Monday, August 6, 2012

Syoknya Raya ♥



Syukur Alhamdulillah! Ramadhan dah separuh berlalu! And it means raya dah dekat! Yeay...saya sangat excited okeh! Baju raya dah ada dan dalam perancangan nak menambah lagi. Eh, jangan cakap I membazir pelis! Memang perlu la baju lagi sebab sepupu I nak bertunang raya kelima! I guess that there will be a great raya on that day! Haruslah kan! Semua kaum kerabat sanak saudara semua ada. Dan inilah peluang nak menambahkan duit raya. Ihik2. Harap2 collection duit raya tahun ni agak memberansangkan walaupun sudah terang disuluh pelita yang harapan sangat tipis! Owh, ingat awak tu budak kecik ke sampai orang nak bagi duit raya banyak2 cik siti? Dulu bila dapat duit raya tak sabar nak tengok berapa yang tuan rumah bagi. Nak buka depan dia tak sampai hati la pulak. So, terpaksa la mensabarkan diri buka tengok dekat rumah. Buka2 tengok dapat seringgit je. Ceh, "kedekut punya tuan rumah!" Itu baru yang bagi seringgit. Paling hampeh bila buka je tengok dapat lima puluh sen! Perut sebu makan kuih banyak2 sekali dapat lima puluh sen. Memang dapat dosa free la time tuh! Eheh... Tapi itu dulu. Anak sungai lagikan berubah inikan pula anak dara! Hahah...sekarang ni baru la tau...eh, takdela sekarang masa umur I 24 ni..I mean bila dah mampu berfikir dengan lebih baik ni baru la tau betapa susahnya nak dapat duit! Tambah2 pula I yang belajar account economy ni lagi la rasa appreciate sangat dengan hal2 berkaitan duit ni! $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$...tengok, bling2 dah mata bila cakap pasal duit. And now bila budak2 yang kurang asam koyak angpau depan I nak tengok berapa ringgit dia dapat siap dengan komen menkomennya lagi rasa ringan je tangan ni nak menarik rambut beliau dan rakan2. Ambik kau! Padan muka ;p 




Hal duit raya! Memang seronok. Macam raya tahun lepas berlawan-lawan dengan Faraferry dekat twitter tweet siapa dapat duit raya banyak. Haha. Sounds so childish kan! Tapi tu la....benda yang merepek kerepek pisang tu la yang best. Sila pelis jangan amalkan perbuatan ini. Sebab hari tu polis diraja malaysia dah cakap penjahat ada di mana2. So, better take care of your self! Safety first bebeh! 




I went supermarket this evening! And guess what? I jumpa sampul duit raya disney! Sumpah jakun masa tengok sampul ni. Gambar princess semua ada. Siap kale2 pink lagi! Memang sengeh sampai ke telinga lah. First time jumpa. Ingatkan I orang pertama yang tau tapi rupa-rupanya sampul tu dah lama ada. Dah berzaman dah orang guna okay and I baru tu petang tadi! Kesian kan...




Tengok! Tersangatlah excited bila jumpa benda ni. Joget2 dalam hati. =)




Pergh..pusing2 biji mata tengok sampul kale2 neh. Dulu sampul just gambar ketupat je. Kale pun hijau je yang banyak. Lepas tu kalau beli barang banyak atas RM200 dapat la angpau yang ada tulisan CARREFOUR ke, GIANT ke, ISETAN ke. Takpun kalau kerja dapat la angpau maybank, bank islam, perkeso, UiTM, macam2. Tapi sekarang gambar kartun2 ni pulak yang famous. 




Boboiboy pun nak raya tau. Demi koko yang dicari-cari. Oh yeah! 



So nanti masa I raya rumah uolls jangan lupa bagi sampul duit yang kartun2 ni ye. Paling best kalau ada gambar barbie dekat depan. Takpun yang gambar high heels. Nak yang kale pink. Hehe. Lepas tu dekat dalam sampul tu letak la duit yang kale kuning tu eh. Alaaaa, duit baru tu la.... Yang ni pun I jakun. Excited jumpa duit kuning. Ahah. Next year request dekat bank negara nak duit kale pink pulak! So sweet darlings! 




Nanti jangan lupa bangun sahur ye sayangsku! Muah =)








LoveDuitRaya,h'wawa




















No comments:

Post a Comment