kaki kiri je sebab kaki kiri yang tak centre. Jalan tiga langkah stop. Tiga langkah lagi stop lagi. Lepas tu buka kasut tengok mana la tau kot2 ada tumit patah. Ok je...tapi still tak centre jalan macam si capek. Dalam otak ni dah start fikir mengarut meraban  omaigod omaigod aku kena naik kerusi roda nanti and tak pun kena jalan pakai tongkat. Makkkk, scary gila nak pengsan! Tu la, 24 jam dengan high heels je. Padan muka! Masa kecik2 dulu orang lain minum susu awak minum milo kosong. Tak pun teh o masuk dalam botol susu lepas tu simpan dalam fridge. Tulang pun reput! Ayoyo~~~


Masa ni memang nyesal gila. Kalau lah.....menyesal pakai kasut tinggi lama2. Menyesal tak minum susu banyak2..Menyesal menyesal. Di sini menyesal! 
At last, buka kasut kaki ayam sampai depan rumah! Melecur kaki jangan cakap la hari tu panas gila nak mati dekat KL Ya Rabbi! Auch!!!


Sambung lagi cerita tadi...
Masuk je rumah dengan nada nak nangis tapi tak keluar air mata mengadu dekat ibunda yang kaki I dah bengkok. Ibunda tersayang ketawa. Cakap I mengarut. I tak puas hati tunjuk kasut dekat ibu. Ala, kasut tinggi I yang kale putih tu la. Yang selalu pakai bawa pergi kelas tu. Bila bonda belek punya belek punye belek kasut tu rupa2nya tumit kasut dah memang senget. Ahaha...kurang cerdik sekejap! Bila tengok balik memang sah kasut tu dah senget. Ibu cakap lebih sangat panjat bukit pun nak pakai tinggi2. Ehehehe...so conclusionnya kaki I sihat lagi. Cuma kaki tu gemuk je. Heheh. So memang tak menyesal pun pakai kasut tinggi lama2 selama ni....



 Kasut senget ketika masih belum senget!


Itu cerita pasal kasut senget. Dah habis dah. Now I nak pesan dekat awak semua. Tak payah la nak percaya sangat cakap orang! Nak tau why? Okay, let me explain di pagi yang hening ni. Actually, balik je dari OPKIM dekat Langkawi hari tu berat I naik. Sambung pulak cuti sakan dekat rumah. Dengan aktiviti yang makan tidur tak menentu suka suki tu macam mana la lemak degil tak menumpangkan! Dah sah2 la peluang nak kembali slim seperti zaman muda2 dulu sangat tipis. I buat tak tau je even dah rasa badan macam ayam daging kena suntik nak bagi montok. Fuhh!


Macam ni la kot ayam gemuk kena suntik! Euuu.


Tapi2 lama I tergerak nak buat crash diet sebab ada sorang ni cakap I tembam. Wah, terkejut gila monkey dengar. Sungguh2 hati I diet. Baru dua hari diet ada pula orang lain cakap "eh, awak duk rumah tak makan ke? makin kurus je ni" . Gulp! Gelak golek2. Biar betik dia cakap I kurus. So disebabkan keseronokan melampau I stop diet. Lepas tu adik pulak cakap "Wa tak gemuk tapi tangan dengan kaki yang besar". Hadoi! Nak kena kuruskan tangan dengan kaki pulak. Tension balik. 
Kakak pulak cakap "wah, badan dia dah banyak isi". Oh my diet! Nak pengsan I dengar. Buat balik diet gila I tu. 
And sepanjang bulan puasa ni I memang makan lauk je. Sahur kadang2 makan oat. Bantai je la. Janji kurus. Bila timbang minggu pertama turun. Yes! Masuk second week turun lagi. Yes sangat2!!! Tapi tadi bila timbang balik serius rasa nak nanges. Apa kessss??? Naik lagi!!!! Arghhhhh....

Semalam kakak cakap I dah ok. Tak payah nak kurus lagi. Tadi pulak dia cakap balik tangan I besar. Gila sakit mental macam ni! 
Tu sebab I cakap jangan dengar cakap orang. Ada yang mata besar ada yang mata kecik. Yang mata besar tu memang la nampak kita gemuk tapi yang mata kecik mesti la nampak kita kuruskan kan? Ye ke? Ke salah? Haha.. Whatever! Tapiyang penting I nak turunkan beberapa kg je lagi. Sebab kita boleh rasa la kita gemuk ke tak!


Arghhhhh....whatever lah orang nak cakap apa! Kecik ke besar ke. I tengok orang lain yang badan besar yang berat naik pun slumber badak je hidup. Whatever!

Sebab hanya ada seorang je Hawa Wawa @ Siti Hawa @ Siti Ha'ha (nak ikut macam Ana Lu'lu...hehe) dalam dunia ni. Muax!




Love,h'wawa