Friday, July 18, 2014

First Class for F5


Nasib baik I gagahkan juga diri nak pergi kelas Rabu hari tu! Goshhh... Masa hari Isnin bukan main tak sabar sangat nak masuk kelas plus taknak tercicir lagi chapter2 lain! Alih2 pagi Rabu tu nervous tak ingat sampai cerry berry I! Haha...dok ulang alik masuk toilet je sampai kempis perut ni haaaa! Mak aihhh! Scary mary sangat uolls! I pun tak tau apa benda ntah yang I takut sangat nak masuk kelas tu! Missed dua kelas je kot! Lek laaaa.. Masa ambil fulltime dulu pun pernah je missed class kan??? Hikss =)))


Disebabkan tak datang dua class nah hambek kau kena kejar 5 chapter! I pergi kelas bajet dah tertinggal dalam 3 chapter macam tu tapi masuk2 kelas je lecturer cakap dah masuk chapter baru chapter 6!! Mabelesss sangat kan! Meleleh air mata dalam hati bila tau I kena cover laju2 5 chapter tu! Hari tu masa belajar pun bukan setakat chapter 6 je, sir masuk pula chapter 7! Dah la masa belajar chapter 6 I macam ala2 blurrr sikit sebab salah bawa calculator. Rasa ngekkk sangat masa tu! Ada ke pegi bawa calculator office punya! Sampai bila2 pun jangan harapla nak dapat jawapan sama macam sir! So, kerja I salin jawapan je hari tu sebab calculator I tak boleh kira log semua! Hihi..murni sangat enn! Balik je class terus standby calculator scientific siap2 masuk dalam bag! Kang nanti salah ambik lagi! Tak suka tauuuuu!!! T_T


Nangesss! Nak kena cover balik benda ni semua! T_T


Sekarang ni I tengah mengggagahkan diri nak cari semangat nak buat notes untuk 7 chapter! Mabelesss lagi sekali kan! *sambil kesat air mata... Esok dah plan nak bertapa dekat Library Negara, takpun library KL, takpun PTAR UiTM je!!! Nak rajin2 sikit biar khatam sampai chapter 7. Next week masuk class takde la lambat sangat otak ni nak pick up! Kamonnn...I know I can do it! Go Wawa go!! 

Class timetable! Banyakk sangat kan! I loikeeee...


Jadi lepas ni kena pergi class macam biasa ikut jadual! Bukan main sir speed laju gila sampai mengah2 iolls nak kejar! Kang kalau ter-missed class lagi ntah2 dah habis chapter dah! Hmmmmmmm....



:: Dulu2 memang jarang study dekat library! =))



Salam takziah untuk MH17. AlFatihah



Love,h'wawa





Saturday, July 12, 2014

Pakcik Teksi yang Baik Hati =)



 Seronok kan kalau kita ada urusan lepas tu dapat pula orang baik yang tolong! Kerja pun rasa senang je. Kalau masa tu tengah cuak ke takut ke sedih ke tapi ada orang baik2 ni yang bagi semangat atau tolong kita mesti kita rasa lega sikit kan? Kan? Heehee.. Macam semalam. Semalam (Khamis) I keluar nak pergi Standard Chartered! Biasanya kalau nak pergi mana2 I prefer naik tren je! Senang! Tapi semalam macam malas! So, sampai KLCC tu I ambil cab je nak pergi Sultan Ismail! Alaaa, lagipun kawasan tu dekat2 je kan! Nak hujan pula tu. Kalau naik teksi pun takde la sampai sepuluh ringgit! Kalau tenaga lebih nak jalan kaki pun boleyyy! Hehe…
Masa I cakap dekat pakcik teksi nak pergi SC pakcik tu macam fikir lama2. Muka dia pun  garang serious macam tu! Takut weyh. Orang bawa teksi ni kan ada setengahnya selamba je kalau nak marah orang kan! Tengok pakcik tu macam lambat nak response I ingat dia tak tau SC yang mana! Then I cakapla “yang dekat Sultan Ismail tu”. Pakcik tu pun laju je angguk “tau…pakcik tau tempat tu”.. Aik, tadi buat muka garang macam tak bagi naik je. Tatut kite tau! Mungkin tadi pakcik tu tengah recall balik kot jalan mana! Tu sebab kerut2 muka dia! Hihi… Kesian pakcik!


Lama gila I tak menyibuk jalan BB ni! Sekarang ni tempat I menyibuk mesti dekat area Jalan TAR, Bangsar, Jalan Ampang! Paling2 pun pergi Times Square je! Ini pun dah dekat setahun tak pergi sana! I pun dah ter-confuse menara SC tu dekat sebelah mana! Dah banyak sangat dan bangunan dalam kepala ni! Muka I time tu pula nervous semacam je! Iyalah..nak settle kan benda penting! Banyak pula tu nak buat dalam hari tu! Serabut messy kepala I okay! Masa tengah belek2 handbag cari duit kecil tiba2 pakcik teksi cakap “dik, pakcik berhenti sebelah tepi ye…nanti adik turun dekat sebelah kanan tau!”. I pun main angguk je! Tak lama lepas tu teksi berhenti! Tak nampak pun menara ni! Dalam sibuk tertoleh2 kiri kanan cari menara SC tiba2 pakcik teksi cakap “haaa…ni la tempatnya…nanti nak masuk ikut je jalan tengah ni.."
 Jalan tengah? Macam takde jalan je. Ni macam tempat perking je! Biar betul pakcik! I tak puas hati! Tanya lagi pakcik tu. “Pintu masuknya yang mana pakcik?”. Pakcik tu ulang balik cakap benda yang sama “ikut jalan tengah ni je..yang ada orang lalu tu”. Gulp!! I pun cakap ok je! Padahal masa tu blur gilaaa! Sebab memang I nampak car park je dekat situ! Masa dah ambil duit balance elok2 je keluar kaki kanan pakcik teksi pun cakap “hati2 ye dik…semoga berjaya…". Cara pakcik tu cakap macam ayah yang pesan dekat anak! Dengan muka risaunya!
I pun jadi kaku jap! Touching ok bila pakcik tu cakap macam tu dekat I! Tetiba je I emosi! Haha… I pun banyak2 kali cakap terima kasih pakcik terima kasih pakcik! Pakcik tu tak cakap sama2. Dia cakap terima kasih balik dekat I! Ahhh, tak kisah la! Sepanjang jalan nak masuk tu I cuak gila! Takut salah tempat! Tapi yang paling utamanya sebenarnya takut malu! Haha… I ikut jalan yang pakcik tu cakap! Buat muka confident gila ni! Memang betul pun ada pintu! Nasib baik! Legaaa... Masuk2 je dekat menara SC tu tiba2 rasa nak gelak dengan kebodohan sendiri! Silly meeeee! Boleh pula I lupa tempat ni yang dulu hari2 I lalu! Sebab yang pakcik tu tunjuk pintu belakang! I selalu ikut pintu depan! Mengongs! Pintu belakang tu memang sebelah tempat parking! Haha…kelakar pula bila teringat ke-pending-an diri sendiri! Noob sangat!



Selalu ikut pintu lain! Itu sebab confuse terlebih! Hmmmmm




Nasib baik ada pakcik baik hati yang menceriakan hari saya! Agaknya pakcik tu mesti ingat I ada urgent matter nak selesaikan sebab tengok muka serious gila tak senyum2 pun! Tu sebab pakcik teksi tu siap bagi kaat2 semangat lagi! Semoga murah rezeki pakcik tu! Aminnn =)) 



 Muka I serious campur cuak! Mesti teruk gila muka I! Hmmm….





:: Masa muda2 dulu dari KLCC nak pergi Pavillion jalan kaki je...  =)





Love,h'wawa








Pakcik Bas yang Baik Hati =)




Kalau I jumpa pakcik baik je kebetulan mesti hari Khamis! Hihi… Masa I last semester masa degree dulu kelas tak pack pun! Hari Khamis petang tu kalau nak balik rumah dah boleh sangat sebab Jumaat memang free takde kelas! Tapi disebabkan final year bussyyyy sesangat dengan thesis FYP bagai so perasaan homesick kena buat2 tak layan la! Nak settle banyak benda sampai kurus kering badan! Haha…nampak sangat tipu kan! Tapi ada stu hari tu I tekad juga nak balik Khamis petang! Sebabnya I dah beli tiket Twilight Breaking Down yang last episode punya! Mestila tak nak terlepas tengok Edward Cullen kesayangan hati! Beli tiket online! Cari tempat strategic! Takut sangat kalau tempat penuh! I saja je ambil tiket hari Jumaat! Dekat2 orang nak solat tu! Confirm time tu tak ramai orang! Gagah sangat nak balik! Naik bas pukul 7.30 malam masa tu! Sampai KL dekat2 pukul 9! Tapi takpe…tempat kelahiran katanya! So, dah biasa dah!


Masa I naik bas tu kebetulan satu bas tu penuh budak2 UiTM dengan Unisel je! Gegirl pula tu! So, kurangla sikit perasaan takut scary mary tu! Diorang balik siap bawa beg besar2 gitu. Balik weekend kot! Tapi tak kisahla! Masing2 punya cara! Suka hatila nak bawa beg besar mana Heehee..
On the way nak pergi KL tiba2 pakcik bas buat announcement! “Maaf ye semua…bas ni rosak! Saya sepatutnya tak boleh bawa penumpang ni…tapi saya kesian…sepatutnya kena tinggalkan awak semua dekat stesyen batu tiga..tapi dekat situ susah pulak awak nak cari bas…jadi saya gagahkan juga bawa sampai KL sentral ye”. Punyalah panjang pakcik tu cakap! Sambil dia bawa bas mulut dia terkumat-kamit baca2 doa! Kitorang yang penumpang ni pun ala2 nak nervous macam tu! Masing2 dah mula toleh kiri kanan! Seram sejuk sangat! I kagum betul dengan pakcik tu! Even bas rosak pun dia tak suka2 hati je taknak ambil orang yang tahan bas tepi2 jalan! Pakcik bas berhenti lepas tu siap cakap lagi bas ni rosak dah tak boleh ambil penumpang lagi! Terharu tau! Bayangkan kalau sepanjang jalan dia berhenti cakap bas rosak! Lama la nak sampai KL Sentral kan! Tapi pakcik tu punyalah taknak bagi orang frust penat2 tahan bas tapi bas tak berhenti so dia berhenti juga bagi tau semua orang! Good job pakcik!

Nak pergi UiTM Shah Alam naik U80 ok!


Akhirnya sampai juga KL Sentral! Alhamdulillah! Pakcik tu punya la lega bila kitorang semua dah turun! Bas kosong! Dekat kepala bas tu keluar angka 001. Pakcik tu siap cakap dekat kitorang kalau bas 001 maksudnya bas tu rosak! So, jangan nak kecil2 hati kalau kita tahan bas yang ada 001 tapi bas tu taknak berhenti!


Edward  Bella




I sampai rumah dalam 10 lebih! Terus tidur! Esok pagi nak bangun macam malas jeee! Dah la mendung pula tu! Tapi bila teringatkan dah beli tiket dan of course yang paling utama teringatkan Edward gagahkan juga bangun siap2 nak pergi KLCC! Masa tengah tunggu bas tu I teringat pula pakcik Rapid yang bawa bas semalam! Heehee…. Best gila kalau jumpa orang yang bertanggungjawab macam tu dekat semua tempat! Semoga murah rezeki pakcik tu! Aminnnn =)))






:: Handsome gila Edward Cullen I! 




Love,h'wawa









Tuesday, July 8, 2014

The Proposal @ Lamaran ♥


Lamaran! Ehem ehem.. Tetiba entry hari ni nak romantika pula kan! I banyak sangat terpengaruh dengan tv tau! Nak orang propose macam ni, nak macam tu... Nak propose guna belon, takpun minta tolong chef tulis atas pinggan masa dinner, takpun tulis atas pasir pantai, takpun upah budak2 smart readers bawa abjad A B C buat ayat ajak kawin, takpun buat cara zaman dulu hantar surat guna kertas bunga2 letak bedak wangi tampal setem tiga puluh sen, takpun upah orang baskin suruh nyanyikan, takpun letak cincin dekat dalam handbag, takpun buat penanda arah macam main survivor, takpun buat macam jigsaw puzzle, takpun masa tengah duduk tunggu kelip2 dekat Kuala Selangor tu (cantikkan?), takpun masa tengah mengadap lampu KLCC (fuyooo), takpun tulis guna sport light dekat langit...haha ..nampak sangat kuat berangan enn!!



Ok, dekat sini ada beberapa idea lamaran yang kalau baca mesti sengeh sampai telinga konon2 nanti ada la yang propose macam ni kan! Peeewitt



Yang ni biasa orang buat kan!



Yang ni selalu tengok dalam tv




Yang ni dalam drama Melayu..hihi



Yang ni paling best! Boleh makan...yummeh



Yang ni awesomeee sangat! 



Yang ni kalau korang dekat oversea boleh la...tak pun buat je dekat ICity



Yang ni pun best jugak! 



Sweet! 



Oh myyyyy! Nak macam ni!




Ok, nampak tak dekat situ betapa malas nya I nak menaip! Print screen je senang! Heheh.. So, bakal suami di luar sana, silalah mencuba ye! Tapi yang pelik2 ntah apa2 tu tak payah la nak ikut! Lagipun ini just for fun je! Lagi best kalau hantar wakil datang rumah bawa sireh junjung! Ngeee...



Bukan main sangat bulan2 puasa cakap pasal cintan cintun kan! Hihi..I punyaaa? Ada laaa... Yang tak formal ada dua tiga orang buat! Tapi tak ajak kahwin.. Terus cakap pasal dah kawin anak dah berderet haaa ambik kau! Sukaaaa sangat masa tu! Tapi tak harap lebih2 sebab cakap macam tu semua orang boleh! Lagipun sekarang orang tu macam takde apa2 je! Hmmm... Lagi satu, ada yang propose guna sms! Nanti la I cerita.. bye bye!





:: Nak jugak lamaran macam ni! ppfffttt


Carl & Ellie 






Love,h'wawa










Dugaan T_T



Ramadhan ke sepuluh hari ini! Alhamdulillah! Seperti yang dijangkakan kalau bulan puasa je mood nak update cerita baru memang ke laut bulan bintang so far far awayyy! Dengan connection yang suam2 kuku baru nak buka laptop dah keluar signal E eeeiii geram betul!! Tapi takpela kan! Cakap merepek kerepek pisang bulan2 baik ni memang tak berpaedah pun! Membazir je...hihi



Hari Khamis last week I pergi daftar untuk semester baru! Actually tak daftar pun. Sebab ada a few miss understanding sikit pasal course registration dan sangat stressss fikir  pasal itu tahu tak!!! Punyalah bersemangat nak register paper Taxation dengan paper PM sampai jumpa KP lepas tu KP cakap I tak boleh daftar! Sobs T_T... Eh, ni bukan pasal result tak lepas okay! Ni pasal kesilapan teknikal masa first semester I hari tu! Dah la salah masuk kelas! Silly me! Eh, tapi bukan salah I pun! Salah kakak kerani yang dekat kaunter yang masa tu I belum cakap apa2 lagi dia dah suruh daftar kelas lain! Mencik mencik!!! Tak pasal2 dah membazir satu semester! Dan sekarang I kena cari subs college yang offer paper yang I tak ambil hari tu! Grrrrr.... Macam zombi gila I google2 college sana sini! Ada.... Memang ada. Tapi jauhhhh dari KL! Tak mesra public transport! Tak ada offer untuk part time! Dan bila dah jumpa yang ok cun dan available tiba2 tengok diorang dah start class 2 minggu! Waaaaaaaa.... 


Tell me macam mana nak cover balik class Tax class PM yang dah tertinggal tu??? Dan esok, I nak try buat muka paling sayu harap2 boleh join class even dah tertinggal! Gila la takkan nak extend cuti khas sebab tak jumpa class! Tak pasal2 lambat nak graduate! Nak sambung LLB nanti pun lambat sebab stuck pasal benda ni! 





Nak masuk classs! :(


Ada 4 paper yang I kena complete before masuk balik jadi UiTM student macam dulu! Selagi kau tak habiskan these paper so then jangan harapla nak masuk belajar dekat UiTM! *tskkk
Disebabkan ini, KP suruh I apply 2 semester cuti khas! Tersedak air liur! Pitam I dengar korang tahu tak? Kalau tertinggal sem ni so kena apply jadi 3 semester! Mati lah! Serabut stresss sangat! Jadi jangan tanya kenapa last week I tak reply sms, tak angkat call semua sunyi sepi! Tekanan sangat!



Dalam dok stress2 ni terfikir jugak nak hold dulu then nak apply LLB! Tapi kalau dengan UiTM memang tak boleh la sebab ID I dah ada jadi kena khatamkan yang atas dulu baru boleh dapat ID baru! Cisss... sedih balik! Google tempat lain takde pula yang offer LLB part time! Hampeh! So, nak tak nak kena settle kan dulu 4 paper tu lepas tu ikut flow! Tak mau tamak2! Kang ada yang lintang pukang kan! Pasal LLB tu kita hold dulu ok! Kayuh perlahan-lahan! Heehee




Harap-harap ada matahari bersinar esok hari! Doakan iolls ye!




:: Think positive HW!





Love,h'wawa










Cantik di Mata =)


Dari dulu lagi adik beradik, mak, beberapa orang kawan2 I, suka cakap I tasteless! Amboi...sentap kita dengar tahu tak!!!  Ni bukan tasteless pasal baju ke, handbag ke, kasut ke, make up ke, tapi pasal lelaki! Oh lelaki!! Opsss, kena cover sikit sebut tu kena slow2 sikit. =))


I tak puas hati. Punyalah bekerja keras memikir apalah yang tasteless sangat aku ni! Hmmmm... Takkan setakat tak sama cantik sama padan diorang cakap I tasteless kot (konon2 bajet cantik la tu) ! Tak aci la macam ni kan! Hati kalau dah suka kebam kebom macam ada bunga api! Heeehee...kemain lagi!


Dulu2 kan, ingat lagi masa kecik2 sekolah rendah sekolah menengah dulu, kalau main cop2 boyfreind or kekasih gelap dengan kawan2 mesti I pilih yang comel2, tinggi2, putih melepak macam susu, yang bila dia jalan tu adui mak memang penuh gaya dan keunggulan lah! Paling best kalau dapat abang2! Maksudnya bukan sebaya dengan I la! Sebab nanti bila dating boleh panggil 'abang, abang' haaa...kan sweet gitu! Hihi... Kalau ada la orang yang gosip kan I dengan budak yang I tak suka or yang tak cukup sempurna di mata, memang membara-bara lah perasaan di dada neh!  Nampak tak dekat situ konon high taste gila la!!! Pppffftttt..... 
Eh, I high taste ni pun bersebab tau (konon2). Kan dulu ada orang cakap (kalau tak cakap pun I macam ada dengar) kita kalau nak cari pasangan ni mesti la yang boleh tutup kekurangan kita! Macam tu! Tu sebab dulu I pernah cakap nak lelaki gila kentang punya handsome untuk jadikan pacaran! Cheewah... Maklumlah, I kan pendek, mata besar, dahi luas, gemok, hitam, lesung pipit pun ala2 macam nak ada macam takde, tak bergaya bagai, so kena la cari pasangan yang berlawanan dengan ciri2 I tu! Hukhuk... Malu ok mengenangkan perangai sendiri! 
Kalau tak semua pakej dia ada pun salah satu tu mesti ada la! Tinggi ke putih ke kurus ke (kalau besar pun tapi muka macam Fahrin Ahmad confirm la nak kan!) mata sexy macam KJ ke tak kisahla! Tapi...ni semua dulu!


Berbalik kepada cerita tasteless tadi. Bila I tukar je sekolah dekat Kuantan, masa tu form 5, masa ni la orang sibuk mengata I selera dah menurun! Amboi, laser gila ayat! Masa mula2 masuk dulu konon hot staff la sebab budak baru pindah dari Sabah so macam terkenal satu form 5! Perghhh...perasan gila! Masuk kelas 5 saksama kelas bio fizik kimia (bajet nak bagi tau budak sains) majoriti budak perempuan. Lelaki 5 orang je macam tu! Dah lama tak tengok lelaki tu yang macam dah terlupa semua impian lelaki idaman! Ada satu hari tu I suka budak ni masa dia buat persembahan hari guru! Main gitar je kot! Terus suka! Haha..biasa2 je pun! Kulit gelap2 ala Remy Ishak gitu! I loikeee... Kawan I ada cakap "eiiii...awak janganlaaa...dia tu kelas tak berapa nak depan.". Ahh, tak kisahla! Bak kata orang. Kalau dah suka semua ok je kan! Biologi dengan sastera kalau bergabung kan vass gitu! Hihi


Macam2 la orang yang I suka tapi orang lain still cakap I tasteless! I pernah suka mat rempit (pernah cerita dulu pasal ni tapi tak ingat entry yang mana) masa nak ambil SPM dulu! Masa diploma pulak pernah suka dekat budak Art Design! Even badan dia macam besar gitu kan tapi mata dia sumpah cantik macam pakai eyeliner tau! I pernah godek2 Friendster dulu tengok gambar dia masa kurus! Kecairan betul! Comelsss! 


Banyak la lagi! Tapi yang pasti lately orang suka cakap I pilih yang tak handsome, yang gelap2, yang muka biasa2 je! Memang bukan taste I masa muda2 dulu la! Masa I part 3 dulu kan, ada satu hari tu terserempak dengan FS masa dekat tangga! Sampai dekat hostel I cakap dekat roomate FS comels sangat masa I jumpa tu! Lepas tu diorang cakap balik "orang kalau dah suka semua pun comel".. Ok, melalut dah ni!


Jejaka idaman! Hehe..comelkan Abang Adu I!



Dan sekarang awak semua jangan bayangkan I akan dapat Aaron Aziz! Sebab dah tentu orang yang muka ala2 Aaron tak nak dekat I! Kecuali...JODOH! *bersemangat balik..hihi





:: Kena tackle mak dulu kalau nak dekat anak dia! Ehhhh....






Love,h'wawa