Sunday, July 18, 2010

Ini Cerita Yang Tak Suka


Banyak benda yang I tak suka yang I kena settlekan cepat sebelum telambat. Hehe. Macam suspens je en!

Assignment OPM
Ok, hari Isnin minggu lepas lecturer OPM untuk tutor ada bagi assignment yang wajib diberesin. Tapi ohhh hohoho...tak siap2 lagi. Ingatkan nak buat semalam tapi disebabakan kebizian yang terlampau melayan fans di facebook(ececeh...bajet hot la tu) I terbabas waktu untuk siapkan assignment. Esok nak kena submit and kalau nasib tak baik mau kena present assignment tu depan semua orang yang setakat ni I tak berapa nak kenal lagi diorang properly. So Wawa...quickly! Siapkan cepat as soon as possible sebelum pukul sembilan malam ni plisssss!

Nota Yang Serabai

Nota I untuk semua class yang I masuk minggu lepas still tak proper lagi. As usual, ingatkan bawa balik semua kat rumah and nak completekan semua tapi.......satu pun I tak usik. Tu la, lain kali please siapkan kerja dulu before nak keluar jalan2 ye Cik Wawa! Ini tak, sampai rumah hari Khamis lepas tu Jumaat and Sabtu dah keluar berjalan. Ishhhh, apala nak jadi. Dalam minggu ni juga please completekan notes ye. Refer text books! Haaa, text book pun tak balut2 lagi. Arghhhhh!



Diet Pleaseeee

Haaa, OMG! I semakin tembam atau bahasa pasarnya semakin gemuk! Oh, tidak! Tak suka la macam ni. Tengok kiri lengan makin besar, tengok kanan pipi makin tembam, tengok bawah kaki dah nak sama saiz dengan anak gajah dah, tengok satu badan haaaaaa macam Dottie. Actually berat maintain macam dulu tapi saiz yang bertambah. Ingatkan naik bukit hari2 nak pergi kelas makin kecil la tapi vice versa. Seriously thinking about diet! Ishhhh, kenapalah nafsu makan tak dapat dikawal. Tergugat iman I tau! Start esok I kena diet plisss!



Barang Tak Kemas Lagi

Jap lagi dalam beberapa jam lagi I nak balik kolej. Tapi barang satu apa pun tak packing lagi. Baju yang nak bawa pun baru je jemur pukul sepuluh tadi. And sekarang I still lagi boleh berblog even barang berterabur dalam bilik ni. Siapa nak kemasss??? Ini belum lagi sampai bilik kat kolej nanti. Baju hari tu pun tak sempat nak kemas terus I cabut balik. Hmmmmmm.



Jaga Kaki Anda

I pun tak tau la kenapa balik je dari kelas kalau lepas mandi tu tengok kaki Ya Allah lebam sana sini. Besar2 pula tu. Sakit jangan cakap la. Kiri kanan atas bawah. So pelik la. And bila I fikir fikirkan balik I assume yang lebam tu disebabkan kaki I ni berusaha keras untuk menahan diri dari jatuh masa bersesak sesak dalam bas on the way nak pergi kelas. Waaaaa, sedihnya. Kesian kaki I. Balik rumah mengadu kat mak and mak suruh sapu minyak panas lepas tu urut slow2. Mengadu kat kawan2 diorang cakap "hahaha, padan muka budak manja...kesian bff I kan!"

Hmmm, ok la. Pengalaman kan!



Mata Please Jangan Ngantuk

Ntah la. Semenjak I duduk Shah Alam ni masuk je pukul 10.30 mata dah mengantuk semacam. Dulu masa study kat Terengganu kalau tak masuk pukul 2 tu memang sah la tak boleh tidur. I pun tak tau kenapa. So kalau ada tutor or aasignment nak kena buat terpaksa la berperang dunia dengan mata I yang besar ni. Waaaaaa,,,, saya tak tahan!



High Heels Yang Mendera Hati

I tak suka minggu lepas. Sebabnya high heels I yang warna grey yang ada ribbon2 banyak2 tu dah tercabut tumit kecil yang warna hitam tu. So macam mana nak pakai. Dah la heel yang lagi satu hilang sebelah. Tak tau la siapa yang admire sangat dengan kasut I! Lepas tu kalau pergi mana2 mall terpaksa la berlakon macam orang buta yang jual tisu tu sebab nak tahan diri dari terbeli heels2 yang memang menggoda dan penggoda tu. Oooppss aucchh awww! I love high heels. Kalau la awal2 sem ni tak payah beli buku dah lama dah I rembat 3 pasang sekali. Sekarang ni I bawa 2 colour je kat kolej. Coklat and hitam. =( Ok, promise...nanti dapat duit ptptn I nekad nak beli juga beberapa pasang. Hehe. Hadiah hari raya!



Curi Peluang Please

I dah lama dah rancang nak keluar dengan bff I masa sekolah dulu tapi sampai sekarang still tak sempat2 lagi. Dah dekat 9 tahun kot tak jumpa. Hari tu ingatkan nak jumpa bulan 4 tapi busy punya busy sampai sekarang tak jumpa2 lagi. Semalam I cakap I rindu kat dia and dia cakap dia tunggu je I nak jumpa bila2. Ahhhh, so suwit la awak. Baik bff saya ni! Dah la cantik pula tu. Ni yang rasa nak sayang lebih2 ni. Heeee. So I decide kalau boleh minggu depan I nak balik lagi just nak jumpa my sayang bff ni. If tak boleh pun still nak balik minggu yang lagi satu punya minggu. Hehe. Tunggu I balik ye Cik Dayang!



Ok Cik Wawa....take your time and settlekan cepat!


No comments:

Post a Comment