Ini memang agak ketinggalan zaman! Berita ini tahun 2010 punya cerita. Perkara terjadi tahun 2008. I dapat tau last week. Dan baru buat entry ini sekarang! Opss auch auww memang sensasi dengan berita expired kan! I guess! Ahah...
Beruntung juga dapat tangan yang tak tau nak duduk senyap2 pegang rambut kan! Akibat tekanan perasaan yang melampau sebab assignment SM punya pasal balik2 kelas je konon bajet terus google cari pasal TNB! OMGGGG..gila bapak rajin nak pengsan! Baca everyword yang ada dekat website TNB tuh! Tiba2 teringat dekat iklan TNB kelip2 tu. Heeee, gelak sorang2! Orite, sambung balik kes tangan gatal tadi! Nampak macam rajin kan balik2 terus cari info! Cehhh..padahal nak mengurangkan kebengkak-kan hati dan jantung! Fine, Dr Arzmi kenakan I! *tsk....
Boring2 baca TNB yang kilau kemilau tu tangan pun gatal2 pergi tekan sana tekan sini! Sakan kot! Macam2 I godek. Tiba2...tadaaaa.......OOOO MAK ENGKAU! Ini betul2 terkejut tak tipu punyehhh. BAPAK LONG TIME AGO PUNYA STORY OKEHHHH....
Selasa April 13, 2010
Bekas Pelajar UiTM Mengaku Salah Buang Bayi Di Tempat Buang Sampah
KUALA TERENGGANU: Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Chendering, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membuang bayi, lebih dua tahun lepas.
Tertuduh Zarina Sulaiman, 21, dari Kampung Felda Cherul, Kemaman, mengaku melakukan perbuatan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Yusoff Yunus.
Mengikut fakta kes, Zarina dituduh secara rahsia telah membuang mayat seorang bayi perempuan yang dilahirkan olehnya sama ada telah mati sebelum, semasa, atau selepas dilahirkan olehnya dan dengan sengaja telah menyembunyikan kelahiran bayi itu.
Dia dituduh melakukan melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, Chendering, dekat sini, antara 11 malam dan 12 malam, 29 Januari 2008.
Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun.
Mahkamah kemudian menetapkan 26 Mei ini sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan sosial tertuduh dan menawarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM3,500 dengan seorang penjamin.
Bagaimanapun, tertuduh tidak mampu membayar wang ikat jamin tersebut dan di hantar ke Penjara Pengkalan Chepa.
Pendakwaan dilakukan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Marzita Subaker.
Dalam kejadian itu, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam keadaan separuh terbakar di celah timbunan sampah di tempat pembuangan sampah di kawasan asrama berkenaan oleh seorang tukang sapu. - BERNAMA
Berita tersebut sikit pun tak tipu okey! Baby tu memang jumpa dekat tempat bakar sampah! Oh myyyy. Memang I tak boleh lupa perkara ni. Masa tu baru je balik kelas. Semua orang mood gembira. Excited nak balik. Ada midterm break kot! If I not mistaken! Tengah suka2 lunch dekat bilik classmate tiba2 dengar siren. Ingatkan siren ambulans. Biasala orang kawasan chendering ni asyik sakit manjang! Dalam sehari tak sah kalau tak dengar siren ambulans! Hmmm.. Makin lama makin kuat bunyi! Bila tengok dekat tingkap bukannya ambulans. Ada dua kereta polis dekat bawah. Siap dengan press lagi! Semua orang pun automatik jadi kepoci nak tau what happen! I pun! Hehe. Tanya dekat budak2 yang berebut lari nak turun bawah. Diorang cakap ada orang buang baby dekat tempat sampah dekat dengan kolej sutera! Hmmmm, tiba2 jadi seram......
Ingatkan lepas polis datang habis macam tu je. Tak pasal2 dengar announcement cakap SEMUA PELAJAR TIDAK DIBENARKAN KELUAR DARI PINTU PAGAR KOLEJ BERMULA SEKARANG!!! Auch, gila apa! Semua orang pun naik angin tak boleh blah! Tiket balik sebulan lepas dah beli tiba2 kena kuarantin pulak! Ishhhhh...masa ni baru rasa nak marah dekat gerangan yang buang baby tu! Pasal dia tak boleh balik. Ni semua budak sutera la ni! Budak kasa takde pun buat perangai macam neh! (ehem, maklumlah..setiap sem I duduk blok kasa..tak main la sutera2 neh.) Nasib la kuarantin sampai maghrib je. Kalau tak meroyan dah I duduk terengganu lama2! *tskkkk....
Owh, Blok Kasa yang I rindu sangat2!♥
Still gila annoying! Sebab? Ok, lepas cuti ingatkan kes dah habis. Dengar pula announcement suruh SEMUA PELAJAR PEREMPUAN BERATUR IKUT LEVEL2 MASING! JUMPA DOKTOR BUAT PEMERIKSAAN! I'm going crazy! Dinodai oleh doktor.......nasib doktor perempuan! Tak kira berapa banyak bongoks yang budak tu dapat dari I. Grrrrrrrr.....Next week pulak tiba2 ada senarai nama panjang dekat depan office kolej! SENARAI NAMA TERSEBUT AKAN DIBAWA KE HOSPITAL BESAR TUANKU ZAHIRAH KUALA TERENGGANU UNTUK PEMERIKSAAN LANJUT! Ini betul2 gila okay! Nasib kitorang tak buat sepanduk untuk protes! Can't forget this moment! I terpaksa cabut high heels letak dekat office.Oww, tak tau apa motif I cabut high heels tu. Ntah la. Sampai sekarang I pun tak tau kenapa! Hmmmmmm....
Dan disebabkan budak yang melakukan kesalahan ini, kitorang si mangsa2 telah dapat pengalaman yang menyampah tapi sedikit kelakar! Euuuu... Diwaktu umur I 20 tahun, I dah rasa pengalaman ibu mengandung nak scan baby! STUPIDO! Ala, sama macam dalam tv tu la. Bayangkan perut anda, doktor selak, lepas tu letak something yang macam gam kertas yang pekat tu, lepas tu guna alat apa benda ntah, lepas tu godek godek godek atas perut kita, lepas tu siap tengok dekat skrin lagi! Hahaa...I cakap dekat doktor "TAKDE BABY PUN!" Suara gila punya nak perli doktor. Siap jeling2 lagi! Dan I rasa doktor tu terpaksa buat muka keras hati! Bayangkan kalau dah beratus orang budak UiTM Chendering yang dia scan semua cakap macam tu! PADAN MUKA DOKTOR!
And before case ni reda macam2 spekulasi yang ada. Ada yang cakap semua ni propa je. Ada yang cakap sebenarnya orang lain yang buang tapi tuduh budak uitm. Ada yang cakap ni kerja indon yang buat istana belakang kolej kitorang la. Ada yang cakap makcik cleaner la yang buang baby tu. Sampai la I tau berita ni last week! Dan betul la budak uitm punya kerja! Serius I tak ada la marah sangat and nak kepoh sangat dekat budak ni atas benda yang dia buat. Tapi I rasa terencat masa benda lekit2 macam gam tu bertepek atas peruttt. Euuuuuuu, golidennnnnn... Dah jadi mommy in the future dah ni! GILA!
Sekian saja berita expired dari Wawa. Sayang semua, sila jaga diri ya! Muahmuah♥
Love,h'wawa
No comments:
Post a Comment