Tuesday, May 25, 2010

Maulana dan RSVP


Mesti mau Mau! Hehe. Ok, walaupun AF8 dah habis I still nak cakap pasal AF lagi. First of all tahniah dekat Shahir sebab berjaya menjadi juara untuk AF8. Hehe. Apa apa pun topik kali ini adalah berkenaan Maulana aka pelajar yang I minat and yang I rasa suara dia memang power la. Ini pendapat I la sebab I minat dia. Heheh. Well malam final hari tu boleh dikatakan best la walaupun tak bapak best macam final AF7. Lagu lagu yang diorang bawa pun kira ok la tu. Tapi yang tetap jadi pujaan I mesti la Mau kan. Heeee. So dengan relanya entry kali ni I buat khas untuk Mau. Yeeehaaaa! -_-

For your information I dah jadi kawan Mau tau. Haaa, see see. Status ni I copy from homepage I. Kiranya dalam friend list I ada nama Firdaus Maulana atau lebih dikenali sebagai Maulana AF8. Canggeh ek! *Tersipu malu*

Siapa kat sini dah dengar lagu Mau? RSVP! Atau bahasa panjangnya " repondez sil vous plait " Best kan best kan best kan. Ingat lagi masa konsert akhir hari tu Mau nyanyi sebijik macam artis hebat yang buat konsert solo. Hehe. Bangga I tau. Tak sia2 I undi Mau even sekali je. Itupun masa final. Berbaloi baloi. =P Suara jazz tuuuuuuuuuuu. Lagi satu masa Mau nyanyi lagu Akim pun perghh juga. Cair I! Haha. Opsss, sebelum terlambat I nak bagi tau korang semua especially korang yang tak minat AF supaya bersabar ye sewaktu anda membaca entry ni coz kali ni I memang nak cakap pasal AF and segala yang berkaitan dengannya. Honestly I memang peminat AF. Please jangan marah saya ye!



Ok, kat sini I dah upload video Mau. RSVP. Mesti dengar lagu ni tau. Video klip dia pun canggeh!

Apa apa pun I harap Mau I ni*ehehe, Mau I tuuuu* terus sukses la dalam nyanyian ni terutamanya muzik jazz yang Mau minat sangat2. Good luck Mau. (Kalau I ambil art & design pun best juga ek! Dapat sama2 dengan Mau. Heehee. Gatai! =P)

Maulanaaaaa,,," Ok ekkkkk.....Canteeekkkkkk!!!!!! "

Share on: Facebook

Friday, May 21, 2010

Stalker

Stalker di sana sini. You stalker and I pun stalker! Opss, I stalker? Ye ke? Hehe. Ye kot. Asalnya nak tengok sikit je. Tengok profile je. Lepas tu tengok lagi sikit. Tengok gambar. Lepas tu tambah sikit lagi. Nak tengok status. Baca sikit je. Ops, tapi rasa nak tekan older post lagi. Ops, tertekan lagi. Baca lagi. Eh, jari ni sedap pula main klik klik je. Tekan lagi. Baca lagi. Ok, tengah sedap sedap baca tiba-tiba opss auuchh alamak! Haa, kantoi! Mula la benda yang selama ni tak tau terus tau. Bila dah tau bapak terkejut. Rasa nak flying kick pun ada. Nak nangis marah menjerit nak sepak orang semua ada. Patut la tangan ni gatal je nak tekan lagi and lagi and lagi. Ada sesuatu rupanya. Cehh!

Ok fine! Dulu I tak pandai nak stalker stalker ni. Kalau ada orang add I approve je. Kalau nak tau sangat tengok info dia. Habis. Tapi semenjak dah kena sindrom iloveyou ni dah pandai la juga nak view view page orang ni. Tapi page orang yang iloveyou tu je la. Boleh katakan setiap kali I online mesti jari ni suka suka sambaria je nak click kat nama dia. Puas hati. Lepas tu tengok status yang dia tulis untuk hari tu. Baca sambil senyum senyum. Padahal kat situ tulis i'm tired pun I boleh senyum. Tengah ss la katakan. Hehe. (=_=)

Disebabkan I selalu view page dia so tau la juga antara kawan-kawan dia yang rajin comment, yang selalu online, yang rajin bertag and macam segala la. Paling I senyum bila tengok status dia single lagi. Sejuk mata baca sejuk hati rasa. =)

Tapi masa tu boleh dikawal lagi la. Well, konon! Hehe. Tiba-tiba ada satu hari tu bila activity dia keluar dekat homepage I omaigod omaigod opsss auch awww! Dia dah tukar status jadi in a relationship. Pehh! Time ni la yang I cakap semua rasa ada. So, jari pun memainkan peranan. I pun menjadi stalker yang ekstrem. Online semata-mata nak view page dia. Nak tau siapa girlfriend dia. Hanya disebabkan I terbaca satu post dia je terus I stalk dia habis-habisan. Gila! Wall post dia starting hari I dapat tau sampai tahun lepas I baca. Bapak lama. Satu kerja I tak buat pun hari tu. Hehe. Finally I jumpa la juga pujaan dia tu. Waaaa, sentap I cakap. Mula la merapik kat facebook tulis yang saya benci benci benci benci benci benci banyak kali. Frust menoggeng sampai tertonggeng and kalau ada pertandingan tonggeng tonggeng ni dah confirm I juara. Haha.

Fuh, hmm ok. Itu pasal I stalk orang. Kalau orang yang stalk I pula memang bapak banyak. Expert betul diorang ni. I dah privacy kan semua pun still boleh lagi nak stalk stalk ni. Mula la cipta fb baru reka nama info semua upload gambar bunga la, sin chan la, doraemon la, kek semua lepas tu add I. Bila dah di approve berdondang sayang bercengkang mata semata-mata nak tengok apa yang I sumbat kat fb tu. Ok, then you tulis kat wall I and cakap "thanks approve. Awak duduk KL ea?" tak pun "tq.......budak acc kn?" tak pun "hehe...muka macam kenal la..tu sebab I add.." tak pun " hye...nape you guna pic tu?" eeh. Suka la. And lepas dah balas membalas comment and kau dah tanya apa yang kau nak tau and lepas tu suka suka muka tempeyek korang je nak remove post tu ye! Kureng punya budak. Bila balas lambat sikit pun kena remove. Plis plis plis la. Takkan la I nak online 24/7. Gila ke hape? Orang lambat balas pun nak delete. Bila tanya buat-buat tak tau "eh, ye ke? tak perasan pun..hehe...sory ye" atau pun tak balas langsung. Hmmmmmm.


Macam-macam korang ni kan. Yang best lagi kawan sendiri pun boleh jadi stalker ni. Apa cerr? Sorry, maybe I ni ala ala Paris Hilton kot. Mhahaha. Perasan la Hawa. Oh, dunia dunia! Kita add sebab nak berkawan-kawan and of course la nak cari member-member lama. Tapi kalau setakat nak tau apa yang I buat hari ni pakai baju apa dah makan ke belum nak basuh pinggan guna sabun apa baik tak payah. Tapi kalau dah gian sangat nak stalk juga stalk la. Asalkan korang tak menyebarkan fitnah dah la ye. Hidup ini indah. Cuba la jadi stalker yang berhemah sebab I pun stalker juga tapi yang penuh dengan adab sopan santun manis tutur kata nampak ayu wahahaha. Sekian, selamat berstalker!

Thursday, May 20, 2010

Pink


Pink. Apa yang korang tau pasal PINK? Pink itu suwit dan comel. Manja dan berseri. I pun tak tau bila masa I dah terjatuh cinta dengan warna pink ni. Tiba-tiba segalanya mungkin. Hehe.
Ok, mula-mula dulu masa zaman pakai baju sekolah rendah lagi I tak suka pun dengan warna pink ni. Biru adalah segalanya. Nyaman , tenang dan cool. (-_-) Tapi itu dulu. Masuk form 5 je I terus tangkap lentok dengan pink. I wonder why! Hehe. And I rasa ini semua ada sangkut paut dengan cik kakak yang duduk sebelah I masa form 5 dulu. Cik Emy Sherafiza. Minah ni memang fanatik gila dengan pink sampai dia bawa I join ikut suka kale pink. Weee. Hasilnya beg sekolah I time tu beg Hello Kitty warna pink. Memang ntah apa apa ntah. Ada lagi I simpan sampai sekarang as harta pusaka. Hehe. Siapa siapa yang nampak beg I mesti wajib tengok macam nak terkeluar biji mata and paling tak pun mesti toleh dua kali. So comel. *blusher tanpa diminta* Hehe.

Sampai hari ni pun pink is number one in my heart. Number two is red. Alasannya pink itu comel dan merah itu sexy. Awww gitu. Hehe. Ingat lagi masa kat U dulu ada budak junior ni ingat I pakai baju yang sama sebab baju I almost pink and merah and ada satu hari tu emak cakap "Awak ni membosankan la. Pink je. Cuba tukar warna lain." and I pun just "Hehe" je.

And masa Hari Raya tahun 2005 dulu satu family sengsara sebab I. Tak pasal pasal kena round Pasar Payang semata-mata nak cari sutera warna pink. Haha. Dasat betul!


Kat sini I ada something yang nak share dengan you all. Sifat kendiri di sebalik warna pink. Benda ni I dapat dari buku kakak I sempena program Developing True Potential. Jom kita cekidaut!


PINK itu- Emosional- Api- Hipotalamus



WATAK- Periang
Fikiran Terbuka
Menghayati
Timbang Rasa
Rasional
Penyayang
Matang
Pemurah
Amat Kreatif
KEBOLEHAN-Daya Imaginasi
Holistik
Muzik
Kreatif

KELEMAHAN- Sensitif
Melulu
Merajuk
Pemarah
Serius
Membenci
Sedih
Dengki
Cemburu
KERJAYA- Usahawan
Arkitek
Artis
Perancang

GANGGUAN- Khayal
Mengantuk
Ikut Perasaan
Sinus
Tekanan Darah
PENYAKIT- Demam Kalenjar
ENT
Berdengkur
Selesema
Angin Ahmar
Shock
Katarak
Resdung

TERAPI- Visual
Sentuhan
Aromaterapi
Warna

Ok, itu semua mengikut informasi yang I dapat. So mari kita lihat apa-apa persamaan yang ada pada diri kita and of course bila I dah tilik-tilik dekat beribu-ribu lemon kali memang banyak yang sama dengan I. Apakah? Hehe. Renung renungkan. Tata.



Monday, May 17, 2010

Waktu Untuk Bercinta

Come on babe! It's time for making LOVE. Wahuuu. It's holiday! Haha. Ok, jom. Mari kita berchenta kawan kawin. Sekarang ni I dua ratus peratus happy sebab budak IPT semua tengah cuti and kalau diorang cuti it means kawan kawan I pun cuti and kalau kawan kawan I cuti it means kitorang boleh keluar jenjalan pergi makan pastu posing posing dan meluangkan waktu untuk bercintA.**suka kan!

So time ni la nak hang out dengan bhee eff eff I and nak bergossip girl puas puas. Keseronokan yang dicipta. Peewit. Nak nak bulan ni kat cinema cerita semua bapak hot! Teruja I. Shrek, Iron Man anyone? Hehe. Ni yang rasa nak call semua orang nak ajak date ni. Lepas tengok movie mari kita memanjakan tekak dekat tempat tempat yang dah lama I tak pergi sebab kalau I pergi sorang sorang confirm tak berapa best and tak de siapa nak candid kan gambar I and tak dapat lah nak upload kat fb en en. Hehe. Lepas makan kita boleh view pemandangan high heels yang teramat menyentap hati I untuk memilikinya pastu kita boleh round round KL pastu boleh rehat jap kat tepi kaki lima sebab kaki masing-masing dah lenguh pastu boleh cover cun lagi tengok mamat yang lalu kat sebelah walaupun muka dah selebet semacam. Teetttt. Haruskah? (T_T)

Tapi kan last week one of my bff ada sikit risau la bai. Ye la, student IPT memang la cuti tapi kepada diorang yang berkerjaya tu macam mana ye? Apa susah susah cayang, weekend untuk orang kerja and weekdays untuk budak belajar. Mhahaha. Ok tak ok tak ok tak? Jadi jom kita berenjoy enjoy. ^^

Kalau macam tu siapa yang nak start dulu ni? Nak ikut abjad ke? Oh no! Kalau ikut abjad nama dah confirm confirm siapa yang nama start dari S ke bawah tu tak ada peluang nak berlibur dengan I. *bajet hot..huhu*

Jadi siapa siapa je la yang free free tu jom la beroger roger ea. Dah lama tak tengok muka korang yang kiut miut tu. Kalau dapat jumpa ramai ramai lagi best en. Tapi untuk dua minggu ni I busy tau babe! Maybe lepas lepas ni ok kot. Biasa la, wakil bawang putih bawang merah memang always membusykan diri. Heee.

So selamat bercuti kepada kawan kawaku. Happy holiday! Usahakan la ye supaya kita dapat date same same plis plis plis. Selamat bercuticinta guys! Muah muah. Tata!

Sunday, May 9, 2010

Hari Ini Hari Ibu

Selamat Hari Ibu emak! Muah muah. Cayaaaaang emak. Hehe. Kepada semua ibu ibu di luar sana juga selamat hari ibu. Ibu adalah yang terbaikkk! Sayang ibu! Tak kira la mak ke, ibu ke, umi ke, mama ke, mummy ke, daddy ke, eh opss silap, mother ke, amma ke and apa apa je la asalkan ibu yang penting anda sangat special. Hehe. Senyum lawa. Chewah! (>_<)


Hari ini adalah hari ibu. Ahad minggu ke dua pada setiap bulan Mei. So you all kena ingat tau benda ni. Harus. Kalau tak jawab la kat I apa apa yang patut. Haha. Perasan je. Sekian, sampai di sini.


















Aucaaakk! Hehe. Mana bleh macam tu je. I dengan suka riang ria nya nak kenalkan korang semua dengan bakal mak mertua yang teramat korang sayangi. Mhahaha. Haruskah? So jom tengok keayuan wajah mother in law korang ye. Agagagaga. Maaf, bukan Lady Gaga ye!

Ok, ini gambau mami saya. Eh, gambau dedi saya pun ada la. Ok, ini gambau mami and dedi saya. Dan yang sebenarnya saya nak tunjukkan kepada you all gambau mami saya yang tersenyum malu. Ekeke.

Cuba lihat betul betul. I adalah adalah adik beradik dengan Mila wassup wassup. Oh, adakah? Wahaha. Teruskan melihat. Oh, TAK PERCAYA ye? Ok, cuba anda perhatikan wajah mami I. Lihat betul betul. Fokuskan penglihatan anda. Lihat. Oh Mila mempunyai tahi lalat yang serupa dengan mami I. Haha. Best tak best tak. Kagum ennn!

Ceh, poyo je. Ok, mari kita lihat apa yang mami selalu pesan kat I si budak ngade ngade ni.

Mami cakap: Kalau orang tak suka kat kita biar je. Kalau diorang cakap yang bukan bukan diam je nak.

Mami cakap: Sembahyang jangan tinggal. Hormat orang. Jangan bergaduh adik beradik.

Mami cakap: Belajar betul betul nak. Usaha selagi terdaya.

Mami cakap: Awak ni tak mana gemuknuye. Makan je la.

Mami cakap: Cuba la tukar kaler lain pulak. Asyik pink je.

Mami cakap: Sabar nak. Jangan nak marah marah je ni.

Ok, itu baru serpihan yang mami selalu cakap kat I. Kalau nak listkan lagi memang bapak banyak la. Hehe. Mami or ibu or mama or mak or umi or mom korang ada cakap macam ni tak? Ada tak ada tak? Haaaa. Mesti ada juga kan. Siapa yang tak sayang anak en! Jadi mari lah kita sama-sama saling sayang menyayang kat ibunda masing-masing kan or nak sayang ibunda I pun boleh juga. Hehehe.

For my mum

You are the one and only. I love you mum. Till the end.

Friday, May 7, 2010

Ini Kawan Saya

Hai semua kasih sayang I. Hehe. Today I'm glad to introduce you with my lovely friend. She is Ms Asiah Hassan or As Haisa. Cheeehh. Macam masuk story telling je en. Hehe. Ok I saje je nak menyiyang rapik kat sini just nak inform kat korang yang kawan baik aka roomate I masa kat UiTM dulu dah beramah tamah dan saling ber"hyeeeee awak" kat facebook. Hehe. Facebook lagi! Nak wat macam mana ennnnn. Dunia dah maju.

I dengan As ni kenal dari semester 1 lagi and dia antara kumpulan pertama kawan I masa tu. Hehe. Kitorang pernah satu rumah, satu hostel and satu bilik la. First kenal dengan cik mek ni masa dia kena masuk kat rumah I sebab she's a special person la kiranya masa tu. Hehe. Lambat seminggu dari orang lain. (T_T) So disebabkan rumah I yang dah konpem konpem kekurangan orang tu terpaksa la cik adik manis ni jadi housemate kitorang. Memang gaban la masa duduk flat dulu. Dapat pula kepala mereng semua. Hehe. Memang hancuss!!! Nak nak blok kitorang sebelah blok budak laki. Wahaha. Apa lagi yang tak rajin pun buat buat rajin nak susun kasut la sapu sampah la jemur kain la. Yang penting pintu tu sentiasa open. Mhahaha. Nak menyambut tetamu la kononnya. Hik hik.



Ini baru cerita pasal rumah flat. Belum lagi masa duduk satu bilik kat hostel lama dengan hostel baru. Memang banyak la suwit dream. Korang mesti jealous en en en ! Tak baik tau mencemburui kat I. Bhahaha. Bajet baik la I ni kan. Ntah apa apa ntah. (>_<)


Dari sambut birthday sampai la ke adegan adegan yang menyayat hati semua kitorang kongsi. Belum lagi bab cerita hantu ni. Hehe. Bercakap pasal hantu ni pula I pun jadi konpius la machaaa! Hantu ni tak habis habis nak follow kitorang*I mean student UiTM la, bukan I sorang je ea* dari duduk flat sampai la dah masuk hostel baru. Tak habis habis nak mengacau je kerjanya. Mentang mentang la ada aweks cun kat sini, hehe, yang tengah menaip ni, hehe, yang tengah tersenyum senyum ni, hehe, yang tengah bajet hot ni, hehe, yang tengah merapik ntah apa apa ni, hehe. Gila apa! Jadi pujaan hantu. Oh, tak sanggup mak nyah! Wekkk!
Dulu I rajin juga buat muka tempoyak pergi rumah As. Dah orang ajak. Pegi je la en. =)
Almaklumlah, dulu I pelajar dirantau. Rumah jauh, keluarga jauh, sekolah jauh, KLCC jauh, Pavillion jauh, LRT jauh semuanya pun jauh jauh jauh. Jauh di mata dekat di hati. Tapi sekarang I dengan somebody tu dekat di mata jauh di hati. *Tiba tiba*. Haha.


And sekarang ni As dah ada kat sini belajar kat sini so turn dia pula pergi rumah I. Opsss, lupa. You all pun kalau nak datang boleh je. Tapi make sure bawa beras sendiri, gula sendiri, air sendiri, bantal sendiri and duit untuk I ea. Bhahaha. Nak kena pelempang Hawa? Hehe. Gurau je. Meh la datang ramai ramai. Kita jom heboh kat rumah I nak tak nak tak nak tak. Pfffff.


Jadi sebenarnya I nak cakap I sunuk sangat dapat jumpa As kat facebook. Hehe. Lepas ni boleh roger roger. Kita pergi jalan sesama. Makan sesama. Makan sesama. Makan sesama. Hehe. Makan je yang I tau en!

Ok tak mo cakap banyak. Nanti kena tombak ngan korang. Wahaha. Ok, kita muah muah dulu laling. Hehe. Mmmuuahhh mmuuaaahh. Hehe. Love love! Babai laling!

Tuesday, May 4, 2010

Confirm

Ok tak nak cakap banyak. Kali ni I nak cakap dah confirm 200 peratus yang that guy memang tak tau yang I suka kat dia. Oh opss sorry. Lagi sekali I tersengaja cakap pasal cerita kartun ni lagi en. Hehehe. It's ok. Sekadar nak mengisi masa lapang yang sengaja you all bazirkan ish ish tak patut. Hehe.

Kenapakah? Dia memang tak tau ke or sengaja buat buat tak tau seperti ada aku kesah ke? Well tepuk dada terasa sakit. Bhahaha. Sengaja ketawa kuat kuat sambil mengekspresikan muka geram plus sedih plus tak suka plus lapar. Tiba tiba. Haha.

So sekarang ni I tengah fikir nak buat decision betul betul aka tepat dan sahih whether nak terus suka kat dia or suka kat kawan dia. Haha. Melampau sungguh kau Hawa. Malu I. *ada hati nak suka kat boyfriend orang pula tu..hehe...* Hehe. Of course la cari yang lain en. Tak kan nak menempel je kat pintu rumah and tunggu dia datang. Haaaaa. Memang mimpi la ko labu! Tak de maknanya.

Kenapa la dia ni si lems ek? Exkusmi, you tak paham paham lagi ke yang I suka kat you encik??? Sekarang ni tiba-tiba I teringat masa you call I masa I kat Dungun dulu. Waaaa. Apamacam? Ini air mata sudah mau turun loooo. You boleh lagi kasi itu komen komen kat facebook I and buat tak tau maaaa. Apa sulah jadi looo.

hhe.. u nie asyik ade masalah bercinta jer... ahaha.. gf i? ehehe... i x leh tlg gelak sekali ekr.. ehehe... wahaha

Kita menangis seketika. Waaaaaaa. Sob sob sob. Preffftttt.*it's time to keluarkan mukus anda.

Waaaaa. Korang tengok ni. Apa mamat ni cakap kat I. So please la. Boleh dia tak tau lagi yang I sebenarnya frust dengan dia. Korang tolong jawab ni. Ish ish. Tak patut betul. I marah ni marah ni. Hehe. Tipu je. =)

Dia kata I ada masalah bercinta. Dia tak tau ke masalah I sebab dia.

Rasanya dah macam macam hint I post kat facebook yang I frust dengan dia tapi ibarat mencurah kopi di dalam kicap. Wahaha. Sama hitam lain rasa. Sekarang ni pun I baru je post kat facebook pasal I sedih sebab dia. Waaaaa. Mama help me anakandamu yang kesedihan. Huhu.

Hai la badan hai la nyawa, apakan daya orang tak sudi wahai Puspa Wangi. Macam kawan I cakap tadi masa kitorang ym jangan sedih sedih sangat. Be happy la. Lagipun dah orang tak suka nak buat macam mana takkan nak paksa kot cari je la orang lain and dia pun dah ada orang lain hehe well hidup ini indah haha panjang tak I cakap panjang tak panjang tak terror tak terror tak terror en en en non stop fuh fuh. (>_<)
Dan sebenarnya Yuna telah menang besar pada malam AIM yang lalu. Hehehe. Iklan dari penaja. Dan sebenarnye lagi I saja je nak bagi tau yang budak tu dah confirm tak suka kat I and I tak tau nak cakap apa lagi. Hehe. Haha. Huhu.
Dan sebenarnya lagi I nak that guy tau yang I ada la suka sikit lagi kat dia. Tunggu masa je nak suka orang lain pula. By the way girlfriend orang tu jangan risau la. I tak kacau hak orang. Suka diam diam je. Wahaha. I happy untuk korang. Eh, betul ke? Hehe betul kot. Ini bukan plastik ye. Dan sebenarnya lagi I memang lapar. Mari bersenyum. Ok smileeeee....