Fuhhh..ingatkan lagi 2 hari nak raya jalan KL clear tapi memang hampeh kenot blah! Haha...still jammed gila tapi tak berapa kritikal macam biasa. Macam tadi masa kitorang nak cari parking area masjid jamek kena pusing dekat Leboh Ampang dulu sebab jalan tutup! Mood raya punya pasal so tak kisah pun! Lagipun KL tanah jajahan I! Setakat tutup jalan ni pusing jalan tu no hal la! Piece of cake man! =)
Asal dekat2 nak raya je macam biasa la kitorang melawat tempat wajib setiap tahun, masa, dan ketika. Kawasan Jalan TAR dengan Masjid Jamek! Dah rasa macam kawasan rumah sendiri dah. I rasa lagi selamat ada dekat kawasan ni kalau nak dibandingkan dengan area BB tu! Kan situ banyak foreigner kot tu yang agak scary mary sikit! Hihi... Dulu masa kecil2 ingat lagi boleh dikatakan setiap hari or paling koman pun seminggu 4 atau 3 hari I pergi jalan TAR. Sebab mak dulu tailor so rajin keluar nak cari benang butang semua untuk pelanggan! Fuh, mula2 macam excited tengok barang2 jahit kahwin semua tapi kalau dah hari2 mengadap bosan gila okayh! Asal balik sekolah je mesti mak tanya "penat tak? jom ikut pergi beli barang".. Dan tempat yang selalu dituju dulu kedai Klim Craft dekat masjid india tu! Sampai sekarang wujud lagi kedai tu! Fine... Dah merapik jauh gila!
Tadi pun shopping ala kadar je. Tak banyak pun! Pergi beli girl's stuff and barang raya untuk abah! Sakan shopping sampai kena flying kiss dengan budak comel! Aaahai! Nasib kakak tak pengsan dik! Kang kalau Chef Adu nampak habis la!!! ;p Barang I tak banyak pun beli. Macam takde mood je nak raya sebab badan ni taknak cooperate dengan diet! Macam makin tembun je I rasa. Bila test baju raya tadi memang nampak sangat bulat macam doraemon! Mood raya pun jadi 20% je! Mewncik! So nanti kalau nampak I macam lain sikit masa raya buat senyap je tau! Jangan pandai2 nak tanya soalan yang menyentuh jiwa raga! Touchable sangat!
Kawan2 yang on the way nak balik tu hati2 ye! Jangan lupa buka radio dengar info trafik kalau taknak sesak dalam jam! Drive safely! Senang2 datang la Ampang! Bawa duit raya sekali! Selamat hari raya kesayangan hati semua! LOVE YOU!
Esok nak pergi lagi melawat tanah jajahan I tu! Siapa2 nak buat2 terserempak datangla ye. Kita jumpa sekat situ! =)
Love,h'wawa
No comments:
Post a Comment