Pagi2 semalam I dah message Kerol. Nak tanya pukul berapa dia nak pergi Jalan TAR. Semenjak pernah terserempak Kerol dekat jalan TAR kalau boleh setiap kali pergi sana nak tanya Kerol keluar ke tak. Hehe. Semalam dalam tengah hari I dah sampai sana. Biasalah, nama pun jalan TAR. Tak sah kalau tak jalan tersepak-sepak orang ni. Nampak sangat rakyat Malaysia banyak duit kan! Asyik nak bershopping je keje. Haishhhhh....
Banyak tempat I pergi semalam. Sambil jalan senyum2. Time ni la I boleh buangkan segala lemak tepu kolesterol ddalam badan. Maklumlah, badan dah semakin membesar. Hehe. Tapi bila dah jalan banyak2 mula la teringat makanan je. Nampak choki2 pun macam sedap je. Maka perut pun di isi. Kalau setakat sekali tak pe la juga. Ini berkali-kali di isi. Harapan nak kembali slim macam lecturer macroeconomy I semakin tinggal harapan. Cheeseeee cake betul!!!
Lepas satu kedai, kedai lain pulak kitorang masuk. Memang sakan la. Banyak lagi nak cari barang untuk majlis kakak I nanti. Nasib baik semalam cuaca baik. Mood I pun baik. So tak ada lah adegan hentak2 kaki muka merengek tak boleh blah bila I dah penat. Semalam I macam baik je kan? Senyum je manjang. Hehe. Rambut pun terbang2 ditiup angin. Tiba2 bubble2 sabun yang diorang jual dekat tepi2 jalan pun terbang keliling I. Wahhhh, rasa macam princess disney pulak. Hikhik. Kakak I pun buat muka bila I cakap macam tu. Erk, whatever! ;p
Jalan punya jalan punya jalan. Beli punya beli punya beli. Best. Dah nak petang dah rupanya. Tiba2 tengah rebut2 jalan sebab kononnya nak pergi makan laksa kaki I ter-stop dekat satu tempat perfume ni. Tangan pun automatik tarik lengan kakak I yang number 2 tu. Lalu bibir pun berkata "eiiiiiii, tengoooook......Marcello Marchando la....waaaaaaa". Depan mata I. Gambar Mercello Marchando (ala, hero handsome dalam cerita Bella Calamidades tu) tengah peluk dengan perempuan cantik. Hah hah hah. Teruja kejap!
Gambar yang I nampak tu lebih kurang macam ni la..tapi gambar tu lagi howt uolls!
Tak sangka dalam I duk jerit2 terkaku depan Marcello tu datanglah la si promoter. Elehhh, nak promote perfume dia la tu. Terus la dia bagi sample perfume yang gambar Marcello tu. Hmmmmm...boleh tahan juga baunya. Ingatkan dah bagi sample dah takde apa2 dah. Terus panjang lebar pula ayat dia nak suruh kitorang beli. Nasib baik promoter dia kakak cantik cun! Nak jugak I layan. Lepas satu perfume, perfume lain pulak dia tunjuk. Kakak I pun macam excited je. So, tunggu je la. Banyak2 kali dia pandang I and tanya "wangi tak? awak nak tak?" I pun buat muka macam tak heran dengan promoter tu. Sambil cium2 pergelangan tangan (bau perfume la katakan..hehe) I pun jawab "wangi! tapi wangi lagi Nina Ricci" sambil teringat-ingat perfume I yang berbotol apple tu. Betul la, wangi apa perfume I tu!
At last, dalam asyik tercium-cium bau perfume tu sempat pulak I bisik dekat kakak. I tanya "awak bukan pakai perfume lain ke?" . Kakak I dengan muka slumber pun jawab "memang la. awak nak tak perfume ni?" I pun cepat je jawab "awak nak bayar ke?" Kakak I tak jawab. Tapi laju je kepala dia angguk.
Guerlain Fragrance ♥
Tengok dia angguk tanda nak beli, I pun senyum lebar. Macam Demang lebar daun. Ehee. Sepanjang jalan sampai balik I bawak bag perfume je. Yang lain2 yang berat2 semua kakak2 yang bawa. Hmmmmmm....I tunjuk gambar Marcello je terus dapat perfume!
Ni semua Marcello punya pasal... =)
LoveMarcello,h'wawa
No comments:
Post a Comment