Tuesday, June 18, 2013

Kisah Kucing


Hari Sabtu hari tu kan, I dengan kakak I sakan menanges! Baby Izz pulak gelak2 tengok kitorang nanges! Agaknya dia ingat kitorang saja2 je nak nanges macam dia bila lambat bagi susu kot! Hek eleh! ;p  Hari tu dalam pukul dua lebih kot kitorang semua duduk la tengok tv dekat depan. I pulak godek2 youtube konon nak test suara. Dah lama tak buat karaoke rosak! Hehe.. Tiba2 dengar benda jatuh gedebuk kuat gila nak mati dekat luar! Dulu2 kalau dengar bunyi benda jatuh mesti nak tengok! Ye la.. Kang tetiba ada orang jatuh mati kang berhantu pulak dekat ruman neh! Tapi lama2 bila dengar benda jatuh kitorang buat tak kisah je sebab tu mesti kerja orang yang sivik rendah campak sampah dari atas! Stupid! So, bila dengar bunyi gedebuk yang kuat kitorang just senyap2 je and cakap slow2 "apa benda la yang korang campak tu!". I pun sambung balik google tengok One Piece! 



Tak sampai 5 minit bunyi benda jatuh tu tetiba dengar makcik jiran mengucap kuat2! Dengar je makcik tu mengucap abah I pun pergi la buka pintu nak tengok juga apa yang jadi. Gilaaaa! Tetiba abah I jerit "ada orang campak kucing dari atasssss!!!". Haaaa??? I dengan kak ngah I mula 2 macam tak caya! Tanya abah lagi nak tau betul ke tak. Abah cakap memang kucing! Besar. Tiba2 rasa panik! I terus jadi kepoci lari2 pergi dapur cakap dekat mak! Lepas tu tak pasal2 tiba2 keluar air mata! Then abang ipar I pergi tengok! Abang ipar cakap kucing tu dah nazak. Ada darah dekat kepala dia! Uwaaaaaa... Makin kuat I dengan Kak Long nanges! Rumah kitorang dah bising. Semua sumpah seranah dekat orang yang campak kucing tu! Abang dengan adik I tanam kucing tu dekat kebun kitorang! I pun dengan rela hati suruh adik petik bunga ros kuning kesayangan hati letak atas kubur kucing! Kesian kucing tu! :(



Dulu I memang takut kucing! Kalau nampak kucing nanges tahap macam orang nak kena bunuh! Tapi ada suatu hari tu parents I balik dari pasar tani and ada anak kucing follow sampai depan rumah! Mula2 memang menjerit la sampai semua orang bangun! Ye la.. Buka2 pintu tengok ada anak kucing! Dalam takut2 I try pegang kepala kucing! Lama2 ok. Terus kitorang bela! Bagi nama dia Pinocchio!  Dari nama Pinocchio lama2 jadi Etot! Lepas tu sekor2 kucing datang rumah kitorang! Dari sekor je terus kitorang bela jadi 20 ekor lebih semuanya! Siap buat rumah kucing 3 tingkat lagi! I yang bagi makan, basuh berak kucing semua! Kalau beli barang dapur, mesti ada dua troli. Satu troli penuh barang dapur. Satu lagi penuh makanan dengan syampu kucing! Punyalah sayang! Tapi terpaksa berpisah dengan kucing2 masa kitorang pindah Sabah tahun 2002! Bagi dekat orang! Ada yang macam tau2 kitorang nak pindah then diorang lari dulu! Ada yang mati! Sumpah sedih!




Lepas 2002 langsung tak bela kucing sampai sekarang! Serik kot! Jadi disebabkan itu bila I nampak kucing je mula macam rasa takut balik! Nak2 kucing2 besar yang suka leset2 dekat orang! Bapak punya kuat jerit! Takpun kucing yang suka loncat atas riba mintak makanan! Lagi kuat I jerit! Tapi setakat kucing tepi2 tu takde la sampai histeria! Dulu kan dah biasa! :)  Tapi sekarang kalau nak suruh jaga kucing tu rasanya tak kot! 



Tapi takut2 I pun takde la sampai nak ambik baling kucing sampai mati! Takpun letak tengah jalan sampai kena langgar lori jadi penyet! Nak pukul kucing gatal suka kencing sepah2 dengan penyapu pun takut! Kang nanti dapat balasan tau! Acah2 dengan penyapu pernah la. Nak bagi lari je! Cockroaches yang suka kacau Oggy tu pun I tak suka tau! Pelik sangat dengan orang yang boleh dera kucing sampai cacat dan mati ni! Gila ke apa korang niii???? Kena sumpah dengan kucing baru tau!!!






Kesian Oggy kan!





Tak dapat nak tunjuk korang gambar kucing kesayangan I. Nama kucing tu Abe! Nanti Insyaallah kalau I scan I tunjuk okayh!





SAYANGILAH KUCING!








Love,h'wawa









No comments:

Post a Comment