Seronok kan kalau kita ada urusan
lepas tu dapat pula orang baik yang tolong! Kerja pun rasa senang je. Kalau
masa tu tengah cuak ke takut ke sedih ke tapi ada orang baik2 ni yang bagi
semangat atau tolong kita mesti kita rasa lega sikit kan? Kan? Heehee.. Macam
semalam. Semalam (Khamis) I keluar nak pergi Standard Chartered! Biasanya kalau
nak pergi mana2 I prefer naik tren je! Senang! Tapi semalam macam malas! So,
sampai KLCC tu I ambil cab je nak pergi Sultan Ismail! Alaaa, lagipun kawasan
tu dekat2 je kan! Nak hujan pula tu. Kalau naik teksi pun takde la sampai
sepuluh ringgit! Kalau tenaga lebih nak jalan kaki pun boleyyy! Hehe…
Masa I cakap
dekat pakcik teksi nak pergi SC pakcik tu macam fikir lama2. Muka dia pun garang serious macam tu! Takut weyh. Orang
bawa teksi ni kan ada setengahnya selamba je kalau nak marah orang kan! Tengok
pakcik tu macam lambat nak response I ingat dia tak tau SC yang mana! Then I
cakapla “yang dekat Sultan Ismail tu”. Pakcik tu pun laju je angguk “tau…pakcik
tau tempat tu”.. Aik, tadi buat muka garang macam tak bagi naik je. Tatut kite
tau! Mungkin tadi pakcik tu tengah recall balik kot jalan mana! Tu sebab kerut2
muka dia! Hihi… Kesian pakcik!
Lama gila I
tak menyibuk jalan BB ni! Sekarang ni tempat I menyibuk mesti dekat area Jalan
TAR, Bangsar, Jalan Ampang! Paling2 pun pergi Times Square je! Ini pun dah
dekat setahun tak pergi sana! I pun dah ter-confuse menara SC tu dekat sebelah
mana! Dah banyak sangat dan bangunan dalam kepala ni! Muka I time tu pula
nervous semacam je! Iyalah..nak settle kan benda penting! Banyak pula tu nak
buat dalam hari tu! Serabut messy kepala I okay! Masa tengah belek2 handbag
cari duit kecil tiba2 pakcik teksi cakap “dik, pakcik berhenti sebelah tepi ye…nanti
adik turun dekat sebelah kanan tau!”. I pun main angguk je! Tak lama lepas tu
teksi berhenti! Tak nampak pun menara ni! Dalam sibuk tertoleh2 kiri kanan cari
menara SC tiba2 pakcik teksi cakap “haaa…ni la tempatnya…nanti nak masuk ikut
je jalan tengah ni.."
Jalan tengah? Macam takde jalan je. Ni
macam tempat perking je! Biar betul pakcik! I tak puas hati! Tanya lagi pakcik
tu. “Pintu masuknya yang mana pakcik?”. Pakcik tu ulang balik cakap benda yang
sama “ikut jalan tengah ni je..yang ada orang lalu tu”. Gulp!! I pun cakap ok
je! Padahal masa tu blur gilaaa! Sebab memang I nampak car park je dekat situ!
Masa dah ambil duit balance elok2 je keluar kaki kanan pakcik teksi pun cakap “hati2
ye dik…semoga berjaya…". Cara pakcik tu cakap macam ayah yang pesan dekat anak! Dengan muka risaunya!
I pun jadi kaku jap! Touching ok bila pakcik tu cakap macam tu dekat I!
Tetiba je I emosi! Haha… I pun banyak2 kali cakap terima kasih pakcik terima
kasih pakcik! Pakcik tu tak cakap sama2. Dia cakap terima kasih balik dekat I!
Ahhh, tak kisah la! Sepanjang jalan nak masuk tu I cuak gila! Takut salah
tempat! Tapi yang paling utamanya sebenarnya takut malu! Haha… I ikut jalan
yang pakcik tu cakap! Buat muka confident gila ni! Memang betul pun ada pintu! Nasib baik! Legaaa... Masuk2 je dekat menara SC tu tiba2 rasa nak gelak dengan kebodohan sendiri!
Silly meeeee! Boleh pula I lupa tempat ni yang dulu hari2 I lalu! Sebab yang
pakcik tu tunjuk pintu belakang! I selalu ikut pintu depan! Mengongs! Pintu
belakang tu memang sebelah tempat parking! Haha…kelakar pula bila teringat
ke-pending-an diri sendiri! Noob sangat!
Selalu ikut pintu lain! Itu sebab confuse terlebih! Hmmmmm
Nasib baik
ada pakcik baik hati yang menceriakan hari saya! Agaknya pakcik tu mesti ingat
I ada urgent matter nak selesaikan sebab tengok muka serious gila tak senyum2
pun! Tu sebab pakcik teksi tu siap bagi kaat2 semangat lagi! Semoga murah rezeki pakcik tu! Aminnn =))
Muka I serious campur cuak! Mesti teruk gila muka I! Hmmm….
:: Masa muda2 dulu dari KLCC nak pergi Pavillion jalan kaki je... =)
Love,h'wawa
No comments:
Post a Comment