Sunday, August 21, 2011

Kad Raya Cik Hawa ♥



Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas............ Pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantung..........Pecah kaca pecah sampan, sudah baca harap simpan.......


Tak habis2 pecah kaca kan! Patut la pinggan mangkuk asyik takde je. Semuanya nak pecah! Nampaknya kena guna pinggan plastik je. Pecah pun tak gaduh. Senang kutip! Hehe.
Okeh, pecah2 ni ayat zaman dulu2. Zaman I tengah muda2 dulu. Senang cakap zaman ayat bunga2 melankolik la. Bila kita baca pun rasa macam terbang di langit biru je. Waaahhhhhhhhhh....best! Tapi sekarang susah dah nak cari pecah2 ni. Jangankan nak cari pecah; nak cari yang tak pecah pun susah. Sebabnya sekarang kan dah ada kad elektrik. Tekan tekan tekan dekat keyboard laptop tet tet tet dah ada kad raya muzik depan mata.. Tadaaa....canggeh tak? ^^


Dulu2 masa tengah sekolah dulu kad raya memang femes gila lah! Masuk je bulan puasa sibuk dah buat list berapa orang yang nak hantar kad raya. Ibubapa, adik kakak abang, kawan2, boypren gelpren, cikgu garang yang tak suka, jiran sebelah rumah yang asyik nak cari gaduh je, sepupu sedara yang banyak songeh, dan termasuk juga la artis pujaan yang bajet hensem. Haha. Semua pun nak masuk list kan!


Lepas tu time dah ada handphone perasaan nak guna kad raya dah kurang sikit dah. Orang semua sibuk forward2 message raya yang cantik2. Bila sent je tut tut dapatlah message raya kelip2. Gambar masjid ada. Gambar ketupat ada. Gambar pelita pun ada. Lepas tu keluar la perkataan "S E L A M A T   H A R I   R A Y A" .  Best kan? Best kan?


Lepas zaman handphone timbul la pulak kad raya elektronik atau kad raya emel. Mostly untuk orang yang ada emel la kan. Ala, lagipun masa zaman ni internet dah mula berkembang dengan majunya pun. Tak payah dah susah2 pergi beli setem tiga posen tepek dekat kad. Lagipun tak payah membazir kredit hantar teks mms guna handphone. Guna emel je. Jimat. Kalau kena bayar pun bil elektrik. Heee. Nak kad besar mana pun boleyyyy tau! Macam ayat Ghasidah bini Abdul Wahib tu; sekali ana petik sepuluh yang datang tau! :)


And now zaman sekarang ni dah guna social network punya application kad raya pulak. Kalau masa tak ada facebook dulu guna my space je. Lepas tu up sikit guna friendster. Lepas tu sekarang tengah hot gila facebook dengan twitter. Upload je gambar kad2 cantik2, yang dah ada muka sendiri duduk sebelah ketupat, lepas tu tag la nama siapa2 yang berkenan di hati. Nak tag satu facebook pun lantak awak la budak2. Tak ada siapa nak larang! Gila senang punya kerja. Tekan tekan tekan satu kelas dah dapat kad raya. Fuiyooo....Bukan setakat kad raya je, segala macam benda pun main tag2 je. Very the pemalas! Haha.


Tapi tu semua tak terlalu meng-ujakan! Ceh, ayat nak macam budak sastera pulak kan! Benda yang paling klasik yang paling asli jugak yang best. Tu la sebab nya dari dulu sampai sekarang I setia dengan kad raya. Even jumlah penerimanya tak sebanyak dulu tapi kepuasan hakiki tu yang penting. Ewah ewah Cik Wawa...Hahah. Bila dah dapat kad ni gembiranya lain macam. Ye la, boleh pegang2 kad tu. Boleh belek2. Boleh bawak tidur malam letak bawah bantal. Nak baca sampai lunyai kad tu pun tak apa. Lagi satu kalau kita tak suka pengirim kad tu boleh koyak2 kad and then flush dalam toilet. Puas gila golek2.
See, betapa nikmatnya kan dapat kad betul2 berbanding kad yang tak berapa nak betul dekat facebook ni.


Actually, seminggu sebelum puasa hari tu, I saja la merajinkan diri nak kemas2 bilik yang cantik tempat I tidur tu. Excited terlebih nak sambut raya. Dalam dok sibuk2 mengemas tu then I jumpa lah satu beg penuh yang ada surat2 and kad2 raya zaman dulu kala. I simpan lagi rupanya kenangan zaman2 sekolah dulu. Hehe. Kelakar pulak bila baca balik kad2 tu. Nampak sangat masa tu tengah budak2. Ahaha. Ayat lazim yang ada dalam kad raya of corse la..."tahun ni banyak ke buat kuih"...... "baju raya awak berapa pasang?"........ "puasa penuh tak? jangan ponteng tau! hehe"....... " raya tahun ni tak balik kampung ke?"........ "kalau makan kuih raya tu jangan lupa dekat kite tau"...... " eh, awak jangan main mercun nanti putus jari tak boleh raya!"....... "jangan lupa kirim duit raya"...... and yang paling femes ayat paling akhir sekali. Biasanya dekat2 dengan tulisan tandatangan tu. Nak tau ayat apa? " SILA BALAS KAD NI TAU..BABAI!"
Nampak tak itu? Sangat sentimental punya ayat. Mhahaha. Owh, gila I rindu zaman ni!


Antara kad2 yang I simpan....Nak tunjuk semua tak larat mak!


Kad yang I simpan ni semua dah bertahun tahun dah. Paling lama tahun 1999. Dah berapa kali dah ingatkan nak buang tapi setiap kali nak letak dekat bakul sampah rasa sayang la pulak! Haha.


Wakil setiap negeri...jeng jejeng!


Okay, empat kad di atas ni melambangkan wakil empat negeri yang I pernah dan sedang bermaustautin. Eh, betul ke I eja ni? Main bantai je. Heheh. Yang paling atas belah kiri tu alamat sekarang lah. Alamat KL. Sebelah kiri yang bawah masa I duduk dekat Sabah. Belah atas kanan masa duduk dekat Pahang and yang bawah kanan masa I study dekat Terengganu. Best eh main pos2 ni. ;)


Tengok tu...nama I Cik Hawana okayyy!



Tengah belek2 kad raya tiba2 I terkdu bila nampak kad ni. Hanya mereka yang mengetahui cerita disebaliknya je yang tau cerita pasal kad yang satu ni. Gelak guling2 I dengan kakak bila teringat cerita ni. Hmmmmm.....


Hahaha...Guess what???





Dah habis kemas baru la I tau rupanya balance kad yang dulu ada lagi. Sebelum puasa hari tu dah buat senarai wajib yang memang nak bagi. Lepas tu terasa pulak nak bagi dekat siapa2 yang nak. Respons baik punya pulak tu. Hehe.


Pecah kaca atas toto, dah sudah baca bye I nak tido...muah!



LoveCardRaya,h'wawa











1 comment: