Tuesday, July 2, 2013

Smurf


Salam sejahtera! Laporan untuk 1 Juai 2013 (walaupun waktu sekarang dah masuk 2 Julai). Tadi I keluar berjalan-jalan. Tak payah tau la kat mana. Masih dalam Kuala Lumpur lagi. Jalan jalan jalan lalu ternampak la satu kedai ni jual (actually takde la kedai pun..gerai maybe) set smurf dari yang paling kecik cenonet sampai la yang besar bapak! Comel gila weyh! Mula2 macam nak beli tapi disebabkan smurf hanyalah berwarna biru maka macam taknak pulak! Kalau pink memang confirm rembat dulu! Tapi bila dah sampai rumah macam rasa rugi pulak tak beli tadi! Teringat pulak I pernah bagi smurf dekat Tasha masa birthday dia yang ke 22 tahun that year (cuba teka sekarang Tasha umur berapa?)! Summmmpahhh comel eventhough Tasha tak cakap comel pun depan I (maybe la)! 




Tapiiiiii.....lagi teringat bila Aqish cakap dia dah nak dapat smurf tapi tak dapat lagi (tak sure sekarang Aqish dah dapat ke belum). Waaaaaa.....mana aci semua orang ada smurf ni!!!! Nak jugaaaaakkkkk...







Takpe la tak dapat smurf pun! Barbie lagi cun!






Love,h'wawa











Tuesday, June 18, 2013

Kisah Kucing


Hari Sabtu hari tu kan, I dengan kakak I sakan menanges! Baby Izz pulak gelak2 tengok kitorang nanges! Agaknya dia ingat kitorang saja2 je nak nanges macam dia bila lambat bagi susu kot! Hek eleh! ;p  Hari tu dalam pukul dua lebih kot kitorang semua duduk la tengok tv dekat depan. I pulak godek2 youtube konon nak test suara. Dah lama tak buat karaoke rosak! Hehe.. Tiba2 dengar benda jatuh gedebuk kuat gila nak mati dekat luar! Dulu2 kalau dengar bunyi benda jatuh mesti nak tengok! Ye la.. Kang tetiba ada orang jatuh mati kang berhantu pulak dekat ruman neh! Tapi lama2 bila dengar benda jatuh kitorang buat tak kisah je sebab tu mesti kerja orang yang sivik rendah campak sampah dari atas! Stupid! So, bila dengar bunyi gedebuk yang kuat kitorang just senyap2 je and cakap slow2 "apa benda la yang korang campak tu!". I pun sambung balik google tengok One Piece! 



Tak sampai 5 minit bunyi benda jatuh tu tetiba dengar makcik jiran mengucap kuat2! Dengar je makcik tu mengucap abah I pun pergi la buka pintu nak tengok juga apa yang jadi. Gilaaaa! Tetiba abah I jerit "ada orang campak kucing dari atasssss!!!". Haaaa??? I dengan kak ngah I mula 2 macam tak caya! Tanya abah lagi nak tau betul ke tak. Abah cakap memang kucing! Besar. Tiba2 rasa panik! I terus jadi kepoci lari2 pergi dapur cakap dekat mak! Lepas tu tak pasal2 tiba2 keluar air mata! Then abang ipar I pergi tengok! Abang ipar cakap kucing tu dah nazak. Ada darah dekat kepala dia! Uwaaaaaa... Makin kuat I dengan Kak Long nanges! Rumah kitorang dah bising. Semua sumpah seranah dekat orang yang campak kucing tu! Abang dengan adik I tanam kucing tu dekat kebun kitorang! I pun dengan rela hati suruh adik petik bunga ros kuning kesayangan hati letak atas kubur kucing! Kesian kucing tu! :(



Dulu I memang takut kucing! Kalau nampak kucing nanges tahap macam orang nak kena bunuh! Tapi ada suatu hari tu parents I balik dari pasar tani and ada anak kucing follow sampai depan rumah! Mula2 memang menjerit la sampai semua orang bangun! Ye la.. Buka2 pintu tengok ada anak kucing! Dalam takut2 I try pegang kepala kucing! Lama2 ok. Terus kitorang bela! Bagi nama dia Pinocchio!  Dari nama Pinocchio lama2 jadi Etot! Lepas tu sekor2 kucing datang rumah kitorang! Dari sekor je terus kitorang bela jadi 20 ekor lebih semuanya! Siap buat rumah kucing 3 tingkat lagi! I yang bagi makan, basuh berak kucing semua! Kalau beli barang dapur, mesti ada dua troli. Satu troli penuh barang dapur. Satu lagi penuh makanan dengan syampu kucing! Punyalah sayang! Tapi terpaksa berpisah dengan kucing2 masa kitorang pindah Sabah tahun 2002! Bagi dekat orang! Ada yang macam tau2 kitorang nak pindah then diorang lari dulu! Ada yang mati! Sumpah sedih!




Lepas 2002 langsung tak bela kucing sampai sekarang! Serik kot! Jadi disebabkan itu bila I nampak kucing je mula macam rasa takut balik! Nak2 kucing2 besar yang suka leset2 dekat orang! Bapak punya kuat jerit! Takpun kucing yang suka loncat atas riba mintak makanan! Lagi kuat I jerit! Tapi setakat kucing tepi2 tu takde la sampai histeria! Dulu kan dah biasa! :)  Tapi sekarang kalau nak suruh jaga kucing tu rasanya tak kot! 



Tapi takut2 I pun takde la sampai nak ambik baling kucing sampai mati! Takpun letak tengah jalan sampai kena langgar lori jadi penyet! Nak pukul kucing gatal suka kencing sepah2 dengan penyapu pun takut! Kang nanti dapat balasan tau! Acah2 dengan penyapu pernah la. Nak bagi lari je! Cockroaches yang suka kacau Oggy tu pun I tak suka tau! Pelik sangat dengan orang yang boleh dera kucing sampai cacat dan mati ni! Gila ke apa korang niii???? Kena sumpah dengan kucing baru tau!!!






Kesian Oggy kan!





Tak dapat nak tunjuk korang gambar kucing kesayangan I. Nama kucing tu Abe! Nanti Insyaallah kalau I scan I tunjuk okayh!





SAYANGILAH KUCING!








Love,h'wawa









Monday, June 17, 2013

Lanun Sayang ♥


Finally! I tak tau betul ke tak tapi adik cakap episode One Piece tadi adalah episod terakhir untuk siri 1! Uwaaaa.. Nampaknya I kena berpisah dengan Luffy, Zoro, Nami, Ussop, Sanji!  *Pengsan Y_Y. Kalau ikutkan macam betul hari ni last sebab diorang semua dah masuk kawasan Gand Line. Maksudnya dah masuk kawasan harta one piece tu! Tapi bila tunggu sampai habis tetiba keluar "To Be Continued". Terus I senyum. Maknanya ada lagi la tu kan! Lagipun kalau ikut logik diorang baru masuk tapi tak jumpa harta lagi. Tapi tak tau la kalau ending cerita tu memang sampai masuk kawasan Grand Line je. Adik I tak puas hati bila I cakap cerita tu tak habis lagi. Dengan confident nya dia pun cakap "dah habis laaa..tak caya esok tengok la ada ke tak!!" Tak sabar nak tunggu esok! I cakap dekat dia "kenapa tengok dekat youtube tulis ada lima ratus lebih episod?haaa" Then dia cakap "itu one piece 2 la...yang satu pendek je". Oww...


Sayang sangat dekat one piece! Kali pertama I tengok one pice masa tu tahun 2011. Cuti sem part 3. Sambil layan budak2 ultraman mebius ni so terpaksalah tengok je apa yang diorang tengok. Cartoon la. Kang kalau tukar channel lain habis jerit satu rumah! Grrrrr... Cartoon pun cartoon la. Then ada satu hari tu diorang semua tengok one piece. Mula2 I buat bodoh je sebab makin lama macam tak suka tengok anime. Tetiba I dengar cartoon tu jerit2 nama Luffyyyy... Zoroooo...Ussoooopppp.. Then automatik toleh. "Ni cartoon Malaysia ke be?" I tanya dekat adik. (be tu singkatan untuk Abe). Adik I cakap "taklah..Jepun". I tanya lagi "habis tu apesal ada nama Lufy, Usop bagai? Membongak je orang yang alih bahasa ni! Pandai2 nak tukar nama." Adik I cakap "memang nama diorang la". I tak puas hati "mana ada orang jepun nama Usop. Awak ingat Usop Sontorian ke?" Akibat rasa kagum sebab orang Jepun pun ada nama Usop terus I tengok. "Cerita ni pasal apa be?" I tanya lagi. "Ni cerita lanun la." Owww... Maka bermula saat itu I pun join layan one piece. Bapak best! Tapi tengok tak habis. Habis cuti sem terus tak tengok! Lagipun masa I tengok cerita tu dah tengah2 episod dah! Sedih...hukhuk.. Masa I degree part 4 ingat lagi masa dalam kelas E-commerce. Buka computer terus jerit! Zati dekat sebelah tanya "kenapa kak?". I pun dengan excited cakap "wallapaper PC akak ni gambar one pieceeee laaaaa". Sambil senyum bangga terlampau! Zati dengan A'a dekat sebelah pandang2 buat senyum pelik! Haha... ;p

Wallpaper desktop I masa kelas E-commerce! Cayalah ♥


Tiba2, awal bulan 3 hari tu ada ulangan One Piece lagi dekat Astro Ceria! I tengok dari episod satu! Waaaaa...best sangat! Setiap hari pukul 12 dah cop tv nak tengok one piece! Kalau nak mandi sorok remote dulu takut ada orang ambil! I don't care! Kakak pun bising2 cakap kenapa suka sangat tengok one piece. Kakak I cakap lagi husband dia kata cerita one piece ni dah lama. Zaman2 Dragon Ball dulu! Husband dia dengan kawan2 siap ada CD lagi. Ke tengok dekat laptop. Mcam tu laaa. Arghhhh...ni yang jealous neh!

I serach. Sekali jumpa one piece 2. Tengok kejap. Lepas tu nanges depan laptop! Sumpah sedih! :( 


Maka bermulalah pengembaraan I bersama geng2 one piece. So, I tau la macam mana Luffy tu boleh jumpa Zoro, Nami, Usop, Sanji! Adik pulak cakap ada one piece 2. Gila! Ni yang makin excited neh! Tapi bila I search dekat youtube. Episod bersepah2. Tak tau nak tengok cam mana! Agak2 dekat kedai ada jual tak? Please la please la siapa2 yang ada tau dekat mana nak cari One Piece bagi tau I k! Ini adalah paksaan tau!!! Semalam dah tengok search nak download. Tapi lembap semacam! Tak boleeehhhh!! :((((

Luffy Zoro Nami Ussop Sanji Kapal lanun pun nampak baik dan comel kan! 

Mak I bising! Mak cakap " apa la tengok cerita lanun! Lanun kan jahat!" . Haah kan! Lanun memang jahat. Dalam One Piece ni pun semua2 watak2 lanun yang ada semua jahat! Kecuali geng lanun Luffy! Hihiks! Lagipun setakat ni I jumpa dua je lanun yang baik! Satu Pirates of Carribean. Satu lagi One Piece! Ngeheheh.....



SAYANG ONE PIECE 






Love, h'wawa








Wednesday, June 12, 2013

Wawa Dan ???


First entry untuk bulan Jun! Tak kisahlah kalau hari ni dah 12 Jun! Time flies so fast kan! =)
Ok, dekat sini hari ini I nak buat pengakuan dekat siapa2 yang terbaca ni je la sebab bukan lah blog ni femes sangat macam blog Hanis Zalikha cun melecun tu! Awww... Gara2 gambar kek yang ada tulis nama Wawa dengan siapa ntah! Hiks... Itu sangat bukan kek I okayh! Tak glamour langsung euuu! Kalau kek I confirm ada kale2 pink sikit lepas tu ada gambar kasut tinggi lagi, bunga2, rama2, love2... Baru la hot setap enn! Itu semua ralat paradoks je. Actually bukannya ralat pun! Yang korang pandai2 buat spekulasi mengarut kerepek pisang ntah apa2 tu dah kenapa? Errrkkk..(tangan kat bahu mata ke atas). Macam la dalam dunia ni I sorang je yang ada nama macam tu! Haish. Nak tukar nama la macam ni! Dirgahayu Cik Puteri Barbie Opss Auch Awww Si Kasut Tinggi Merah Jambu! Hambik kau. Nama macam nak minta pelempang je kan! Pheewww... 


Tak sampai 24 jam guna dp tu handphone I asyik bunyi je keje. Yang message lain.. Yang call lain! Malas nak layan eh! Pukul 3 pagi pun ada lagi yang cari! Siap wish2 bagai. Bagi alamat la nak suruh pos kad! Yang merajuk satu hal. Konon I tak jemput! Yang marah2 pun ada. Ada seorang ni siap mengaku malas nak like atau comment dekat gambar tu! Hek eleh.. Yang remove I dekat facebook pun ada! Mak aihhh! Sampai hati korang. Hukhuk!



Awak semua pernah tak dengar pepatah tepuk dada tanya selera? Mesti pernah kan? Kecuali la korang duduk oversea lama2 tak kenal tanah melayu. So, maksudnya di sini sila lah tepuk dada anda sendiri and tanyalah selera malam ni nak makan apa..Eh, bukan tepuk dada dan tanya selera betul tak cerita ni...
Kalau betul pun apa salahnya. Suka hatilah nak ajak awak semua ke tak. Jimat budget. Lagipun afdhal. Tak payah nak tunjuk2 majlis siapa hebat. Just hebahkan dekat semua je yang adinda sudah ada yang punyaaaa (macam Hamidah Segaraga cakap dekat Abdul Wahab).





Kalau I cakap kek tu dan nama yang ada dekat kek tu memang I punya agak2 korang percaya tak??? Tak caya? Tak caya sudah! Meh datang rumah tengok sireh junjung 7 tingkat!!!






Love,h'wawa















Monday, May 27, 2013

Maafkan....



Percayalah! I bukan perempuan super cantik ibarat Neelofa campur Fasha Sandha campur Rozita Che Wan campur Lisa Surihani! Dapat bayangkan tak kombinasi tersebut! Senang cerita memang dilahirkan cantik sempurna perfecto lah sejak azali lagi! Hmmm... Just an ordinary girl yang semuanya, actually  almost semua yang sangat sangat sangat sangat sangat sangat sederhana saja! Tak percaya? Anda kena percaya ini sebab kalau tak percaya lan tak lan botak la! ;p Okayh, kembali serius. 



Sebenarnya ini adalah luahan rasa hati yang berbaur agak berjiwang sedikit. I guess la! Kalau terlebih jiwang tu minta maaf awal2 ok! Saja ja nak tulis. Sebab I macam rasa ada orang dah berkecil hati dengan I yang maybe trouble heart makers bagi dia. Kot la! Bukan nak perli sesiapa but mungkin dia tau entry ini wujud because of him! Memang special dedicate untuk dia or another person or another another person! 


I am sorry. I couldn't make it! Sebabnya I tak mampu untuk tipu diri sendiri. Lagi teruk dengan menipu orang lain. Itu sangatlah tidak adil. Tapi percayalah, I sangat2 kagum dan rasa  sangat dihargai sebab you selalu ingatkan I yang you selalu ada untuk I. Our first met was a great day walaupun I sangat macam kartun masa tu! =)  Kalau la you tau betapa susahnya nak buat pilihan... Tapi yang buat I tersenyum sampai sekarang bila teringat balik proposal you last year! Haha...nak jatuh jantung tahu tak???? Sanggup pulak nak cari rumah dekat KL sebab tau I memang takmau keluar dari KL kesayangan hati! KetentuanNya takde siapa yang tau. =)   Mungkin dulu boleh la you all semua cakap I tolak orang lain because of MrFS bukan nama sebenar tu. Haha.. (tutupmuka) Tapi sekarang bila takde FS pun.....hmmmm...macam tu la..



"Kalau u dah ada orang lain, bagi tau I k. I takde la nak mengharap selalu nanti. I am ok. I undur diri la kalau macam tu..Haha..kesian kat I nnti"



Then, nak cakap apa lagi? Memang isi entry ini tak cukup padat. Sebab nanti kalau I baca balik mesti malu dan rasa nak delete je. Hukhuk... Actually, I know you want to make a real full stop between us now! Nice knowing you too. Lepas ni confirm dah takde dah orang I nak merepek hantar emoticons banyak2 dekat skype! -_-    Tomorrow onwards will never be the same again kan! Opss..... Mungkin ada yang lebih baik dari semua segi untuk you! Who knows? Last sayin, I'm sorry!






::: Lepas ni mesti I kena karma lagi sebab sakitkan hati orang! Waaaaaaa :((((






Love,h'wawa












Thursday, May 23, 2013

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit ;)



Bila tengok cerita 3 Abdul ni mesti I teringat dekat housemate, roomate, classmate, corsemate, campusmate, and terengganumate I yang seorang ni! Cik Yue! Sebab apa? Sebab cik yue ni je yang cakap lagu buang yang keruh ambil yang jernih ni best. Ntah apa yang bestnya pun I tak tau. Haha. Kalau ada cerita2 melayu lama ni memang tiga muka wajib yang tunggu depan tv mesti la I, Nadya, dengan Cik Yue! Feberet kitorang tengok cerita2 macam ni. Cerita zaman hitam putih ke, cerita MrOs ke, Faizal Hussin muda2 ke, semua layannnn je. Qis pun pernah cakap yang dalam rumah ni (rumah sewa masa diploma dulu) I dengan Nadya je yang dia rasa suka tengok cita lama2 ni.. Qis cakap "aku rasa Wawa ngan Nadya je yang rajin tengok cerita2 gini...tapi ok lagi Wawa sebab layan cerita zaman MrOs..Nadya klasik gila sebab layan P.Ramlee..hahaha"Tapi kalau cerita 3 Abdul ni yang rajin tunggu lagu wajib Abdul Wahub dengan bini dia dekat kandang kuda tu mestila Cik Yue! Hihiks...



Sampai sekarang kalau tengok cerita ni je mesti I ingat dekat Cik Mek sorang ni! Apa ntah yang bestnya.. Nak layan tak?



Comment? Suka tak? Haha...


Dulu I tak suka lagu ni. Lembap semacam. Tapi kalau pasal cerita dia memang terbaik. Siap hafal lagi dialog tau! Begolek2 ketawa. Sakan! Tapi lama2 cam best jugak lagu ni. Boleh la kan... >_<



:: Cakap pasal diorang ni tetiba rindu pula kat Terengganu! *tsk






Love,h'wawa















Friday, May 10, 2013

Abah's Story



My abah was admitted in Ampang Puteri last night! *Panic button pushed.  He needs some operation on his waist.  Actually it’s a problem with their urinary tract but I totally don’t know what exactly the problem is. Thank God it’s not a kidneys problem. Just now he called and says that he still waiting for the operations room. Most probably it’s not today! Hopefully lah! Fuhhh… We gonna visit him after Asar and of course baby Izz also come to visit his Tok Abah! Hehe..  



For this coming Rejab in a few hours later, my pray is he will be fine and in a good health! Amin amin beribu kali. May Allah bless him because I still need abah by my side! *saddy L 


Sadly maybe he can’t be with me on my graduation day! *tsk tsk . 


Salam rejab dearie and Happy mother’s day mommies!




LoveDad,h'wawa