Salam Jumaat sayangs semua!♥ Hari ni first time I duduk bilik sampai waktu ini sebab dipaksa jangan balik! Sangat jakun okay bila kena duduk dekat bilik petang2 jumaat macam neh! I'm lost! (haha..mengada betul!). Dan untungla untuk awak semua yang dah ada dekat rumah now! Semua sibuk update status nak balik rumah bagai! Saja nak bagi I jealous lettew! Hakikatnya memang I jealous pun! Semenjak jarak KL - Shah Alam bukan lagi menjadi masalah utama boleh dikatakan tiap2 kali cuti I nak balik!♥ Itu pun maca lama tau! Entah la. Rasa terharu sangat bila dapat pijak tanah KL. Haha. Sumpah tak tipu! Masa diploma dulu jangan harap la nak gedik2 balik tiap2 minggu. Harapkan midterm break je baru boleh balik! Tersadai la berbulang2 dekat Terengganu kitee tuh! Auhhhh! :(
Masalah homesick ni semakin menjadi2 masa I part3. Mentang2 la kelas Isnin sampai Khamis je kan! Raya sakan la dapat cuti 3 hari! Lagipun dulu BFF I rajin datang sini bawa I balik!♥ Eheee...siap study dekat sini lagi tuh! Budak UIA study dekat PTAR1. I masuk PTAR1 merepek je lebih! Cuci mata tengok budak2 account! ;) Apa2 je lah!
Malam yang I diculik bawa balik KL...Eh, jangan cakap apa2 tengok gambar I gemuk! Lama punya gambar ok! T_T
Ok, itu masalah rumah punya pasal! Sekarang nak cakap pasal blog opss auch auww ini pula! Honestly I tak ingat tarikh sebenar blog ni wujud! Sebab dulu buat blog untuk diri sendiri je. Tak publish dekat public pun! Blog yang lama pun dah kena blocked dengan hackers. Tapi almost 4 tahun lebih juga la I berbelog! Blog yang sangat merepek kerepek pisang ntah apa2 punya cerita! Kakak I cakap blog syok sendiri! Owh, memang pun!♥
Blog ini pun dah tau banyak perkara. I wonder kalau la blog ni boleh bercakap memang kantoi la I. Sedih, gembira, takut, bimbang, menyampah ,nak marah, benci, bosan, meroyan semua I nak sumbat dalam blog! Haha. Siapa2 yang rajin buat blog berjalan dekat blog I tau la apa yang I merepek dekat sini and tak mustahil awak semua tau juga sesetengah nama and peristiwa yang pernah wujud dalam blog ini! (awww..blushing!) .
Dan punca I menaip entry merepek pada hari ni sebab nak cakap I dah kantoi! Tu la problem statement yang sebenarnya! *sobs! I kantoi ok! Sangat berani la konon buat entry macam tu dalam blog! Sebab I yakin dan confident yang I tak mention nama siapa2 and cakap apa2 yang boleh memberi ke-clue-an pasal someone! Tapi dia sangat bijak! Juga daring! Slumber badak je tanya I cakap pasal siapa untuk entry yang tutt tutt tu! Kalau suruh orang lain yang tanyakan ok la juga kot! Takde la I nak malu sangat. Ini dia pergi tanya betul2 dekat I. Tidak menggunakan orang ketiga, keempat atau kelima! Baik, I malu betul! Tutup muka sekarang! Pffftttt....
Dulu I dengan my girlfriend sakan bertukar-tukar cerita hati dekat facebook. Fine, kantoi dengan dia. Then we've moved to twitter! Sangat seronok la konon sebab bebas berbuat apa saja! Ahah..mongoks! That's why la I memang tak memfollow atau membenarkan di follow oleh orang yang agak kurang mesra alam! Sebab twitter memang tempat I berdecit macam kelicap nak buat luahan perasaan. Sakit hati dekat bibik pun I nak tweet! Haha.
(Tapi sekarang kenapa ntah got problem nak approve orang! Kesian kawan I eh! )
Twitter yang tidak lagi selamat! Haha...poyos je!
Sakan bertweet dan akhirnya I kantoi juga! Lebih2 lagi benda ini agak ...ok, tak mau cakap dah! Gilos! Dia tau! I mula syak ada stalker dekat sini! Grrrrrr...then..just ignore that! Buat2 macam tak ada apa2 and apa2 je la! Tiba2 pula terasa nak update entry begitu dekat blog! Tekanan perasaan mungkin! Dan memang I tak rasa akan kantoi!(sebab semua orang dah tau I suka mengarut!). Tapi bila dia tanya macam tu dekat I semalam...owh..ok..fine!!!...I nak pakai jubah halimunan harry potter sekarang! Nampak sangat I bukan pengguna laman sosial yang professional kan! =)
Fineeee, sudah la Wawa....rasa nak cocok tangan dengan garfu je! (macam kassim selamat cocok mata!) Ahah..♥
Love,h'wawa
No comments:
Post a Comment