Wednesday, August 18, 2010

Hmmmm, Wawa... Wawa.....

Uish...Babe, macam mana ni. Dua test dah I kantoi. Ooooommmggggg...Takutnyeee sayeeee. Heheh. Macam hapa la enn. Tu la, orang suruh setadi taknak. Bajet pandai sangat la tu Cik Wawa. Konon tidur dengan buku segala bagai atas katil. Fuhh, siap masuk dalam mimpi pulak tu. Canggeeehhh! Last2 bila nak jawab arrrgggg grrrrrr emmmmm gulp gulp....merepek meraban macam segala. Sad! =(((
Ok la...taknak tipu la kan. Kekantoian pertama berlaku pada Isnin hari tu. Mengong betul. Siapa ajar jawab paper marketing macam tu. Haha. Gila annoying kot cara jawab soalan macam tu. Siap duduk silang kaki maintain je macam dunia ini aku yang punyaaaaa haha! Macam anak dara nak kena pinang lak ennn. Poyo je! Confident je lebih ala2 mencurahkan idea di atas kertas. Sekali bila dah hantar paper...... " Ya Allah....Hawa, lari habis jawapan awak ni..." Haaaaa. Mak, tulunnnn...so scary la you. Oh, ni yang I rasa no no tidak tidak ini hanya dongengan. Rasa nak nyorok bawah pokok serai pun ada masa tu. Hehe. Ntah apa yang I baca selama ni pun tak tau la. Nasib kau la. Siapa suruh pandai sangat bajet2 soalan mana yang keluar. Ahlil nujum konon!!! Hikhik....
Cool. Nak sejukkan hati cakap, "Ala, bukan salah kita ennn... Ni semua pasal modul tu. Ntah hapa2 ntah buat masa orang ada test. Kalau tak mesti boleh score ennn".....Hehe...Ni statement takleh blah la kan. Saje je nak sedap ayat! >_<
Next kekantoian; petang semalam. Test qmt. Gila kot. Macam tu punya banyak I setadi past year satu pun jawab macam main polis entri je. Hehe. Pengsan I tau! Gila menggoda soalan macam ni. Memang la kau Cik Wawa. Plissssss, bangun2 jangan tidur lagi. Mana boleh macam ni asyik KO je.. Jangan cakap la kan muka I masa jawab test tadi. Muka always maintain comel manja je. Cheeewaaah. Hehe. Memang tak la kan. Saje memuji diri di saat kecewa kekantoian ni. Hahaha. Buwekkk! Jangan ikut perangai macam ni tau you all! (T_T) Dah rasa busy menjawab paper tu stop kejap toleh kat orang sebelah. Ngeeeeee. You senyum kat I, I senyum kat you. Toleh lagi kat sebelah. Heheh. Awak sengih kat kita, kita sengih kat awak. Boleh? At last dekat2 nak habis masa tu baru la .....homaigod homaigod nanti nanti opsss awwww macam mana nak buat pokok ni... ohhh...no no eh uhhh ahhh..... Segala macam bahasa semua keluar. Kali ni I salahkan soalan pulak. Heheh. Tu la. Gambarajah pokok tu macam ntah apa2 ennnn. Ada ke soalan macam tu. Mengarut je.
Then lapas ni iaitu esok iaitu Khamis ni korang tau tak I ada test Economy pulak. Halamakkkk! Lembik dah I rasa. Dah la petang tu quiz Arab lak. Gila you! Nasib baik tak batal puasa ennn. Kalau tak tak pasal2 kena ganti lak. Hehe. Konon the busy2 one la tu. Mata I ni pulak menggedik semacam. Time I nak study tu la mengantuk segala rasa tahap gaban. Tengah pegang pensil pun boleh tidur tak sedar sampai pagi. Nasib la I tak terlajak sahur. Hehe. Bab makan mesti la ingat kan awak kan! Heheh..... Tapi time sekarang..time I tak berapa nak stadi mula la mata ni nak tambah saiz diameternya. Makin besar dan lebar. Macam nampak pakwe hensem kenyit mata dengan gaya paling seksi. Gosh! Hahaha. Memang ngekkk la kan. Ishhhh Wawa ni!
Dilajukan menaip.....Cik Wawa taknak setop berbelog lagi ke? Kata Khamis ada quiz dengan test? Taknak setadi ke? Wawa stadi wawa stadi wawa stadi!!!!! Kang nanti ada yang menanges menonggeng tak dapat jawab nanti. Nak ke? Plissssss, I taknak dah!!!! =/
Ok bebeh...It's time to Wawa for setadi ye. Doakan kejayaan bersama. Doakan untuk Imamuda juga. Haaaahaaa. Tiba-tiba!!!!

Sunday, August 8, 2010

Saya Nak Doraemon Please

Saya sayang doraemon!

I nak doraemon. Saat ni I rasa I betul2 perlukan doraemon. Doraemon,,,,, where are you? I need you pleaseeee! Hmmmmm... =(





Kalau la doraemon wujud kan! Itu semua KALAU. I rasa semua orang pun suka kalau doraemon ni betul2 ada. Fuhhh, settle semua problem. Kalau tak ada problem pun boleh cari problem. Hehe. Doraemon doraemon doraemon. Kalau la doraemon ada I nak suruh dia kenakan balik orang yang sakitkan hati I ni. Gila. Benci benci benci benci benci. Siapa? Awak la. Awak yang belajar dekat utipu tu. Suka2 hati je enn nak buat kita macam ni. Biar dia rasa sedih macam yang I rasa ni. Awak penjenayah! Kite benci awak! Buwekkkk!..........


Kalau doraemon ada I nak suruh doraemon bagi ubat bijak dekat I nanti senang I nak jawab paper economy yang memang juara pembuli minda I ni. Heheh. Boleh ke macam tu? Mesti la boleh kan kalau doraemon ada. Lepas tu I nak ambil semua course yang I teringin nak ambil. I nak ambil Law, Art & Design dengan Advertising. Puas hati. Hehe.


Kalau ada doraemon I nak suruh dia scan hati budak si lems tu(hehe...padan muka I dah gelar you si lembap) whether dia suka I ke tak. I tak suka benda ni. I tak suka benda hampir2 ni. Tiap2 tahun mesti ada benda macam ni. Senyum senyum senyum senyum senyum senyum tak tau sampai bila. Tau2 masing2 dah senyap. Annoying tau! =(((( Argghhh, korang memang.


Kalau la doraemon ada I nak suruh doraemon bagi korang semua sayang gilee dekat I. Biar semua rindu dekat I. Mesti best enn kalau ramai orang sayang kat kita. Macam doraemon dan kawan2. Nobita Sizuka Giant Sunyo. Gaduh2 pun still sama2. I pun nak macam tu jugak!





Kalau ada doraemon kan I nak suruh doraemon bawa I balik rumah sekarang juga. Hehe. I rindu rumah. I rindu katil. I rindu tv. I rindu mak abah adik kakak qiqi semua. Waaaaaa, nak balik! I rindu KL.



Kalau la ada doraemon I nak suruh doraemon ikat kaki student UiTM yang suka berebut rebut time nak naik bas ni. Mengong betul la you. You dah masuk U pun tak reti nak beratur ke masa naik bas. Dah macam environment kat India dah I tengok. Euuu. Very ntah apa2. Huh! Nasib baik la I tak tergolek dengan heels I yang suwit tu. Kalau tak see you di akhirat nanti. Ahahaha.


Kalau la ada doraemon I nak ajak doraemon jalan2 makan angin sepoi2 sambil bawa kuih dorayaki kegemaran. Nak naik helikopter terbang2 tengok awak semua dekat bawah sambil tiup buih sabun. Mesti best kan masa tu. Duduk main2 atas awan. Golek2 baring2 loncat2. Gembiranya. Awak semua pun tengok ke langit pastu tunjuk2 jari tu kat kitorang. Heheh. Jealous la tu! Lepas tu I dengan doraemon pun dengan murah hati bawa korang semua main atas awan. Waaaah, kita semua happy2 together gather!





Kalau la doraemon ada I nak suruh doraemon buat kilang coklat yang besar untuk I. Lagi besar dari Charlie Chocolate Factory tu. Hehe. Lepas tu nak minta high heels banyak2. Nak rumah besar yang segala macam semua warna pink dengan merah. Nak baju macam princess Barbie. Nak kawan dengan Harry Potter. Nak itu nak ini. Haha. Nak semua semua semua lah! Gila merepek merabai enn! Kawan siapa la ni agaknya!..... >_<



Kalau la ada doraemon I nak dia tolong I settlekan semua problem yang I ada. Biar senang hidup I. Aman bahagia sentosa selamanya. Tapi itu semua takkan adalah. Berangan je la semua ni kan. Nanti lepas bangun tidur still macam dulu juga kan. Kalau bukan I yang settlekan sendiri masalah ni memang tak ke mana la kan. Hehe. Episod last doraemon pun Nobita yang kena survive sendiri. Means that kita kena usaha sendiri. So maksudnya doraemon ni memang tak ada la kan! Tapi kalau untuk suka2 berangan boleh kan? Hehehehe......

Saturday, August 7, 2010

Owhh, Lovesick Lovelorn!




You tau tak apa jadi dekat I sekarang. I lovesick and lovelorn. Masalah utama untuk I yang tak tahan godaan ni. Haha, oooopss pleaseeee! =P Memang tak patut enn. Cabaran and dugaan datang betimpa-timpa untuk berebut2 mencari peluang yang sesuai. Hehe. Ishhh, gila annoying. Siapa la yang gediks2 ni.


Nak tau tak I suka siapa? Kalau I cakap siapa orang tu korang bagi tau orang lain tak? Jangan la, jangan jangan la plissss. Hehe. Gila la kalau I mentioned nama dia kat sini habis semua orang cari I. Saya tanak gossip plisssss. Yang penting saya sayang dekat dia.Tapi bukan dia sorang saya sayang ok saya sayang tiga orang ngah ngah ataupun tiga menghampiri empat...... Please la jangan cakap apa2 walaupun korang semua tak sabar2 nak cakap I gatal kan. Hehe. Terbukti kan yang I cakap I tak boleh digoda (mhahaha.....perasan la kau Hawa....actually tade siapa goda...awak tu yang tergoda sendiri...oppsss).

Ini adalah wajah budak yang lovesick. Please jangan tiru adegan ini ye!

Dua orang yang pertama tu ada kena mengena dengan sejarah hidup I. Awwww, malu la nak cerita. Hehe. Tapi I ta boleh cerita detail la sebab senang gila kot korang nak detect. And mangsa terbaru adalah something someone di sekitar I. Teeetttt. Statement berani mati wa cakap lu! Hehe. Ini lagi la gila kalau I cakap ntah2 tuan punya badan kaki dan tangan sendiri yang baca. Diam2 sudaaah! (T_T)



Korang tau tak minggu lepas lagi mereng I dibuatnya akibat mengikut rasa hati yang berdegup degap. Cuba teka kenapa? Haaaa,,, gila kau. Malas la I nak cerita nanti korang cakap I perasan lagi.Cehhh, ayat nak hebat je kan! Ohhhh...plissss...auchhhh..you please jangan goda I. Halamak, mati aku cam ni. So ni lah antara statement budak yang syok sendiri. And kalau korang rasa nak termuntah masa baca blog I ni sila la muntah sekarang. I tak kisah. Tapi jangan muntah kale hijau. I tak suka hijau. Hehe.


Hari yang kelam dan suram dihujani air hujan yang sejuk lagi la membuatkan I terbajet bajet sendiri. Haha, tak larat I! Mangsa I semestinya bff yang terbaik. Lepas sorang sorang I cerita kan pasal ni. Hehe. Almost bagi jawapan yang sama. "Tanya hati sendiri". Tapi kalau hati I cakap nak dekat semua tu macam mana? Can tak? Haha. Boleh blah la en perangai macam ni. Semua orang pun handsome. Semua orang pun baik. Time2 macam ni la I rasa nak ada sepuluh orang boyfriend ni. Hehe..Amboiiiii, ingat kau cantik sangat ke Cik Hawa? Muka macam ni memang tak la kan! >_<


And sekarang ni kan ada seorang guy ni memang hampir2 dah nak masuk kat rumah I yang cantik ni. Rumah yang I simpan semua yang I sayang. Heeeee. Gatai! I wonder if he is the best for me or not and masa ni la I teringat nasihat yang kawan I bagi.


"Awak buat la solat hajat banyak2...minta petunjuk"


Hehe...ok laling. Nanti akan saya usahakan ye! Haha. Disgusting sungguh. Macam la ko nak kawen esok lusa Hawa.


Patut la orang cakap kalau dah terkena virus iloveyou ni memang susah en. Hai la manusia! Kenapa la kau jadi macam ni. Tapi no wonder la guy yang ni memang baik. Haaaa, mana tau baik? I tau la. I kenal dia. Korang pun kenal dia. Hehe. Teka la lagi siapa ye. Actually baru sekarang I rasa macam I ni dah dewasa. Waaaahhhhhh. Ahahahahah. Ayat macam bajet hot je ennn! Poyo la. Baru ni la I rasa meniti ke alam kedewasaan berumur 22 tahun. Lapan bulan lagi I 23 tahun . Lagi bertambah dewasa yek! Hehe.


So sekarang ni pun I macam dalam dilema je samada nak terima dia ke tak even dah beberapa peratus macam dah confirm2 je yang dia tu boyfriend I. Cheeewah! Tu la..banyak sangat pilihan sampai I pun tak tau nak pilih siapa. Gila! Hehe, moral of the story korang plisss la ye jangan suka2 hati je suka kat siapa2 yang korang jumpa. Nanti macam ni la yang korang rasa. Macam I ni yang tak berapa nak normal tahap kecintaaannya. Perghh! And nampaknya sekarang I tak boleh nak bagi tau korang lagi siapa yang I suka tu. Kita tengok ja la ea siapa yang berjaya menackle I ni. Ahahaha, bajet! Kita tunggu nanti and I pasti nak gossip lagi dengan you all kesayangan I ni. Heehee. I know you like gossip!
LOVELOVELOVELOVELOVE














Tuesday, August 3, 2010

Blog Yang Mengada Ngada

Ah, I tak suka la tasuke tasuke tasuke taw mawcam niew! Euuu. Korang tau tak blog kesayangan I ni dah rosak!!! Euuu. I hate this! Kenapa la dengan blog I en. I pun tak tau apa dah jadi. Tetiba je setting dia ke tepi and then naaahhh terhasil la apa yang korang tengok ni. Dah tak ada dah gambar I yang suwit2 yang I letak kat tepi. Semua ko dah bawak kat bawah yek! Cisss! =/


Ni la rupa blog I yang baru. Grrrrrr.....

I pun tak sedar benda ni and dah dua tiga hari ni baru la I perasan akan masalah badai yang melanda. Tsk tsk. Sedih bercucuran air mata. Kenapakah kamu menjadi sebegini belog kesayanganku!! Nawkawl yew! Haissshhh...

Puas la I dengan susah payahnya menggodam semua tempat untuk kembali ke keadaan normal tapi gini jugek la yang jadi. I wonder why! Hehe. Tu la. Ramai sangat stalker kot sampai blog I ni pun dah pandai dah nak merajuk rajuk ni. Heeeee, tak patut betul.

Malas dah I nak cerita pasal blog I lagi. Jangan take care dengan blog. Die jahat! =(Jahat jahat jahat! Tak suka!Hehe. Boleh tak kalau I nak merajuk dengan blog sendiri boleh tak boleh tak? Pffftt, malu I. Hehe.

Awak semua yang sayang gila dekat saya *tiba2* hehe awak tau tak minggu ni is the busiest week that I had! OMG! Actually dah dua minggu dah I rasa alamak penatnya aku and malasnya omaigod omaigod argghhh plis plis help me. Lebih kurang macam tu la I nak expressikan kepenatan yang dirasai ni. Haha. Konon.

Sekarang ni pun I rasa sistem hormon badan I pun dah tak berapa nak betul dah. Kejap ngantuk kejap tak kejap rasa macam tanak tidur setahun kejap kang rasa macam nak bangun tidur bangun tidur je. Gila annoyingkan I ni. Hehe. Please la korang help me. Itu korang tak tengok lagi notes2 yang serabut serabai segala tu. Hehe. Bajet pandai la tu boleh setadi kalau notes bersepah sepah. Haaah,,, memang tak la en!

Lepas tu pula en boleh I terlupa mana I letak sticker elektrik I tu. Nasib jumpa balik. Kalau tak terpaksa la I buat muka manja2 comel I dekat urusetia kolej sebab taknak kena saman en!!! Haaaa, baru la nak menggelabah. Masa ni la baru rasa nak kemas2 bilik en pastu nak angkat2 tikar pastu nak selak2 carpet. Tilam bantal semua nak tepuk2 takut2 ada la terselit kat mana2. Bakul sampah pun baru la nak kosong en sebab nak cari sticker punya pasal. Haissshh.. Cari punya cari nasib baik la jumpa juga terselit celah kamus haha terror tak terror tak I cari! Weewit... =)

Lagi cerita pasal kemalasan I korang tau tak saya sekarang gila malas nak study haaaa alamak! Nape la awak jadi macam ni la ye! Manfaatkan masa lapang dengan jadi deejay free. Haha. Merapu je kerja I. Hari ni nak kuiz malam tu baru la terkontang kanting nak study gila apa ingat ko terror sangat la tu hah! Padan muka tadi pop kuiz baru la rasa nyesal alamak2 bonda saya minta ampun plisssss tolong macam mana nak jawab ni bila soalan semua hahahhaa I jawab ntah apa2 ntah. Baru la nak nyesal jatuh air mata perempuan kan! Lain kali buat la lagi kan macam sekarang ni sempat lagi nak blog2 mentang2 la kelas kul4 esok! Hmmmm.

So sekarang Cik Hawa nak buat apa ni haaa? Plisssss,,,,, serabutnya I minggu ni! Bersedia la untuk tidur dengan assignment yang melambak lambak weekend ni ye. Arrghhhhh, yakin boleh Malaysia boleh. Hehe. Imamuda! ;)

Saturday, July 31, 2010

Saya dan Dua Budak Comel



Ok, awak semua nak tau tak semalam saya pergi mana? Ha kalau tak nak tau pun kena tau juga kan ok baiklah finally semalam saya dapat date juga dengan dua orang girlfriend saya yang cantik dan comel hehe i loikeee! =)

Mula2 sampai alamak homaigod2 saya terlambat la and kesian kawan saya kena tunggu 40 minit kat stesyen bas yang penuh dengan karbon dioksida yang kalau hari2 la dia sedut asap tu alamatnya paru2 nya takkan berfungsi lama. Ishhh, opsss, sorry! Ok, sorry Didi kerana kelewatan yang tak dirancang. Hehe. Masalah utama gadis pada setiap bulan. Ok, faham2 je la ye! *Sigh...

Awak semua tau tak Didi saya sangat comel semalam. Sungguh bergaya . Fuihhh, paling saya suka adalah kasut dia. Diulangi di sini KASUT! Sangat da bomb! =) Heheh. Please ptptn approve cepat saya nak borong heels ni. Oh nooooo! Kakak saya pun sangat comel semalam. Argghhh, Kak Masha dah slimmmm! Ni yang saya jeles ni. Pipi dia pun tak setembam dulu. Dan kalau awak tengok saya semalam ngah ngah ngah kelakar gila saya time tu. Kelihatan sangat tembam dengan baju merah santa clause ho ho merry christmas! Hehehe.


Firstly dalam plan date, kitorang decide nak pergi melatih suara kitorang dulu dengan berkaraoke yang memang ok sementara nak tunggu si cantik saya yang sorang lagi which is Kak Mashaliecha yang comel!Gila banyak lagu yang saya sumbangsihkan. Perghhh, part yang saya nyanyi memang sumbang habis la. Haha. One and only. Nasib baik awak tak ada sama en masa saya nyanyi en kalau awak ada mesti awak nyesal ikut sama en sebab nanti awak kena tidur kat sepital sebab masalah jantung yang kritakal en en en? Kesian. Lepas tu kan awak saya nekad nak pilih lagu yang berjaya menutupi kesumbangan saya dengan menyanyikan lagu Cinta Laura. Yeay! Heheh. Terbukti suara saya tak sumbang kalau nyanyi lagu ni. Ala2 gewdiks mawnje gitu. Mhahaha. Jom kita nyanyi sikit. Say you love me say you love me...baby....mmmuaaahhh! Pergghh, sexy en! Ngehehe.






After that lepas dah puas menyanyi nyanyi ni kitorang pun bersedia untuk akiviti seterusnya which is makan time yang memang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam sewaktu berpuasa. Emmm, nyum2.Awak tau tak kenikmatan makanan lepas sesi nyanyian memang mengamazingkan kan! Sungguh romantis and saya rasa kalau la boyfriend awak nak ngorat saya and buat peewit2 pun saya tak layan. Sekarang awak tau kan betapa baiknya saya tak ambik boyfren orang kan! >_<>




Orait, sekarang jom kita cekidaut gambar yang kitorang ambil semalam....goooooo....


Say cheeesee....




Dua orang budak cantik!





Karok time!









Saya dan Didi...






Me wif Kak Masha comel!
Actually banyak lagi gambar tak terkawal kitorang ni yang saya rasa tak mampu untuk mengexposekan untuk awak ye. Hehe. Gila lama tak jumpa diorang ni. Lebih2 lagi Didi. Last jumpa masa darjah 4. Kak Masha pula last saya jumpa dia masa wa all together buat diploma kat Terengganu dulu. Hehe. Rindu punya pasal setahun ibarat bertahun tahun. Cehhh! Hehe. Memang best je en kita date semalam en. Siap shopping2 lagi. Haissshhh, saya siap bawa buah tomato fresh lagi tau. Import dari The Store. Ngah ngah! Apa ape pun semalam memang enjoy walaupun tempat kat Shah Alam ni tak best langsung...ooooo oopsss sory orang shah alam plisss jangan marah saya plis plis plis....
Thanks dearie for the wonderful day! Macam mana saya nak cakap yang saya sayang gila kat you both ye! Serius! =)
Hehe....




Wednesday, July 28, 2010

Cantik Punya Pasal!

Uishhh, cantiknye dia ni. Wow, tengok tu cute en minah tu. Cun gileeee seyyy!


Cantik, cun, comel? Cepat2 pilih2 mana satu awak semua nak? Haha. Tak payah susah2 nak pilih ye sebab yang ni semua kesayangan saya. Ngeeee. Senyum sikit!
Ok, apa cerita sebenarnya ni. Meh dekat sikit. Saya nak bergossip girl dengan awak kesayangan semua. Hehe, tapi jangan pegang2 ye. No no no. Heee. Awak semua tau tak semalam kan saya dengan kawan saya nyaris2 kena tidur dalam lokap. Haaa??? Omgeeeeeee. So scary la you! Dug dag dug dag!!! Kenapa ye? Tadaaaaa, acah je. Actually kitorang just berdebat hebat yang kalau tak dileraikan oleh Cik Alamaya dah confirm2 sorang makan hati sorang lagi makan jantung! Hehe. Kenapa? Tak faham ea? Ok la. Abaikan kemerepekan di atas!......

Actually motifnya saya saja nak cakap yang baik kawan selamanya saya ni*haha...know as bff la tu* rasa macam ntah apa2 la budak ni. Sebabnya dia boring gila sampai tak boleh nak direkodkan tahap kegilaan dia tu bila saya asyik mentioned ''eh, cantikkan dia tu"... "tengok budak ni cantik la...tinggi je"..... "cantiknya dia....putih sangat"..... "gila lawa budak tu...kerempeng je".....dan begitulah seterusnya yang saya akan cakap kalau rasa somebody tu cantik. Haha. And dia pun just like...."eeh, apa kena la minah ni semua pun cantik....kurus macam tu pun cantik ke?" dan saya pun just jawab "cantik la...slim je...hehe"....hahahah.
Ok, awak semua tau tak cik kawan baik saya ni cakap saya dah terkestrem dengan ayat C A N T I K! Ok, semua orang pun cantik. Serius k! Ini bukan cobaan macam pendekar bujang lapok tu. Ini betul2. Heeee. Ntah la. Saya pun tak tau kenapa suka sangat cakap cantik ni. Haha. Maybe sebab mata yang dah terlebih besar ni je yang pelik kata orang cantik kot even orang lain semua cakap tak cantik. Maybe! Kawan2 saya yang lain even bff saya pun diorang memang cantik. Betul. From my opinion la. Sebabbbbb?


Dia putih. Cantik la.


Dia kurus slim. Yang paling best pinggang tu kalah kerengga yang terkedek kedek jalan atas pokok. Cantik.

Dia tinggi. Gila cantik!


Dia ada lesung pipit. Cantik dan comel!


Suara dia ohhh tolongggg....gila sedap. Macam suara budak2. Comel sangat. Cantik.


Rambut dia cantik dan sihat dan hitam. Cantik.
Muka dia fotogenik. Ya Allah! Sumpah cantik!
dan semestinya


Dia memang ternyata cantik!
Tak kisah la kalau diorang ni tak pakej 10 dalam 1 macam syampu yang banyak jual kat mana2 kedai tapi ntah apa2 ntah tak best langsung. At least kalau salah satu dah ada bagi saya orang tu memang cantik! And tu la pasal cik kawan baik saya ni cakap yang sistem pemikiran dan penglihatan saya ni mengalami gangguan kritikal sebab tengok orang tu pakai baju senget pun cantik! Haaa, biar betul! Am I sick! Ngehehe.











Haaa, mmuaahhh! Siapakah si cantik ni???? Wink~~~ Saya cantik tak? Haaa, tak payah la jawab. Dah sah2 la awak semua loya plus rasa macam nak kena kanser mata je kan bila tengok gambar saya. Tang mana ntah cantiknya! Perasan la Hawawa ni! Ok, kalau setakat tinggi Mila AF je (tinggi ke? hehehe...), warna kulit macam Beyonce, badan macam Dottie, rambut macam serabai je, muka pun dah kembang macam kueh apom tak de siapa nak cakap awak cantik Cik Hawa. Haha. Sendiri mau ingat la...Pfffttt! Kalau ambik gambar tu sampai 10 kali pose belum tentu jadi gambarnya. Mhahaha!

Jadi awak semua faham tak apa yang saya cuba nak merepek ni! Haha. Maksudnya saya dikelilingi orang cantik2 and semalam saya baru add my exprimary classmate kat facebook and ternyataaaaaa si cantik suwit EILEEN makin cantik!!!


ooooo, oi mak cik siti, sekarang i tau nape u ckp u slalu jmpe lelaki hensem? ehehehee

haaaa? why...bg tau plisss....

sbb mata hang mmg mereng! kuikui..klau pmpuan sume cntik so yg abg2 sume hnsem la even mat rempit ari tu! wekkkk! dari sume guys yg u ckp hensem, dua tiga je yg betul2 hnsem...podah!!! wakakakakaka...abg jambuuuuu! kt sh alam xkn xde syg? u nk single lg ke? ahahahah.....

hey u,,, plisss...nmpk sgt la i baik kn....
heheh...lebih kpd sedar diri...sy bknnye "cntik" pn klau nk mcm org tu bkn nme sbnr.... kt sh alm??? hmmmmm...ntah dot dot dot kot!....hehe...ok! nk mkn jap! wawa x offline tau!
Sekian saja, awak memang cantik! Hehe.

























Sunday, July 18, 2010

Ini Cerita Yang Tak Suka


Banyak benda yang I tak suka yang I kena settlekan cepat sebelum telambat. Hehe. Macam suspens je en!

Assignment OPM
Ok, hari Isnin minggu lepas lecturer OPM untuk tutor ada bagi assignment yang wajib diberesin. Tapi ohhh hohoho...tak siap2 lagi. Ingatkan nak buat semalam tapi disebabakan kebizian yang terlampau melayan fans di facebook(ececeh...bajet hot la tu) I terbabas waktu untuk siapkan assignment. Esok nak kena submit and kalau nasib tak baik mau kena present assignment tu depan semua orang yang setakat ni I tak berapa nak kenal lagi diorang properly. So Wawa...quickly! Siapkan cepat as soon as possible sebelum pukul sembilan malam ni plisssss!

Nota Yang Serabai

Nota I untuk semua class yang I masuk minggu lepas still tak proper lagi. As usual, ingatkan bawa balik semua kat rumah and nak completekan semua tapi.......satu pun I tak usik. Tu la, lain kali please siapkan kerja dulu before nak keluar jalan2 ye Cik Wawa! Ini tak, sampai rumah hari Khamis lepas tu Jumaat and Sabtu dah keluar berjalan. Ishhhh, apala nak jadi. Dalam minggu ni juga please completekan notes ye. Refer text books! Haaa, text book pun tak balut2 lagi. Arghhhhh!



Diet Pleaseeee

Haaa, OMG! I semakin tembam atau bahasa pasarnya semakin gemuk! Oh, tidak! Tak suka la macam ni. Tengok kiri lengan makin besar, tengok kanan pipi makin tembam, tengok bawah kaki dah nak sama saiz dengan anak gajah dah, tengok satu badan haaaaaa macam Dottie. Actually berat maintain macam dulu tapi saiz yang bertambah. Ingatkan naik bukit hari2 nak pergi kelas makin kecil la tapi vice versa. Seriously thinking about diet! Ishhhh, kenapalah nafsu makan tak dapat dikawal. Tergugat iman I tau! Start esok I kena diet plisss!



Barang Tak Kemas Lagi

Jap lagi dalam beberapa jam lagi I nak balik kolej. Tapi barang satu apa pun tak packing lagi. Baju yang nak bawa pun baru je jemur pukul sepuluh tadi. And sekarang I still lagi boleh berblog even barang berterabur dalam bilik ni. Siapa nak kemasss??? Ini belum lagi sampai bilik kat kolej nanti. Baju hari tu pun tak sempat nak kemas terus I cabut balik. Hmmmmmm.



Jaga Kaki Anda

I pun tak tau la kenapa balik je dari kelas kalau lepas mandi tu tengok kaki Ya Allah lebam sana sini. Besar2 pula tu. Sakit jangan cakap la. Kiri kanan atas bawah. So pelik la. And bila I fikir fikirkan balik I assume yang lebam tu disebabkan kaki I ni berusaha keras untuk menahan diri dari jatuh masa bersesak sesak dalam bas on the way nak pergi kelas. Waaaaa, sedihnya. Kesian kaki I. Balik rumah mengadu kat mak and mak suruh sapu minyak panas lepas tu urut slow2. Mengadu kat kawan2 diorang cakap "hahaha, padan muka budak manja...kesian bff I kan!"

Hmmm, ok la. Pengalaman kan!



Mata Please Jangan Ngantuk

Ntah la. Semenjak I duduk Shah Alam ni masuk je pukul 10.30 mata dah mengantuk semacam. Dulu masa study kat Terengganu kalau tak masuk pukul 2 tu memang sah la tak boleh tidur. I pun tak tau kenapa. So kalau ada tutor or aasignment nak kena buat terpaksa la berperang dunia dengan mata I yang besar ni. Waaaaaa,,,, saya tak tahan!



High Heels Yang Mendera Hati

I tak suka minggu lepas. Sebabnya high heels I yang warna grey yang ada ribbon2 banyak2 tu dah tercabut tumit kecil yang warna hitam tu. So macam mana nak pakai. Dah la heel yang lagi satu hilang sebelah. Tak tau la siapa yang admire sangat dengan kasut I! Lepas tu kalau pergi mana2 mall terpaksa la berlakon macam orang buta yang jual tisu tu sebab nak tahan diri dari terbeli heels2 yang memang menggoda dan penggoda tu. Oooppss aucchh awww! I love high heels. Kalau la awal2 sem ni tak payah beli buku dah lama dah I rembat 3 pasang sekali. Sekarang ni I bawa 2 colour je kat kolej. Coklat and hitam. =( Ok, promise...nanti dapat duit ptptn I nekad nak beli juga beberapa pasang. Hehe. Hadiah hari raya!



Curi Peluang Please

I dah lama dah rancang nak keluar dengan bff I masa sekolah dulu tapi sampai sekarang still tak sempat2 lagi. Dah dekat 9 tahun kot tak jumpa. Hari tu ingatkan nak jumpa bulan 4 tapi busy punya busy sampai sekarang tak jumpa2 lagi. Semalam I cakap I rindu kat dia and dia cakap dia tunggu je I nak jumpa bila2. Ahhhh, so suwit la awak. Baik bff saya ni! Dah la cantik pula tu. Ni yang rasa nak sayang lebih2 ni. Heeee. So I decide kalau boleh minggu depan I nak balik lagi just nak jumpa my sayang bff ni. If tak boleh pun still nak balik minggu yang lagi satu punya minggu. Hehe. Tunggu I balik ye Cik Dayang!



Ok Cik Wawa....take your time and settlekan cepat!