Friday, May 21, 2010

Stalker

Stalker di sana sini. You stalker and I pun stalker! Opss, I stalker? Ye ke? Hehe. Ye kot. Asalnya nak tengok sikit je. Tengok profile je. Lepas tu tengok lagi sikit. Tengok gambar. Lepas tu tambah sikit lagi. Nak tengok status. Baca sikit je. Ops, tapi rasa nak tekan older post lagi. Ops, tertekan lagi. Baca lagi. Eh, jari ni sedap pula main klik klik je. Tekan lagi. Baca lagi. Ok, tengah sedap sedap baca tiba-tiba opss auuchh alamak! Haa, kantoi! Mula la benda yang selama ni tak tau terus tau. Bila dah tau bapak terkejut. Rasa nak flying kick pun ada. Nak nangis marah menjerit nak sepak orang semua ada. Patut la tangan ni gatal je nak tekan lagi and lagi and lagi. Ada sesuatu rupanya. Cehh!

Ok fine! Dulu I tak pandai nak stalker stalker ni. Kalau ada orang add I approve je. Kalau nak tau sangat tengok info dia. Habis. Tapi semenjak dah kena sindrom iloveyou ni dah pandai la juga nak view view page orang ni. Tapi page orang yang iloveyou tu je la. Boleh katakan setiap kali I online mesti jari ni suka suka sambaria je nak click kat nama dia. Puas hati. Lepas tu tengok status yang dia tulis untuk hari tu. Baca sambil senyum senyum. Padahal kat situ tulis i'm tired pun I boleh senyum. Tengah ss la katakan. Hehe. (=_=)

Disebabkan I selalu view page dia so tau la juga antara kawan-kawan dia yang rajin comment, yang selalu online, yang rajin bertag and macam segala la. Paling I senyum bila tengok status dia single lagi. Sejuk mata baca sejuk hati rasa. =)

Tapi masa tu boleh dikawal lagi la. Well, konon! Hehe. Tiba-tiba ada satu hari tu bila activity dia keluar dekat homepage I omaigod omaigod opsss auch awww! Dia dah tukar status jadi in a relationship. Pehh! Time ni la yang I cakap semua rasa ada. So, jari pun memainkan peranan. I pun menjadi stalker yang ekstrem. Online semata-mata nak view page dia. Nak tau siapa girlfriend dia. Hanya disebabkan I terbaca satu post dia je terus I stalk dia habis-habisan. Gila! Wall post dia starting hari I dapat tau sampai tahun lepas I baca. Bapak lama. Satu kerja I tak buat pun hari tu. Hehe. Finally I jumpa la juga pujaan dia tu. Waaaa, sentap I cakap. Mula la merapik kat facebook tulis yang saya benci benci benci benci benci benci banyak kali. Frust menoggeng sampai tertonggeng and kalau ada pertandingan tonggeng tonggeng ni dah confirm I juara. Haha.

Fuh, hmm ok. Itu pasal I stalk orang. Kalau orang yang stalk I pula memang bapak banyak. Expert betul diorang ni. I dah privacy kan semua pun still boleh lagi nak stalk stalk ni. Mula la cipta fb baru reka nama info semua upload gambar bunga la, sin chan la, doraemon la, kek semua lepas tu add I. Bila dah di approve berdondang sayang bercengkang mata semata-mata nak tengok apa yang I sumbat kat fb tu. Ok, then you tulis kat wall I and cakap "thanks approve. Awak duduk KL ea?" tak pun "tq.......budak acc kn?" tak pun "hehe...muka macam kenal la..tu sebab I add.." tak pun " hye...nape you guna pic tu?" eeh. Suka la. And lepas dah balas membalas comment and kau dah tanya apa yang kau nak tau and lepas tu suka suka muka tempeyek korang je nak remove post tu ye! Kureng punya budak. Bila balas lambat sikit pun kena remove. Plis plis plis la. Takkan la I nak online 24/7. Gila ke hape? Orang lambat balas pun nak delete. Bila tanya buat-buat tak tau "eh, ye ke? tak perasan pun..hehe...sory ye" atau pun tak balas langsung. Hmmmmmm.


Macam-macam korang ni kan. Yang best lagi kawan sendiri pun boleh jadi stalker ni. Apa cerr? Sorry, maybe I ni ala ala Paris Hilton kot. Mhahaha. Perasan la Hawa. Oh, dunia dunia! Kita add sebab nak berkawan-kawan and of course la nak cari member-member lama. Tapi kalau setakat nak tau apa yang I buat hari ni pakai baju apa dah makan ke belum nak basuh pinggan guna sabun apa baik tak payah. Tapi kalau dah gian sangat nak stalk juga stalk la. Asalkan korang tak menyebarkan fitnah dah la ye. Hidup ini indah. Cuba la jadi stalker yang berhemah sebab I pun stalker juga tapi yang penuh dengan adab sopan santun manis tutur kata nampak ayu wahahaha. Sekian, selamat berstalker!

2 comments:

  1. saya dari indonesia, suka baca ini post. benar benar mencerminkan hati seorang stalker. apalagi kata-kata terakhir itu "Cuba la jadi stalker yang berhemah sebab I pun stalker juga tapi yang penuh dengan adab sopan santun manis tutur kata nampak ayu wahahah.." habis nafas I baca ini part

    ReplyDelete
  2. hye! terima kasih sudi baca :) hihi...maksudnya kalau nak jadi stalker kena bijak dan selamat :))

    ReplyDelete