Wednesday, August 31, 2011

Erk! ;/



Selamat Hari Raya Aidilfitri u! ;)

Tiba2 je ada orang ingatkan u dekat I. I terkejut jap. Tiba2 rindu! Gila annoying nak pengsan. Rasa nak send message dekat u tapi I tau u ignore punya!


hahaha..kan dah start kerepek pisang...


hari ni I dapat duit raya...esok jom sambung raya lagi! *tiba2...wink2....



Ok, till then! Happy merdeka and happy eid again! =)))


I've a wonderful memories with you! <3




LoveMemories,h'wawa


Sunday, August 28, 2011

New Members ♥



Salam ramadhan plus hari raya plus merdeka semua. Tinggal dua hari je kan nak raya. Excited sangat. Haha. Esok I nak pergi cari kasut raya. Jom2 siapa nak join. =)
Ok, sepanjang ramadhan ni memang tak banyak pun I post entry baru. Hari tu bukan main lagi konon nak update semua cerita pasal ramadhan. Tapi hampeh. Berapa post je bulan ni kan? Sumpah I rindu dekat blog. Tidur malam termimpi mimpi. Haha.


Cakap pasal blog ni actually I nak bagi tau yang baru beberapa jam yang lalu I dah join Rakan Blogger Klik1Malaysia. Memang havoc page ni. Blogger2 yang join semua hebat2. Terasa kerdilnya blog I yang memang suam2 air suam ni. Hehe. Tadi pun sempat I baca beberapa blog. Best! 





Setakat ini jumlah blogger yang join! =)


Entri diorang semua memang bapak meletups! Macam meriam buluh. If awak semua free jenguk2 lah page ni ye!


Setakat ini sahaja entri kali ni. Migrain datang tiba2. Tak boleh focus! Heehee. Selamat datang to this group Opss Auch Auww @ Hawa Wawa. Ceh, ucap selamat dekat diri sendiri pulak! Heeee...



LoveBlogging,h'wawa





Sunday, August 21, 2011

Kad Raya Cik Hawa ♥



Pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas............ Pecah kaca pecah tong, sudah baca harap gantung..........Pecah kaca pecah sampan, sudah baca harap simpan.......


Tak habis2 pecah kaca kan! Patut la pinggan mangkuk asyik takde je. Semuanya nak pecah! Nampaknya kena guna pinggan plastik je. Pecah pun tak gaduh. Senang kutip! Hehe.
Okeh, pecah2 ni ayat zaman dulu2. Zaman I tengah muda2 dulu. Senang cakap zaman ayat bunga2 melankolik la. Bila kita baca pun rasa macam terbang di langit biru je. Waaahhhhhhhhhh....best! Tapi sekarang susah dah nak cari pecah2 ni. Jangankan nak cari pecah; nak cari yang tak pecah pun susah. Sebabnya sekarang kan dah ada kad elektrik. Tekan tekan tekan dekat keyboard laptop tet tet tet dah ada kad raya muzik depan mata.. Tadaaa....canggeh tak? ^^


Dulu2 masa tengah sekolah dulu kad raya memang femes gila lah! Masuk je bulan puasa sibuk dah buat list berapa orang yang nak hantar kad raya. Ibubapa, adik kakak abang, kawan2, boypren gelpren, cikgu garang yang tak suka, jiran sebelah rumah yang asyik nak cari gaduh je, sepupu sedara yang banyak songeh, dan termasuk juga la artis pujaan yang bajet hensem. Haha. Semua pun nak masuk list kan!


Lepas tu time dah ada handphone perasaan nak guna kad raya dah kurang sikit dah. Orang semua sibuk forward2 message raya yang cantik2. Bila sent je tut tut dapatlah message raya kelip2. Gambar masjid ada. Gambar ketupat ada. Gambar pelita pun ada. Lepas tu keluar la perkataan "S E L A M A T   H A R I   R A Y A" .  Best kan? Best kan?


Lepas zaman handphone timbul la pulak kad raya elektronik atau kad raya emel. Mostly untuk orang yang ada emel la kan. Ala, lagipun masa zaman ni internet dah mula berkembang dengan majunya pun. Tak payah dah susah2 pergi beli setem tiga posen tepek dekat kad. Lagipun tak payah membazir kredit hantar teks mms guna handphone. Guna emel je. Jimat. Kalau kena bayar pun bil elektrik. Heee. Nak kad besar mana pun boleyyyy tau! Macam ayat Ghasidah bini Abdul Wahib tu; sekali ana petik sepuluh yang datang tau! :)


And now zaman sekarang ni dah guna social network punya application kad raya pulak. Kalau masa tak ada facebook dulu guna my space je. Lepas tu up sikit guna friendster. Lepas tu sekarang tengah hot gila facebook dengan twitter. Upload je gambar kad2 cantik2, yang dah ada muka sendiri duduk sebelah ketupat, lepas tu tag la nama siapa2 yang berkenan di hati. Nak tag satu facebook pun lantak awak la budak2. Tak ada siapa nak larang! Gila senang punya kerja. Tekan tekan tekan satu kelas dah dapat kad raya. Fuiyooo....Bukan setakat kad raya je, segala macam benda pun main tag2 je. Very the pemalas! Haha.


Tapi tu semua tak terlalu meng-ujakan! Ceh, ayat nak macam budak sastera pulak kan! Benda yang paling klasik yang paling asli jugak yang best. Tu la sebab nya dari dulu sampai sekarang I setia dengan kad raya. Even jumlah penerimanya tak sebanyak dulu tapi kepuasan hakiki tu yang penting. Ewah ewah Cik Wawa...Hahah. Bila dah dapat kad ni gembiranya lain macam. Ye la, boleh pegang2 kad tu. Boleh belek2. Boleh bawak tidur malam letak bawah bantal. Nak baca sampai lunyai kad tu pun tak apa. Lagi satu kalau kita tak suka pengirim kad tu boleh koyak2 kad and then flush dalam toilet. Puas gila golek2.
See, betapa nikmatnya kan dapat kad betul2 berbanding kad yang tak berapa nak betul dekat facebook ni.


Actually, seminggu sebelum puasa hari tu, I saja la merajinkan diri nak kemas2 bilik yang cantik tempat I tidur tu. Excited terlebih nak sambut raya. Dalam dok sibuk2 mengemas tu then I jumpa lah satu beg penuh yang ada surat2 and kad2 raya zaman dulu kala. I simpan lagi rupanya kenangan zaman2 sekolah dulu. Hehe. Kelakar pulak bila baca balik kad2 tu. Nampak sangat masa tu tengah budak2. Ahaha. Ayat lazim yang ada dalam kad raya of corse la..."tahun ni banyak ke buat kuih"...... "baju raya awak berapa pasang?"........ "puasa penuh tak? jangan ponteng tau! hehe"....... " raya tahun ni tak balik kampung ke?"........ "kalau makan kuih raya tu jangan lupa dekat kite tau"...... " eh, awak jangan main mercun nanti putus jari tak boleh raya!"....... "jangan lupa kirim duit raya"...... and yang paling femes ayat paling akhir sekali. Biasanya dekat2 dengan tulisan tandatangan tu. Nak tau ayat apa? " SILA BALAS KAD NI TAU..BABAI!"
Nampak tak itu? Sangat sentimental punya ayat. Mhahaha. Owh, gila I rindu zaman ni!


Antara kad2 yang I simpan....Nak tunjuk semua tak larat mak!


Kad yang I simpan ni semua dah bertahun tahun dah. Paling lama tahun 1999. Dah berapa kali dah ingatkan nak buang tapi setiap kali nak letak dekat bakul sampah rasa sayang la pulak! Haha.


Wakil setiap negeri...jeng jejeng!


Okay, empat kad di atas ni melambangkan wakil empat negeri yang I pernah dan sedang bermaustautin. Eh, betul ke I eja ni? Main bantai je. Heheh. Yang paling atas belah kiri tu alamat sekarang lah. Alamat KL. Sebelah kiri yang bawah masa I duduk dekat Sabah. Belah atas kanan masa duduk dekat Pahang and yang bawah kanan masa I study dekat Terengganu. Best eh main pos2 ni. ;)


Tengok tu...nama I Cik Hawana okayyy!



Tengah belek2 kad raya tiba2 I terkdu bila nampak kad ni. Hanya mereka yang mengetahui cerita disebaliknya je yang tau cerita pasal kad yang satu ni. Gelak guling2 I dengan kakak bila teringat cerita ni. Hmmmmm.....


Hahaha...Guess what???





Dah habis kemas baru la I tau rupanya balance kad yang dulu ada lagi. Sebelum puasa hari tu dah buat senarai wajib yang memang nak bagi. Lepas tu terasa pulak nak bagi dekat siapa2 yang nak. Respons baik punya pulak tu. Hehe.


Pecah kaca atas toto, dah sudah baca bye I nak tido...muah!



LoveCardRaya,h'wawa











Sunday, August 14, 2011

Uwa de Hungary ♥


Kali pertama jatuh cinta dengan tempat ni masa I tengok drama bersiri Thailand yang Julachak Chakrapong pakwe I yang handsome tu jadi hero. Kalau tak silap dalam tahun 2002 or 2003 dulu. Sangat cantik!

Hungary yang I cakap sekarang ni ialah sebuah negara yang terletak di benua Eropah okay! Bukan hungary lapar tu. Tak ada sangkut paut pun! ;)

Negara Hungary ni bersempadan dengan Austria, Slovakia, Ukraine, Romania, Serbia, Croatia dan Slovenia. Keluasannya kira2 35,919 batu persegi. Negara ni memang cantik! Kebanyakan tarikan dekat sini ialah struktur bangunannya yang sangat unik dan klasik. So, awak2 kawan2 arkitek mesti suka kalau dapat singgah dekat Hungary ni. Punya la banyak bangunan cantik2. I loike! Heheh.


Ibu negara Hungary ialah Budapest. Jom kita tengok gambar2 menarik dekat sini jom! Yaww....


Yang ini namanya Honvedutca


Eh, hehe..ni la gambar boyfriend I Julachak Chakrapong @ Hugo tu..Kacaknya dia!


This is Lazy Castle


Liberty Bridge



Pekaryhaz


Dekat sini matawangnya adalah Forint (HUF) dan bahasa rasminya bahasa Hungary la... :)



Yang ni St Stephen Statue


Sunset






 Ok, yang kaler oren pekat tu la terletaknya negara Hungary.



Banyak lagi tempat2 yang cantik2 yang ada dekat sini. Kalau ada masa free, duit free and tenaga free jangan lupa singgah sini taw! Singgah sahur. Akeke.


Fuh, penatnya melancong!


LoveTravel, h'wawa





Saturday, August 13, 2011

Inilah Kisahnya! ;)


Berpppppppp...Alhamdulillah kenyang! Baru lepas makan mee sedap perisa soto sebab semalam masa tengok Bella Calamidades ada iklan mee sedap yang budak laki ni tak ada duit nak beli makanan lepas tu pak cik yang baik hati pun datang bagi semangkuk mee tak payah bayar. Terliur! Gilos..tengok iklan macam tu pun terliur nak pengsan. Nampak sangat nafsu bulan puasa! Auch!!!



Seseronok sasangat kan! Tiba2 dah nak dekat 13 hari puasa. Memang dah dapat agak masa cepat berlalu. And means cuti pun tinggal sikit je lagi. Gila gedik pikirkan cuti yang dah nak habis. Cuti sem 3 bulan I duduk rumah je. Ish2, tak ada la duduk rumah tak keluar2. Maksudnya duduk rumah tidak belajar atau bekerja. Buka facebook twitter semua kawan2 sibuk cari duit simpanan masa depan, sibuk pergi kelas tu kelas ni segala. I duduk rumah suka2 hati nak tidur pukul berapa..bangun pukul berapa...tengok tv segala sampai rabun dah mata ni...makan malam pukul 3 pagi bagai! Haha...the happiest women in the earth! Dahsyat weyh! Hmmm....nak buat macam mana...pergi interview diorang nak cari yang tetap. Bila dah dapat kerja waktu tak fleksible. How come???? But it's okayyy, yang penting duduk buang masa dekat rumah 3 bulan elaun tetap jalan. Sangat2 berterima kasih alhamdulillah kepada ibubapa dan kakak2 tersayang! I sayangs kamu's lebi's la's!!!



Ok la. Kali ni I nak cerita sikit sebab rindu dah lama tak update entry. Hari tu I pergi interview. Diringkaskan sinopsis masa nak balik tu I tak boleh berjalan dengan betul. Gaya macam orang patah kaki kiri je sebab kaki kiri yang tak centre. Jalan tiga langkah stop. Tiga langkah lagi stop lagi. Lepas tu buka kasut tengok mana la tau kot2 ada tumit patah. Ok je...tapi still tak centre jalan macam si capek. Dalam otak ni dah start fikir mengarut meraban  omaigod omaigod aku kena naik kerusi roda nanti and tak pun kena jalan pakai tongkat. Makkkk, scary gila nak pengsan! Tu la, 24 jam dengan high heels je. Padan muka! Masa kecik2 dulu orang lain minum susu awak minum milo kosong. Tak pun teh o masuk dalam botol susu lepas tu simpan dalam fridge. Tulang pun reput! Ayoyo~~~


Masa ni memang nyesal gila. Kalau lah.....menyesal pakai kasut tinggi lama2. Menyesal tak minum susu banyak2..Menyesal menyesal. Di sini menyesal! 
At last, buka kasut kaki ayam sampai depan rumah! Melecur kaki jangan cakap la hari tu panas gila nak mati dekat KL Ya Rabbi! Auch!!!


Sambung lagi cerita tadi...
Masuk je rumah dengan nada nak nangis tapi tak keluar air mata mengadu dekat ibunda yang kaki I dah bengkok. Ibunda tersayang ketawa. Cakap I mengarut. I tak puas hati tunjuk kasut dekat ibu. Ala, kasut tinggi I yang kale putih tu la. Yang selalu pakai bawa pergi kelas tu. Bila bonda belek punya belek punye belek kasut tu rupa2nya tumit kasut dah memang senget. Ahaha...kurang cerdik sekejap! Bila tengok balik memang sah kasut tu dah senget. Ibu cakap lebih sangat panjat bukit pun nak pakai tinggi2. Ehehehe...so conclusionnya kaki I sihat lagi. Cuma kaki tu gemuk je. Heheh. So memang tak menyesal pun pakai kasut tinggi lama2 selama ni....



 Kasut senget ketika masih belum senget!


Itu cerita pasal kasut senget. Dah habis dah. Now I nak pesan dekat awak semua. Tak payah la nak percaya sangat cakap orang! Nak tau why? Okay, let me explain di pagi yang hening ni. Actually, balik je dari OPKIM dekat Langkawi hari tu berat I naik. Sambung pulak cuti sakan dekat rumah. Dengan aktiviti yang makan tidur tak menentu suka suki tu macam mana la lemak degil tak menumpangkan! Dah sah2 la peluang nak kembali slim seperti zaman muda2 dulu sangat tipis. I buat tak tau je even dah rasa badan macam ayam daging kena suntik nak bagi montok. Fuhh!


Macam ni la kot ayam gemuk kena suntik! Euuu.


Tapi2 lama I tergerak nak buat crash diet sebab ada sorang ni cakap I tembam. Wah, terkejut gila monkey dengar. Sungguh2 hati I diet. Baru dua hari diet ada pula orang lain cakap "eh, awak duk rumah tak makan ke? makin kurus je ni" . Gulp! Gelak golek2. Biar betik dia cakap I kurus. So disebabkan keseronokan melampau I stop diet. Lepas tu adik pulak cakap "Wa tak gemuk tapi tangan dengan kaki yang besar". Hadoi! Nak kena kuruskan tangan dengan kaki pulak. Tension balik. 
Kakak pulak cakap "wah, badan dia dah banyak isi". Oh my diet! Nak pengsan I dengar. Buat balik diet gila I tu. 
And sepanjang bulan puasa ni I memang makan lauk je. Sahur kadang2 makan oat. Bantai je la. Janji kurus. Bila timbang minggu pertama turun. Yes! Masuk second week turun lagi. Yes sangat2!!! Tapi tadi bila timbang balik serius rasa nak nanges. Apa kessss??? Naik lagi!!!! Arghhhhh....

Semalam kakak cakap I dah ok. Tak payah nak kurus lagi. Tadi pulak dia cakap balik tangan I besar. Gila sakit mental macam ni! 
Tu sebab I cakap jangan dengar cakap orang. Ada yang mata besar ada yang mata kecik. Yang mata besar tu memang la nampak kita gemuk tapi yang mata kecik mesti la nampak kita kuruskan kan? Ye ke? Ke salah? Haha.. Whatever! Tapiyang penting I nak turunkan beberapa kg je lagi. Sebab kita boleh rasa la kita gemuk ke tak!


Arghhhhh....whatever lah orang nak cakap apa! Kecik ke besar ke. I tengok orang lain yang badan besar yang berat naik pun slumber badak je hidup. Whatever!

Sebab hanya ada seorang je Hawa Wawa @ Siti Hawa @ Siti Ha'ha (nak ikut macam Ana Lu'lu...hehe) dalam dunia ni. Muax!




Love,h'wawa