We meet again! Alhamdulillah =). Yeayess! Sangat seronok bila tengok pengumuman puasa kelmarin. Sama macam tahun2 sebelum ni mesti excited gila nak mati tunggu pakcik atok penyampai mohor raja2 besar tu nak umumkan tarikh puasa and raya. Kalau tak dapat tengok masa first announce tu memang ralat la sangat2. Betapa nya kuasa excited nak raya enn!
Sayangs, moga ramadhan kali ni membawa seribu erti untuk kita semua Jom rebut buat amal ibadat dengan ikhlas banyak2! Pahala berganda weyh! Siapa yang tak nak. Ihikihik ... Dan disamping berusaha nak menambah keberkatan ramadhan dengan rebut pahala I pun banyak dah plan program2 sempena bulan puasa neh! Termasuk la aktiviti lazim nak mengecilkan saiz badan! *gulp .. Risau iolls tau sebab baju raya dah ready dah! Patah high heels nanti kalau baju raya I tak muat! Eeiiiiii ....buat naya je!
Lepas je dengar pakcik atok tu buat pengumuman tak pasal2 inbox jadi penuh. Wah, belum apa2 dah ramai dah bagi ucap selamat puasa! Ni yang teruja neh! Ingat lagi zaman handphone nokia dulu2 glamour time2 macam ni dengan message kelip2 yang comel2 tu. Lepas tu forward lepas sorang, sorang lagi. Kadang2 tu dapat sampai empat kali message yang sama. Nak2 bila dapat message dari admire lagi la tergolek2 sengih tak habis2. Zaman dulu kala punya memories ok! ;p
Dan seperti biasa tiap kali ramadhan I punya penyakit insomnia datang. Duduk la berjaga sampai sahur. Eh, takdela duduk sangat actually. Baring2 ke... golek2 ke...tak pun buat la apa2 yang patut dalam gelap! *syhhh* . Terbuktilah sekarang ni sibuk nak meng-update blog yang terabai. Heheh. (bertuah punya budak..orang sibuk kat dapur dia sibuk ketak ketuk taip2). Kalau mata ni tak nakal lepas subuh I tidur. Kalau tak sempat tengok movie dua tiga jenis dulu baru la rasa ngantuk. Tu pasal la kot asyik migrain je manjang! Hmmmm....gila annoying kan!
Lover, moga2 bulan puasa kali ni kita dapat lebih rahmat dari Allah and semoga sifat cepat panas cepat terasa and cepat sensitif I ni boleh la dikurangkan sikit masa bulan puasa neh. Kang marah touching lelebih kang tak memasal kurang dah pahala puasa! So, sila belajar bersabar Cik Siti! =)
Tapi kan, uolls perasan tak pengumuman puasa kali ni bukan pakcik atok yang biasa buat pengumuman tiap2 tahun tu. Cuba la try tengok. Orang lain laaaaaa...eh, mana pakcik tu pergi??? :(
Dah2. Wake up wake up. Jom semua bersahur! Today is a first day! I'm so excited! Eheeee... Jangan lupa niat puasa ye sayangs2! Muahhhhh...(eh, belum azan lagi so tak batal la kalau I kiss pun!) pffftttt....
LoveRamadhan,h'wawa
No comments:
Post a Comment