Siapa suka buli adik dia meh kita buat satu group kat facebook "Saya Suka Buli Adik" heee. Acah je. =PPP For sure bila adik-adik I baca entry ni mesti rasa my god nape la aku dapat kakak gila macam ni plis plis saya tak nak kakak jahat macam ni. Sabar je la ye sebab kakak kamu ni dah ditakdirkan menjadi kakak sejak azali lagi. Kahkah. Gelak jahat!
I baru ada sorang adik lelaki dah rasa seronok gila. Sangat bagus untuk dibuli. Sebab apa?
hero malaya
Yang pertama adik lelaki susah nak nanges kalau kena buli nak2 kalau kakak yang buli. Apa barang orang perempuan buli. Haha. Puas la I sakat2 I ejek2 tapi takde respon pun budak tu. Macam gitu jugak! Tekde perasaan. Euuu.
Yang kedua bila kita sakat dia dia buat kita balik. Aikkk. Teknik pembalasan. Kau kacau aku naah kau ambik balik aku kacau kau! Alamatnya kalau bab belasah membelasah ni habislah riuh satu rumah lari lintang pukang nak selamatkan diri taknak kena flying kick dengan dia. Amboi, mentang mentangla ada Taekwando. I dont care lah! Thehehe.
Yang ketiga sangat best kalau jarak kita jauh gila. Macam I dengan adik dua belas tahun jarak. Kalau gaduh2 mulut ni dah konfem kita menang kononnya apa yang kita cakap tu betul even fakta mengarut ntah apa2 yang kita cakap. Tapi kadang2 tu dia juga menang sebab dia lagi pandai mengarut ntah apa2. Huh, kureng punya budak! =/
Yang keempat ok yang ni sangat seronok ok! Boleh dijadikan private assistant I untuk beli mamee or bika or double decker kat kedai or pergi beli burger abang burger. Haha. Gila best! Paling best bila adik dijadikan cheff.
Tolong gorengkan nugget.
Nak telur bulat tapi nak kuning dia cair.
Panaskan air plisss.
Nak kentang.
Masakkan maggi.
Belikan Wa teh ais.
Nak abang burger.
Ayat2 ni adalah biasa bagi adik I! Hehe =)))
Adik perempuan pulak buli gitu2 je. Heh, nak mati buli teruk2. Dah la jarak setahun je. Habis I. Ala sakat pun setakat ejek2 nama je. Lepas tu bab goreng menggorengkan sesuatu ni dah tentulah. Tu je. Tak lebih2. Tapi ejek2 nama pun terkesan juga. Kalau dia sakit hati ngan I abis I kena jeling. Hahaha.
Sekarang bila masing2 tengah cuti ni lagi seronok. Lagi best nak sakat. Semua berebut remote nak conquer tv. Nak2 bila budak kecik yang mak I jaga tu dah besar and dah pandai cakap and dah pandai dah kick mengkick orang ni. Boleh tahan juga budak ni. Dia punya sepak adoi sakit tulang belakang seminggu. Belum lagi bila dia cubit dengan kuku yang tajam gila tu. Waaaa, kalah juga I bila gaduh dengan dia. Siap2 nanges2 lagi. Kawan I pun pernah nampak I nanges gaduh dengan budak kecik.
Otomennnn....
Budak kecik macam ni sakat dia apalah sangat. Sorok bantal busuk. Ambik puting dia. Buat2 nak pakai baju baru dia. Haha. Kalau I menang dia nanges. Lepas tu mak marah sebab I kacau budak tu ok fine I protes masuk bilik. Dalam bilik senyum sorang2 lepas tu ketawa sebab ingat balik apa yang dah I buat kat budak tu. Tapi kalau budak kecik tu yang kacau dulu I sangat tak puas hati. Keluar bilik buat muka macam orang takde jantung duduk depan tv tak cakap ngan budak kecik tu. Haha. Puas la si kecik merayu-rayu nak cakap dengan I. Dalam hati macam nak ketawa pun ada bila tengok muka dia pelik nape la Wa taknak cakap ngan aku. Heee. Padan muka! Sape suruh kacau orang. Tapi sekejap je. Siapa tak tahan weyh tengok muka bulat gemuk macam tu cakap ngan kita sambil buat muka comel2 kungfu panda. I surrender! Heeee.
Next year I dapat lagi sorang hero baru. Budak kecik tu nak dapat adik bulan 2. So ada tiga orang budak lelaki yang seronok untuk disakat.
I sebenarnya kakak yang baik. Semua kerja kat rumah I buat. (promote promote) Bab2 kain semua I settle. Sapu sampah, kemas rumah, basuh pinggan. Masak je tak. Ngeeee. Belum cukup umur lagi nak masak. Sekarang pulak I ada masalah biologi. Lepas pukul 12 jangan harap la nak ngantuk. So masa ni la nak cantik2 kan rumah segala. Time orang lain tidur.....Tapi kalau kat rumah orang lain I tak berapa nak rajin. Haha. So what? I kan tetamu. Tapi kadang2 tu buat la jugak. Macam ayat biasa yang mak2 cakap. Anak dara kena rajin2. Ye laaa.....
Hehe. Tak best la kalau tak kacau mengacau orang ni kan. Nak2 adik beradik sendiri. Kalau adik orang jangan harap la I nak kacau k. Nak2 yang kememeh kuat nanges. Adik sendiri marah2 pun nanti baik jugak. Siap gelak golek2 lagi.
Kadang2 I pulak yang kena buli. I kacau adik. Adik2 I kacau I. I kacau kakak. Kakak2 kacau I. Itu semua normal la. Kalau salah sorang takde ok lagi. Sebab ada yang lain. Tapi ada satu hari tu masa I tinggal kat Kuantan semua adik-beradik takde. Ada yang kursus, camping, kerja and kat hostel. So I kat rumah sorang2 ngan mak abah. Bapak bosan. Ye la nak jerit panggil nama sorang pun takde kat rumah. Hmmmmm...............
Love,h'wawa
No comments:
Post a Comment