Berpppppppp...Alhamdulillah kenyang! Baru lepas makan mee sedap perisa soto sebab semalam masa tengok Bella Calamidades ada iklan mee sedap yang budak laki ni tak ada duit nak beli makanan lepas tu pak cik yang baik hati pun datang bagi semangkuk mee tak payah bayar. Terliur! Gilos..tengok iklan macam tu pun terliur nak pengsan. Nampak sangat nafsu bulan puasa! Auch!!!
Seseronok sasangat kan! Tiba2 dah nak dekat 13 hari puasa. Memang dah dapat agak masa cepat berlalu. And means cuti pun tinggal sikit je lagi. Gila gedik pikirkan cuti yang dah nak habis. Cuti sem 3 bulan I duduk rumah je. Ish2, tak ada la duduk rumah tak keluar2. Maksudnya duduk rumah tidak belajar atau bekerja. Buka facebook twitter semua kawan2 sibuk cari duit simpanan masa depan, sibuk pergi kelas tu kelas ni segala. I duduk rumah suka2 hati nak tidur pukul berapa..bangun pukul berapa...tengok tv segala sampai rabun dah mata ni...makan malam pukul 3 pagi bagai! Haha...the happiest women in the earth! Dahsyat weyh! Hmmm....nak buat macam mana...pergi interview diorang nak cari yang tetap. Bila dah dapat kerja waktu tak fleksible. How come???? But it's okayyy, yang penting duduk buang masa dekat rumah 3 bulan elaun tetap jalan. Sangat2 berterima kasih alhamdulillah kepada ibubapa dan kakak2 tersayang! I sayangs kamu's lebi's la's!!!
Ok la. Kali ni I nak cerita sikit sebab rindu dah lama tak update entry. Hari tu I pergi interview. Diringkaskan sinopsis masa nak balik tu I tak boleh berjalan dengan betul. Gaya macam orang patah kaki kiri je sebab kaki kiri yang tak centre. Jalan tiga langkah stop. Tiga langkah lagi stop lagi. Lepas tu buka kasut tengok mana la tau kot2 ada tumit patah. Ok je...tapi still tak centre jalan macam si capek. Dalam otak ni dah start fikir mengarut meraban omaigod omaigod aku kena naik kerusi roda nanti and tak pun kena jalan pakai tongkat. Makkkk, scary gila nak pengsan! Tu la, 24 jam dengan high heels je. Padan muka! Masa kecik2 dulu orang lain minum susu awak minum milo kosong. Tak pun teh o masuk dalam botol susu lepas tu simpan dalam fridge. Tulang pun reput! Ayoyo~~~
Masa ni memang nyesal gila. Kalau lah.....menyesal pakai kasut tinggi lama2. Menyesal tak minum susu banyak2..Menyesal menyesal. Di sini menyesal!
At last, buka kasut kaki ayam sampai depan rumah! Melecur kaki jangan cakap la hari tu panas gila nak mati dekat KL Ya Rabbi! Auch!!!
Sambung lagi cerita tadi...
Masuk je rumah dengan nada nak nangis tapi tak keluar air mata mengadu dekat ibunda yang kaki I dah bengkok. Ibunda tersayang ketawa. Cakap I mengarut. I tak puas hati tunjuk kasut dekat ibu. Ala, kasut tinggi I yang kale putih tu la. Yang selalu pakai bawa pergi kelas tu. Bila bonda belek punya belek punye belek kasut tu rupa2nya tumit kasut dah memang senget. Ahaha...kurang cerdik sekejap! Bila tengok balik memang sah kasut tu dah senget. Ibu cakap lebih sangat panjat bukit pun nak pakai tinggi2. Ehehehe...so conclusionnya kaki I sihat lagi. Cuma kaki tu gemuk je. Heheh. So memang tak menyesal pun pakai kasut tinggi lama2 selama ni....
Kasut senget ketika masih belum senget!
Itu cerita pasal kasut senget. Dah habis dah. Now I nak pesan dekat awak semua. Tak payah la nak percaya sangat cakap orang! Nak tau why? Okay, let me explain di pagi yang hening ni. Actually, balik je dari OPKIM dekat Langkawi hari tu berat I naik. Sambung pulak cuti sakan dekat rumah. Dengan aktiviti yang makan tidur tak menentu suka suki tu macam mana la lemak degil tak menumpangkan! Dah sah2 la peluang nak kembali slim seperti zaman muda2 dulu sangat tipis. I buat tak tau je even dah rasa badan macam ayam daging kena suntik nak bagi montok. Fuhh!
Macam ni la kot ayam gemuk kena suntik! Euuu.
Tapi2 lama I tergerak nak buat crash diet sebab ada sorang ni cakap I tembam. Wah, terkejut gila monkey dengar. Sungguh2 hati I diet. Baru dua hari diet ada pula orang lain cakap "eh, awak duk rumah tak makan ke? makin kurus je ni" . Gulp! Gelak golek2. Biar betik dia cakap I kurus. So disebabkan keseronokan melampau I stop diet. Lepas tu adik pulak cakap "Wa tak gemuk tapi tangan dengan kaki yang besar". Hadoi! Nak kena kuruskan tangan dengan kaki pulak. Tension balik.
Kakak pulak cakap "wah, badan dia dah banyak isi". Oh my diet! Nak pengsan I dengar. Buat balik diet gila I tu.
And sepanjang bulan puasa ni I memang makan lauk je. Sahur kadang2 makan oat. Bantai je la. Janji kurus. Bila timbang minggu pertama turun. Yes! Masuk second week turun lagi. Yes sangat2!!! Tapi tadi bila timbang balik serius rasa nak nanges. Apa kessss??? Naik lagi!!!! Arghhhhh....
Semalam kakak cakap I dah ok. Tak payah nak kurus lagi. Tadi pulak dia cakap balik tangan I besar. Gila sakit mental macam ni!
Tu sebab I cakap jangan dengar cakap orang. Ada yang mata besar ada yang mata kecik. Yang mata besar tu memang la nampak kita gemuk tapi yang mata kecik mesti la nampak kita kuruskan kan? Ye ke? Ke salah? Haha.. Whatever! Tapiyang penting I nak turunkan beberapa kg je lagi. Sebab kita boleh rasa la kita gemuk ke tak!
Arghhhhh....whatever lah orang nak cakap apa! Kecik ke besar ke. I tengok orang lain yang badan besar yang berat naik pun slumber badak je hidup. Whatever!
Sebab hanya ada seorang je Hawa Wawa @ Siti Hawa @ Siti Ha'ha (nak ikut macam Ana Lu'lu...hehe) dalam dunia ni. Muax!
Love,h'wawa
ko mmg klako gle kentang... sewel tul.... hahaha
ReplyDelete