Thursday, January 22, 2015

Kahwin Lagiii!!!

Lately semenjak dah tua umur dah bertambah ni kalau I update entry je mesti nak marah2 nak tunjuk tak puas hati kan! Grrrrr….. mana ntah hilangnya mood remaja riang ria blogging zaman dulu2! Hehe… Fine, macam biasa. Topik tetap pasal kahwin2! (Maybe sebab ramai kawan2 seangkatan dah naik pelamin or selalu sangat jadi rujukan bakal pengantin..mungkinlah). Kali ni I nak cakap lagi pasal hantaran! Ye.. tau! I pernah buat entry pasal ni dulu! Tapi buat balik sebab ada lagi yang call I mengadu stressed sangat bila duit hantaran tak cukup!!! Opsssss…. Sebelum awak semua blame atau salahkan saya dan nak nasihatkan saya “wawaaaa, hantaran takpayah tinggi2 nanti orang cakap mak bapak nak jual anak pulak” atau “wawaaaa, bukan wajib pun…buat ikut sunnah lagi afdal” atau “wawaaaa, buat apa banyak2…buat besar2 ntah2 cerai jugak” dan macam2 lagilah yang nak tunjukkan I ni salah sangat2, dekat sini I nak bagi tau ini hanyalah luahan penuh beremosi I dengan kawan I (si pengadu bukan nama sebenar) je. Tak payah nak ceramahkan I. Lagi sekali, ini luahan je. Bukan nasihat pun! Hmmpphhh (eh, emosi pulak!)


Ok, macam ni ceritanya…. I dengan kawan I yang buat luahan hati  ni memang anak jati tulen Kuala Lumpur! Tak kisahla mak ayah kitorang asal negeri mana pun tapi kitorang dalam perut lagi dah duduk KL sampai sekarang tetap setia di sini! Proud to be KLrean! *tetiba… Pergi sekolah, masuk U, dah kerja, tiba-tiba dia cakap nak kahwin. Good. Tahniah awak! J They both are so sweet! Memang padan sangat la! They went their wedding preparation together! I tak join pun! Tapi tiba2 I dapat sms dari kawan I ni dan message dia tiba-tiba je macam ni “ten thousand are not well enough for my big day!!! Sila reply now cik!!”… haaa… macam tu lah sms nya!

Dipendekkan cerita (sebab I malas nak taip banyak2 and for sure you all pun malas nak baca banyak2) , kawan I tunjuk la percentage in progress yang dah siap! Not bad! Apa yang pasti taste kitorang sama. Baju pengantin tak suka yang meleret2 sampai sapu lantai, taknak manik2 penuh dari kepala sampai kaki, taknak mak andam yang makeup kan tersembul bibir merah (we both love nude make up), tak nak pelamin yang tangkap muat je (kadang2 dari ala kadar baik takpayah pelamin terus)..taknak caterer yang makanannya euuuu *baik aku masak sendiri!! Dan macam2 lagilah taknak tu taknak ni! J  Heheh! Berbalik kepada topic asal. Hantaran yang pihak lelaki nak bagi RM10,000. Kawan I cakap parents dia minta up lagi dari 10,000. By experienced abang dia kahwin dulu bagi kakak ipar dia pun >10,000. KL kot! Tapi pihak lelaki tak mampu so terima je la 10,000. Noktah.

Bila I tengok barang2 yang dah siap I pun tau apa yang tak cukupnya! Ramai yang tak percaya dan ramai jugak yang ingat “tipulah KL mahal sangat!”. Ye….betul! Memangla bergantung kepada citarasa seseorang jugak! Kalau high taste sangat jangan berangan la nak kahwin orang biasa2 kan! Errrkkkk… tapi kawan I ni takde la taste melampau lampau sebab dia tak berangan pun nak buat resepsi dekat dewan KLCC! Just cari dewan biasa sebab taknak masalah parking dekat taman perumahan! (Well, I ada berangan nak dewan KLCC ni tapi nama pun berangan! Ukur baju badan sendiri laa..huhi).. Harga pelamin tunang pun paling minimum RM1200. Murah sikit RM750. Please jangan bandingkan dengan harga luar kawasan! I pernah juga tengok harga bridal atelier yang luar dari KL. Memang ada je yang pelamin murah RM300-500 tapi sekarang topiknya KL. Awak semua memang la boleh cakap ambil je la bridal luar je sama je…blab la bla…tapi.............
Baju kain chiffon yang dekat Jalan TAR tu pun RM200-300 sepasang! Nampak je macam murah kan! Tapi semua atas seratus. Belum lagi tengok dekat butik2.. Lagi la RM500 ke atas! Makeup artist untuk tunang RM300. Itu belum lagi yang charge transportation. Kalau untuk nikah  atau sanding charge lain pulak. Mak andam pun ada yang makeup stail lama. Macam opera! Kalau nak yang cun sikit harga pun kena cun!

I tak tipu la..



I ingat lagi masa I jalan2 dekat Jalan TAR dengan kawan kerja I sambil belek2 baju cantik2 tu. “Kak Wa, tak sabar nak tunggu majlis Kak Wa… Mesti best! Hantaran akak mesti banyak sebab akak kat KL.. Saya (maaf..kena rahsiakan nama) pun campur mas kahwin semua dekat berbelas ribu kak! Itu pun kenduri masak sendiri…pelamin pun ambil yang biasa2 je… kat utara tu kak…bukannya kita boros semua pun…ada lebih nanti boleh simpan..”

Tengah I teringat-ingat dialog tu kawan I ni potong line! Suruh I dengar lagi masalah dia. Dia cakap tunang dia ada juga suruh bagi tau cakap kalau takcukup duit. Setakat ni dekat beribu jugak tunang dia cover! I pun macam “haaaaaaa???””
Menyusahkan kan je!!!! Kalau campur semua dekat 14k! Kan senang je kalau hari tunang tu cakap nak bagi hantaran RM14,000 terus! Erkkkkkk….Bukannya kita orang perempuan ni minta 14k sedebuk!!!! Hmmmmm…



Last, before kitorang end up si polan ni tetiba buat lawak antarabangsa..


Bukan nama sebenar: Wa, kita baca blog awak hari tu kakak awak dapat 15k ea? 2012 kan?

Me: Nope…2011

Bukan nama sebenar: 2011 15k? Awak kahwin bila? Next year? After 5 years agaknya ayah awak minta berapa? 20k?

Me: Haha..bengong la pun!! 15 tu abang ipar rela hati nak bagi laaaaa…

Bukan nama sebenar: Ye ke? Untunglaaa…hahaha….awak kan nak jadi datin…mana tau dato nanti bagi beribu lemon…kayo kayo (sambil dia kipas2 duit seratus lima keping depan mata I)

Me: gilaaaaa lah….confirm nikah terus!! Hihi…dato mana la tu agaknya…melampau la tu beribu lemon

Bukan nama sebenar: Asal pulak melampau? Dato kebun lemon la…hantarannya beribu buah lemon dalam kebun…hahahaha


Ok, fine….tak kelakar pun!!




:: Tak jahit lagi baju untuk “tray bearer” 





Love,h'wawa



















No comments:

Post a Comment