Friday, March 16, 2012

Macam Kena Ngorat! ♥

Tadi ada perjumpaan Seroja (pukul 8 malam semalam la kot! sekarang kan dah hari baru). Pergi bertiga dengan roomies! It was nice. Dah la I paling kakak kan! Ok, fine. Admit umur dah meningkat! Eheee...
Perjumpaan perdana. Macam biasa la benda2 yang dah cakap dulu2 cakap balik sem ni. Semua orang pun rotate kesalahan yang sama kan! Except I. ;p   Eh, rugi tau awak semua tak tengok YDP Zati marah2 tadi! So suwit! 








Ok, la..Straight to the point je ek! Dari mula masuk dewan seroja sampai la I nak duduk dekat dalam tu rasa macam ada je orang yang pandang! Mesti la, kan ramai orang dekat situ. Memang la diorang nak pandang kan! Tapi yang ni pandang lain macam punya. Apa ntah yang budak ni pandang! Mula2 tu buat tak tau je. Cehhh, takkan lah nak bajet retis kot! Haha. So, I ignore je. Then, dah dapat masuk dewan duduk la kami bertiga dekat dalam. Lagi rasa pandangan beracun tu makin dekaaaatttt sangat dengan I. Opss auch auww! Pandangan itu dekat sebelah I rupanya. Sikit2 dia toleh. Sikit2 dia toleh. At first, memang I buat2 tak nampak padahal dalam hati dah terkumat-kamit dah "ishhh, apa la budak ni tengok2 neh? tak pernah tengok orang agaknya!!!" Manala tau ntah2 dia tengok budak belakang I ke, dekat tepi I ke, dekat mana2 dalam dewan seroja tu ke..For sure dewan yang ada bapak ramai orang tu ada terselit sorang dua kawan dia. So, lantaklah! 





Dari duduk, berdiri, duduk balik, nyanyi lagu UiTM, lagu seroja, lagu negaraku bagai dia asyik tengok I je. Betul2 sebelah pulak tu! Oh myyyyyy, totally weird okay! Kenapa ntah dengan budak ni! Sampai la dah dekat sejam lebih dalam dewan and mata dia macam tak ada destinasi lain nak pandang agaknya. I pun lebih ke arah keredhaan akhirnya! Suka hati lah nak tenung lama2 pun! Tau la tak cantik kan! Hmmmmm....




Tiba2 masa pengetua sibuk cakap2 dekat depan then I dengar suara "ambik course apa?"  . Pelik jap. Eh, ada orang cakap dengan I rupanya. Owh, budak yang asyik pandang2 jeling2 tu la. Hmmmm, boleh cakap rupanya. Ingatkan boleh tenung orang je! Haha...lepas I jawab apa yang dia tanya makin banyak soalan pulak yang dia bagi! Hamboi, macam orang nak meminang dah ni! Excited pulak tu dapat cakap dengan I! Tak berkelip-kelip mata. Sikit2 senyum. Macam nak kena ngorat pun ada I rasa. Haha. Semua benda nak tau ye dik! Alahaiiii.....
Masa sembang2 tu la baru I dapat tengok dengan jelas gerangan anak dara yang keep staring dekat I tu! Comel! And....owh, budak first semester rupanya! Aiyaiyai!






Dah cakap2 lama sikit and bila dia dah puas nak tau pasal I (dah cukup maklumat kot) baru la dia alih mata dia nak tengok muka orang lain pulak! Pheww, lega okay! Baru la bebas bernafas! Heeee....dan lepas tu sampai la majlis habis and dapat coupon budak tu pun mana ntah dia hilang! Tak jumpa dah. Tapi sebenarnya masa dia cakap2 dengan I tadi gatal je mulut ni nak tanya "kenapa awak tengok kite tadi ekkk? kite cantik sangat ehhh? "  haha...tapi tak sampai hati pula nak tanya! Kang tak pasal2 dia jawab "eh eh minahni perasan nya...siapa ntah tengok dia. Dah la tua! Eiiii" ....Orite, itu assumption samata-mata. Hanya dia dan Allah je yang tau kenapa dia tengok I tadi. Semoga budak tu bahagia! Hehe...









Love,h'wawa

1 comment: