Sunday, August 26, 2012

F Comel ♥




Thank you baby sebab baik! Eheeee *hugs*






Si comel tengah tido! Ailebiu lah!



Finally. dapat juga I ambik gambar dengan the kembar! Sumpah comel...Dobot pulak tu... Ni yang sedap nak peluk2 neh! Hehe... Gambar atas dengan baby lain. Gambar bawah yang tengah meniarap tu dengan baby lain. Baby kembar. I pun tak tau yang mana satu kakak yang mana satu adik. Dua2 muka sebijik sejibon! Lagipun jarang2 jumpa. Tu yang tak expert lagi nak cam! Nama pun I tak ingat. Hari tu ada jugak tanya mommy dia tapi apa ntah dah lupa! MFD... Tak ingat M dengan D. I ingat F je! Sorang Farhana and sorang lagi Farisya. Yang mana Farhana yang mana satu Farisha pun I tak tau. Tak kisah la kan!




Ingatkan tadi nak ambik gambar dua2 sekali. Tapi susah sangat the babies nak duduk diam2! Haishhh... Tu yang dapat sorang tengah tido and sorang lagi kena paksa pandang camera! Dapat kotak tissue baru diam! Takpe, esok before baby balik I nak jugak try ambik gambar dengan dua2! Siapa suruh tomey sangat???





Penat sangat tunggu awak ni nak pandang camera nak ooiiiii! Achik ambik gambar sorang2 je la! ;p






LoveF,h'wawa











Sepupu Bertunang! =)



Alhamdulillah! Burp ntah yang ke berapa kali ntah agaknya hari ni. Biasa la...raya kan baru seminggu! Kerja makan je. Lepas tu bila dah basuh tangan baru la rasa menyesal gila sebab makan banyak sangat. Sistem badan ni pulak lately semakin membimbangkan. Haish2! Takut I taw! :(



Now cuba teka I dekat mana? Teka la teka la..... Ok, sekarang I ada dekat Muar. Nak kutip duit raya dekat sini pulak. Eheehee... Not bad la kutipannnya even orang sini suka sangat main mercun dentam dentum sampai melompat jantung neh!! Haishhh... Pulak tu yang bagi meletopnya sepupu sendiri. Acane tu? Sabo je la ek! Bila I tweet dekat maziz pe'el orang2 Muo ni dia pulak bagi sedebik dekat I. Fine, zip mulut! Pfffttttttt.......
Tapi  nasib baik la masa kenduri sepupu I tadi I tak dengar pun bunyi letop2 neh. Boleh lagi duduk2 nyanyi tengok mohabbatein time orang tengah sibuk2. Hehe. =)



Oww...tengok tu...sambil mohabbatein...sambil bergambar! Peace




Hari ni sepupu I bertunang. Best! Sebabnya... Ntah.. Best la kot! Dapat makan. Walaupun sebenarnya dah lama perut ni meronta-ronta nak makan nasi putih. Dah lama benor asyik makan nasi yang tak berapa nak kale putih ni. Kembang dah tekak iolls tau! 


Nak tengok tak hantarannya...Hantarannya...Hantarannya?


Pink gitu uolls! =)



And this is the bakal pengantin!



Kak Ain! =)  Eh,pink! Pengsan I!




Lama betul nak tunggu time makannya. Ish2, ni la.. Pihak lelaki lambat sangat! Kesian dekat bakal sepupu ipar awak ni tau. Lapar lapar lapar!
Lama gila I tunggu. Lama laaa....Lama sangat...Joget2 dah perut ni...Bila dah agak lamaaaa sangat tunggu baru la hajat tercapai. Lega kot bila tuan rumah cakap dah boleh makan! Sebelum sampai tadi daddy I dah cakap makan nasi tomato. Alaaaa, nak nasi putih! So I plan nak ambik nasi setengah senduk je.. Cukup. Tapi, nampak je ayam goreng dia....alamak.....SAYA PUN JADI TAMAK!


Saya nakkan ayam itu! Sumpah lapar :(



Nampak sangat I ni tak suka pasang telinga kan darlings! So, jangan takut dengan I.. Sebabnya I pun tak tau bila tarikh diorang nak kawin nanti. Tunggu je la kad kawin sampai! Lagipun reporter kan ramai! Eh, opsss!!!


Orite, yang dekat sebelah pengantin perempuan tu la nanti bakal jadi menantu Uteh I! 





Tak sabar nak tunggu hari langsung! Semoga I sempat nak kurus2 nanti...haha....dah gemuk dah ni asyik makan manjang! Grrrrr.....





Selamat pengantin baru in advance Kak Ain! =))




Love,h'wawa








Friday, August 24, 2012

Hari Raya ♥



Selamat Hari Raya sayangs! Eh, mana ada I lambat wish! Hari tu before 1 syawal kan I dah wish kan? Kan? Kan? Hari ni 6 syawal! Jom raya lagi. Berapa banyak dah awak semua dapat duit raya? Sa? Puluh? RIBU? Juta? Jutaria? I guess mata semua dah bling2 $$$$$$$$$$ kelip2. Yeayess! =)




Tahun ni hari raya pertama tema kitorang biru. Sesejuk ombak biru! Cheewah! Ini kali ketiga beraya dengan kale tema2 bagai ni. Setelah mengabaikan tradisi ni bertahun-tahun masa kecik2 dulu. Haha. Rasa meriah pulak tiba2. Bila buka je facebook tengok kawan2 pun ramai beraya dengan kale biru. Oww yeah! Awesome laaa... Tapi eksited teruja raya nak pengsan punya pasal sampai tak sedar time diorang ambik gambar muka tak boleh blah selebet semacam. Dah la tak pandai nak cover lemak tersembunyi! Habis la tak selera semua tengok gambar I! Acane neh?




Tapi disebabkan taknak menghampakan isi kandungan opss auch auww ni maka I dengan separuh rela hatinya merelakan la jugak gambar raya yang selebet ni diabadikan di sini! Oh my! Nampak sangat I tak hipokrit kan! Meh2...Jom sakitkan mata masing2 tengok keselekehan I di pagi raya! Zasssss~~~



Tengok ni! Ish2...kenapa ntah I berposing sebegini! Raya di rumah Umi wif sedara mara =)








Duit raya! Best gila sampai tak peduli rambut tak sikat!






Bila tengok gambar yang memusakan hati maka mood bergambar pun semakin tipis! Adoiyai....Takpelah...takpe..takpe....memang hari raya gambar I tak banyak pun! Takpe...tak kisah! *kesatairmata*






Nice! Bersama Umi, adik, dan dua kupu2!



Okay.. Tak payah banyak2.... Bukannya gadis idaman pun! Lagipun takde mood lagi nak upload gambar yang lain. Esok2 la kalau rajin.


Kejap lagi I nak pergi beraya lagi. Jom.... Siapa nak ikut?






Love,h'wawa













Friday, August 17, 2012

Happy Birthday Fat! =)




Happy birthday bestie! May happiness follow. May luck be with you! Have a blast. Salam ramadhan and selamat hari raya! I love you fatttttttttt!!!



Ni lah one of my bestfriend. Masa sekolah rendah dulu. Hehe... Satu kelas since darjah tiga sampailah darjah 5. (kalau I tak pindah sekolah darjah 6 pun satu kelas jugaks!) What else can I talk about her? She's gorgeous! Dulu2 I suka tengok dia sebab dia tinggi. Weyh, rasa kagum tau bila tengok kawan sekelas tinggi macam galah masa darjah tiga dulu. Yang I kemetot je dari dulu sampai sekarang. Heheh. Ingat lagi masa darjah tiga dulu Fat duduk dekat tepi pintu. I dengan Nadia dekat tepi tingkap. What a memories! =)






Happy Birthday dear!




Love,h'wawa






Pertama Kali



Pertama kali raya without kakak! Sobs :(   Semalam kak long I officially dah terbang ke sabah. Nak beraya dengan husbandnya. Waaaaa.....so awal2 lagi kitorang satu family dah nanges2 tahan air mata. Wahhh, kene kontrol babe even dah terang2 lagi nyata yang kitorang semua sedeh. 23 tahun I raya dengan kak long. Tiba2 tahun ni dia takde. Abang ipar dah curi dia. Cisssss!



Dengan keadaan rumah separa rayanya maka duduklah kitorang tunggu turn nak salam hari raya. Terasa kesyahduannya. Kebetulan pulak ada background lagu raya P.Ramlee...Pergh...Orang yang taknak nanges pun tetiba je boleh nanges. Macam tau2 je radio ni! Duduk2 minta ampun maaf semua. Terbayang semua segala salah silap. I'm touched! Mula2 plan hari tu kakak cakap this year raya dengan kitorang. Awal2 lagi dah beli baju raya. Siap set tema kale biru lagi. Hmmm..biru lagi. Tapi tak kisahla. Second third fourth I boleh guna pink. Tapi last week tiba2 kakak cakap tak dapat raya together. Tiket sabah-kl habis. So abang ipar tak boleh raya sini. No choice, kakak I kena pergi sabah pulak. Plan changed! Nak buat macam mana.




Rabu malam khamis hari tu lepas je maghrib kakak ajak I tukar langsir. Eh, tak awal sangat ke nak pasang? Then kakak cakap nanti kalau pasang lambat tak dapat la dia nak tengok rumah cantik. Auch! Sedih uolls! Macam mana neh? Tak payah la cakap macam tu pelis! Haishhhhh... Tapi at last tak pasang pun. I dah sedap bergolek depan tv dengan perut kenyang tiba2 macam malas je nak pasang. Heheh ;p

 



Tengok tu...siap dapat duit raya lagi! Gambar saleha uolls! Thankie kakak =)



And semalam before pergi airport dia sempat pesan2 lagi suruh kitorang tolong mommy kemas rumah. Oww, no worries sis! I will. Memang kerja I pun! (bajet jap..hee). Dalam nanges2 dengan keselebatan baru mandi tak sempat kering rambut serabai neh sempat lagi I senyum bila buka isi angpau tengok berapa duit raya yang kak long bagi. Hewhewhew..heheh...Terima kasih kakak! Selamat hari raya aidilfirti! I love you my twin! =)




Love,h'wawa








Sunday, August 12, 2012

Kisah Dahlia ♥



Dulu masa kecik2, kalau time raya I takde la suka sangat makan biskut raya. Kalau pergi beraya mesti tunggu air je. Paling2 makan kerepek. Itu pun kerepek pisang. Habis! Tapi kalau nampak biskut yang kale cantik2 comel2 sikit baru la terasa nak makan. Bila dah makan bukannya sedap sangat pun. Cantik luaran je. Cehhh!




Dulu2 tak ingat masa umur berapa. Tapi kecik la. Umur dalam 4, 5,6, and 7 tahun. Masa tu bulan puasa. Mak abah bawa kitorang shopping raya. Dekat2 nak raya jugak la masa tu. Rasanya dekat area Jalan TAR dengan jalan Masjid India. Dari dulu sampai sekarang tempat tu je la. Takpun dekat Ampang Park je. Jalan2 la nak cari baju dengan kasut raya. Orang jangan cakap la. Bapak ramai. Nak raya kan! Jalan punya jalan punya jalan sampai penat! Dah la makcik2 tak habis2 nak tolak orang! Grrrrrr…. Sementara nak tunggu mak shopping lagi I duduk dekat tepi2 kedai tu. Ala, yang macam budak2 sekarang buat bila tunggu mak2 diorang shopping. I dah buat dulu dah! Heheh… Tunggu la sambil main2 rambut. Lentok dekat celah2 kain yang bertimbun tu. Dekat sebelah I ada makcik tengah jual biskut2 raya dengan kerepek. Macam2 jenis jugak la yang ada. Adoi, dah la puasa neh! Jalan penat pulak tu. Tengok je la makcik tu jual. Ada yang datang belek2 lepas tu tak jadi beli. Ada yang main beli je tak pilih pun. Ada yang buat tak nampak je. Macam2 ada.......




Lama la jugak I duduk dekat situ. Tau2 mak dah panggil. I buat2 tak dengar. Malas benor nak bangun! Muka dah ready nak mengaruk dah. Kalau ayat mak2 dulu2 diorang cakap “dah buat perangai dah budak ni!”. Macam tu la. Lama2 kena bangun jugak walaupun berat kaki melangkah. Ngeh2…




Jalan lagi…..singgah kedai lain. Jalan lagi singgah lagi. Walaupun tak banyak yang beli tapi best sibuk2 kan diri time nak raya neh. Bila sampai masa nak baliknya tiba2 I senyap. Taknak bergerak. Senyap je. Semua orang dah nak marah. Bila mak tanya kenapa I taknak jawab. Lamaaa…sampai la nangis hentak2 kaki. Tak malu pun buat macam tu! =p Tanya punya tanya punya tanya baru la I cakap nak kuih. Mak tanya nak kuih apa. I cakap “kat sana tu kat kedai depan tadi tu!”…Ngek, dah jauh baru nak cakap kan! Then, mak cakap balik “kuih tu tak sedap la..nanti la ..lain kali kita beli!” . Dengar je “lain kali” tu terus sambung nanges balik. Last2 abah bawak I pergi tempat tadi. Laju je I jalan berhenti betul2 depan makcik yang jual kuih raya dekat tempat I duduk tadi. Ingat kan nak beli biskut cornflakes ke coklat ke apa. Tapi I tunjuk biskut yang macam bentuk bunga lepas tu ada bulat kecik dekat tengah warna merah. Dapat la satu bekas. Heheh. Balik pun senyum je.



Balik je bila dengar azan maghrib terus buka biskut tu nak makan. Nom nom! Biskut butter rupanya. Owh, yang tengah2 warna merah tu cherry. Owwwww….baru tau!



Ni la biskut yang menghantui hidup sayaaaaaa.......




Itu beribu lemon punya story. Zaman kanak2 ribena dulu. Tapi sampai sekarang I still suka biskut raya yang tu. Ada yang guna cherry hijau. Ada yang ganti dengan coklat chip. Tapi I nak yang cherry merah jugak. Suka tapi jarang2 dapat makan. Ntah la. Rasanya macam susuah je nak cari biskut tu. Masa I diploma baru la I tau nama biskut tu biskut dahlia. Agaknya macam tu la kot bentuk bunga dahlia. Selama ni I panggil biskut cherry merah je. Tak tau pun nama dia biskut dahlia. Sekarang ni pun kalau teringin je baru nak cari. Tak semua orang buat biskut tu sedap. Ada tu kalau makan rasa macam yeak2 tak sedap. Walaupun itu biskut butter je tapi agaknya kena tengok orang jugak nak buat dia ekk! Lagipun masa raya lagi sedap telan kerepek dari biskut raya. Lagi ringan! Semua biskut sama je kot. Bentuk ngan kale je lain2.



Kalau yang cherry hijau ni macam pucat je. So, macam tak best nak makan! ;p



Untuk raya kali ni I dah cakap dah dekat kakak mesti ada biskut dahlia yang tengah kale merah. Nak tau ada ke tak raya nanti datangla rumah I ye! Selamat hari raya aidil zafuan sayangs! Eh, aidilfitri sayangs! ;p  *kisskiss*




LoveDahlia,h'wawa




 

Monday, August 6, 2012

Cukup Sampai Di Sini Saja...



Awak kesayangan hati saya nampak tak gambar tu? Ye, jangan gosok2 mata anda. Gambar ni memang kabur dan kebur. Tapi still nampak kan image yang dipaparkan. Ada dua bear yang peluk2 dalam bulatan yang ada air kilat2 kat dalam tu. Bila tonggeng2 and goncang2kan benda tu turun la kilat2 gold dust macam salji. Bukan macam kelemumur ye. Nampak tak tulisan love dekat situ? Benda ni memang love I yang bagi pun. Eh, jap2. Tak habis cakap lagi. Bukan nya love is cinta kekasihku seru yang bagi laaaa.... Ini my lovely classmate cik zati ydp yang bagi! Suwit kan? My birthday present yang ke 24. Tapi......tu la...langit tak selalunya cerah. Kadang2 tu hujan petir yang turun. And kesayangan I ni tak bertahan lama. Minggu lepas habis kaca berterabur pecah berderai. Awak semua pernah tengok tak cerita My Girl drama korea yang boyfriend I si Lee Dong Wook tu berlakon. Yang ada satu adegan dalam cerita tu si Yoo Rin goncang2 kan benda yang macam I punya ni and ntah macam mana jatuh pecah berderai. Siap ada kaca2 lagi dekat tepi. Yoo Rin pun sedih. Sama macam I! T_T.





Tapi situasinya tak sama. Sebab bukan I punya pasal goncang2 tonggeng2 benda ni sampai pecah. It was an accident. Ada orang terlanggar. TERLANGGAR. Bukannya saja langgar. Atau bukannya saja2 nak pecahkan sebab bosan tak tau apa nak buat! Memang tak. Bila rezeki tak ada macam2 boleh terjadi! =)







Dan ini lagi satu. Gambar yang kat atas ni. Yang main kenyit2 mata ni. I kept this thing. Cantik je atas meja teman I belajar International Economy. Habis je sem bawa balik simpan dekat almari yang memang tempat pengumpulan barang2 perhiasan ni. Nice! Dapat la ninja ni kawan baru. Tapi semalam bila I tengok....Oh my english! Semut dah cacatkan little ninja I! Habis badan dia lubang2 sana sini. Kesian. Macam biskut sarang semut dah. And, macam mana ntah I boleh terlupa yang ninja ni sebenarnya icing sugar  yang I ambik atas kek birthday I hari tu. Letak tinggi2 dalam almari pun semut boleh jumpa. Semut oh semut~~~~






Love,h'wawa









Syoknya Raya ♥



Syukur Alhamdulillah! Ramadhan dah separuh berlalu! And it means raya dah dekat! Yeay...saya sangat excited okeh! Baju raya dah ada dan dalam perancangan nak menambah lagi. Eh, jangan cakap I membazir pelis! Memang perlu la baju lagi sebab sepupu I nak bertunang raya kelima! I guess that there will be a great raya on that day! Haruslah kan! Semua kaum kerabat sanak saudara semua ada. Dan inilah peluang nak menambahkan duit raya. Ihik2. Harap2 collection duit raya tahun ni agak memberansangkan walaupun sudah terang disuluh pelita yang harapan sangat tipis! Owh, ingat awak tu budak kecik ke sampai orang nak bagi duit raya banyak2 cik siti? Dulu bila dapat duit raya tak sabar nak tengok berapa yang tuan rumah bagi. Nak buka depan dia tak sampai hati la pulak. So, terpaksa la mensabarkan diri buka tengok dekat rumah. Buka2 tengok dapat seringgit je. Ceh, "kedekut punya tuan rumah!" Itu baru yang bagi seringgit. Paling hampeh bila buka je tengok dapat lima puluh sen! Perut sebu makan kuih banyak2 sekali dapat lima puluh sen. Memang dapat dosa free la time tuh! Eheh... Tapi itu dulu. Anak sungai lagikan berubah inikan pula anak dara! Hahah...sekarang ni baru la tau...eh, takdela sekarang masa umur I 24 ni..I mean bila dah mampu berfikir dengan lebih baik ni baru la tau betapa susahnya nak dapat duit! Tambah2 pula I yang belajar account economy ni lagi la rasa appreciate sangat dengan hal2 berkaitan duit ni! $$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$$...tengok, bling2 dah mata bila cakap pasal duit. And now bila budak2 yang kurang asam koyak angpau depan I nak tengok berapa ringgit dia dapat siap dengan komen menkomennya lagi rasa ringan je tangan ni nak menarik rambut beliau dan rakan2. Ambik kau! Padan muka ;p 




Hal duit raya! Memang seronok. Macam raya tahun lepas berlawan-lawan dengan Faraferry dekat twitter tweet siapa dapat duit raya banyak. Haha. Sounds so childish kan! Tapi tu la....benda yang merepek kerepek pisang tu la yang best. Sila pelis jangan amalkan perbuatan ini. Sebab hari tu polis diraja malaysia dah cakap penjahat ada di mana2. So, better take care of your self! Safety first bebeh! 




I went supermarket this evening! And guess what? I jumpa sampul duit raya disney! Sumpah jakun masa tengok sampul ni. Gambar princess semua ada. Siap kale2 pink lagi! Memang sengeh sampai ke telinga lah. First time jumpa. Ingatkan I orang pertama yang tau tapi rupa-rupanya sampul tu dah lama ada. Dah berzaman dah orang guna okay and I baru tu petang tadi! Kesian kan...




Tengok! Tersangatlah excited bila jumpa benda ni. Joget2 dalam hati. =)




Pergh..pusing2 biji mata tengok sampul kale2 neh. Dulu sampul just gambar ketupat je. Kale pun hijau je yang banyak. Lepas tu kalau beli barang banyak atas RM200 dapat la angpau yang ada tulisan CARREFOUR ke, GIANT ke, ISETAN ke. Takpun kalau kerja dapat la angpau maybank, bank islam, perkeso, UiTM, macam2. Tapi sekarang gambar kartun2 ni pulak yang famous. 




Boboiboy pun nak raya tau. Demi koko yang dicari-cari. Oh yeah! 



So nanti masa I raya rumah uolls jangan lupa bagi sampul duit yang kartun2 ni ye. Paling best kalau ada gambar barbie dekat depan. Takpun yang gambar high heels. Nak yang kale pink. Hehe. Lepas tu dekat dalam sampul tu letak la duit yang kale kuning tu eh. Alaaaa, duit baru tu la.... Yang ni pun I jakun. Excited jumpa duit kuning. Ahah. Next year request dekat bank negara nak duit kale pink pulak! So sweet darlings! 




Nanti jangan lupa bangun sahur ye sayangsku! Muah =)








LoveDuitRaya,h'wawa