Kalau I jumpa
pakcik baik je kebetulan mesti hari Khamis! Hihi… Masa I last semester masa
degree dulu kelas tak pack pun! Hari Khamis petang tu kalau nak balik rumah dah
boleh sangat sebab Jumaat memang free takde kelas! Tapi disebabkan final year
bussyyyy sesangat dengan thesis FYP bagai so perasaan homesick kena buat2 tak
layan la! Nak settle banyak benda sampai kurus kering badan! Haha…nampak sangat
tipu kan! Tapi ada stu hari tu I tekad juga nak balik Khamis petang! Sebabnya I
dah beli tiket Twilight Breaking Down yang last episode punya! Mestila tak nak
terlepas tengok Edward Cullen kesayangan hati! Beli tiket online! Cari tempat strategic!
Takut sangat kalau tempat penuh! I saja je ambil tiket hari Jumaat! Dekat2
orang nak solat tu! Confirm time tu tak ramai orang! Gagah sangat nak balik!
Naik bas pukul 7.30 malam masa tu! Sampai KL dekat2 pukul 9! Tapi takpe…tempat
kelahiran katanya! So, dah biasa dah!
Masa I naik
bas tu kebetulan satu bas tu penuh budak2 UiTM dengan Unisel je! Gegirl pula
tu! So, kurangla sikit perasaan takut scary mary tu! Diorang balik siap bawa
beg besar2 gitu. Balik weekend kot! Tapi tak kisahla! Masing2 punya cara! Suka
hatila nak bawa beg besar mana Heehee..
On the way
nak pergi KL tiba2 pakcik bas buat announcement! “Maaf ye semua…bas ni rosak!
Saya sepatutnya tak boleh bawa penumpang ni…tapi saya kesian…sepatutnya kena
tinggalkan awak semua dekat stesyen batu tiga..tapi dekat situ susah pulak awak
nak cari bas…jadi saya gagahkan juga bawa sampai KL sentral ye”. Punyalah
panjang pakcik tu cakap! Sambil dia bawa bas mulut dia terkumat-kamit baca2
doa! Kitorang yang penumpang ni pun ala2 nak nervous macam tu! Masing2 dah mula
toleh kiri kanan! Seram sejuk sangat! I kagum betul dengan pakcik tu! Even bas
rosak pun dia tak suka2 hati je taknak ambil orang yang tahan bas tepi2 jalan!
Pakcik bas berhenti lepas tu siap cakap lagi bas ni rosak dah tak boleh ambil
penumpang lagi! Terharu tau! Bayangkan kalau sepanjang jalan dia berhenti cakap
bas rosak! Lama la nak sampai KL Sentral kan! Tapi pakcik tu punyalah taknak
bagi orang frust penat2 tahan bas tapi bas tak berhenti so dia berhenti juga
bagi tau semua orang! Good job pakcik!
Nak pergi UiTM Shah Alam naik U80 ok!
Akhirnya sampai juga KL Sentral! Alhamdulillah! Pakcik tu punya la lega bila kitorang
semua dah turun! Bas kosong! Dekat kepala bas tu keluar angka 001. Pakcik tu
siap cakap dekat kitorang kalau bas 001 maksudnya bas tu rosak! So, jangan nak
kecil2 hati kalau kita tahan bas yang ada 001 tapi bas tu taknak berhenti!
Edward ♥ Bella
I sampai
rumah dalam 10 lebih! Terus tidur! Esok pagi nak bangun macam malas jeee! Dah
la mendung pula tu! Tapi bila teringatkan dah beli tiket dan of course yang
paling utama teringatkan Edward gagahkan juga bangun siap2 nak pergi KLCC! Masa
tengah tunggu bas tu I teringat pula pakcik Rapid yang bawa bas semalam! Heehee….
Best gila kalau jumpa orang yang bertanggungjawab macam tu dekat semua tempat!
Semoga murah rezeki pakcik tu! Aminnnn =)))
:: Handsome gila Edward Cullen I! ♥
Love,h'wawa
No comments:
Post a Comment