Ahhhhhhhhhhh....saya kerinduan! =(
Heee. Ngade2 nye! Ok deal..mungkin ini sindrom hari pertama. Wekkss.
Hari ni 3 hari bulan. Sesi persekolahan dah mula. Bas sekolah sibuk sana sini dari pagi sampai petang nak hantar orang. Bas rapid 604 603 pun sama sibuk nak bawa budak2 UiTM Shah Alam ni pergi kelas. Dengan harapan dah pandai nanti boleh la berkhidmat untuk nusa bangsa dan agama. Dan semestinya saya juga tergolong dalam golongan itu. Haha. Bersama -sama budak sekolah pergi ke sekolah. =))))
Adoiii, dah 2 bulan cuti tiba2 hari ni bangun pagi cuti dah habis. Sangat seronok pergi kelas. Jumpa kawan2 hye hye. Jumpa lecturer senyum2. Jumpa secret admire malu2. Jumpa itu haha jumpa ini hehe. Tapi bila masuk kelas lecturer gertak cakap paper sem ni susah2 opss auchh auww rasa nak gelak campur nanges.
Takpe, paper yang susah kita letak tepi sikit dulu. Sekarang nak cakap betapa rindunya dekat rumah. Home really sweet home lah! Haishhh! Terasa sangat jauhnya Ampang dengan Shah Alam. Tak terdaya rasanya menanggung rindu! Nak2 sekarang ni dah tak boleh duduk dalam lagi. Sangat kecewa di situ! Oh, kenapakah?
Pagi tadi tengah doa2 lepas sembahyang subuh tiba2 dengar cerek air jerit2 tak tau la dekat rumah siapa. Bunyi itu sungguh klasik. Teringat sekejap suasana kat rumah. Terpaksa cover line tak mau nanges. Weyh, malulah kalau orang nampak! (Padahal kalau nanges pun tak pe...nanti housemate ingat khusyuk sebab solat subuh..aminnn)
Lepas tu tengah siap2 nak pergi kelas dengar pulak suara budak kecik jerit sebijik macam suara Ridzqi si baby kecik yang ibu jaga. Alamak, Edward Cullen cepat la bawa saya terbang sampai rumah. Gila annoying la perasaan macam ni. Sebijik macam perangai makcik2 yang teringat itu ini kalau pergi mana2 tempat. Cisss, tak boleh blah la.
Then sesi menjejakkan kaki ke sekolah besar atau kampus pun bermula. Nasib baik ada housemate yang baik hati tunjukkan tempat nak naik bas. First time naik bas UiTM laluan C. Macam cipan pun ada excited la dapat naik bas tu. Ini belum lagi bas rapid yang penuh sesak dan harapan sangat lah kalau nak duduk kan! Sebijik macam kat Chennai! Kahkah.
Tiba2 penyakit datang balik. Bila bas lalu je depan hostel macam nak peluk hostel kuat2. Jangan pisahkan la konon. Tetiba jadi rindu kat hostel. =(
Jalan lagi nampak pulak bas laluan A yang terus sampai dekat fac. Rasa nak peluk bas tu pulak. Tetiba jadi rindu kat bas. =(
Jalan lagi nampak pulak Dataran Cendekia; tempat idaman mereka yang kelaparan. Adoiii. Macam nak tidur kat situ pulak. Tetiba rindu dekat DC.
Perjalanan diteruskan. Kali ni nampak pulak bus stop depan fac engineering. Selalu tunggu bas kat situ time nak balik KL. Rasa nak curi bangku kat bus stop tu. Tetiba jadi rindu kat bus stop.
Nampak ini tetiba rindu. Nampak itu tetiba rindu. Nampak gerai burger tetiba ingat prosperity! Hehe. Sangat sedap okay!!!! >_<
Kerana prosperity....aku begini~~~~
Hey rindu, pliss main jauh2 la.!!!! =P
On the way nak balik rumah sewa yang tak sampai 1000 langkah jauhnya abang mana ntah yang jual kat gerai depan rumah tu pun mula la buat2 ramah. Yang ini saya tak rindu. Lantak kau lah merapik sorang2. Hek eleh, bila dah tak kena layan tu tetibe pulak nak cakap orang sombong! Amboiii, lempang kang baru tau!
Nah ambikkkkkk!!! =PPPP
Seharusnya penat naik tangga 5 tingkat kan? But; yeay! sampai jugak kat rumah. Landing2 atas katil nampak laptop rasa nak berblog pulak. Dah lama dah tak luah perasaan kat mesin robot ni. Tengah sedap2 berblog pasal entry hari ini tiba2 teringat masa berblog kat rumah pulak. Rindu nak update blog dekat rumah.
Sesungguhnya.....haishhhhhhhhhhhhhh....bila la perasaan tiba2 teringat jadi rindu ni nak hilang?????? ^^
Love,h'wawa
No comments:
Post a Comment