Friday, August 17, 2012

Pertama Kali



Pertama kali raya without kakak! Sobs :(   Semalam kak long I officially dah terbang ke sabah. Nak beraya dengan husbandnya. Waaaaa.....so awal2 lagi kitorang satu family dah nanges2 tahan air mata. Wahhh, kene kontrol babe even dah terang2 lagi nyata yang kitorang semua sedeh. 23 tahun I raya dengan kak long. Tiba2 tahun ni dia takde. Abang ipar dah curi dia. Cisssss!



Dengan keadaan rumah separa rayanya maka duduklah kitorang tunggu turn nak salam hari raya. Terasa kesyahduannya. Kebetulan pulak ada background lagu raya P.Ramlee...Pergh...Orang yang taknak nanges pun tetiba je boleh nanges. Macam tau2 je radio ni! Duduk2 minta ampun maaf semua. Terbayang semua segala salah silap. I'm touched! Mula2 plan hari tu kakak cakap this year raya dengan kitorang. Awal2 lagi dah beli baju raya. Siap set tema kale biru lagi. Hmmm..biru lagi. Tapi tak kisahla. Second third fourth I boleh guna pink. Tapi last week tiba2 kakak cakap tak dapat raya together. Tiket sabah-kl habis. So abang ipar tak boleh raya sini. No choice, kakak I kena pergi sabah pulak. Plan changed! Nak buat macam mana.




Rabu malam khamis hari tu lepas je maghrib kakak ajak I tukar langsir. Eh, tak awal sangat ke nak pasang? Then kakak cakap nanti kalau pasang lambat tak dapat la dia nak tengok rumah cantik. Auch! Sedih uolls! Macam mana neh? Tak payah la cakap macam tu pelis! Haishhhhh... Tapi at last tak pasang pun. I dah sedap bergolek depan tv dengan perut kenyang tiba2 macam malas je nak pasang. Heheh ;p

 



Tengok tu...siap dapat duit raya lagi! Gambar saleha uolls! Thankie kakak =)



And semalam before pergi airport dia sempat pesan2 lagi suruh kitorang tolong mommy kemas rumah. Oww, no worries sis! I will. Memang kerja I pun! (bajet jap..hee). Dalam nanges2 dengan keselebatan baru mandi tak sempat kering rambut serabai neh sempat lagi I senyum bila buka isi angpau tengok berapa duit raya yang kak long bagi. Hewhewhew..heheh...Terima kasih kakak! Selamat hari raya aidilfirti! I love you my twin! =)




Love,h'wawa








No comments:

Post a Comment