Tuesday, December 31, 2013

Wish List



Hampir lumpuh blog ni kena tinggal dengan I! Sangat kesian! What to do kalau mood makin hari makin menipis macam kulit baby! Cheewah! Lagipun kawan2 seangkatan semua dah bersara dari dunia blogging ni! Yang tingga lhanya serpihan! Konon!


Now I dekat office! Ambik peluang is imasa lapang sementara tak busy macam zombie gila! Buat blog walking sana sini sampai tergerak nak update blog sendiri! J Actually ada something I saja nak mencoretkan dekat sini! Hiks….tak lama lagiI’m going back to school Rasa macam dah lama tak letak kepala atas meja masa lecturer sibuk cakap2 deka tdepan! Dan geng I semestinyaZat icomel! Wuuuu……rindu!!!


Ok, lain kali kita cerita pasal tu k! Sekarang ada benda lain lagi yang I nakcerita! 
2013 around the corner je! Tahun baru hijrah pun dah masuk bulan ketiga! So, macam biasa lets senaraikan beberapa azam dan cita2 yang kalau tak kuat semangat nak buat mau satu pun tak tercapai and keep on forward untuk tahun2 berikutnya! Sangat ntah apa2 enn!


So, these is my to do list for the new year new hope! Mudah mudahan


SATU
1)      Cari kerja baru yang sesuai dengan minat dan kerjaya dan mestilah office hour dan mestilah di area Lembah Klang! Gila demand banyak cekada kbetul! (Macam la kerja sekarang bukan office hour kan? Pffffttttt)


DUA
2)      Focus on my study! Kalau ikut umur macam dah tua sangat nak belajar. Part time pulak tu! Ntah bila la boleh grad! Tapi takpe….pakcik umur 60 pun semangat nak belajar! Chaiyok2 HW! PSPINK ;)


TIGA
3)      Kahwinnnnnn! Yeay! Actually not in my wish list sangat la sebab kahwin ni lagi 2 tahun insyaallah! Tapi orang duk hantar sireh junjung mai rumah ni apa cer????



EMPAT
4)      Attend kenduri kahwin kawan2! Insyaallah! (Dah cakap dengan Reenie nak tempeh tiket flight pergi Kelantan next year! Reenie kawin! ) 

LIMA
5)      Belajar masak dengan my beloved ibu sebagai persediaan umur yang semakin meningkat! Hoi, 26 je! Chill
.

ENAM
6)      Visit my sweetie pie Tasha and Mimi! Diorang nak bersalin dah awal tahun depan! Wuhuuu…


TUJUH
7)      Merajinkan diri mengemaskini blog terbiar ini! So what kalau takde idea still tak boleh nak merapu jugak enn? Hmmmm


LAPAN
8)      Yang ni yang biasa semua orang akan buat! Menjadi anak yang baik, taat, glamor! Eh? Hihi


SEMBILAN
9)      Menambah koleksi high heels yang semakin berkurangan! Ntah kenapa macam makin kurang je kasut2 tinggi deka trumah ni…Hmmmm

SEPULUH
   Get a happy life with my beloved hearts! (anda rasa cantikjika dikelilingi orang tersayang..oh mai!!!)



Lagi apa lagi nak disumbatkan dalam wish list ni? Tak payah banyak2 la kankang nanti senaraisampai 100 pun belum tentu bulan jatuh ke riba! Ececeh! Cukuplah 10 dulukan? Kan? Kan? Tahun depan kalau I dapat fulfil semua list ni confirm belanja diri sendiri handbag dengan high heels 2 pasang! Wahhhh….



Eh, ada lagi satu wish list yang tak pernah tertinggal dalam senarai!



SEBELAS
 SAYA NAK KURUS MACAM BINI POPEYE!!!!!






HAPPY NEW YEAR 2014 !!!!! =)






Love,h'wawa



Wednesday, August 7, 2013

Sebelum Raya =)



Fuhhh..ingatkan lagi 2 hari nak raya jalan KL clear tapi memang hampeh kenot blah! Haha...still jammed gila tapi tak berapa kritikal macam biasa. Macam tadi masa kitorang nak cari parking area masjid jamek kena pusing dekat Leboh Ampang dulu sebab jalan tutup! Mood raya punya pasal so tak kisah pun! Lagipun KL tanah jajahan I! Setakat tutup jalan ni pusing jalan tu no hal la! Piece of cake man! =) 


Asal dekat2 nak raya je macam biasa la kitorang melawat tempat wajib setiap tahun, masa, dan ketika. Kawasan Jalan TAR dengan Masjid Jamek! Dah rasa macam kawasan rumah sendiri dah. I rasa lagi selamat ada dekat kawasan ni kalau nak dibandingkan dengan area BB tu! Kan situ banyak foreigner kot tu yang agak scary mary sikit! Hihi... Dulu masa kecil2 ingat lagi boleh dikatakan setiap hari or paling koman pun seminggu 4 atau 3 hari I pergi jalan TAR. Sebab mak dulu tailor so rajin keluar nak cari benang butang semua untuk pelanggan! Fuh, mula2 macam excited tengok barang2 jahit kahwin semua tapi kalau dah hari2 mengadap bosan gila okayh! Asal balik sekolah je mesti mak tanya "penat tak? jom ikut pergi beli barang".. Dan tempat yang selalu dituju dulu kedai Klim Craft dekat masjid india tu! Sampai sekarang wujud lagi kedai tu! Fine... Dah merapik jauh gila!


Tadi pun shopping ala kadar je. Tak banyak pun! Pergi beli girl's stuff and barang raya untuk abah! Sakan shopping sampai kena flying kiss dengan budak comel! Aaahai! Nasib kakak tak pengsan dik! Kang kalau Chef Adu nampak habis la!!! ;p Barang I tak banyak pun beli. Macam takde mood je nak raya sebab badan ni taknak cooperate dengan diet! Macam makin tembun je I rasa. Bila test baju raya tadi memang nampak sangat bulat macam doraemon! Mood raya pun jadi 20% je! Mewncik! So nanti kalau nampak I macam lain sikit masa raya buat senyap je tau! Jangan pandai2 nak tanya soalan yang menyentuh jiwa raga! Touchable sangat!



Kawan2 yang on the way nak balik tu hati2 ye! Jangan lupa buka radio dengar info trafik kalau taknak sesak dalam jam! Drive safely! Senang2 datang la Ampang! Bawa duit raya sekali! Selamat hari raya kesayangan hati semua! LOVE YOU! 




Esok nak pergi lagi melawat tanah jajahan I tu! Siapa2 nak buat2 terserempak datangla ye. Kita jumpa sekat situ! =)






Love,h'wawa











Monday, August 5, 2013

Selamat Hari Raya =)



Weeee weeee... Feeling excited nak raya! 3 days to go! Insyaallah! Means ada dua hari je lagi untuk terawih! Sedih betul! Jadi sayang2 semua jom la kita manfaatkan 3 hari ramadhan penuh keberkatan ni mohon doa yang baik2! Insyaallah makbul! Berkat bulan ramadhan kan! =)


Kepada yang balik kampung hati2 ya! Pastikan kenderaan anda di-servis dahulu! Yang naik public transport tu nak servis dah sah2 bukan awak yang kena buat so baca doa banyak2 je la moga selamat! Hehe... Meh2 jemput datang rumah semua! Perantau2 yang tak pulang ke desa, rumah saya sentiasa ada untuk anda! Nak gantung ketupat sama2 pun boleh! Yang dah memang tak ada kampung pun boleh join! Tiap2 tahun rumah kitorang je la yang meriah dengan lampu kelap kelip! Nak buat macam mana. Dah memang tanah tumpah asal usul dekat KL neh! Jangan malu jangan segan okayh! 


Kepada yang menegnelai I nak minta maaf betul2 ikhlas dari hati. Tak percaya operate la dada. Tapi kalau korang betul2 nak operate lepas raya la sebab I nak raya dulu. Hewhew... Dah tua2 ni kalau boleh nak bahagia je malas dah nak fikir kecik2 hati sentap2 sana sini! Biasa la tu gurau2! Tak payah la nak touching sangat =)




Selamat Hari Raya




Tahun ni tema raya kitorang kale purple! Nak tengok datang la rumah! First time guna kale neh! Tak tau la I berseri ke tak guna purple neh! Fuh...purple, please be nice okayh! =)



SELAMAT HARI RAYA SAYANGSKU





Love,h'wawa















Wednesday, July 31, 2013

Minta Maaf Siapa yang Kena :)



Salam ramadhan sayang2 dan selamat hari raya! Wow...7 days to go! Cepat rebut lailatulqadar! Lepas ni kalau panjang umur setahun lagi baru boleh jumpa! =)


Phewwww... Dah lama tak membelog and jari pun dah lenguh nak menaip sebab dua hari I mendelete friend list dekat facebook yang actually takde la banyak sangat macam hot setap tu! Biasa2 je. Tapi biasa2 pun kalau dah separuh yang hampir tak kenal baik delete je kan! Lately kalau buka facebook macam pelik sebab ingatkan orang lain punya ID. Check punya check seribu kali pun dah sah memang akaun facebook I. Tapi yang keluar dekat home semua macam stranger je! Scary mary you!


Sebelum ni jumlah friendlist I yang latest (13 June 2013) adalah sebanyak 1989 orang je! Tak banyak macam uolls kan! Yang request dalam 50 lebih tolak yang I dah block awal2! Sikit je kan! Yang follow pun tak banyak. Dalam 55 je kot! Maybe la! Masuk kali ni dah lebih 15 kali kot I buang mereka2 yang kurang berkenaan. Semalam tambah hari ni dengan gigihnya I usahakan jugak nak mendelete. See, dari 1989 tiba2 dah jadi 568 orang je! Yeayess! Itu pun jumlah kasar je kot. Sebab yang mana dah deactivate I tak boleh nak delete. So, total dalam 530 la kot! Yang request pun semua dah delete. Accept yang betul2 kenal je! Yang follow pulak semua dah block! Sorry!




Lama gila nak mendelete. Sebab? Kena check nama satu2 dengan teliti. Ada yang sama nama sampai 6 orang. Kang salah delete kang ada yang merajuk tak tegur I setahun! Lepas tu yang identiti kurang dikenali tu kena buka balik page dia tengok mutual friend, about, gambar nak bagi kenal. Kalau dah naik kering otak pikir tapi still tak boleh recognize baru la delete. Kalau setakat satu sekolah tapi tak kenal tak payah add la. Lagipun sekolah tukar2! Lain la kalau stick dekat sekolah yang sama dari darjah satu sampai tingkatan lima. Tu baru otai! Ini baru nak kenal kawan2 dah kena pindah! Hmmmm


Kali ni yang betul2 ada dalam list I:


1. happy family (siblings, in law, kupu2, keluarga kembang kembangan)

2. jiran tetangga yang bersua muka

3. kawan2 kelas dari tadika sampai u

4. kawan2 yang tak sama kelas dari tadika sampai u tapi kenal

5. kawan2 yang sama schoolmate, campusmate, hostelmate tapi kenal

6. kawan2 adik / kakak / sedara / yang saling kenal mengenali

7. bakal2 boyfriend yang tak jadi (crushes la tu)

8. geng2 blogger/ skype/ twitter/ yang dikenali dan mengenali


9. kawan2 punya kawan yang saling kenal mengenali (maksudnya kawan atas kawan yang saling kenal mengenal je..yang tak kenal harus diremove...tak kisahlah kalau ada 50 mutual friend pun)


10. ustaz/ ustazah/lecturer/cikgu/ boss yang dikenali dan mengenali


11. dan beberapa orang yang dijumpa secara tak sengaja di mana2 lepas tu terus jadi kawan baik! (interview ke, jumpa dalam tren ke, tengah jalan ke, dekat KLCC ke)




Yang terpaksa I delete tu sorry banyak2! Tolong jangan search dan add semula. I memang sombong pun! Lagipun korang ni add tipu2 je kan!


Yang I delete pula:

1. Yang ada facebook akaun sampai dua tiga. Yang ni I pilih ikut mana yang korang semua selalu guna. Slah jangan marah ea!


2. Yang tak guna nama betul lepas tu bila tengok gambar pun still tak kenal. Letak nama belon hijau tapi gambar kereta merah. So?


3. Yang ada mutual friend satu je. Ini memang sah add saja2 je.


4. Orang2 yang memang tak dikenali (dulu2 gatal nak add admire punya girlfriend/ skandal)


5. Anda yang dulu pernah jadi kawan/tegur/cakap2 then add dekat facebook sebab ada mutual friend ramai. Tapi bila tanya kenal ke tak tiba2 leh jawab "kenal kot...rasanya lah". Fine. Kalau dah macam2 bukti then uoll stil tak ingat...tata!


6. ada lagi yang dalam K.I.V sebab antara nak kenal dengan tak




Kawan2 yang kena minta maaf banyak2 ye. Kalau I salah remove bagi tau k! Jangan marah2. Ini bulan baik.
Lagipun friendlist sikit ni senang. Kalau nak invite apa2 tak payah nak tapis2 bagai! Invite all je :)







Do Add To Talk...Not To Stalk





SELAMAT HARI RAYA AIDLIFITRI YANG MULIA MAAF ZAHIR BATIN







Love, h'wawa


Tuesday, July 2, 2013

Smurf


Salam sejahtera! Laporan untuk 1 Juai 2013 (walaupun waktu sekarang dah masuk 2 Julai). Tadi I keluar berjalan-jalan. Tak payah tau la kat mana. Masih dalam Kuala Lumpur lagi. Jalan jalan jalan lalu ternampak la satu kedai ni jual (actually takde la kedai pun..gerai maybe) set smurf dari yang paling kecik cenonet sampai la yang besar bapak! Comel gila weyh! Mula2 macam nak beli tapi disebabkan smurf hanyalah berwarna biru maka macam taknak pulak! Kalau pink memang confirm rembat dulu! Tapi bila dah sampai rumah macam rasa rugi pulak tak beli tadi! Teringat pulak I pernah bagi smurf dekat Tasha masa birthday dia yang ke 22 tahun that year (cuba teka sekarang Tasha umur berapa?)! Summmmpahhh comel eventhough Tasha tak cakap comel pun depan I (maybe la)! 




Tapiiiiii.....lagi teringat bila Aqish cakap dia dah nak dapat smurf tapi tak dapat lagi (tak sure sekarang Aqish dah dapat ke belum). Waaaaaa.....mana aci semua orang ada smurf ni!!!! Nak jugaaaaakkkkk...







Takpe la tak dapat smurf pun! Barbie lagi cun!






Love,h'wawa











Tuesday, June 18, 2013

Kisah Kucing


Hari Sabtu hari tu kan, I dengan kakak I sakan menanges! Baby Izz pulak gelak2 tengok kitorang nanges! Agaknya dia ingat kitorang saja2 je nak nanges macam dia bila lambat bagi susu kot! Hek eleh! ;p  Hari tu dalam pukul dua lebih kot kitorang semua duduk la tengok tv dekat depan. I pulak godek2 youtube konon nak test suara. Dah lama tak buat karaoke rosak! Hehe.. Tiba2 dengar benda jatuh gedebuk kuat gila nak mati dekat luar! Dulu2 kalau dengar bunyi benda jatuh mesti nak tengok! Ye la.. Kang tetiba ada orang jatuh mati kang berhantu pulak dekat ruman neh! Tapi lama2 bila dengar benda jatuh kitorang buat tak kisah je sebab tu mesti kerja orang yang sivik rendah campak sampah dari atas! Stupid! So, bila dengar bunyi gedebuk yang kuat kitorang just senyap2 je and cakap slow2 "apa benda la yang korang campak tu!". I pun sambung balik google tengok One Piece! 



Tak sampai 5 minit bunyi benda jatuh tu tetiba dengar makcik jiran mengucap kuat2! Dengar je makcik tu mengucap abah I pun pergi la buka pintu nak tengok juga apa yang jadi. Gilaaaa! Tetiba abah I jerit "ada orang campak kucing dari atasssss!!!". Haaaa??? I dengan kak ngah I mula 2 macam tak caya! Tanya abah lagi nak tau betul ke tak. Abah cakap memang kucing! Besar. Tiba2 rasa panik! I terus jadi kepoci lari2 pergi dapur cakap dekat mak! Lepas tu tak pasal2 tiba2 keluar air mata! Then abang ipar I pergi tengok! Abang ipar cakap kucing tu dah nazak. Ada darah dekat kepala dia! Uwaaaaaa... Makin kuat I dengan Kak Long nanges! Rumah kitorang dah bising. Semua sumpah seranah dekat orang yang campak kucing tu! Abang dengan adik I tanam kucing tu dekat kebun kitorang! I pun dengan rela hati suruh adik petik bunga ros kuning kesayangan hati letak atas kubur kucing! Kesian kucing tu! :(



Dulu I memang takut kucing! Kalau nampak kucing nanges tahap macam orang nak kena bunuh! Tapi ada suatu hari tu parents I balik dari pasar tani and ada anak kucing follow sampai depan rumah! Mula2 memang menjerit la sampai semua orang bangun! Ye la.. Buka2 pintu tengok ada anak kucing! Dalam takut2 I try pegang kepala kucing! Lama2 ok. Terus kitorang bela! Bagi nama dia Pinocchio!  Dari nama Pinocchio lama2 jadi Etot! Lepas tu sekor2 kucing datang rumah kitorang! Dari sekor je terus kitorang bela jadi 20 ekor lebih semuanya! Siap buat rumah kucing 3 tingkat lagi! I yang bagi makan, basuh berak kucing semua! Kalau beli barang dapur, mesti ada dua troli. Satu troli penuh barang dapur. Satu lagi penuh makanan dengan syampu kucing! Punyalah sayang! Tapi terpaksa berpisah dengan kucing2 masa kitorang pindah Sabah tahun 2002! Bagi dekat orang! Ada yang macam tau2 kitorang nak pindah then diorang lari dulu! Ada yang mati! Sumpah sedih!




Lepas 2002 langsung tak bela kucing sampai sekarang! Serik kot! Jadi disebabkan itu bila I nampak kucing je mula macam rasa takut balik! Nak2 kucing2 besar yang suka leset2 dekat orang! Bapak punya kuat jerit! Takpun kucing yang suka loncat atas riba mintak makanan! Lagi kuat I jerit! Tapi setakat kucing tepi2 tu takde la sampai histeria! Dulu kan dah biasa! :)  Tapi sekarang kalau nak suruh jaga kucing tu rasanya tak kot! 



Tapi takut2 I pun takde la sampai nak ambik baling kucing sampai mati! Takpun letak tengah jalan sampai kena langgar lori jadi penyet! Nak pukul kucing gatal suka kencing sepah2 dengan penyapu pun takut! Kang nanti dapat balasan tau! Acah2 dengan penyapu pernah la. Nak bagi lari je! Cockroaches yang suka kacau Oggy tu pun I tak suka tau! Pelik sangat dengan orang yang boleh dera kucing sampai cacat dan mati ni! Gila ke apa korang niii???? Kena sumpah dengan kucing baru tau!!!






Kesian Oggy kan!





Tak dapat nak tunjuk korang gambar kucing kesayangan I. Nama kucing tu Abe! Nanti Insyaallah kalau I scan I tunjuk okayh!





SAYANGILAH KUCING!








Love,h'wawa









Monday, June 17, 2013

Lanun Sayang ♥


Finally! I tak tau betul ke tak tapi adik cakap episode One Piece tadi adalah episod terakhir untuk siri 1! Uwaaaa.. Nampaknya I kena berpisah dengan Luffy, Zoro, Nami, Ussop, Sanji!  *Pengsan Y_Y. Kalau ikutkan macam betul hari ni last sebab diorang semua dah masuk kawasan Gand Line. Maksudnya dah masuk kawasan harta one piece tu! Tapi bila tunggu sampai habis tetiba keluar "To Be Continued". Terus I senyum. Maknanya ada lagi la tu kan! Lagipun kalau ikut logik diorang baru masuk tapi tak jumpa harta lagi. Tapi tak tau la kalau ending cerita tu memang sampai masuk kawasan Grand Line je. Adik I tak puas hati bila I cakap cerita tu tak habis lagi. Dengan confident nya dia pun cakap "dah habis laaa..tak caya esok tengok la ada ke tak!!" Tak sabar nak tunggu esok! I cakap dekat dia "kenapa tengok dekat youtube tulis ada lima ratus lebih episod?haaa" Then dia cakap "itu one piece 2 la...yang satu pendek je". Oww...


Sayang sangat dekat one piece! Kali pertama I tengok one pice masa tu tahun 2011. Cuti sem part 3. Sambil layan budak2 ultraman mebius ni so terpaksalah tengok je apa yang diorang tengok. Cartoon la. Kang kalau tukar channel lain habis jerit satu rumah! Grrrrr... Cartoon pun cartoon la. Then ada satu hari tu diorang semua tengok one piece. Mula2 I buat bodoh je sebab makin lama macam tak suka tengok anime. Tetiba I dengar cartoon tu jerit2 nama Luffyyyy... Zoroooo...Ussoooopppp.. Then automatik toleh. "Ni cartoon Malaysia ke be?" I tanya dekat adik. (be tu singkatan untuk Abe). Adik I cakap "taklah..Jepun". I tanya lagi "habis tu apesal ada nama Lufy, Usop bagai? Membongak je orang yang alih bahasa ni! Pandai2 nak tukar nama." Adik I cakap "memang nama diorang la". I tak puas hati "mana ada orang jepun nama Usop. Awak ingat Usop Sontorian ke?" Akibat rasa kagum sebab orang Jepun pun ada nama Usop terus I tengok. "Cerita ni pasal apa be?" I tanya lagi. "Ni cerita lanun la." Owww... Maka bermula saat itu I pun join layan one piece. Bapak best! Tapi tengok tak habis. Habis cuti sem terus tak tengok! Lagipun masa I tengok cerita tu dah tengah2 episod dah! Sedih...hukhuk.. Masa I degree part 4 ingat lagi masa dalam kelas E-commerce. Buka computer terus jerit! Zati dekat sebelah tanya "kenapa kak?". I pun dengan excited cakap "wallapaper PC akak ni gambar one pieceeee laaaaa". Sambil senyum bangga terlampau! Zati dengan A'a dekat sebelah pandang2 buat senyum pelik! Haha... ;p

Wallpaper desktop I masa kelas E-commerce! Cayalah ♥


Tiba2, awal bulan 3 hari tu ada ulangan One Piece lagi dekat Astro Ceria! I tengok dari episod satu! Waaaaa...best sangat! Setiap hari pukul 12 dah cop tv nak tengok one piece! Kalau nak mandi sorok remote dulu takut ada orang ambil! I don't care! Kakak pun bising2 cakap kenapa suka sangat tengok one piece. Kakak I cakap lagi husband dia kata cerita one piece ni dah lama. Zaman2 Dragon Ball dulu! Husband dia dengan kawan2 siap ada CD lagi. Ke tengok dekat laptop. Mcam tu laaa. Arghhhh...ni yang jealous neh!

I serach. Sekali jumpa one piece 2. Tengok kejap. Lepas tu nanges depan laptop! Sumpah sedih! :( 


Maka bermulalah pengembaraan I bersama geng2 one piece. So, I tau la macam mana Luffy tu boleh jumpa Zoro, Nami, Usop, Sanji! Adik pulak cakap ada one piece 2. Gila! Ni yang makin excited neh! Tapi bila I search dekat youtube. Episod bersepah2. Tak tau nak tengok cam mana! Agak2 dekat kedai ada jual tak? Please la please la siapa2 yang ada tau dekat mana nak cari One Piece bagi tau I k! Ini adalah paksaan tau!!! Semalam dah tengok search nak download. Tapi lembap semacam! Tak boleeehhhh!! :((((

Luffy Zoro Nami Ussop Sanji Kapal lanun pun nampak baik dan comel kan! 

Mak I bising! Mak cakap " apa la tengok cerita lanun! Lanun kan jahat!" . Haah kan! Lanun memang jahat. Dalam One Piece ni pun semua2 watak2 lanun yang ada semua jahat! Kecuali geng lanun Luffy! Hihiks! Lagipun setakat ni I jumpa dua je lanun yang baik! Satu Pirates of Carribean. Satu lagi One Piece! Ngeheheh.....



SAYANG ONE PIECE 






Love, h'wawa








Wednesday, June 12, 2013

Wawa Dan ???


First entry untuk bulan Jun! Tak kisahlah kalau hari ni dah 12 Jun! Time flies so fast kan! =)
Ok, dekat sini hari ini I nak buat pengakuan dekat siapa2 yang terbaca ni je la sebab bukan lah blog ni femes sangat macam blog Hanis Zalikha cun melecun tu! Awww... Gara2 gambar kek yang ada tulis nama Wawa dengan siapa ntah! Hiks... Itu sangat bukan kek I okayh! Tak glamour langsung euuu! Kalau kek I confirm ada kale2 pink sikit lepas tu ada gambar kasut tinggi lagi, bunga2, rama2, love2... Baru la hot setap enn! Itu semua ralat paradoks je. Actually bukannya ralat pun! Yang korang pandai2 buat spekulasi mengarut kerepek pisang ntah apa2 tu dah kenapa? Errrkkk..(tangan kat bahu mata ke atas). Macam la dalam dunia ni I sorang je yang ada nama macam tu! Haish. Nak tukar nama la macam ni! Dirgahayu Cik Puteri Barbie Opss Auch Awww Si Kasut Tinggi Merah Jambu! Hambik kau. Nama macam nak minta pelempang je kan! Pheewww... 


Tak sampai 24 jam guna dp tu handphone I asyik bunyi je keje. Yang message lain.. Yang call lain! Malas nak layan eh! Pukul 3 pagi pun ada lagi yang cari! Siap wish2 bagai. Bagi alamat la nak suruh pos kad! Yang merajuk satu hal. Konon I tak jemput! Yang marah2 pun ada. Ada seorang ni siap mengaku malas nak like atau comment dekat gambar tu! Hek eleh.. Yang remove I dekat facebook pun ada! Mak aihhh! Sampai hati korang. Hukhuk!



Awak semua pernah tak dengar pepatah tepuk dada tanya selera? Mesti pernah kan? Kecuali la korang duduk oversea lama2 tak kenal tanah melayu. So, maksudnya di sini sila lah tepuk dada anda sendiri and tanyalah selera malam ni nak makan apa..Eh, bukan tepuk dada dan tanya selera betul tak cerita ni...
Kalau betul pun apa salahnya. Suka hatilah nak ajak awak semua ke tak. Jimat budget. Lagipun afdhal. Tak payah nak tunjuk2 majlis siapa hebat. Just hebahkan dekat semua je yang adinda sudah ada yang punyaaaa (macam Hamidah Segaraga cakap dekat Abdul Wahab).





Kalau I cakap kek tu dan nama yang ada dekat kek tu memang I punya agak2 korang percaya tak??? Tak caya? Tak caya sudah! Meh datang rumah tengok sireh junjung 7 tingkat!!!






Love,h'wawa















Monday, May 27, 2013

Maafkan....



Percayalah! I bukan perempuan super cantik ibarat Neelofa campur Fasha Sandha campur Rozita Che Wan campur Lisa Surihani! Dapat bayangkan tak kombinasi tersebut! Senang cerita memang dilahirkan cantik sempurna perfecto lah sejak azali lagi! Hmmm... Just an ordinary girl yang semuanya, actually  almost semua yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat sederhana saja! Tak percaya? Anda kena percaya ini sebab kalau tak percaya lan tak lan botak la! ;p Okayh, kembali serius. 



Sebenarnya ini adalah luahan rasa hati yang berbaur agak berjiwang sedikit. I guess la! Kalau terlebih jiwang tu minta maaf awal2 ok! Saja ja nak tulis. Sebab I macam rasa ada orang dah berkecil hati dengan I yang maybe trouble heart makers bagi dia. Kot la! Bukan nak perli sesiapa but mungkin dia tau entry ini wujud because of him! Memang special dedicate untuk dia or another person or another another person! 


I am sorry. I couldn't make it! Sebabnya I tak mampu untuk tipu diri sendiri. Lagi teruk dengan menipu orang lain. Itu sangatlah tidak adil. Tapi percayalah, I sangat2 kagum dan rasa  sangat dihargai sebab you selalu ingatkan I yang you selalu ada untuk I. Our first met was a great day walaupun I sangat macam kartun masa tu! =)  Kalau la you tau betapa susahnya nak buat pilihan... Tapi yang buat I tersenyum sampai sekarang bila teringat balik proposal you last year! Haha...nak jatuh jantung tahu tak???? Sanggup pulak nak cari rumah dekat KL sebab tau I memang takmau keluar dari KL kesayangan hati! KetentuanNya takde siapa yang tau. =)   Mungkin dulu boleh la you all semua cakap I tolak orang lain because of MrFS bukan nama sebenar tu. Haha.. (tutupmuka) Tapi sekarang bila takde FS pun.....hmmmm...macam tu la..



"Kalau u dah ada orang lain, bagi tau I k. I takde la nak mengharap selalu nanti. I am ok. I undur diri la kalau macam tu..Haha..kesian kat I nnti"



Then, nak cakap apa lagi? Memang isi entry ini tak cukup padat. Sebab nanti kalau I baca balik mesti malu dan rasa nak delete je. Hukhuk... Actually, I know you want to make a real full stop between us now! Nice knowing you too. Lepas ni confirm dah takde dah orang I nak merepek hantar emoticons banyak2 dekat skype! -_-    Tomorrow onwards will never be the same again kan! Opss..... Mungkin ada yang lebih baik dari semua segi untuk you! Who knows? Last sayin, I'm sorry!






::: Lepas ni mesti I kena karma lagi sebab sakitkan hati orang! Waaaaaaa :((((






Love,h'wawa












Thursday, May 23, 2013

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit ;)



Bila tengok cerita 3 Abdul ni mesti I teringat dekat housemate, roomate, classmate, corsemate, campusmate, and terengganumate I yang seorang ni! Cik Yue! Sebab apa? Sebab cik yue ni je yang cakap lagu buang yang keruh ambil yang jernih ni best. Ntah apa yang bestnya pun I tak tau. Haha. Kalau ada cerita2 melayu lama ni memang tiga muka wajib yang tunggu depan tv mesti la I, Nadya, dengan Cik Yue! Feberet kitorang tengok cerita2 macam ni. Cerita zaman hitam putih ke, cerita MrOs ke, Faizal Hussin muda2 ke, semua layannnn je. Qis pun pernah cakap yang dalam rumah ni (rumah sewa masa diploma dulu) I dengan Nadya je yang dia rasa suka tengok cita lama2 ni.. Qis cakap "aku rasa Wawa ngan Nadya je yang rajin tengok cerita2 gini...tapi ok lagi Wawa sebab layan cerita zaman MrOs..Nadya klasik gila sebab layan P.Ramlee..hahaha"Tapi kalau cerita 3 Abdul ni yang rajin tunggu lagu wajib Abdul Wahub dengan bini dia dekat kandang kuda tu mestila Cik Yue! Hihiks...



Sampai sekarang kalau tengok cerita ni je mesti I ingat dekat Cik Mek sorang ni! Apa ntah yang bestnya.. Nak layan tak?



Comment? Suka tak? Haha...


Dulu I tak suka lagu ni. Lembap semacam. Tapi kalau pasal cerita dia memang terbaik. Siap hafal lagi dialog tau! Begolek2 ketawa. Sakan! Tapi lama2 cam best jugak lagu ni. Boleh la kan... >_<



:: Cakap pasal diorang ni tetiba rindu pula kat Terengganu! *tsk






Love,h'wawa















Friday, May 10, 2013

Abah's Story



My abah was admitted in Ampang Puteri last night! *Panic button pushed.  He needs some operation on his waist.  Actually it’s a problem with their urinary tract but I totally don’t know what exactly the problem is. Thank God it’s not a kidneys problem. Just now he called and says that he still waiting for the operations room. Most probably it’s not today! Hopefully lah! Fuhhh… We gonna visit him after Asar and of course baby Izz also come to visit his Tok Abah! Hehe..  



For this coming Rejab in a few hours later, my pray is he will be fine and in a good health! Amin amin beribu kali. May Allah bless him because I still need abah by my side! *saddy L 


Sadly maybe he can’t be with me on my graduation day! *tsk tsk . 


Salam rejab dearie and Happy mother’s day mommies!




LoveDad,h'wawa




Thursday, April 25, 2013

Merepek Kerepek Datang Lagi


Guess what? Setelah bertahun I tinggalkan hobi sepai tak bergaji ni tiba2 malam ni hobi tu datang balik! Terima kasih la tangan yang sangat gatal nak skrol2 mouse tu sampai dah takde benda lagi nak stalk! And kesudahannya I am locked! Nothing to say! Haha... Actually I pun tak tau what happen to me lately! nsomnia tahap gaban! Golek2 144 kali pun belum tentu boleh lena! Agaknya kalau buat vdeo clip kuch kuch hota hai mau satu padang bunga tulip ni I bergolek! Hukshuks...


Saya si  pengintip! Awas la uolls! Ntah2 anda di antara orang yang I se-talk! Gila kan! Padahal dulu dah janji senyap2 dalam hati tak mau stalk men-stalk ni! Ntah kenapa malam ni macam ngokngek pulak! Bukan setakat seorang! Ber-orang ber-orang ni! Paling ngek bila I ter *opss auch aww something! Pffftttt..exkiusmi, ini bukan seperti yang anda fikirkan  ye! Terlajak perahu boleh di undur! Terlajak tekan mouse habisla semua rahasia terbuka! Aiyookk tataiyookk!



Dulu sampai janji2 tak nak jadi stalker ni sebab lama2 hati sendiri yang sakit! Wah, ayat tak boleh blah gittew! Tapi ini cerita betul! I jadi stalker. Stalk fb dia. Dari last post sampai dekat la fb tu tulis bila dia ada akaun fb  stalk! Punyalah nak tau sangat! Segala post, tag, photos, link and what so ever yang dia post atau orang lain post dekat dia I baca! Kalau ada somebody punya posting yang agak related dengan hasil kajian I orang tu pun I stalk! Bapak psycho! Phew... tapi bla skrol punya skrol then jumpa something yang mencederakan hati ni terus rasa nyesal gila nak pengsan! Hepppp, tangan ni nakal sangat kan! Siapa suruh gatal2 nak stalk orang! Padan muka ;p . (cerita lama)



Bermula dari saat ketika dan detik itu, maka saya pun memaksa untuk berhenti menjadi penyiasat persendirian ala2 Conan tu! K,bye! Lagipun I macam kena sumpahan (ish, khurafat hw ni!). Asal I stalk orang tu sampai licin at last mesti the end dia tak berapa nak best! So, better don't! Kang ada yang patah seribu nanti neh!


Dan untuk malam ni saja satu benda yang I dah tau! Lagi satu tu I stalk sebab saja je nak uji minda! Hihiks ngokngeks! Kajian yang ni  belum berhasil lagi sebab result still unknown! Till then! Earth hour time! So, lets switch off the lappy!



Goodnyte Love!



Love,h'wawa




Saturday, March 16, 2013

Izz Zack Izz Zara ♥



Yeay! Hari ni MD berjaya pakai kan izz zackwan a.k.a ish ketam bola tudung ikan bawal!  Hewhewhew! Izz nanges2 gerak2 tak mau pakai MD paksa jugak. Mak tok dah jerit2 takut Izz jatuh! Mama Izz tengah mandi! So, lets play! Heheh. Nasib baik MJ ada nak tolong MD and willing nak betulkan tudung Izz Zack! Phewww...Dan ...ini lah hasilnyaaaa

Ini Izz Zack ke Izz Zara? 



Cubaan banyak kali. Tapi semua senget menget. Izsh tak boleh dodok diam. Rimas katanya. Rimas dengan tudung. Rimas dengan MD! Hmmmm.... 




MD sayang ISH KETAM BOLA   Hiksssss





LoveIZ,h'wawa






Friday, March 15, 2013

Bola Bola Daging bersama Gadis ♥



Untung jadi semester 6. Even though macam sengaja mensibukkan diri dengan thesis banda alah bagai ni tapi boleh lagi keluar jalan2! Itu sangat fun okayh! Nak2 bila keluar dengan gadis2 yang asyik merepek kepek pisang! Yeay! Ber meat ball dengan Mak Ngah, Acik, dan Ati! Memang sengaja je pilih hujung2 sem! Baru lah ohsem kan! Baru terasa feel macam final year student! (Dulu laa) Heheh. 


Hooyeee! Meatball untuk Ati dengan Mak Ngah 





Dan ini..Meatball untuk Acik ... Spaghetti untuk Mommy Dedek!   Sebab...I tak makan meat! 




Kelaparan yang terlampau sampai rambut pun dah jadi macam orang gila setengah mati! Selekeh sangat! Nasib la tak kene beratur lama! Fuhhh... Mak Ngah dan Ati pun sempat lagi tapau bola bola daging idaman! =)




Datang memang untuk makan je! Habis makan balik! Tapi sempat lagi sesat masuk sampai Taylor's College! Gila best! Siap dapat free massage untuk montots lagi! Hiksss.. Acik bawak kereta memang superb! Terlambung2 Mommy dengan Mak Ngah dekat belakang! Haha.. Sweet moments ever! Sampai termimpi mimpi okayh! Thankie girlfie for the night!  ♥ LOVE







Love, h'wawa





Tuesday, March 12, 2013

Selamat Pengantin Baru Ynaa =)



Bau bunga rampai je opss auch aww sekarang ni! Yeay! 

Selamat pengantin baru diucapkan buat kawan kepada kawan saya

Ynaa dan Akmal!

Semoga ikatan yang di bina akan kekal selamanyaaaaa!

Amin... =)


Kad kawin Ynaa je yang dapat post! Sebab nya tak ada gambar dengan pengantin! Hiks! =)



9 March 2013




The beautiful bride! 


Sama sepet macam Nadea! =)



May Allah bless both beautiful ladies! Yeay!! Dua2 pengantin ni nikah pun selang seminggu je! Nice =)




Kesian Angelo! Ynaa Oh Ynaa dah kawin! Hukhuk ;P







Love,h'wawa







Monday, March 11, 2013

Happy Birthday Mamita ♥



11 March 1951

Today is 11 March

Happy birthday mamita! 

Zaharah binti Hashim

I love you till the end of my life! Yeay!

 I'm yours!

Forever and ever!

Much love!

Big hug and kisses

From your daughter

LOVE




I

LOVE

YOU

MOM









LoveMommy,h'wawa


















Sunday, March 10, 2013

Kawin Mimi ♥



       Entry peram untuk opss auch aww kali ni! Hari nikah Mira and Fais. =) Dah nak masuk sebulan lebih baru datang idea nak update! Takpe la kan! At least ada jugak cerita nak memenuhkan post bulan 3 ni! Hewhew...


      Mira atau Mimi punya hari nikah. Dekat masjid tabung haji. First time kot masuk kat masjid ni! Cantik sangat. Beberapa hari sebelum hari kejadian, dapat message panjang berjela yang kalau kita nak buka  baca message dia punya loading gila lama nak tunggu! Itu la trade mark Mimi. Dia memang suka bagi message panjang2 ni! Nak senaman mata mungkin! Message menjemput kami geng bff bilik Seroja (I, Tasha, Thyra, Effa, Husna) menjadi saksi di bawah lampu torch light detik pernikahan mereka! Cheewah! Hihi... Eh, betul la. Masa semua sibuk2 nak cari posisi yang agak selesa tubuh badan dalam masjid tu tetiba je black out! Scarryyyyy...gelap gulita! Automatic semua pun jerit! Including me! I is scary! Tangan pun laju je genggam tangan Tasha. Takut hilang! Dah la bapak ramai orang dalam masjid. Kang tetiba salah terpegang tangan tok kadi! Hahai!!! Acane tu? Tapi dalam gelap2 pun sempat lagi aim tempat cantik punya betul2 keliling tempat duduk pengantin perempuan! Harusla nak tumpang sekali. Siap posing bagai dalam gelap! Phewww.. Nasib tak ter snap gambar tetamu tak di undang sekali. Opss, eh...jangan sebut nama dia! *heart beat


     Sebelum nikah sementara nak tunggu Isyak! Kitorang yang sampai dulu tau! Hebat kan!
                                                                       Yeayess 



Lama la jugak nak tunggu tok imam masjid godek2 peti elektrik nak bagi terang balik. Haha. Romantic betul Mimi. Nikah pun guna candle light! Very the glam =)



Tunggu punya tunggu punya tunggu, finally Mimi and Fais selamat di satukan! And they live happily ever after hopefully! Amin!


                         Tasha Effa Thyra Hawa Huda Husna Am and the pengantin!
                                                               Fais & Mimi 



Sopannya Fais ~~~


Fais si pengantin lelaki. Aduuuuuiiiiiii.. Dia punya suara masa nak akad nikah depan tok kadi tu macam dalam kelambu! I rasa tok kadi dengan dia je kot yang tau apa yang dia sendiri cakap. Kitorang yang lain2 ni dengar soksek2 je. Lepas tu tetiba orang lain sebut sah2 banyak2 kali! Lepas tu semua orang tadah tangan baca doa! Husna dekat sebelah I dengan confident nya cakap "bila nak nikahnyaaaaa"... Haha.. Tau2 tengok pengantin tengah solat sunat nikah! Fine. Nak sedapkan hati cakap ni semua salah budak kecik yang nangis masa Fais lafaz akad tadi! Grrrrr...



Mimi Si Pengantin Rajin

Lepas je sarung cincin maka bermulalah detik Mimi asyik salam je dengan semua yang datang tengok dia nikah! Dari family Mimi ngan Fais sampaila family2 orang lain kawan2 tetamu jemputan orang masjid mak andam photographer bagai! Dari yang tua sampai budak kecik baby! Semua dia nak salam. Ingatkan dalam masjid je. Sampai dekat dewan makan time kitorang semua tengah kemaruk nak sumbat perut dengan tabahnya Mimi dengan Fais pusing satu dewan pergi tiap2 meja nak salam dengan tetamu! Cayalah... Tapi tak penat ke ek buat perkara yang sama and salam orang yang sama! lol ;p



The Flower Girls 


Sesat Di Kuala Lumpur

Habis je majlis, kitorang geng sebilik plan nak jalan2 sekejap menghirup hiruk pikuk kota! Nama pun budak urban! Hewhew. Nak pergi uptown katanya! Tapi kena tunggu Am Husna ngan Effa balik Shah Alam tukar baju dulu! Maka, Tasha Thyra dan Hawa pun duduk la dekat kedai mamak menantikan anak dara 3 orang tu! Dekat setengah jam tunggu masing2 muka ngantuk tahap gaban! At last, kami bertiga decide nak balik je.  Biarlah budak bertiga tu overnight sendiri.. Hukhuk. Sampai je dekat batu caves Effa call cakap diorang sesat dah sampai depan PWTC. Omoooo... So how? Terpaksa la anak KL ni menunjukkan jalan lurus untuk mereka pulang! Nampaknya Tasha sorang je la yang selamat balik rumah! *ting



Kampung Baru Jadi Pilihan

Tasha dah selamat pulang! Tata. I dengan Thyra meneruskan misi menyelamat gadis bertiga! Go go. Nasib baik Syawal (love is cinta Thyra) willing nak teman kitorang! Jadi, geng penyelamat dah jadi 3 orang! Setelah mangsa diselamatkan ada request pulak nak jalan2 pusing KL. Pukul 1 lebih dekat KL ni ada apa je. Lorong Haji Taib buka la! Itu pun kalau korang nak servis *tuttttttt...! At last, bawak je diorang makan dekat Kampung Baru! Lagi pun sini je yang hidup. Makan gelak makan gelak. Mak dah kring2 tanya nak balik pukul berapa! Tengok jam...Homaiiii, 3 am oredi! Bergegas weyh nak balik! Maklumlah, I kan tak boleh kena embun malam nak masuk pagi! Anak dara tak elok merayap malam! (kelonggaran di berikan sebab dah cakap awal2..lagipun Thyra yang hantar! pheww). Dah la hujan time tu! Dengan baju kurungnya. Siap kena perli lagi cakap kitorang baru balik maulud! Ciskek betui!



Kesian Thyra kena tidur dalam kereta! Love both T & T 




Ok, ni baru hari nikah! Hari sanding maybe next month! Well, I dengan Mimi kan April buddies! So, kena cari bulan April jugak for historical day! Hiksss....







Love, h'wawa







Saturday, March 9, 2013

Nadia & Ikram =)


Lately, sistem biology badan memang agak mendukacitakan. Even masuk bilik pukul 12 malam pun golek punya golek kiri kanan at last mata nak tutup around pukul 3 pagi jugak! Euuuu.. Lepas tu kena bangun awal. Lepas tu makan pun tak betul! Ingatkan boleh kurus last2 makin tembun! Hishhh.. darah pun makin naik. Gula pun makin naik! That's why la nyamuk asyik nak giget je! Grrrrr..... So, mood kenot slip malam ni kita manfaatkan dengan buat entry baru untuk blog buruk ini! Yeah!


Last weekend, I with lovely Alis and Dila went to Nadia Shariful punya wedding reception! =) Makan tahun jugak nak jumpa diorang ni even jarak rumah tak lah jauh beribu batu pun! Disebabkan kesibukan anak2 dara ni semua  so nak jumpa time kawin2 ni la! Yeayyyy... Lagipun kenduri area KL je. Rugi tak pergi! Kata urban socialista! Hikhik...  Dah la sampai pukul 2 lebih! Nasib ada makanan. Itu yang penting! Yeayess! Sampai2 je nampak Fat bawah pokok! Kesian besties I! Lama sangat tunggu kitorang agaknya! =)


And...this is the Raja Sehari for that day! Gila sweet bestpren I ni!

                                                                     Nadia & Ikram =)


Dua2 pun comel! Kurussss gila okay! Berdiri sebelah Dea rasa macam tembun gila! Hukhuk... Pipi dia pun dah tak ada! Gambar  I dekat pelamin memang scary mary sangat nak letak! Triple kembang je I dekat tepi tu. Nightmareeee sangats! *panic button pushed






                                          Susun ikut tangga okay! Fat Alis Sya Hawa 



Gambar bersama pengantin comel! Kawan2 masa SRK (1) Kuala Ampang. Beribu lemon punya cerita! Masa darjah satu masing2 kelas lain2. Fat 1K, Nadea 1B, Sya 1S, I 1R. Even kelas lain2 tapi selalu nampak muka budak2 neh! Dengan Sya siap main senyum2 lagi sebab kelas kitorang sebelah2 gitewww! I, Dea, Sya satu kelas masa darjah dua! Kawan baik sampai habis sekolah! Tapi I habis dulu sebab darjah 6 tukar sekolah angin! Biasa la, nomad katakan! :P




                                                                 Gathering together! 


                                                Kad pengantin pun nak letak! Ok lettew! =)





Ni je. Takde gambar lagi nak letak! Posing memang banyak tapi semua dekat photographer Nadea! Kalau nak roger2 la pengantin baru. Hiks...



Tahniah Nadia & Ikram. Semoga kekal bersama selamanya! Amin.. Selamat ber-preparation untuk B2B Syafinas!!! Jangan lupa pos kad okay!


xoxo





                                                                  Love, h'wawa





Wednesday, January 30, 2013

Gorgeous B! ♥



Kenapa Barbie sangat gojes dan cantik? Tinggi lampai. Rambut panjang. Badan macam jam pasir. Kaki halus. Mata cantik. Hidung mancung. Bulu mata lentik. Soft spoken. Comel. Lagi comel bila selalu je pakai kale2 pink ni! High heels lagi. Clutch and dresses yang cantik2! Buat mata I pusing2 je tau! Nak cantik macam Barbie jugak! Tapi boyfriend Barbie si Ken tu takla handsome sangat. Handsome lagi Ben10 kan! Ben10 kawin dengan Barbie ok apa. Nanti warna tema combination between pink and green. So sweet! =) 



Tengok Barbie punya stuff untuk red carpet ni pun dah buat naluri I goyah! Auch! Heels dia meletop! Nak jugak macam tu! *wishlist 



Sweetpie! 









LoveBarbie,h'wawa













Pointless!



For today punya entry lebih kepada mood romantis picisan sedikit. Lagipun rasanya dah lama perasaan jiwang karoot ni dipendamkan! That's it! 


Ramai yang cakap I telah dipengaruh oleh rancangan television 100%? Alaaa, senang cerita terpengaruh dengan cerita2 yang ada dekat tv tu. Tak kisahla melayu ke cina ke tamil ke hollywood ke filipina, indon, jepun, korea, arab, mexico, singapore, taiwan, thailand, apa2 semua bagai! Remy Ishak ke.. Yang pasti otak dah termakan hasutan cerita2 dekat tv. Hebat betul! 


Actually bukan la nak sangat cakap pasal pengaruh tv. Tapi kepada emosi! Bukan spiritual atau fizikal. Hanya emosi sahaja. Oooooohoi! Saya sangat jealous sekarang. Tak tau la sebab apa. Pengaruh laman sosial mungkin! On twitter scroll sampai bawah nak tengok kalau2 Thyra ada reply apa2. Sekali nampak tweet lain. Tak mau assume. Kang salah, dosa! Aiyoook.. Tiba2 jadi jelly2. Even orang tu selalu cakap I pen -jealous dengan seseorang yang ibarat adik tapi buat apa nak mengaku kan! Omoooo... Apa kena ntah! Baru je handphone dekat sebelah bunyi pun buat tak tau. Malas tau nak angkat! Tapi bila stop bunyi baru la rasa alamaaaaakkkkkkk kenapa dah tak bunyi! Silly me! Tadi tak nak angkat sangat. Haishhhh.....


Saya pen-jealous! Lagi2 bila Anuar Zain cakap nak gadis idaman macam Nora Danish.. #eh. Macam iklan susu budak2 dulu2. Dua scoop. Satu untuk sekarang. Satu untuk masa depan! =) Dan yang untuk masa depan itu let it follow the flow. Flyyyyy... Macam kata seseorang dahulu. "Kena yakin dan percaya baru la hubungan berjaya" walaupun orang yang cakap tu tak tau la dia percaya ke tak (wink).




Motif gambar ini? Saja2 je. Memang takde kena mengena dengan entry =) 
With beautiful mommy to be! Yeay 




Dan sebenarnya I tak tau apa motif entry ni. Semuanya kosong....kosong...ko...song! Tu sebab orang dulu2 cakap jangan ikutkan hati. Kalau ikutkan hati macam ni la. Merepek tak tentu pasal. Hmmmm... Lebih tepat lagi mata dah ngantuk sampai dah mereng tak boleh pikir apa. Hewhew.... Dan.....kenapa phone ni taknak bunyi lagi???? Bye!







Love,h'wawa











Tuesday, January 29, 2013

Selamat Tidur ♥



I can't sleep. Ni semua lepas mata segar sebab nanges tengok Kassim Selamat pemain saksefon. Beribu lemon kali tengok pun asal sampai je part yang cocok mata dengan garpu tu mesti nak sentap sikit. Menghayati la katakan! =) Tapi disebabkan jam laptop ni dah tulis sekarang dah pukul 4.27 pagi, maka terpaksalah berhenti menaip, tadah tangan baca "BISMIKALLAH HUMMA AHYA WAAMUT" !  Kena paksa tidur jugak! 




Selamat malam sayangs ku! Semoga dibuai mimpi indah!




Kalau ada yang tak boleh tidur sebab rindu dekat I, 




TEPUK BANTAL 3 KALI




SEBUT NAMA I TUJUH KALI



Selamat Mencuba!




I U







Love,h'wawa









Izz Zackwan ♥




Hari ni dah Selasa kan? Selamat hari Selasa semua orang! =)  Nanti pukul 9 malam ada Shah Jazle dan Wawa (I kot) dekat tv3. Don't missed it okay! =)



1 2 3 4 5. Lagi 5 hari tak termasuk hari ini Izz Zackwan  the baby nak balik! Yeay. Punyalah lama nak dok tunggu nak tengok muka anak buah pertama sampai kena tunggu 3 bulan. Phewww. Dari kurus sampai dah demok dah mommy tunggu Zackwan! Kalau tulis hikayat cinta dengan Chef Adu mau masuk sampai bab 24 ni. Perghhhh...



Izz Zackwan




Siapa nak lullaby ni?


Zackwan punya pasal sekarang dekat depan ruang tamu tu dah penuh dengan beg2 sampah benda alah apa benda ntah. Operasi pembersihan bilik besar besaran. Couple weeks ago mama Zackwan call cakap nak tukar bilik dengan Tok Abah. Maka terpaksalah lakukan rombakan kecil. Zackwan ambil bilik Tok Abah. Tok Abah ambil bilik mommy kembar. Mommy kembar ambil bilik Zackwan. Sayang punya pasal tak apa la. Excited mengemas. Macam nak selamat hari raya pulaks! Nasib tak cat rumah ni kale pink! Hmmmm... Jakun jap. Orang tak pernah ada anak buah! Hewhew... Tapi bila Zackwan nak balik ni terpikir jap. Hmmmmm... Penuh lagi la rumah ni dengan budak kecik! Masuk Zackwan dah tiga dah budak  kecik armour hero dalam rumah ni! Plus lagi satu budak tak berapa nak kecik. Campur semua jadi empat! Nasib baik abang polis sebelah rumah tak jadi hantar baby boy dia. Kalau tak jadi kilang pemprosessan kanak2 lelaki la rumah ni! Euuuu...mana geng high heels I ni????







LoveZackwan, h'wawa








Pecah Kaca



Sekarang ni memang hobi suka update cerita expired dekat blog! Kononnya baru la datang idea nak merepek apa. Kalau tak duduk la berjam jam depan kompuer riba tu last2 komputer yang tengok kita balik! Hmmmm... 


Kalau tengok cerita zaman dulu2 yang takde kale lagi especially cerita melayu dengan tamil mesti kalau kita terpecahkan apa2 benda kaca yang terkena jari ke kaki ke lengan ke dan mengeluarkan darah lepas tu mesti ada nenek or mak2 yang cakap ada benda buruk nak jadi. Pernah tak tengok? Pernah kan? Pernah kan? Siapa cakap tak tu memang tipu ah... Bukan duduk Malaysia agaknya! 


Benda tu agak2 nya betul ke bohong? Eheh.. Macam bohong kan? Macam la. Tak kata betul2 bohong pun. Tapi kalau bohong betul2 pun mana la tau kan? Kan? Kan? Ok, cuba tengok gambar dekat bawah ni. Agak2 sebab apa? Kenapa pecah? Ke sebab banyak sangat tengok cerita P.Ramlee dengan MGR ni? Agak2 betul ke bohong ni? Tengok la... Tengokkkkk



Opsssss



Untuk tidak memberi peluang korang membuat cerita bohong dan memeningkan kepala lagi, maka inilah kisahnya. Mug yang macam kawah gunung kalahari tu adalah mug yang telah pecah oleh perbuatan diri ini sendiri. Grrrrr. Ni semua gara2 tengok Shiro masa final MLM hari tu. Excited gelak2 tengok Shahrul Shiro  yang hensem tu tangan ni nak ambil bantal atas kerusi tetiba "pangggggggg" kuat2. Mug dekat tepi kerusi dah terbaring. Semua orang dalam rumah tengok. Mak dah jeling2 dah! Haha..omaigod! Scary you! Dengan muka tak bersalah tapi agak cuaknya kutip la kaca yang pecah tu. Dah la atas carpet. Siapa kena cucuk kaca nasib! Aiyoook. Nasib baik kaca tebal. Pecah pun besar2. Senang nak kutip. Pejam mata pun boleh! Hewhew... =) Setelah 17 tahun maka ni la kali pertama I pecahkan barang kaca! Rasanya last pecahkan gelas masa darjah dua kot. Takpun darjah satu. Tak kisahla... Maka berakhirlah riwayat koleksi mug yang satu ni. Geng mug ni yang lain2 semua dah pecah. Bapak lama umur mug ni. Rasanya masa I sekolah rendah lagi kot! Babai sayang. Sorry terpecah! Ni semua salah Shiro 



Tu la... Banyak sangat tengok cerita Abang Kassim dengan Pudu Padaa Vaa agaknya!






Love, h'wawa