Cuti Thaipusam semua orang yang beragama Hindu pun sibuk la nak buat persediaan segala. Patut la hari tu masa saya keluar sana sini sibuk orang beli bunga. Kalau jalan dekat Brickfields ni mesti meriah. Tiba-tiba teringat kat Shah Rukh Khan.Terbuai la kejap dengan bau wangi bunga malai segar sambil angin sepoi2 bahasa menggedik-gedikkan rambut depan. Fuh, membetulkan rambut dengan meniup sambil melentokkan kepala. Dengan harapan nampak seksi la tu. Hehe.
Orang lain seronok sebab hari Khamis cuti takde kelas. Lepas la satu hari tak dengar azab lecturer membebel. Saya berganda-ganda seronoknya sebab mengenangkan kepandaian sendiri susun jadual yang mana Jumaat memang takde kelas. Bijak betulkan! Haha. =)))
Kegembiraan bukan lah hanya disebabkan dapat tengok cerita tamil yang penuh dengan aksi kalau tumbuk hero mesti rumah pun boleh pecah, tapi kegembiraan menjadi berganda-ganda bila akhirnya dapat juga masuk hostel. Pagi khamis tu bersemangat kemas barang bawa turun. Rumah yang enam tingkat pun tak terasa tingginya sebab hati dah berjoget-joget seronok. Hihi. Kakak suka saya dapat hostel. Senang katanya. Tapi ada juga mulut2 comel yang tak suka. Amboi2, tak pasal2 dapat gelaran anak manja. Tak biasa duduk luar diorang cakap. Ye ke?
Ahh, tak kisah la kan! >_<
Ingatkan kegembiraan bertitik di sini tapi paling tak disangka rupa-rupanya kakak kesayangan nak buat seperais pulak. Kemain lagi suruh berkemas-kemas. Ingatkan nak ke Muar ke, Alor Setar ke; ala, jalan2 di kampung. Paling tak pun ke tempat nak menggelapkan kulit secara natural. PD lah gamaknya! Haishhhh...taknak banyak cakap semua baju warna pink pun diambil. Lipat ala kadar and sumbat dalam beg. Zip terus. ^^
Kalau tengok gambar ni agak2 nya di mana ya? Tak tahu ye? It's ok la. Sebab it looks like memang takde clue pun nak bagi tau saya di mana. Hmmm...masa sampai kat airport seronok sangat. Muka pun rasa dah senget asyik tersenyum je. Teringat dulu saya ada cakap kat kakak nak bercuti dengan Edward Cullen. Kalau tak dapat Daniel Wu pun jadi lah. Wahhh, tak sangka impian nak jadi kenyataan. Skrin dekat airport pun asyik berkelip-kelip je untuk pelepasan antarabangsa. Macam tau2 je saya pun tak sabar nak jumpa sayang si Edward. Heeeee =)
Harapan nak bejumpa Edward memang harapan sangat2. Cehhh. Punah impian. Orang Korea yang penuh kat airport senyum. Buat2 ramah. Eleh, sikit pun tak heran. Kononnak marah sebab tak dapat jumpa Edward. Padahal tak kisah pun nak bercuti ke mana. Hehe. Terasa mengada-ngada pulak. Orang lain sibuk pergi kelas kitorang satu family buat trip holiday. Nak pergi masa tahun baru cina nanti penuh pulak katanya. Sebagai anak yang baik saya pun ye je la! Ahaha....so suwit kan!
Dah lama dah saya tak datang sini. Last hari tu masa sekolah kat sini. 2004. Lama tu weyh. Tempat pun dah banyak dah yang best2. Kalau nak tengok superman pun ada kat sini. Lebih kurang KL dah. Aramaiti! Hikhik.
Paling rindu nak makan mee goreng dengan sup. Tambah pulak dengan air lada. Terbaik wokk! Alhamdulillah dapat jugak makan mee pagi tadi. Tapi tak sendawa pun. Haha. Bau mee goreng tu membuatkan saya teringat kat sekolah dulu. Konon la. Hmmm, esok nak ajak la abah ke siapa2 ke lalu kat depan sekolah. Mana la tau nak buat autobiografi pasal sekolah kesayangan. Boleh la snap2 gambar sepuluh dua puluh keping. Ngeeee.
Makan jom....Ikan bakar....
Cuba try ni...sedap...haha
Yaww...makan lagi!
Mee goreng yang wajib dimakan dengan supppp...
Semalam sampai2 je terus siap2 nak pergi makan. Dua buah kereta diperlukan nak bawa kitorang satu family. Kakak cakap siapa nak ikut abang ensem naik kereta depan. Haha. Aishhh, macam la saya tak tau dia mention kat siapa. Ok, apalagi...saya pun tersiput-siput la naik kereta si kacak tu. Dalam hati dah berbunga-bunga. Siapa yang tak sangkut weyh. Dah la handsome peramah pulak. Baik baik orang sini ye. Hehe. Tiba2 hati yang berbunga jadi kemarau bila handphone abang handsome berbunyi.
Hello..dia menjawab telefon.
Owh...ini Bobby...emmm Khai khai...dia mula menyebut nama sebenarnya...
Saya terus khusyuk memasang telinga nak tau perbualannya...
dan dia pun berkata.....
Yup...I bofriend bla bla bla.....I just wanted to know...bla bla bla....coz tadi dia tak angkat phone...bla bla bla....dia bercakap dengan si pemanggil tadi.
Huh, dah ada aweks rupanya. Adoyai. Hancur berkecai hati! =((
Bunga dalam hati pun tak sempat berkembang. Hmmmm....kereta pun bergerak 40 km sejam sebab jalan asyik lampu merah je. Malam tadi saya makan banyaaaaaaaaaaaaakkkk sangat!
Bobby oh Bobby!
No comments:
Post a Comment