Thursday, June 2, 2011

Beginilah Setakat Ini! :) ♥




Hye my darling sweetheart! Esok dah satu rejab! Dah ganti puasa belum awk semua ni??? Jangan sampai kena bayar fidyah tau! Hehe. Ok, memandangkan malam ni malam Jumaat so lets2 kita baca yasin sama2 nak! Doa2 la apa yang patutkan!


Doa dimurahkan rezeki, doa disehatkan tubuh badan akal fikiran, doa permudahkan segala urusan, doa tolak bala, doa keselamatan, doa nak dapat kerja, doa mudah belajar, doa lulus exam(heheh), doa diselamatkan dari bencana, doa nak bersalin, doa nak kawin, doa nak kurus(i like!), doa nak boyfriend...eh, takpayah la...huh! 
Dan bermacam-macam doa lagi la. Amin amin amin! 


Actually dari hari tu nak puasa tapi mesti terlupa niat. Ni dah masuk dua minggu dah postpone puasa. Tapi esok mesti kene paksa jugak! Go Wawa go..



My darling semua ni tengah kerja ke tido ke study ke apa ke? Haha..seronok kot cuti. Setakat ni kerja I dekat rumah...banyyakkkkkkk sangat!. Ish, ye ke banyak Cik Hawa?



Orang bagi cuti kita cutilah!
Betul tak? Ke tak betul? Dah orang bagi cuti kita cuti je la. Ini time class penuh siap nak ponteng2 lagi konon tak cukup rehat. Tapi bila dah bagi cuti sampai 3 bulan terpikir pikir pulak nak buat apa. 
Ramai yang tanya I termasukla mamidedi nak kerja ke tak cuti ni? Haha. Risau kot tengok I "membesar depan mata" mereka. Hahah. Honestly memang nak apatah lagi mengenangkan dah lama gila I tak shopping high heels baru. :(  Tapi nanti2 la dulu. Cuti tak habis lagi. Nak2 dekat tv sekarang ni cerita semua menggoda hati perasaan. Mana tahan! AF dengan maharaja lawak dah nak habis. Kalau boleh taknak terlepas. Hari Jumaat ada gerak khas. Ada Imamuda. Lepas tu semenjak dua tiga empat menjak ni I gila layan channel celestial pulak. Semua hero kesayangan ada dekat situ. Tergugat iman weyh!


 Nak kasut ini!  :(



Apa kerja Hawa Wawa setiap hari?
Kerja? Bangun pagi kalau rajin terlebih buat yoga yang dah lama I tak buat. Kalau rajin la. Nak buat yoga ni pun ambik masa sejam. Lepas tu mandi. Lepas tu makan. Sidai kain. Sapu sampah kalau sepah sangat. Lepas tu tengok tv suka2 hati. Time ni la yang awak semua kol asyik tak angkat je. Hp tinggal dalam bilik okay! 
Lepas tu malam2 I suka basuh pinggan and basuh kain. Tengok tv lagi. Kalau tak pun duduk je dalam bilik. Kalau tak online godek2 je benda yang ada dalam laptop. Tak pun berphotoshop. Haha. Tak pun baca balik novel2 and majalah lama2 yang melambak lambak dalam bilik tu. Paling tak pun tengok kipas, tengok lampu, merepek ntah apa2. Kalau tak ada benda langsung pukul 10 dah tido. Gudnyte! :)


Mari berphotoshop!







Betul ke tengah frust?
Lately ada kawan2 yang rapat dengan I message tanya I ok tak. Hmmm. Tak tau la kenapa. I ok je. Tapi sedikit strees mengenangkan cara drastik apa yang boleh kuruskan badan! Huh! 
Diorang cakap status dekat fb ngan twitter macam putus cinta. Dekat blog pun tak habis2 cekewa..haha..cekewa ke wawa? Tapi honestly memang tengah sedih pun. Tapi cukup2 la kisah sedih dalam blog ni kan!
Opss, no comment! T_T






Mari buang lemak!
Ok. Menyampah gila tau bila tengok balik gambar I dekat Langkawi. Gila gemuk! Semua pose pun tak memberansangkan and tak teransang! Opss, salah taip. Hehe. Muka ketara dah tembam. Selalu kalau I pose gambar senget kepala ke kanan nampak la muka slim sikit. Ini dah macam kuih apom hangus. Ish2. Semenjak cuti ni susah gila nak diet. Pantang nampak makanan asyik nak makan je. Even lapar pukul 3 pagi pun nak makan jugak. Takde lauk suruh adik masak. Takde benda nak masak makan megi. Best!
Jadi mulai esok kena start puasa direct 3 bulan sampai la puasa enam syawal! Haha. Avoid nasi, maggi and caffein untuk 2 bulan. Boleh tak agaknya?
Exercise tak terkecuali. Tapi ini yang malas nak buat! KLCC tunggu aku!



 Muka kuih apom!



Mari berebut remote
Sekarang cuti sekolah. So adik I yang lelaki tu cuti. Tambah pulak 2 orang lagi budak kecik lelaki yang mak jaga. Jadi ada tiga hero ultraman mebius dekat rumah I. Nasib baik yang sorang tu baru nak masuk 4 bulan. Itupun dah pandai melalak sekuat kuat alam. Adoiii! Migrain I. Asal bangun tido je aktiviti kitorang adalah BEREBUT REMOTE ASTRO! Hahaha. Budak2 kan..mesti la nak tengok ceria tak habis2. Siapa dapat remote dulu dia punya. Ahaha.
Kalau kena kartu yang best2 tu barula I join sekali nak tengok. Tapi Rafeek I baru belajar2 nak tengok! Macam best!

Tapi kan itu rebut dengan budak2. Kadang2 rebut dengan mak abah. Hmmm, channel orang tua apa lagi..Astro Oasis! :)  Sekarang pulak tv Alhijrah!
Last2 masuk bilik terpaksa tengok channel 1 2 3! Hmmm... 




Ni si budak kecik sebulan yang lepas..now gemukss giles okes!




Now nak tengok tv pulak. And nak makan! Esok nak puasa so kena sahur la. Sekarang sahur peringkat pertama. Kejap2 lagi sahur balik ye.




Esok I nak ikut mak abah pergi ChowKit. Kalau nak buat2 terserempak datang la ea! 
Itupun kalau rajin la...malas la nak masuk pasar ikan! :PPPP








Love,h'wawa











No comments:

Post a Comment