Monday, June 17, 2013

Lanun Sayang ♥


Finally! I tak tau betul ke tak tapi adik cakap episode One Piece tadi adalah episod terakhir untuk siri 1! Uwaaaa.. Nampaknya I kena berpisah dengan Luffy, Zoro, Nami, Ussop, Sanji!  *Pengsan Y_Y. Kalau ikutkan macam betul hari ni last sebab diorang semua dah masuk kawasan Gand Line. Maksudnya dah masuk kawasan harta one piece tu! Tapi bila tunggu sampai habis tetiba keluar "To Be Continued". Terus I senyum. Maknanya ada lagi la tu kan! Lagipun kalau ikut logik diorang baru masuk tapi tak jumpa harta lagi. Tapi tak tau la kalau ending cerita tu memang sampai masuk kawasan Grand Line je. Adik I tak puas hati bila I cakap cerita tu tak habis lagi. Dengan confident nya dia pun cakap "dah habis laaa..tak caya esok tengok la ada ke tak!!" Tak sabar nak tunggu esok! I cakap dekat dia "kenapa tengok dekat youtube tulis ada lima ratus lebih episod?haaa" Then dia cakap "itu one piece 2 la...yang satu pendek je". Oww...


Sayang sangat dekat one piece! Kali pertama I tengok one pice masa tu tahun 2011. Cuti sem part 3. Sambil layan budak2 ultraman mebius ni so terpaksalah tengok je apa yang diorang tengok. Cartoon la. Kang kalau tukar channel lain habis jerit satu rumah! Grrrrr... Cartoon pun cartoon la. Then ada satu hari tu diorang semua tengok one piece. Mula2 I buat bodoh je sebab makin lama macam tak suka tengok anime. Tetiba I dengar cartoon tu jerit2 nama Luffyyyy... Zoroooo...Ussoooopppp.. Then automatik toleh. "Ni cartoon Malaysia ke be?" I tanya dekat adik. (be tu singkatan untuk Abe). Adik I cakap "taklah..Jepun". I tanya lagi "habis tu apesal ada nama Lufy, Usop bagai? Membongak je orang yang alih bahasa ni! Pandai2 nak tukar nama." Adik I cakap "memang nama diorang la". I tak puas hati "mana ada orang jepun nama Usop. Awak ingat Usop Sontorian ke?" Akibat rasa kagum sebab orang Jepun pun ada nama Usop terus I tengok. "Cerita ni pasal apa be?" I tanya lagi. "Ni cerita lanun la." Owww... Maka bermula saat itu I pun join layan one piece. Bapak best! Tapi tengok tak habis. Habis cuti sem terus tak tengok! Lagipun masa I tengok cerita tu dah tengah2 episod dah! Sedih...hukhuk.. Masa I degree part 4 ingat lagi masa dalam kelas E-commerce. Buka computer terus jerit! Zati dekat sebelah tanya "kenapa kak?". I pun dengan excited cakap "wallapaper PC akak ni gambar one pieceeee laaaaa". Sambil senyum bangga terlampau! Zati dengan A'a dekat sebelah pandang2 buat senyum pelik! Haha... ;p

Wallpaper desktop I masa kelas E-commerce! Cayalah ♥


Tiba2, awal bulan 3 hari tu ada ulangan One Piece lagi dekat Astro Ceria! I tengok dari episod satu! Waaaaa...best sangat! Setiap hari pukul 12 dah cop tv nak tengok one piece! Kalau nak mandi sorok remote dulu takut ada orang ambil! I don't care! Kakak pun bising2 cakap kenapa suka sangat tengok one piece. Kakak I cakap lagi husband dia kata cerita one piece ni dah lama. Zaman2 Dragon Ball dulu! Husband dia dengan kawan2 siap ada CD lagi. Ke tengok dekat laptop. Mcam tu laaa. Arghhhh...ni yang jealous neh!

I serach. Sekali jumpa one piece 2. Tengok kejap. Lepas tu nanges depan laptop! Sumpah sedih! :( 


Maka bermulalah pengembaraan I bersama geng2 one piece. So, I tau la macam mana Luffy tu boleh jumpa Zoro, Nami, Usop, Sanji! Adik pulak cakap ada one piece 2. Gila! Ni yang makin excited neh! Tapi bila I search dekat youtube. Episod bersepah2. Tak tau nak tengok cam mana! Agak2 dekat kedai ada jual tak? Please la please la siapa2 yang ada tau dekat mana nak cari One Piece bagi tau I k! Ini adalah paksaan tau!!! Semalam dah tengok search nak download. Tapi lembap semacam! Tak boleeehhhh!! :((((

Luffy Zoro Nami Ussop Sanji Kapal lanun pun nampak baik dan comel kan! 

Mak I bising! Mak cakap " apa la tengok cerita lanun! Lanun kan jahat!" . Haah kan! Lanun memang jahat. Dalam One Piece ni pun semua2 watak2 lanun yang ada semua jahat! Kecuali geng lanun Luffy! Hihiks! Lagipun setakat ni I jumpa dua je lanun yang baik! Satu Pirates of Carribean. Satu lagi One Piece! Ngeheheh.....



SAYANG ONE PIECE 






Love, h'wawa








No comments:

Post a Comment