Friday, February 27, 2015

Hadiah..

Lagi sebulan nak hari jadi I! Wah, Nampak tak dekat situ counting days sangat! Hukhuk J Tetiba dah tua2 ni mengidam nak dapat hadiah! Ecewah! Hihi… Hadiah! Jangan lupa tau birthday I 2 April nanti! Heheh… Fine! Bila cakap pasal hadiah ni teringat dulu masa kecik2 mak abah selalu cakap kalau nak bagi orang apa2 kena ikhlas! Biasa dengar ayat macam ni kalau ada orang ajak kitorang adik beradik pergi birthday party! Masa tu manalah nak fikir apa sangat kan! Bila orang ajak tu dah seronok terbayang kek krim ada buah ceri nyum2! Masa dulu konon super sedap la! Agaknya kalau I dah kenal secret recipe masa kecik dulu macam mana la rupanya agaknya bila orang ajak pergi birthday party tu! *terbayang keterujaan melampau dekat situ!

Kenapa mak abah pesan macam tu? Haa…kitorang dulu pun keep asking mak abah kenapa kenapa kenapa? Abah cakap “cuba awak bayangkan kalau dapat barang tapi barang tu tak berapa elok…mesti kita marah2…tak suka kan…macam tu la ….kalau kita bagi dekat orang..” . Ok… Lepas tu mak pulak cakap “tapi nak, kalau orang bagi dekat kita …ambil je..jangan banyak cakap…bersyukur la orang dah bagi tu…terima kasih banyak2…”…. Dan lagi panjang lebar ayat nya. Biasala…mak2 kan ayat melankolik sikit! Jadi dekat situ kitorang dah set dalam otak kalau dapat barang dari siapa2 harusla berterima kasih dan bersyukur walaupun hadiah tu korang cakap ‘biasa2 je’! Tapi, kalau nak bagi dekat orang lain pulak biarlah elok sikit! Buat macam nak bagi dekat diri sendiri! (Tapi jangan la 100% ikut selera kita je) Kalau tak, baik tak payah bagi! Senang! Tapi, ni semua terpulangla pada tanggapan masing2 kan!  Lain orang lain persepsi! J


Hadiah birthday roomate bagi masa diploma dulu...*love


Ingat lagi dulu masa nak beli hadiah dekat orang… I keluar beli dengan adik. Dengan kepakaran ekonomi dan akaun yang I ada (erkkk) kekonon dapat la bajet2 duit tu! Ada lebih boleh beli2 lagi barang lain. Masa nak beli tu tangan ni macam selamba je nak ambik yang murah2! Sambil belek2 barang tu mulut pun cakap2 “alaaa, tak kisahla murah pun..janji ikhlas…janji boleh pakai..”..lepas tu siap cakap dekat adik nak ambik dekat rumah je..Pow rumah punya! Heheh…kan boleh berjimat dekat situ! Bila balik je mak abah dah dah suruh beli yang baru. Biar elok sikit katanya! Abah siap pesan…siap ajar lagi nak beli barang macam mana…tengok kualiti bagai! Ehehe…

Yang ni roomate masa degree bagi..hadiah sempena habis sem *love


So, next time-nya bila I nak bagi kek…haaaa…ambik kau! Secret recipe…baskin robin sedebuk ku bagi! Haha….kan seronok macam tu kan! 

I pernah dapat makanan yang orang bagi tapi kitorang tak boleh makan! Basi kot! Tak tau la makanan tu basi sebelum I dapat ke atau selepas I dapat! Kempunan nanges2! Tengok dalam pek2 tu macam sedap je semua..Tapi bila buka ….langsung tak boleh makan! Sedih! Makanan terbuang macam tu je! Lagi satu, dapat makanan tapi makanan tu memang semua orang tak makan! Haaaa…tau…tak faham la tu kan I cakap apa! Contohnya macam ni la….ada orang ni bagi ikan tembakul. Tapi dia tau satu keluarga ni tak makan ikan tembakul tapi dia bagi jugak! Lebih kurang macam tu la! (Kalau dia tak  tau pun agak2 la…ikan tembakul kot!) Eh, ni contoh je tau! Takde niat nak perli siapa2! *flying kiss





:: Teringat spaghetti salmon Chef Adu buat! Oh myyyy!!






Love,h'wawa







Dulu Seringgit Makan Seorang Sekarang Seringgit Makan Dua Orang #Siri 3

Kahwin! Yeay. Mood kahwin datang balik sebab Padil-Lyn nak kahwin kejap lagi (Entry ni ditulis pada hari Jumaat 12.23 pagi)! Hehe… Tapi sekarang I nak update entry kahwin orang lain dulu memandangkan diorang belum ijab qabul lagi! Kita buat dulu entry kahwin ex classmate UiTM Shah Alam yang lain! Tahun lepas ramai gila yang naik pelamin (Alhamdulillah and tahniah semua!) tapi biasala…takde mood nak update blog dah! Jadi entry kahwin tahun lepas baru nak update tahun ni! Nasib la kan! Hihi… So sekarang I kena ambil nafas dalam2 dulu sebab nak refresh balik kejadian2 masa lampau! Haaa…annoying sangat kan!

Miza &  Mizi

Tengok tu nama pun dah sweet sama2 capital M kan! Masa Miza kahwin I tak dapat datang! Konon tak dapat datang masa sanding so cakap dengan Miza nak datang masa nikah! Tapi tak jadi jugak sebab kelas I habis lambat pulak time tu! Nak balik tukar baju pun tak sempat! Iolls kempunan nak makan nasi minyak! *sobs….

Selamat pengantin baru :)


Kerol & Amirul

Ni lagi sorang nama sepadan pinang dibelah belah! Khairul dan Amirul! Hehe… Yang ni lagi tak boleh blah! Dah plan berbulan-bulan sebelum hari kejadian! Excited sangat! Siap tanya tema lagi nak prepare baju awal2! Nak sehati sejiwa la dengan pengantin! Hihi… Lagi excited bila Kerol cakap kale pink! Terloncat-loncat kegembiraan! Padahal stok baju pink dalam almari banyak gila! Tapi nak juga beli baru alasannya Kerol kahwin! Kena serba baru macam selamat hari raya! Siap bincang dekat group bagai nak bawa baju, bikini semua berapa pasang! At last I tak pergi pun! Ada kelas juga! Lagipun tak dapat cuti sebab bila nak minta cuti bos tak masuk office pun minggu tu! Dan…diorang pun apa lagi! Mengupdate gambar2 yang menggundahkan hati rasa cemburu! Semua pun nak whatsapp! Memang jealous pun tengok gambar2 tu! Gambar pakai inai, gambar ramai2 atas pelamin, gambar spaghetti Aa bawak, gambar beli jeruk Pak Ali, gambar dengan kereta pengantin! *tskk….

Tak aci gambar kita takde...


Ni lagi satu tak aci!!!


Tengok tu...dia beli jeruk Pak Ali pun nak bagi tau kita! Sobss...


Atok Majis & Ida

Selang seminggu lepas Kerol sanding, Ajis pulak kahwin! Yang ni memang pening kepala sebab I ada enam kenduri pada hari yang sama. Dekat utara selatan timur barat dan sabah! Sedara mak pun ada yang kahwin juga! Dan….pengantin ni pun pakai baju warna ungu juga! Macam pengantin Kerol! Heheh….

Majis & Ida :)


Zai & Khairil

Suka sangat time ni! Sebab pelan ke tempat pengantin sangat mudah dan tak mengelirukan! Hihi…. Tak sesat2 pun! Sampai2 terus masuk parking masuk dewan makan! Dah la datang masa pengantin pun baru keluar kereta! Rasa macam kita pulak yang disambut ramai2! Heheh… I makan banyak gila! Lapar kot! Lepas tu masa ambil gambar dengan pengantin baru perasan yang kale pelamin diorang sama dengan kale baju I pakai! Haaa…gembira lagi dekat situ!
Nak tau tak…masa nak masuk dewan tu kan…masa I nampak bunting tu kan ..I cakap dekat kakak yang Zai ni kahwin dengan orang lain. Bukan dengan tunang dia yang dulu. Sebab tunang dulu kalau tak silap nama dia Khairul. Tapi yang dekat bunting ni tulis Khairil. Tapi masa jumpa pengantin dekat pelamin tu baru tau orang yang sama! Huhuhiii….kepoci sangat kan!!!

Ok, dah tengok muka baru tau orang yang sama


Teruja bunga telur pun sama dengan baju #ehhh


Ok..that’s it! Ini je yang mampu teringat! Padahal ramai sangat yang kahwin dan tunang last year! Hehe…. Selamat pengantin baru untuk Azrul dan Noreen!  Dan selamat bertunang buat Bella, Zati, dan Suhaila. InsyaAllah tahun ni diorang jadi pengantin! 






:: Risau juga I banyak tak dapat datang majlis orang! Asal nak pergi je ada halangan... Nanti I kahwin ntah2 takde orang datang! *hmmm T_T





Love,h'wawa




Mommy ke Ibu...

Mommy! Dulu kan, masa kakak I mengandungkan Izz, I dengan adik sibuk fikir nak anak buah kitorang panggil apa nanti! Teruja kan! Pertama kali nak dapat anak buah la katakan! Tapi biasa la kalau bincang adik beradik. Mesti ada punya adegan merepek repek ntah apa2 yang malas I nak tulis dekat sini! Heheh.. Lastly, kitorang decide nak anak buah panggil kitorang mommy je semua. Sebab kalau dekat sebelah abang ipar diorang panggil semua mama. Jadi dekat sini semua kena jadi mommy! Senang kan! Maka, bila baby dah keluar, Izz, semua pun sibuk la bahasakan diri mommy! Motherhood sangat! J



Buah hati Ibu... Izz

Disebabkan ada tiga orang mommy dan taknak mengelirukan suasana, so kitorang pun letak la nama masing2 dekat belakang perkataan mommy tu! Jadi la nama I mommy dedek. Jangan tanya kenapa nama macam tu sebab dekat rumah memang banyak sangat nickname I! Nak letak mommy wa macam tak kena je. Jadi teruskan je dengan mommy dedek! Tapi tak lama pun I guna gelaran mommy dedek sebab kakak I aka mama Izz tu cakap perkataan mommy dedek tu macam tak best je! Macam tak kena. Suka2 hati je ditukar dari mommy dedek jadi mak dedek. Kononnya comel dan sesuai! Erkkk… Tak kisah la.. Mak dedek pun mak dedek la. Haha… macam itik gembo2 jalan terkedek-kedek pulak rasanya! Nama mak dedek terus dikomersialkan jadi MD saja. Singkatan dari mak dedek. I guna short form MD ni lama jugak la sebab ada sepupu yang ikut join panggil I mak dedek! Masa Izz baru belajar cakap pun yang keluar perkataan dedek je. Perkataan mak tu tak keluar2 pun! Panjang sangat kot! Heheh….

Buah hati Ibu juga ... Eid


Tapi…gelaran mak dedek / MD pun tak bertahan lama! Akhirnya dari mak dedek terus tukar jadi ibu! Sebelum ni I tak terfikir pun nak suruh Izz panggil ibu! Tergerak nak suruh Izz panggil I ibu ni semua sebab I suka sangat tengok makcik kawan I ni! Ain! Hari pertama detik pertama jumpa Ain masa nak register class dulu! (Nanti I buat entry lain pasal register class ni okay!) Dipendekkan cerita, I tumpang kereta Ain sebab tempat register tu dah tukar dekat tempat lain! Bila masuk kereta dah ada orang dekat tempat drive tu! Ain pulak panggil “ibu…ibu”, I pun confident je yang tu mak Ain! Lepas tu baru tau yang tu makcik dia! I just like …WOW! Comel gila! Makcik Ain tu super gorgeous, modern (I kan suka yang moden2 ni), up to date, trendy, baik, dan Ain panggil IBU! Kejong kejap! Hihi… memang jakun sesangat! Ye la…biasa orang sekarang..yang moden2..cantik2…yang loaded2 semua nak panggil mommy! (ni pada I je la…maybe you all pernah jumpa orang super cun panggil ibu). Balik je rumah terus I cakap I ibu dekat Izz. Mula2 semua orang macam pelik je. Sebab tau I tak suka kalau tak urban (konon panggil ibu tu tak urban la). Lepas tu laju je cerita pasal makcik Ain yang gorgeous tu! Kekonon nak merasa tempias ke-gorgeous-an makcik cantik tu! (mood perasan bermula).. Dan adik I pun selamba je cakap “so awak rasa kalau Izz panggil ibu tu awak pun cantik macam makcik tu la?”… Haha.. I pun jawab “sikit la…orang kan moden..mana nak yang kampung2 ni…orang KL kan!” cakap sambil ketawa golek2.



Maka, panggilan ibu terus kekal sampai hari ni! No wonder la kalau sekarang I keluar jalan2 takde siapa nak ngorat sebab kalau bawa Izz je mesti Izz panggil “ibu ibu ibu” banyak2 kali! Erkkkk…. Kadang2 I mengaku je Izz tu anak I sebab rimas orang asyik tanya anak ke anak ke. Bila cakap anak diorang tak percaya pulak. “ye ke anak? Ibu dia macam muda je”… ahahaha…. Dua kali diorang kena tipu tau! First, Izz anak buah I. Second, muda ke hapa? Dah tua dah ni..lagi berapa tahun nak masuk three series! =)




:: Oh Ibu :)






Love,h'wawa