Tuesday, July 8, 2014

Cantik di Mata =)


Dari dulu lagi adik beradik, mak, beberapa orang kawan2 I, suka cakap I tasteless! Amboi...sentap kita dengar tahu tak!!!  Ni bukan tasteless pasal baju ke, handbag ke, kasut ke, make up ke, tapi pasal lelaki! Oh lelaki!! Opsss, kena cover sikit sebut tu kena slow2 sikit. =))


I tak puas hati. Punyalah bekerja keras memikir apalah yang tasteless sangat aku ni! Hmmmm... Takkan setakat tak sama cantik sama padan diorang cakap I tasteless kot (konon2 bajet cantik la tu) ! Tak aci la macam ni kan! Hati kalau dah suka kebam kebom macam ada bunga api! Heeehee...kemain lagi!


Dulu2 kan, ingat lagi masa kecik2 sekolah rendah sekolah menengah dulu, kalau main cop2 boyfreind or kekasih gelap dengan kawan2 mesti I pilih yang comel2, tinggi2, putih melepak macam susu, yang bila dia jalan tu adui mak memang penuh gaya dan keunggulan lah! Paling best kalau dapat abang2! Maksudnya bukan sebaya dengan I la! Sebab nanti bila dating boleh panggil 'abang, abang' haaa...kan sweet gitu! Hihi... Kalau ada la orang yang gosip kan I dengan budak yang I tak suka or yang tak cukup sempurna di mata, memang membara-bara lah perasaan di dada neh!  Nampak tak dekat situ konon high taste gila la!!! Pppffftttt..... 
Eh, I high taste ni pun bersebab tau (konon2). Kan dulu ada orang cakap (kalau tak cakap pun I macam ada dengar) kita kalau nak cari pasangan ni mesti la yang boleh tutup kekurangan kita! Macam tu! Tu sebab dulu I pernah cakap nak lelaki gila kentang punya handsome untuk jadikan pacaran! Cheewah... Maklumlah, I kan pendek, mata besar, dahi luas, gemok, hitam, lesung pipit pun ala2 macam nak ada macam takde, tak bergaya bagai, so kena la cari pasangan yang berlawanan dengan ciri2 I tu! Hukhuk... Malu ok mengenangkan perangai sendiri! 
Kalau tak semua pakej dia ada pun salah satu tu mesti ada la! Tinggi ke putih ke kurus ke (kalau besar pun tapi muka macam Fahrin Ahmad confirm la nak kan!) mata sexy macam KJ ke tak kisahla! Tapi...ni semua dulu!


Berbalik kepada cerita tasteless tadi. Bila I tukar je sekolah dekat Kuantan, masa tu form 5, masa ni la orang sibuk mengata I selera dah menurun! Amboi, laser gila ayat! Masa mula2 masuk dulu konon hot staff la sebab budak baru pindah dari Sabah so macam terkenal satu form 5! Perghhh...perasan gila! Masuk kelas 5 saksama kelas bio fizik kimia (bajet nak bagi tau budak sains) majoriti budak perempuan. Lelaki 5 orang je macam tu! Dah lama tak tengok lelaki tu yang macam dah terlupa semua impian lelaki idaman! Ada satu hari tu I suka budak ni masa dia buat persembahan hari guru! Main gitar je kot! Terus suka! Haha..biasa2 je pun! Kulit gelap2 ala Remy Ishak gitu! I loikeee... Kawan I ada cakap "eiiii...awak janganlaaa...dia tu kelas tak berapa nak depan.". Ahh, tak kisahla! Bak kata orang. Kalau dah suka semua ok je kan! Biologi dengan sastera kalau bergabung kan vass gitu! Hihi


Macam2 la orang yang I suka tapi orang lain still cakap I tasteless! I pernah suka mat rempit (pernah cerita dulu pasal ni tapi tak ingat entry yang mana) masa nak ambil SPM dulu! Masa diploma pulak pernah suka dekat budak Art Design! Even badan dia macam besar gitu kan tapi mata dia sumpah cantik macam pakai eyeliner tau! I pernah godek2 Friendster dulu tengok gambar dia masa kurus! Kecairan betul! Comelsss! 


Banyak la lagi! Tapi yang pasti lately orang suka cakap I pilih yang tak handsome, yang gelap2, yang muka biasa2 je! Memang bukan taste I masa muda2 dulu la! Masa I part 3 dulu kan, ada satu hari tu terserempak dengan FS masa dekat tangga! Sampai dekat hostel I cakap dekat roomate FS comels sangat masa I jumpa tu! Lepas tu diorang cakap balik "orang kalau dah suka semua pun comel".. Ok, melalut dah ni!


Jejaka idaman! Hehe..comelkan Abang Adu I!



Dan sekarang awak semua jangan bayangkan I akan dapat Aaron Aziz! Sebab dah tentu orang yang muka ala2 Aaron tak nak dekat I! Kecuali...JODOH! *bersemangat balik..hihi





:: Kena tackle mak dulu kalau nak dekat anak dia! Ehhhh....






Love,h'wawa




No comments:

Post a Comment