Sunday, June 8, 2014

Happy Birthday Adik! =)


Dah lama tak buat entry happy birthday to you! Heeehee... Happy birthday my only one lil sis hijabista yoona yoona adek!! Birthday adik I sama dengan agong uolls (7Jun)!!! Semua orang meraikan! Untunglaaaaa =))


Birthday girl semalam tak sambut tiup2 lilin dengan kek bulat dah. Sebab dia dah dapat makan kek besar, sedap, dan cantik dengan officemate dia!! Takkkk aciii!!! T_T... So, semalam disebabkan birthday dia, so dia sendiri request nak makan dekat mana, dan dia sendiri jugak yang belanja makan untuk diri sendiri termasukla I punyaaaa!!! Happy tummy!! Semoga makin melimpah ruah rezeki kamu adekkk! *xoxo


Dan.... Dekat sinilah langkah kaki berhenti! First time cuba! Hasrat hati memanggil manggil nak makan kat sini berkali-kali dah! At last, dapat jugak! Itupun sebab budak kaki korea ni yang nak! I tak heran 99% pun (konon konon la)! Sebabnya I bukan kaki Korea. I kaki pontianak Edward Cullen handsome gila nak pengsan!! Wah, handsome kan Edward :)



Yang ni I punya! Buruk je. Macam mangkuk orang kampung zaman dulu cerita arahan Rashid Sibir! Sobssss


Yang I makan tu nama dia apa ntah! Tak ingat pun! Mee dengan kuah cili seafood. Macam mee bandung tapi tak jugak! Tapi tak seafood sangat pun! Udang dengan lala je! Lepas tu ada telur dan cendawan! Senang sangat if korang nak masak benda ni!! Campak2 semudah ABC pun dah siap!! Heheh


Birthday girl punya :). Yang ni nampakla macam ada kelass sikit!! 


Yang ni pula birthday girl yang punya! Dia punya set sekali dengan nasi! Kuah dia lain sikit dari I punya and dia punya daging! Huh, cliche sangat punya menu! Dekat kedai Ampang Jaya pun boleh dapat!! Haha...gila berlagak


Setakat tu je la! Ntah kenapa semalam makan tak tamak2 pun! Selalu tu kalau makan berdua pun mesti kena ada 'makanan tambahan' yang lain!! Kali ni semua insaf makan apabila perlu je!! Wah, Alhamdulillah! Hihi...


Kedai ni kecik cenonet je pun! Takde la besar macam restoran Korea yang bersepah rapah dekat KL dan Ampang tu!! Sebelah kedai Korea ni kedai Taiwan! Kedai Taiwan ni rajin jugakla kitorang datang!! Dan I rasa makanan kat sini lagiiii super duper sedap dan banyaaaak pilihan kalau nak dibandingkan dengan Korea sebelah tu! No worries sebab ia halal dan tukang masak dia makcik dan kakak indon dan melayu ( dapur dia depan mata je so nampak la) ! Huhu.. Dan mungkin tekak I tekak Taiwan dan bukan tekak Korea!! Mungkinlahhh (cakap sambil jungkit bahu) ......




:: Buurrrpppp, Alhamdulillah =)))  . Tak pernah2 pun buat entry pasal makanan!! Ini first time okayh! Malas nak rekomen2 bab makan nih!! Hikhik




Love,h'wawa










Friday, June 6, 2014

Hukhuk!!! Tet tet tet


Petang. Duduk2 depan tv. Masing2 ada mug minum air pilihan! Nescafe, teh, teh o, milo...eh, soft drink pun ada!! Hmmm...termasuk la susu dalam botol untuk si cotton candy berjalan tu (izz)!! Hihi...


Permulaan cerita biasanya biasa2 je. Makin lama makin jadi la macam banyak sangat topik nak cerita! Sampai la terkeluar topik kawin2 kepak2 kebum2 gendang dipalu pengantin malu! Ewah ewah.. Ada budak tak menyabar siap cakap masa kenduri dia nanti nak pasang 10 khemah!! Erkkk.. Padahal turn dia lambat lagi! Tapi 10 khemah tu mana tau. Insyaallah dapat kot!! Huhu... 


Lepas tu turn dia pula tanya kita, "awak nak berapa khemah Wa?" Hmmm... I jawab "takde khemah2 ni..orang buat guna RSVP. Siapa tak respon takde makanan & tempat duduk. Senang!!"
Lepas tu dia cakap balik, "bapak kedekut!! Cheeeeh, macam tak tau..Wa nak buat dekat dewan! Tak main la khemah2 ni kan?". Hmmm...


Lepas tu budak kecik Qy pula tanya. "Wa nak kawin dengan siapa? Azhar haaa???". Belum sempat I jawab, ada orang lain dah jawabkan. "Haah...Wa kawin dengan Azhar! Azhar tu handsome. Kaya. Muka macam Abang Zain (setia hujung nyawa) tu! ". Waaahhh... Untungla sangat Wa kalau dapat orang macam Abang Zain tu!! Owhhh...love love love ;)))


Lepas tu cakap lagi! Benda yang sama. Kawin2 kepak2 kebum2 gendang dipalu pengantin malu! Ewah ewah!!! Sekarang I pula buat cerita karoot komedia!! "Mak, nak kawin dengan orang gemuk boleh tak? Nanti dapat pelamin besaaarrr!!! Ahahaha...". Sambil gelak golek2! Mak pun cakap, "kawin la awak! suka hati la...". Lepas tu I tanya lagi, "Mak, nak kawin dengan orang Kelantan la...Orang kan lahir kat Kelantan. Kat Mache (Machang le tu)! ". Mak jawab balik, "Nak sangat jadi orang Kelantan! Pegilah". Haha...aik, bukan main senang nak kawin! Semuanya ok je!! *jogetjoget



Lepas tu tiba-tiba ada budak menyampuk! "Oooooo...kalau Wa kawin, Adzrul taknak kawan dengan Wa!". Eh, ada ugutan la!!! Scaryyy nya pun!! I pun macam malas nak layan dan terus bangun dan terus buat bunyi lalalala dan nak masuk bilik! Eh, bangun bawa mug sekali! Masa nak bangun tu mak cakap "awak nak kawin dengan orang gemuk? haha...mak tak kisah...tapi nanti tak seimbang la...awak dah la halus (halus sebab ketot kot maksudnya...tak mungkin la sebab kurus...hukhuk)..." 
Dan tetiba I teringat buku cerita yang I baca masa kecik2 dulu. Si semut dan si gajah! Ok, dan lepas tu mak cakap nak menantu kurus! Kalau naik lepas kawin tu tak kisah laaaaaa......



l

Mungkinkah begini???



:: Kau buat ku kata ...uuuuuu lalalala







Love,h'wawa











Tuesday, June 3, 2014

Kepoci Sosialista! (Haruslah merendah diri)


Kadang-kadang, apa yang kita update dekat laman sosial (twitter, facebook, blog, instagram, keek, dan apa2 lagi) bukan tujuannya nak menunjuk-nunjuk, nak bagi tau 'aku hebat dapat benda ni', bla bla bla, 'rezeki aku bertuah', bla bla bla, dan apa2 je la yang orang boleh terasa sampai ingat kita sengaja nak gebang benda tu satu dunia! Ada orang rasa seronok nak kongsi sosial life dia dengan semua orang. Kadang-kadang ada yang update sebab nak tau berapa like yang dia dapat maksudnya kalau takde orang like tu apa yang dia tulis orang tak suka or orang tak baca langsung (erkk). Ada juga yang update sebab nak kongsi2 rasa keterujaan dalam diri!! Kan?


Dulu masa tengah jadi trend, boleh katakan setiap masa I nak update blog! Tapi sekarang dah masuk lima tahun setengah berblog boleh katakan I update kalau rasa mood tu membuak2. Senang! Malas dah nak duduk karang cerita ayat panjang2 (faktor umur mungkin)! Dekat facebook dulu pun tiap2 hari update! Sekarang ni update kalau teringin je! Twitter dulu lagila! Semua benda nak update! Sebijik macam mulut burung murai cip cip cip! Lagipulak kalau dapat reply atau retweet dari pujaan hati (chef adu especially) hihi... mau terloncat loncat depan pc!!! Bunga2 la hoi! Sekarang ni dua minggu sekali baru nak tweet! Heheh! New me =)


Sebenarnya nak cakap dekat sini sikit je! Kita tak suka la kalau kita bagi tau apa2 dekat facebook atau mana2 alam maya pun dan benda itu pun nak jadi isu! Actually, bukan isu pun! Lagi satu punya kes kalau awak update apa2 lepas tu kita like, kita cakap 'oh suwitnya' dan awak pun reply dan mula la tanya A to Z dan mula la nak compare2 hidup kita dari past, present, and siap buat prediction untuk future pula dan kadang2 kita rasa awak semua lupa yang sifat macam tu dah jatuh kepada riak, takbur, ujub, berlagak, dan menGGORES perasaan seseORANG!!! Dan itu dikira berdosa tahu tak! Kita tau ramai yang tau tapi buat2 tak tahu eh apade hal!!! Kadang2 kita ni saja humble taknak bagi tau perkara sebenar and cakap je 'I kerja biasa je..kerja cuci2..' . Dan terus orang percaya !!! Eh eh eh... Kalau cakap yang betul pula 'I sambung master in tut tut tut' dan terus laju mulut popcorn cakap "haaa...ok la tu...nanti boleh minta kerja dekat situ, jawatan tinggi, boleh buat itu ini, boleh lawan ngan orang ni, boleh geng dengan orang tu...pok pek pok pek... Haishhh...orang lain yang dah create jalan cerita untuk I! 




Memang betul pun ayat dekat atas tu kan! Asal dah nama manusia tu memang sangat kepoci!! Makan kuih koci lagi baik la woi!! Krik krik



:: Muhasabah diri! Insyaallah. Hidup kena sedar diri




Love,h'wawa










Sunday, June 1, 2014

Pilu


Selamat datang Jun! Dan selamat datang juga Syaaban! Hopefully this new month will bring lots of happiness, wealth, and health! Amin... Tapi tak tau la kenapa hari ni, dari pagi tadi I choose to be terlalu sangaaaaat sensitif sentap2. Dengan semua orang. Termasuk la kanak2 19 bulan. That's it. Dan takde kena mengena langsung dengan hormon perempuan (I guess)!


Cerita #Satu

Kadang-kadang, orang suruh kita buat sesuatu bukan sebab diorang memang nak kita punya pertolongan. Tapi, sebab kerja yang susah2, kotor2, penat, yang semua orang akan senyap bila kita dah buat and sangatla bising pokpek kalau tak buat terutamanya kalau nampak muka kita! Owhhh... Tak faham??? Takpe...abaikan T_T


Cerita #Dua

Comparison = perbandingan! Bila seseorang keep on saying and always saying that you are ugly, bimbo, nerd, useless, dan tak bernilai! Tak kisah la direct ke atau indirect! Even ayat tu dalam nada gelak golek2. Tak faham? Takpe...abaikan T_T


Cerita #Tiga

Kadang-kadang kalau minta tolong orang pun kita kena faham situasi orang kan! Ada yang suka, ada yang tak suka tapi terpaksa untuk menyukakan, dan ada juga yang tak suka terang2 dia cakap tak suka! Jadi hidup kena sentiasa sedar diri! Sebab minta tolong orang jadi malas la nak tanya2 selalu. Kang nanti orang bosan and mulalah rasa rimas annoying gila nak mati eh budak ni asyik tanya tanya tanya je menyusahkan betul (pelisss...ini bukan buruk sangka..ini realiti)! Tapi kat pihak sebelah sana pula kalau kita tak tanya diorang cakap "nak minta tolong orang tapi senyap je...takkan kita pulak yang nak tanya...banyak cantikkk!!!" Hmmmm...krik krik
Tak faham? Takpe....abaikan T_T


Cerita #Empat

Masih lagi kes minta tolong orang! Kalau kita dah biasa ikut orang lain lepas tu ada satu hari tu kita ikut orang lain pula dan tiba2 masa balik kita terlupa yang kita datang dengan orang lain dan kebetulan waktu tu pula ada benda yang membuatkan kita nak cepat terkejar2 dan terlambat nak minta maaf dengan orang tu jadi orang tu jangan cepat nak judge orang tak kenang budi, ambil kesempatan, kacang lupakan kulit or whatsoever ayat nak mengata dan mengutuk! Dekat twitter, dekat skandal!!! Tolongla... Tak faham? Takpe...abaikan T_T


Cerita #Lima

Kadang-kadang perkataaan 'last seen', active 2 minutes ago, on mobile, kadang2 tak semua kita boleh rely on! Kadang-kadang memang kita on tapi kita tak perasan pun benda tu. Kadang-kadang memangla dah "seen" sebab kita memang on tapi orang lain yang pegang hp! Jadi, kita atau pun siapa2 je jangan assume yang orang tu tak nak baca atau taknak tolong! Tapi kadang-kadang memang ada yang saja buat2 tak tau kan!!! Tak faham? Takpe...abaikan T_T



That's it! La tahzan! Jangan bersedih! 




Love,h'wawa










Wednesday, April 23, 2014

Application yang Menyedihkan!! Mungkin...


Tak best langsung update blog through phone! Hanya ada basic application je. Buat entry, setting, upload gambar je! Tak boleh nak tukar saiz font, nak highlight kn ayat2 yang superpower sikit, tak boleh nak centre kan paragraph, tak boleh nak merahkan love yang warna hitam, tak boleh upload video, tak boleh letak link!! Kalau guna google macam dekat laptop kecik kemetot la pulak! Slow melow pulak nak edit satu2! Kalau entry sikit takpe. Kalau panjang nampaknya 2 jam habis masa depan benda alah ni!!! Arghhhh....sangat tradisi mencengkam perasaan. Kenot vogue2 meleTop leTop!! Gambar pun tak boleh nak adjust size! Tau2 bila view tengok gambar gedabaq terkeluaq sampai over the line masuk rumah orang!!!  grrr grrr grrr grrr ni!!! Ataupun I yang tak reti guna dan tak habis download application lagi???  K thanx bye!!!



I rindu dengan CS4!!! Waaaaa......


Yang mana macam buruk tu I blog dekat phone. Yang mana macam buruk dan tetiba dah tak buruk tu maksudnya I edit balik. So, jangan blame diri sendiri rabun =_=



:: Blog ni mungkin bermasalah! Kalau view lepas posting tulisan lain. Kalau view dekat link tulisan lain. Kalau view guna keyword dekat google tulisan lain. Opss auch aww sangats!!!




Love,h'wawa










Tuesday, April 22, 2014

Imbas Kembali =)


Masa kecil dulu, I adik beradik dibesarkan sederhana je. Tak kaya pun.  Kalau nak cakap susah sangat pun macam tak sesuai jugak sebab ada lagi orang yang lebih susah dari kitorang. Itu yang selalu mak abah cakap masa I kecik2 dulu (ye la...masa kecik kan banyak songeh...tanya itu ini...sekarang dah besar songeh pun dah kurang) . Dulu pergi sekolah wajib bawa bekal! Sebab takde duit kalau nak beli makanan dekat kantin. Kalau beli pun nanti tak boleh nak simpan duit masuk tabung. Even bawa bekal tapi mak abah bagi duit belanja. Enam puluh sen je. Memang patut pun I bawa bekal. Nasi lemak, laksa, nasi goreng, mee goreng satu pinggan / mangkuk lima puluh sen. Air sirap dalam cawan sepuluh sen. Habis duit macam tu je. Maksudnya tak boleh nak simpan masuk tabung. Bawa bekal tapi bukan macam bekal budak2 sekarang. Maksudnya bukan nya mak gorengkan nugget, burger, french fries, hotdog, ayam untuk bekal pergi sekolah. Bawa nasi berlauk. Masak kicap ke, goreng cili, ikan goreng, lepas tu tupperware tu balut dengan plastik takut nanti kuah or minyak tumpah dalam beg! Haha....kadang2 dah masuk plastik pun still tumpah lagi....Noob sangat!!! 


I memang asal orang Ampang! Lahir, sekolah, rumah, main, gaduh, sakit, demam, suka, semua dekat Ampang! Bila dah sekolah menengah je baru tak duduk Ampang. Asrama? Bukan masuk asrama la and tak pernah masuk asrama pun! (tu sebab masa diploma dekat Terengganu dulu I terkena culture shocked tahap gaban) That's why la I nak maintain duduk Ampang atau KL. Haha...gila berlagak ayat kan!! Dulu kitorang duduk setinggan je. Setinggan dekat Ampang. Ampang ni besar tau. I bukannya Ampang yang dalam2 dekat Ampang Avenue tu. I Ampang yang dekat Hospital Ampang Puteri ( pergi hospital jalan kaki je). Jarak nak pergi KLCC tak sampai setengah jam pun! So kalau siapa2 cakap I orang kampung memang I marah sangat grrrr grrr grrr... Agak2 la weyh, mak ayah dari muda dah memang duduk KL. Mak tok I pun duduk KL. Arwah kebumi pun dekat Cheras! Obviously I KLrean!! 


Sambung balik kisah duit belanja tadi. I darjah satu sampai darjah lima duit belanja enam puluh sen je. Darjah enam baru dapat seringgit. Naik sekolah menengah naik dua ringgit. Mantain sampai form 5. Waktu rehat memang I jarang beli apa2 dekat kantin! Kadang2 je kalau teringin. Kalau nak belanja besar and banyak sikit kumpul dulu duit sampai cukup! Tak pernah pun nak minta duit lebih dekat parents! Takut dan tak sampai hati!! Haha.... Sampai sekarang ni, dah besar dan dah kerja ni, kalau I nak beli benda yang agak2 tak berapa nak sesuai dengan ekonomi ni so memang I jimat and budget gaban punya. (ala...pakai barang murah je pun ok apa...siapa2 yang belajar akaun lagi tau apa itu penjimatan..hukhuk) Ada juga orang yang cakap tak payah la nak ikat perut sebab benda tak patut. Sakit telinga dah tentula. Hati lagi la. But, I punya stail!!! Buat tak dengar je. Bukan duit awak pun!!! Ppffttttt


I dengan public transport memang tak dapat nak berpisah. Dulu dan sekarang. Dulu masa abah tak pakai kereta lagi kitorang naik bas je. Takpun teksi. Kalau tertinggal bas sekolah dulu jalan kaki je. Tak main ponteng2 ni. Jalan meredah jalan raya yang super duper sibuk. Masa tu highway AKLEH tu dalam proses. Dengan beg besar nya ya ampun! Lagi besar dari I yang kemetot ni! Main lintas2.  Masa tu tak terpikir pun kena langgar kereta lori semua. Lagipun sekolah tu dalam pekan Cina. Anjing sepah2. Orang gila lagi. Sambil jalan tu berdoa dalam hati minta2 la tak kena gigit anjing! Scary tahu tak!!!!   Mak dekat rumah dah risau 24 jam! Tu sebab masa I darjah enam, I kena tukar sekolah. Sekolah yang dekat sikit dengan rumah! Walaupun pergi jalan kaki juga tapi takde la bergadai nyawa sangat!!! Piuhhhhh.... 
Bila hari raya, kitorang mesti pergi rumah makcik yang dekat Ampang jugak. Sampai sekarang. Pakai baju cantik2 lepas tu naik bas atau teksi. Ada satu hari tu bila adik beradik semua dah besar pakcik teksi taknak ambil kitorang. Dia cakap ramai sangat!! So, terpaksa bahagi. Abah suruh mak dengan kitorang naik teksi. Abah naik bas kot! I'm not sure! Masa tu even I kecil lagi tapi sedih pulak tengok abah kena tinggal tepi jalan. Hari raya kot! KL pula tu. Mana la ada teksi sangat! Sekarang ni orang pula tanya I kenapa takde lesen. Dulu masa lepas SPM nak ambil lesen duit tak cukup lagi. Itu yang abah I cakap. Bila dah ada duit I pula yang tak sempat. Haha...so sampai tua dah 26 ni haaa la setia dengan RapidKL lrt bagai!!! :p Dekat kelas I sekarang pun dah empat orang tanya I pergi / balik kelas drive ke? Parking dekat mana? Then I cakap " naik public transport je... senang!" . Ok, muka diorang memang pelik bila I cakap macam tu. Macam la kalau dah masuk kelas part time ni wajib kena ada Vios bawak pergi kelas!!! Erkkk...typical malay! Tapi ada juga yang tak kisah!! Eh, korang ingat orang KL semua jahat2 ke???



Nak stop sampai sini je boleh tak? Kalau nak cerita semua zaman ribena 90an dulu memang panjang berjela la entry ni!! Okay, maybe sambung next episode pula!! Should I?





:: Sebenarnya tetiba je teringat zaman kecil2 dulu.... =)




Love,h'wawa








Thursday, April 17, 2014

Corporate Governance ❤


Hari Sabtu ni Sir nak buat test excercise untuk paper governance. Maksudnya pre test la tu. Sir dah bagi tajuk yang kitorang    kena study. So, nanti masa datang class dapat soalan baca bismillah terus jawab and tak payah dah nak sengeh kat orang kiri kanan depan belakang bagai dan tak payah jugak nak selak nota satu2 dan terkumat kamit hafal macam superhero konon2 time tu jugak boleh hafal dan masuk otak! Gulp!! Sehari lebih je tinggal! Nervous weyh jantung boleh rasa even tak letak tangan kat dada pun! Dah lama sangat tak main test mengetest ni! Masa quiz hari tu pun macam tipu2 je sebab Sir yang bagi jawapan kitorang happy kids (kids la sangat :d) tulis jawapan dan hantar! Tak thrill kan? Haha....


Even dah bagi scope yang nak kena baca pun tapi tetap menggelabah tak hingat sebab skill nak tulis jawapan bagi dapat markah penuh tak pun kurang satu markah dari markah penuh ni agak2 macam tricky sikit. Kena ada fikiran kreatif dan kritis maka boleh la senyum tak takut2 bila Sir panggil nama bagi tau markah yang kitorang dapat depan semua orang!! Haaaa, memang mendera mental ehh Sir ni!!! Maka kalau taknak rasa muka macam kebas kena kepit ketam batu hari Sabtu nanti so lets open up your notes now!! Hoooyeh! Harap2 balik kelas nanti I boleh jalan2 tanpa tekanan hati dan perasaan sebab berjaya memberi sepenuh tumpuan, jawapan, emosi, dan fokus untuk paper governance nanti!!! Lagipun paper ni best! I suka subject ni!  Rugi kalau tak score!!


Study mode on 


Tengok tu! Sir suruh baca dari Sabtu lepas. Sekarang dah separuh hari Khamis baru buka! Dan....bantal tu???? Untuk landing2 kalau macam terngantuk dan macam termigrain dan minta untuk direfresh kan! =)  Dulu masa dekat hostel pun ada bantal jugak! Study dekat meja besar maka bantal pun kena besar hokey!!! 



Susah susah dahulu! Nak seribu daya! Byebye...Tapi before belajar kena makan duluuuuu....



:: Dah gemokkkk T_T




Love,h'wawa