Thursday, April 17, 2014

Corporate Governance ❤


Hari Sabtu ni Sir nak buat test excercise untuk paper governance. Maksudnya pre test la tu. Sir dah bagi tajuk yang kitorang    kena study. So, nanti masa datang class dapat soalan baca bismillah terus jawab and tak payah dah nak sengeh kat orang kiri kanan depan belakang bagai dan tak payah jugak nak selak nota satu2 dan terkumat kamit hafal macam superhero konon2 time tu jugak boleh hafal dan masuk otak! Gulp!! Sehari lebih je tinggal! Nervous weyh jantung boleh rasa even tak letak tangan kat dada pun! Dah lama sangat tak main test mengetest ni! Masa quiz hari tu pun macam tipu2 je sebab Sir yang bagi jawapan kitorang happy kids (kids la sangat :d) tulis jawapan dan hantar! Tak thrill kan? Haha....


Even dah bagi scope yang nak kena baca pun tapi tetap menggelabah tak hingat sebab skill nak tulis jawapan bagi dapat markah penuh tak pun kurang satu markah dari markah penuh ni agak2 macam tricky sikit. Kena ada fikiran kreatif dan kritis maka boleh la senyum tak takut2 bila Sir panggil nama bagi tau markah yang kitorang dapat depan semua orang!! Haaaa, memang mendera mental ehh Sir ni!!! Maka kalau taknak rasa muka macam kebas kena kepit ketam batu hari Sabtu nanti so lets open up your notes now!! Hoooyeh! Harap2 balik kelas nanti I boleh jalan2 tanpa tekanan hati dan perasaan sebab berjaya memberi sepenuh tumpuan, jawapan, emosi, dan fokus untuk paper governance nanti!!! Lagipun paper ni best! I suka subject ni!  Rugi kalau tak score!!


Study mode on 


Tengok tu! Sir suruh baca dari Sabtu lepas. Sekarang dah separuh hari Khamis baru buka! Dan....bantal tu???? Untuk landing2 kalau macam terngantuk dan macam termigrain dan minta untuk direfresh kan! =)  Dulu masa dekat hostel pun ada bantal jugak! Study dekat meja besar maka bantal pun kena besar hokey!!! 



Susah susah dahulu! Nak seribu daya! Byebye...Tapi before belajar kena makan duluuuuu....



:: Dah gemokkkk T_T




Love,h'wawa



No comments:

Post a Comment